BERAMBU RAMBA DI AEON SEREMBAN 2 PART 2



Sambungan entry sebelum nih…..PU ada beritahu korang sebelum nih kan tempat WAJIB akan PU singgah kalau pergi AEON Seremban 2. Mana lagi kalau bukan kedai buku POPULAR. Walaupun tak beli satu buku pun, PU tetap akan singgah.
Hasil pusing pusing satu POPULAR, PU grab 4 buah buku…Sebuah novel  hasil nukilan Aireen Erina, Cukup Sekadar Dirimu, dua buah buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab (satu buku PU belikan untuk Cuya) dan sebuah buku lagu kanak kanak untuk Aina dan Auni….

Lepas tuh, destinasi kitorang yang terakhir ialah main boling………………..Dah lama rasanya PU tak main boling, confirm markah tak memberangsangkan…Kitorang main satu game jer…Tuh pun tangan dah mula lenguh. Mana taknya dah lama tak tunjuk skill main boling (macam la terror sangat main boling..hehehe)


Aina leka tengok orang lain main boling....Sampai tak sedar Ummi dia snap gambar...


Gambar Aina lagi....Actually gambar kat boling banyak dalam hp...Nak bluetooth kat lappy nih gak kemalasan sikit..So, update entry hanya bertempekkan pic Aina...Bukti yang memang kitorang main boling..huhu...

Selesai main boling, kitorang apa lagi balik la kan..Takkan nak berkampung kat situ lama lama kan….Malam nanti kitorang nak pergi rumah saudara kat Taman Intan, Batu 9 ada kenduri kahwin…..

Post a Comment

4 Comments

  1. kitaorg pun kalu kuar, kedai buku mesti singgah :-)

    ReplyDelete
  2. salam kenal...

    seronok la yer main boling...papa mifz dah lamo gila tak main boling....huhu

    ReplyDelete
  3. seronoknya...berambu-ramba hehehe

    ReplyDelete
  4. wah...berambu ramba ye..

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com