Khamis, 24 Mei 2012

Alhamdulillah | Diorang dah berubah....

Menaip entry sambil menahan perut yang sedang berkeroncong...terkontang kanting tinggal sorang sorang kat office...Yang lain semua busy pergi seminar, meeting dan datang lewat sebab ada urusan lain..PU apa lagi, kena cover duduk diam diam buat bodoh kat office nih. Sambil sambil tuh buat kerja kerja kat office apa yang patut...

Ok, dah mula merepek meraban sebab sangat bosan kat office nih...Actually PU nak cerita tentang dua orang hamba Allah yang telah pun mendapat hidayah agar berubah ke arah kebaikan..Syukur alhamdulillah sangat sangat gembira bila mendengar perubahan diorang nih. PU suka dengan perubahan nih..

Siapa ye diorang yang PU maksudkan tuh???Diorang tuh sebenarnya...........................................
Skroll bawah lelaju....














































































Tadaaaaaaaaaaaaaaaa......



Diorang nih adik adik PU....Yang pic kat atas tuh adik no.3 Mimi Norsuria. Mula berhijab since tahun 2010 tak silap PU bulan puasa.....Pic yang bawah adik PU yang no.2 Mimi Nordian. Mula berhijab sejak bulan lepas. PU memang bersyukur sangat sangat..Yelah, adik adik PU berubah ke arah kebaikan kan. Kakak mana tak suka ye tak......

Sekarang nih di kalangan artis pun ramai yang bertudung kan seperti Ogy Ahmad Daud, Ramlah Ram, Sheila Rusly, Wardina Safiyyah, Catriona Ross, Diana Amir, Norkhiriah, Enot, Siti Nordiana, Abby Abadi, Yatt, Ekin, Irma Hasmie dan ramai lagi rasanya artis yang dah bertudung nih....

Berubah ke arah satu kebaikan adalah anugerah yang tidak ternilai bagi seseorang tuh kan.....Syukur, Allah memberi kesempatan kepada hambaNya untuk berubah.

Hopefully, perubahan mengenakan hijab nih kekal sampai bila bila...PU tak nak la kejap pakai kejap tak seolah seolah mempermain mainkan agama Islam itu sendiri. PU pun cakap kat adik adik PU macam tuh. Tak rugi pun berubah ke arah kebaikan tuh, berubah sikit sikit insyaALLAH, akan berlaku keajaiban dalam diri. Semua manusia pernah buat salah dan silap kan...Tidak ada manusia yang sempurna di dunia nih kan...Jadi, bila diberikan peluang untuk berubah gunakan peluang yang ada sebaik yang mungkin....

PU pun ada cakap kat diorang nak berubah nih berubah betul betul. Jangan hangat hangat tahi ayam pak man telo hujung kampung sana nun....Sebab PU sendiri pun macam tuh jugak, but once bila PU nekad nak berhijab nih PU buat betul betul. Yelah kan, dulu zaman muda mudi masih nak terkinja kinja berlari lari Kuch Kuch Hota Hai, kejap nak pakai kejap tak nak pakai. Memang banyak nak mampuih dosa PU dulu..Huh!!Sangat sangat tak sanggup mengingatkan semua tuh.

Tapi, alhamdulillah ALLAH berikan peluang kepada PU untuk berubah. Now, here am i.....Berhijab dan menjaga batas batas aurat semampu yang mungkin. Keluar dari rumah, tak kira la time tuh nak angkat baju ke, berborak borak dengan jiran ke, teman anak anak main main kat luar rumah ke, PU akan pastikan PU pakai tudung ataupun tutup kepala dengan tuala....

Dulu langsung tak fikir, dosa kita dedahkan aurat nih ayah kita tanggung. Ingatkan kita tanggung sendiri je la kan sebab dah baligh, tapi semua sangkaan tuh meleset. Rupa rupanya ayah kita juga tanggung. Yang dah berkahwin, suami pulak tanggung. Sebab tuh, PU seronok bila adik adik ambil pendekatan untuk berhijab. Sekurang kurangnya diorang menjaga aurat mereka daripada pandangan lelaki yang ajnabi..Dan yang paling penting, kurang beban ayah PU tanggung dosa adik adik PU sebab dedahkan aurat...Alhamdullillah...

Nota kaki* Syukur alhamdulillah...Tutup la aurat sebaik yang mungkin ye...

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah syukur..

    Berubah ke arah yang baik kan, siapa tak happy :)

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.