Choc Moist Cheese Cake

Semalam PU sempat buat aiskrim goreng nak bagi ofismate sebab semalam dia tengok kat fb PU...huhuhu...Pastu, PU sempat buat kek....Saja try kan..sekali menjadi pulak..Cuma kat bahagian kek tuh PU buat kelainan sikit...


Permukaan kek nih PU tabur dengan gula halus.....


Makan sepotong dua dah kenyang. Alhamdulillah PU dapat respon yang baik daripada kawan kawan....

Meh sini, PU nak share resipi dengan korang....

Bahan bahan A

2 cawan tepung gandum }
1 sdt baking powder      } ketiga tiga bahan ini di ayak
1 sdt bikarbonat soda    }

Bahan bahan B

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula perang
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas
1 cawan air biasa
4 sdb susu tepung

Bahan bahan C

2 biji telur
1 sdt esen vanila

Bahan bahan D (cheese)

250 gram krim cheese
1 cawan gula kastor
1 biji telur
1 sdt esen vanila

Cara cara membuatnya

1. Campurkan kesemua bahan bahan B ke dalam periuk atau kuali dan masak sehingga larut dengan api yang perlahan.
2. Pukul telur dengan whisk (tak payah guna mixer) sehingga berbuih...Pastu masukkan esen vanilla...Pukul lagi hingga sebati.
3. Setelah bahan bahan B telah larut dan masak, campurkan dengan telur yang dipukul tadi..Gaul hingga sebati.
4. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit bahan bahan A yang telah di ayak. Gaul sehingga sebati....Kalau agak agak dah rata, guna mixer. Macam PU, mula mula gaul guna senduk kayu, bila nampak tak rata PU guna mixer....
5. Kemudian masukkan ke dalam loyang 8" yang telah di gris dan dilapikkan dengan baking paper.
6. Kukus selama satu jam atau lebih sehingga masak...
7. Mix krim cheese sehingga lembut dan gebu. Kemudian masukkan gula kastor....Mix lagi..Last sekali, masukkan telur dan esen vanila...Mix lagi sehingga sebati....
8. Adunan cheese tadi boleh la dituangkan ke atas kek kukus yang telah masak.
9. Bakar dengan kadar suhu yang sesuai dengan oven selama 15 minit. Guna temperature atas saja ye...(ni ikut resipi asal) ---> PU ubah sikit suhu dan masa untuk bakar cheese nih sebab ikut pada oven PU. PU bakar dengan suhu 100 darjah celcius dan masak selama 25 minit..

Post a Comment

1 Comments

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com