Selasa, 15 Mei 2012

Gadis 21 tahun, nak pikat lelaki berusia 50 tahun ke atas, rela bermadu

Salam peeps!!!

Pagi nih on the way pergi kerja harus la dengar siaran radio HotFM...As usual, pagi nih topik yang dibincangkan krew HotFM ialah aku ingin belajar.......

Apa yang make me shock and speechless bila ada gadis yang berusia 21 tahun cakap " Saya teringin nak belajar cara pikat hati lelaki berusia"....Mula mula tuh PU tak amik pot sangat bila dia cakap macam tuh tapi bila dia cakap nak lelaki berusia 50 tahun ke atas, terus PU tergamam...Serius memang terkejut gila bila dia dengan beraninya cakap macam tuh....

Alasan dia nak pikat lelaki berusia 50 tahun ke atas kerana 4 bulan lepas dia tengok kawan dia berkahwin dengan lelaki yang berusia, hidup bahagia....

Pastu, Fara tanya kalau lelaki berusia itu sudah berkahwin, sanggup ke jadi madu...Nak tahu apa budak perempuan nih jawab...."Saya rela asalkan isteri pertama restu...". Nih, confirm akak akak kat luar sana yang ada suami 50 tahun ke atas, gugur jantung dengar statement berani mati budak nih....huhuhu

Ermmm...bagi pendapat PU la ada baik dan buruknya bila berkahwin dengan lelaki berusia nih....Fokus pada kebaikan dulu la yer....Then, kita proceed pada keburukan pulak...

Kebaikan berkahwin dengan lelaki berusia :

a) Poket berisi (Berduit & berharta)
Ya....Mana mana perempuan yang ingin berkahwin harus la cari lelaki yang berkerjaya dan poket berisi...Cuba beritahu ada tak perempuan kat dunia nih nak kahwin dengan lelaki yang tak berduit??Kalau ada pun, perempuan tuh sama sama tak berduit. Ada ke perempuan yang sanggup tanggung lelaki yang tak bekerja dan tak berduit???Kalau ada pun sampai bila??Tak ke dayus namanya lelaki tuh?Untungnya cari lelaki poket berisi nih, apa yang kita nak akan ditunaikan dan hidup memang terjamin la.Maybe rumah,kereta,perabot dah tersedia ada..Tak payah duk pening kepala fikir nak beli itu nak beli ini....Kira hidup tuh takde la kais pagi makan pagi kais petang makan petang kan.So, segala faktor kat atas katanya ada pada lelaki berusia.Ermmmm, apa pendapat korang??

Disebabkan itulah, ada sesetengah perempuan2, gadis2 kat luar sana cakap lelaki berusia nih poket mereka lebih berisi daripada lelaki muda. Sebabnya banyak pengalaman dan banyak masa kumpul duit....Ada juga lelaki muda yang poket berisi tau...Tapi nih pendapat masing masing la kan....

b) Rasa disayangi dan dihargai sangat2
Orang kata, lelaki yang berusia dan banyak pengalaman nih tahu macam mana nak handle isteri @ pasangan yang lagi muda daripada dia. Tahu cara nak pikat, nak ambil hati, pujuk pasangan dan sebagainya la....PU selalu dengar perempuan yang ada pasangan berusia nih cakap lelaki muda sekarang nih tak pandai dan tak tahu cara nak layan perempuan....So???Siapa yang harus dipersalahkan....

Bagi PU pulak, tak kisah la lelaki tuh muda ke tua ke janji dia tahu bagaimana nak ambil hati dan ambil berat tentang pasangan atau isteri dia. Jangan cakap bila bercinta atau kahwin dengan lelaki berusia nih bahagia sangat sangat sebab segala kemahuan dan kehendak dipenuhi..Tak semestinya ya. Kahwin dengan lelaki muda pun bahagia juga. Ada juga lelaki muda pandai ambil hati dan dapat penuhi segala kehendak dan kemahuan perempuan. Kebahagiaan tuh tak boleh di ukur dengan faktor umur seseorang...Tua ke muda ke sama aje kan....

c) Takde orang nak caras hak korang
Ada juga sesetengah pendapat mengatakan kalau pasangan lebih berusia nih, kebarangkalian kena caras tuh sangat rendah...Yela, dorang mesti kata, " Alaa...Laki aku dah tua berganyut pun, siapa yang nak..Dah tak laku pun...."Mungkin ada benarnya dan ada salahnya. Tapi perlu diingat sekali lagi ya, kalau berusia dan poket berisi pasti kena caras juga kan....So, tak kisah la lelaki tuh tua atau muda, kalau di takdirkan kena caras, kena caras juga la kan....

Kalau berusia tapi poket tak berisi, cuma terisi dengan ayam itik yang penuh satu reban ataupun cucu cicit mungkin perempuan2, gadis2 usia muda nih tak nak pandang..Nak ke korang main main kejar kejar dengan ayam itik kat kampung ataupun bergelar nenek muda kepada cucu cicit suami korang yang berusia tuh.....Kalau berusia tapi poket berisi, sudah tentu la jadi rebutan perempuan2, gadis2 muda yang memang berkenan kat lelaki berusia nih. Confirm dok main tarik tarik rambut dan smack down bagai sebab berebutkan lelaki berusia dan berharta nih.....Sama juga dengan lelaki muda kan....Muda tapi poket tak berisi (kategori kayap nih..langsung takde kerjaya, kira tanam anggur la..) nak ke korang kejar...Of course la tak nak kan??Kalau muda dan poket berisi, mesti jadi rebutan gadis semalaya.....

d) Banyak pengalaman
Ya...Memang diakui lelaki berusia nih banyak pengalaman dan "makan garam" dulu daripada lelaki muda nih...Dorang tahu how to manage time nak spend dengan isteri atau pasangan, tahu nak handle perasaan marah, rajuk dan cemburu isteri atau pasangan, tahu nak control sesuatu masalah yang timbul dan banyak lagi la segala tahunya. Pendek kata lelaki berusia tahu itu tahu ini tahu sana tahu sini.....Main point kat sini, banyak pengalaman.....Memang tak dapat dinafikan, golongan lelaki berusia nih banyak pengalaman.

Keburukan berkahwin dengan lelaki berusia nih:

a) Dapat gelaran balu muda dengan cepat
Ha.....maybe salah satu keburukannya...title balu muda yang bakal dapat....Lelaki berusia nih faham faham la kan...Banyak sangat penyakitnya..Jantung la, kencing manis la, darah tinggi la....Segala macam datuk nenek penyakit semua timbul.....Kalau jenis tak kisah dengan gelaran nih takpe la kan..Kalau jenis yang kisah, elak elak daripada cari lelaki berusia nih jadi pasangan...

Ya, memang jodoh maut di tangan ALLAH S.W.T.Ada juga kahwin dengan lelaki muda dapat gelaran balu cepat. Itu memang tak dapat dinafikan. Pokok pangkalnya hati korang, betul tak?Tapi, mana mana yang PU survey pasal nih majoriti kata kahwin lelaki tua nih nanti cepat dapat title balu. So???

b) Mak ayah tak restu - Sebaya dengan diorang la!!!
Pilih antara dua - Mak ayah atau lelaki berusia yang korang nak sangat tuh. Ingat! Kahwin tanpa restu orang tua, tak sampai ke mana pun....Percayalah...Pentingnya perkahwinan tuh mendapat restu mereka...Kalau diorang redha dan restu menantu sebaya dengan diorang, alhamdulillah la kan.....

c) Bermadu
Kebanyakan lelaki berusia sudah pun berkahwin dan mempunyai anak. Dan maybe ada cucu dan cicit. So, kalau korang rela bermadu sekalipun, nak ke isteri pertama bagi restu?Macam mana dengan anak anak or cucu cicit yang maybe sebaya korang? Diorang terima atau pun tidak semuanya terletak pada tangan diorang...Kalau jenis family yang tak kisah, terima seadanya, memang beruntung sangat...Tapi cuba kira dengan jari berapa kerat aje yang redha dan rela suami mereka berkahwin dengan perempuan yang lebih muda daripada diorang...Tuh harus makan ganyang mak Joyah sebelah kampung....Tuh mengundang maut namanya!!

d) Jadi umpat keji orang
Memang dah jadi lumrah hidup kita takkan lari dari umpat keji orang nih...Kalau korang pilih lelaki berusia nih confirm korang akan dikatakan bodoh, perampas, mata buta, buta hati, cinta itu buta dan segala bagai buta semua keluar dari mulut orang....

Mesti ada antara dialog nih akan terkeluar dari mulut orang lain, "Bodohnya, muda muda kahwin dengan lelaki tua nak mampos!","Buta apa perempuan nih?Lelaki muda punya la ramai yang tua juga dia nak","Ala,mesti pandang duit orang tua tu la tuh!"  dan segala macam ayat yang mungkin lagi teruk dari nih yang keluar. Tak siapa boleh agak kan?

So, kesimpulannya ada baik dan buruknya memilih lelaki berusia nih jadi pasangan. Ada pro dan kontranya..So, kepada perempuan2 dan gadis2 muda kat luar sana fikir semasak masaknya sebelum buat keputusan. Namun, siapa la PU nak halang hati korang dari bercinta dengan lelaki berusia nih kan.....Tapi rasanya, kita boleh ubah sesuatu perkara itu sebelum berlakukan.....Nih,cuma pendapat PU jer ya..Kalau tak setuju takpe, PU tak kisah...Sekadar berkongsi apa yang PU rasa dan fikir..Itu aje...

Peace ;)

6 ulasan:

  1. huhuu.. gadis tu umo brp lah agaknya yer... sy plak yg tkejut dgr statement dia..

    BalasPadam
  2. alamakkk sorry pu.. dh bc umo 21 thn.. tp blh plak g tnya umo brp..hihii

    kne pk msk2 sblm buat pilihan kan... kalu 50++ dah baya2 parent dia tu kan..

    BalasPadam
  3. wahhh...memang terkejut rasanya makcik-makcik kat luar tu kalau dengar apa budak tu cakap..

    BalasPadam
  4. ye la Pu..sama byk jer klebaikan dan keburukan..yg penting sebenarnya bukan usia tp hati pasangan tu..kan..kan...kalau dapat yg tua byk harta tp idup tak bahagia watpe..kalau dapat yg muda tak berharta tp hidup bahagia..barulah seronok..masing2 punya pendapat la..

    BalasPadam
  5. Sy bercinta dgn lelaki berusia 76 tahun dan sy berumr 24 thn..kami sgt bhgia.. dia seorg bergelar dato'.. tp sy tkt jika kedua ibu bapa dan keluarga sy tau

    BalasPadam
  6. kalo lelaki tua tu kerja govt, tolong jangan berangan nak bolot duit pencen 100% ye? isteri pertama dia tetap ada hak yg LEBIH dari korang.

    kalo korang kawin SELEPAS bersara, lagilah jangan berangan. pencen hanya dapat dinikmati selama 12.5 tahun sahaja. lepas tu pandai2 la korang sendiri nak hidup dan cari laki baru.

    nak pulak bila badan dah tua, dah sakit sana sakit sini, usah kata nak enjoy duit pencen, mau lagi banyak yg keluar untuk bil hospital.

    jangan ingat yg indah2 je wahai adik2 yg muda belia tu..perjalanan hidup korang masih panjang.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.