Khamis, 31 Mei 2012

Resdung | Punca dan penyelesaian yang PU ambil untuk selesaikan

1:40:00 PTG 4 Comments
Antara sebab munasabab PU pos entry pasal resdung adalah kerana PU merupakan salah seorang penghidap resdung okeh!!!Bukan tahap kronik lah...Tapi still ada resdung okeh!!!

Korang tahu tak apa itu RESDUNG?

Resdung ialah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif. 

Punca RESDUNG

Alahan terhadap sesuatu jenis makanan, habuk, kutu dan parasit (demodex)
(PU alah pada udang dan habuk okeh!!!)

So, dah tahu kan apa itu resdung dan puncanya? Kalau korang ada tanda tanda punca tuh maknanya memang korang sama jenis dengan PU..huhuhu...

Dulu kalau bersin, tak pernah sekalipun hidung berair tapi sejak menghidap resdung nih, setiap kali bersin confirm hidung akan berair. Masa tuh, memang WAJIB standby tisu kat tepi banyak banyak. Lepas tuh, sejak ada resdung nih muka PU akan gatal gatal terutama sekali bahagian hidung dan mata. Bila gatal gatal sudah mari, mulalah jari jemari PU nih tonyoh tonyoh hidung dan mata sampai gatal gatal hilang.

Sebab RESDUNG nih lah PU sepatutnya tak boleh makan udang. Kalau makan udang, korang faham fahamlah kan. Confirm, jiran sebelah kampung boleh dengar kekuatan vokal PU saat melepaskan bersin tuh..Huh!!! Sangat sangat menjatuhkan water face PU nih....Memalukan incik hubby saja ada isteri macam PU nih kan? Tapi apakan daya, dah daku ada resdung, nak buat macam mana. Nak nak PU nih tak nak pantang makan, walaupun tahu makan udang tuh akan mengundang kegatalan tahap gaban tetapi tetap juga nak makan. Bila bersin tak henti henti siapa yang susah kan?

Effect dari resdung nih lah muka PU nampak tak bermaya, kusam dan tumbuh jerawat. Bila da jerawat maka ada lah parut jerawat kan? Tak suka!!! Kadang kadang PU nih malas nak bermekap bagai nak rak kalau keluar pergi mana mana. Lebih suka mengekalkan natural beauty tapi memandangkan muka nih tak semenggah jer, nak tak nak terpaksalah tempek bedak patplohpat lapis sampai muka nampak macam opera cina...hahaha...Nampak sangat menipu di situ ya...

Makanya penyelesaian yang PU ambil untuk selesaikan masalah PU nih ialah PU amalkan minum air suam yang banyak...(Sebab dulu memang susah sangat nak minum air suam, pemalas bukan main lagi nak minum air nih.) Alhamdulillah, berkat banyak minum air suam kulit muka kurang berjerawat. Dan untuk merawat kulit muka yang kusam, tak bermaya dan nak hilangkan parut jerawat PU amalkan guna Miracle Mask.


Miracle mask nih diperbuat daripada herba asli tau. Didatangkan dalam bentuk serbuk. First time guna, kulit muka PU jadi tegang dan lembut jer. Dan yang paling PU terkejut ialah PU kurang bersin dan gatal gatal di muka. Sangat cepat okey kesannya.

Antara kesannya yang lain ialah mengecutkan jerawat dan menghilangkan parut, memudarkan 

jeragat dan pigmentasi, melicinkan dan melembutkan kulit, mengurangkan serta menghilangkan 

gatal-gatal di kulit muka dan badan, menegangkan dan mencerahkan kulit, Lulur badan dan scrub

 muka supaya kulit menjadi lembut,cerah dan licin.

Banyak testimoni yang PU review semuanya meninggalkan komen yang positif dan berjaya memiliki wajah yang cantik. So, memandangkan PU juga punya masalah macam diorang, why not PU try kan. Dan ternyata percubaan pertama PU tak sia sia, pertama kali pakai dah nampak kesan. Kalau difikirkan semula dah beribu agaknya duit PU habis nak rawat masalah yang dihadapi. Bersyukur sangat sangat ditemukan dengan produk nih. Lepas nih, tak nak guna produk lain dah...

Nota kaki* Alhamdulillah, produk nih memang berkesan. 100% menggunakan herba asli dan tiada effect bahaya pada kulit tau.

Khamis, 24 Mei 2012

Tak elok minum soya | Biar betul??

9:43:00 PTG 3 Comments
PU memang tak suka minum soya...Tapi bila pregnant PU memang sangat sangat suka minum soya. Bila dah tak pregnant, PU tak suka minum soya....Orang kata bila mengandung elok minum soya, nanti kulit baby cantik, putih.....

Tapi........................Bila PU baca info pasal soya nih, buat PU terkedu dan tergamam seketika.....Betulkah??Apakah??


Nak tahu apa yang menyebabkan PU terkedu dan tergamam, klik SINI.

Wanita yang memotong badannya sendiri

12:19:00 PTG 3 Comments
Rentetan dari entry PU sebelum nih, PU terjumpa pulak hadis yang berkaitan....

"Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka, kerana dia memperkenalkan dirinya kepada orang lain."

Maksud hadis

Apa yang dimaksudkan hadis di atas ialah wanita yang mendedahkan aurat bagi tontotan umum ataupun wanita yang bersolek dan berhias bagi ditunjukkan kepada lelaki yang bukan mahramnya.

Wanita perlu menjauhi diri daripada meletakkan gambarnya yang mendedahkan aurat ataupun berhias cantik dalam internet sama ada dalam friendster, facebook, dan sebagainya sekalipun  dengan niat mencari sahabat ataupun merapatkan ukhuwah.\

Sumber : Buku Anda Bertanya UAI Menjawab

Rabu, 23 Mei 2012

Wordless Wednesday #8- Wajah tanpa solekan

9:48:00 PG 4 Comments

Selasa, 22 Mei 2012

Ada apa dengan jiran 'SUKA JAGA TEPI KAIN' kita?

10:12:00 PG 5 Comments
Sebelum nih, PU janji nak post entry khas tentang jiran kan....So, PU tunaikan janji kat korang.

Depan, belakang, kiri dan kanan rumah kita adalah jiran kan? Pendek kata sesiapa saja yang tinggal di sekeliling kita di suatu kawasan perumahan dipanggil jiran....Ada apa dengan jiran?Suka ke korang jiran yang jenis SUKA JAGA TEPI KAIN orang? Kalau boleh hal dalam kain dan kelambu korang pun diorang nak ambil tahu kan...Kalau boleh nak dikorek sampai ke lubang cacing la cerita hot dan sensasi korang tuh. Then, diorang akan pot pet sana pot pet sini hal rumahtangga korang. Memang membuka aib korang, betul tak? 

Memang tak dinafikan masih ada lagi jiran yang masih bersikap begini. So annoying kan? Kalau diberi kuasa halimunan, dah lama jiran macam nih PU bagi flying kick...haiyakkkkk.....Ok,full stop! Jangan nak berangan ye Pn.Mimie....

Sebenarnya, apa yang PU nak kupas kat sini baik buruknya jiran yang suka jaga tepi kain orang nih....Sebenarnya ada baik dan buruknya bila kita terapkan sikap suka jaga tepi kain orang nih...Bagi pendapat PU la kan banyak kebaikannya daripada keburukan.....

Dari sudut pandangan PU sendiri, jiran suka jaga tepi kain nih memang bagus..Sebab sebelum nih, incik hubby seminggu takde kat rumah sebab bertugas, jadi PU tinggal la tiga beranak saja kat rumah. Kebetulan, time tuh tayar kereta PU pancit. So, jiran PU nih nampak dan maklumkan pada PU. Dia bantu PU tukar tayar tuh. So, dari situ kita boleh tahu sikap suka jaga tepi kain jiran PU nih mendatangkan faedah dan kebaikan....

Korang pilih antara dua? Jiran yang suka jaga tepi kain orang dan mendatangkan kebaikan atau jiran yang suka jaga tepi kain orang tapi mendatangkan keburukan...Keburukan apa yang PU maksudkan? Korang fikirkan sendiri.


Terpulang la pada persepsi masing masing kan setuju atau tak ada jiran yang suka jaga tepi kain orang nih....Bagi PU, ada pro dan kontranya..

PU suka dengan jiran jiran di kawasan perumahan yang ada sekarang nih. Diorang semua sporting dan suka jaga tepi kain orang..Tapi yang jenis positif ye....At least incik hubby takde kat rumah,diorang ada boleh tengokkan PU kan...Mana la tahu jadi apa apa. So, kat siapa lagi kita nak minta tolong kalau bukan jiran jiran kan? Betul tak?

Nota kaki* Teringat kat mama dan ayah kat kampung yang punya jiran jiran yang suka jaga tepi kain orang dan mencetuskan fitnah serta pergaduhan. Jiran jiran yang macam nih la patut kita elakkan...

Isnin, 21 Mei 2012

Bersalin, doktor dan hukum

2:20:00 PTG 4 Comments

Untuk renungan bersama...PU kopi pasta jer...*Otak jammed dan blur blur nak update entry baru*
Soalan:
Ada suatu perkara yang selama ini mengganggu fikiran saya, dan bagi saya ia telah menjadi perkara yang SERIUS. Saya telah mempunyai empat orang anak, keempat-empat anak saya tersebut lahir melalui perawatan doktor lelaki. Semenjak dari pemeriksaan hinggalah sampai mereka lahir, doktor lelaki itulah yang melaksanakannya. Yang menjadi kemusykilan saya apakah pemeriksaan bulanan ketika mengandung yang dilakukan oleh doktor lelaki tersebut dengan memegang bahagian-bahagian aurat seperti perut dan sebagainya dikira sebagai darurat. Sedangkan ketika itu isteri saya bukan dalam keadaan sakit tapi dalam keadaan normal. Apakah hukumnya jika kita membiarkan perkara itu terjadi di depan kita sedangkan mungkin kita boleh mencari alternatif lain seperti mencari doktor pakar wanita ataupun bidan?

Jawapan:
Pada diri wanita ada ciri-ciri atau kriteria yang spesifik dan itu tidak dimiliki oleh lelaki, begitu pula sebaliknya. Apabila salah satu pihak meninggalkan kriteria yang telah ditetapkan Allah bererti ia telah meninggalkan fitrah dan merosak kudrat insaniah. Ada beberapa ketentuan dalam syariat Allah sehubungan kriteria yang dimiliki oleh wanita, oleh sebab itu berpegang teguhlah dengan syariat tersebut dan jangan perkenankan lelaki campur tangan dalam urusan dalaman jika tidak ingin dirugikan ataupun kehidupan fizikal dan kejiwaan wanita akan rosak.
Secara syariat, wanita muslimah hendaklah menjaga dirinya dan auratnya dari dilihat orang lain, kerana jika perkara ini terjadi pasti akan menimbulkan fitnah. Secara fitrah baik lelaki ataupun wanita yang bukan muhrim bersentuhan pasti akan menimbulkan berahi dan getaran jiwa yang akan mendatangkan tekanan syahwat baik banyak mahupun sedikit. Inilah namanya nafsu yang pasti ada pada diri seorang lelaki ataupun wanita yang normal.
Wanita mengandung ketika mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor lelaki bukanlah tergolong dalam keadaan darurat, kerana ketika itu wanita tersebut bukan dalam keadaan sakit. Jika ia bukan dalam keadaan darurat sudah tentu hukumnya berdosa ketika seorang doktor lelaki menyentuh bahagian-bahagian tertentu tubuh wanita tersebut. Kedudukan darurat dalam Islam adalah jika sesuatu keadaan itu tidak ada pilihan lain, maka secara terpaksa atau harus kita melaksanakan sesuatu yang pada dasarnya bertentangan dengan ketetapan Allah. Umpamanya, memakan daging khinzir hukumnya haram, namun ketika dalam keadaan tidak ada sedikitpun makanan melainkan daging itu sahaja, sedangkan kita dalam keadaan kelaparan yang boleh membawa maut, maka hukumnya menjadi harus memakan daging tersebut sekadar mengelakkan dari mati.
Begitu juga halnya dalam masalah pemeriksaan bulanan, ia bukanlah dalam keadaan darurat, sebab masih ada cara lain atau alternatif lain untuk mencari doktor wanita ataupun bidan yang beragama Islam. Apatah lagi di negara kita sekarang ini mudah didapati doktor wanita, bahkan di hospital dan klinik kerajaan pun kebanyakan yang memeriksa wanita hamil terdiri dari doktor atau bidan wanita. Mengapa kita mesti mencari doktor lelaki jika hanya sekadar menginginkan kepakaran mereka disaat mengadakan pemeriksaan bulanan. Bahkan doktor wanita yang pakar sakit puan pun telah ramai di negara ini. Maka tidak timbullah istilah ‘darurat’ ketika mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor lelaki bagi wanita hamil. Kecualilah ketika akan melahirkan, di mana wanita yang akan melahirkan tersebut memerlukan pembedahan dan perhatian yang serius dari ramai pihak. Maka ketika ini barulah boleh dipakai istilah darurat tersebut, kerana wanita yang ingin melahirkan itu tidak terfikir masalah lain, melainkan ingin selamat melahirkan anaknya.
Ditinjau dari aspek psikologi pun proses pemeriksaan bulanan yang dilakukan wanita hamil dengan doktor lelaki ini akan menimbulkan kesan yang jauh dan negatif dalam hubungan kekeluargaan. Bayangkan saja bagi seorang wanita yang selama ini hanya disentuh oleh suaminya, tentu akan merasa suatu getaran ketika lelaki lain menyentuhi tubuhnya. rasa kelainan dan getaran inilah yang membenihkan suatu keinginan tertentu kepada yang lain selain suaminya, lebih-lebih lagi ketika mereka menghadapi masalah atau krisis rumahtangga. Perkara ini sepintas lalu nampaknya macam perkara biasa dan sederhana, namun dalam jangka masa panjang, kesannya sangat membahayakan minda dan jiwa isteri tadi serta suaminya juga. Dalam hal ini bagi doktor lelaki mungkin tidak merasakan apa-apa perasaan terhadap pesakitnya, disebabkan terlalu ramai pesakit yang dirawatnya setiap hari dan ini menjadikannya lali dengan keadaan tersebut. Namun bagi seorang wanita yang normal dan sihat, getaran di jantungnya pasti akan terasa dan getaran inilah yang dinamakan syahwat.
Jika perkara ini terjadi bukanlah bererti setiap wanita yang hamil itu tidak baik atau wanita yang rendah moralnya, malah perkara ini membuktikan kenormalan wanita tersebut. Dalam hal ini kebijaksanaan suami sangat dituntut untuk melaksanakan tuntutan Islam agar isterinya mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor wanita Islam sahaja.
Saya ingin membawa contoh yang sama dalam diri seorang lelaki. Bagaimanakah rasanya perasaan seorang lelaki jika bahagian tertentu tubuhnya disentuh oleh doktor wanita dengan nada bahasa yang lemah-lembut dan baik. Sebagai seorang lelaki yang normal, pasti dia akan merasakan getaran di jantungnya, kecualilah jika ketika itu ia betul-betul sakit (dalam keadaan darurat), sehingga tidak ada yang lain difikirkannya melainkan kesembuhan dari sakitnya itu. Begitu juga halnya dengan doktor wanita yang menyentuh pesakit lelaki mungkin merasa lali dengan situasi tersebut disebabkan profesi dan tanggungjawabnya sebagai seorang doktor.
Fahamilah tentang kaedah batas-batas aurat bagi seorang wanita atau lelaki yang bukan muhrim. Jika perkara ini tidak diberi perhatian secara serius, lama kelamaan akan runtuhlah sendi institusi rumahtangga keluarga muslim. Seandainya seluruh umat Islam tidak mengambil berat tentang perkara ini, bukan saja institusi rumahtangga malah negara pun akan runtuh kerana kejatuhan nilai moral dan agama dalam kehidupan bangsa. Peliharalah diri dan keluarga kita agar kehidupan bahagia di dunia dan di akhirat serta terhindar dari seksa api neraka. Wallahu A’lam…
Wassalam.

http://www.ukhwah.com
Sumber : 

Ahad, 20 Mei 2012

Terima Kasih IntaNBerliaN

6:37:00 PTG 6 Comments
Gara gara entry promote blog PU oleh IntaNBerliaN kepada mereka yang nak tengok gambar dan video blog IB yang di siarkan dalam rancangan Apa Kata Wanita Zamzarina di TV1, bilangan pengunjung blog PU hari nih amat amat mengujakan PU..Selalunya bilangan pengunjung blog PU hari Sabtu dan Ahad paling tinggi pun 3 pengunjung sahaja.....Tapi.....

Hari nih pecah rekod, blog PU terima kunjungan seramai 9 orang....Alhamdulillah terharu sangat. Terima kasih banyak banyak IB :)


Korang nampak tak kotak pink yang PU higlightkan tuh...9 rama rama datang singgah...Sangat sangat terkejut okeh!!!!Tak sangka PU..Terima kasih sekali lagi ye IB....

Jamuan makan @ area rumah | Choc Moist Cake dapat pujian...maluuuuu

6:24:00 PTG 2 Comments
Malam tadi PU dan jiran jiran area lorong perumahan PU ada buat jamuan..Kiranya jamuan nih kali kedua...Tujuan jamuan nih dibuat untuk meraikan jiran PU yang akan berpindah ke rumah mereka yang baru siap di Nusari Aman 2. Tak jauh sebenarnya kawasan Nusari Bayu dan Nusari Aman...Dan tujuan lagi satu nak berkenalan dengan jiran jiran yang baru menyewa dan pindah depan rumah PU. 

Sangat seronok tinggal di sini sebab mempunyai jiran jiran yang suka "jaga tepi kain". Nanti PU akan update entry pasal jiran nih okey...PU xsempat nak snap pic aktiviti aktiviti kitorang malam tadi sebab bateri tab dah kong...

Masing masing ada bawa potluck....PU di amanahkan buat kek....So,jiran sebelah rumah PU suruh buat kek yang PU pernah bagi sebelum nih..Kek apa lagi kalau bukan Choc Moist tuh....


Sila abaikan rupa kek yang tak berapa semenggah tuh...Janji rasanya sedapnya ye tak...

Serius kek PU mendapat pujian malam tadi, kek sedap dan lembut.Kembang bermangkuk mangkuk PU. Sangat malu okeh!!!Ada yang cakap boleh la tempah kat PU untuk raya nanti, ada jugak yang minta resipi...PU okey aje kan....

Untuk pengetahuan korang semua resipi Choc Moist Cake kali nih PU ubah sikit bahan bahannya....Sebelum nih bahan bahan Choc Moist Cake PU ada bagi kat entry nih kan...Kali nih PU bagi resipi Choc Moist Cake yang telah PU ubah sedikit....Resipi sebelum nih pun sedap juga tapi manis. So, kali nih rasanya tak terlalu manis dan yang penting masih sedap lagi. Resipi kek sebelum nih semuanya PU amik dari fanpage Jom Masak. Cuma PU ada ubah sikit sikit aje ikut pada selera PU dan kawan kawan....

Resipi Choc Moist Cake ( resipi latest PU ubah sikit)

Bahan2 A

2 cawan tepung gandum
1 sdt baking powder
1sdt bikarbonat soda

Kesemua bahan2 A diayak sekali ye...

Bahan2 B

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula perang
1 cawan air panas
1 cawan air biasa
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan susu cair
4 sdb susu tepung
3 sdb Milo

Masak kesemua bahan2 B dalam periuk or sewaktu dengannya di atas api yang perlahan sehingga sebati.

Bahan2 C

2 biji telur gred A
1sdt esen vanila

Cara membuat

Pukul 2 biji telur sehingga berbuih dan masukkan esen vanila...Pukul sebati. 
Kemudian masukkan bahan2 B yang telah dimasak tadi ke dalam telur dan gaul hingga sebati.
Akhir sekali, masukkan bahan2 A ke dalam adunan, mix hingga sebati.
Masukkan adunan ke dalam loyang yang di alas baking paper dan di gris...Kukus sehingga sejam atau sehingga masak....

Tips * Nak pastikan kek betul betul dah masak, korang cucuk lidi kat tengah tengah kek tuh. Kalau melekat kat lidi, maknanya kek belum masak sempurna lagi. Kalau dah tak melekat maknanya dah masak la kek korang tuh...

Blogger IntaNBerliaN @ Apa Kata Wanita Zamzarina TV1

4:50:00 PTG 13 Comments
Seperti yang PU janjikan dengan tuan empunya badan IntaNBerliaN, PU akan amik pic blog IntaNBerliaN dalam rancangan Apa Kata Wanita Zamzarina di TV1. Blog IntaNBerliaN terpilih untuk diselitkan dalam ruangan Ada IT. As a friend, i'm very proud of you.


Apa yang dimaklumkan, blog IB berkongsi tips untuk ibu mengandung, tempat makanan yang pernah di kunjungi and so on....Sangat teruja tau bila tengok blog IB masuk televisyen. Terasa nak ikut jejak IB jer tapi memandangkan blog picisan PU yang tak la sepopular blog IB, makanya PU dengan rasa rendah diri nih melupakan sekejap impian tuh. But bukan bererti PU mengalah ye, mungkin belum tiba masa yang sesuai lagi. Mana la tahu one find day blog PU kan ikut jejak blog IB..Siapa tahu kan??

So, PU selitkan pic dan video yang PU sempat rakam...Tapi PU minta maaf la ye IB cuz kualiti sound video tidak berapa bagus sebab ada terselit suara Auni dan bunyi muzik motor mainan si kecil tuh...Ini saja yang PU sempat amik untuk tatapan IB....


Nih dia montaj untuk segmen ADA IT @ Apa Kata Wanita


Jeng..jeng..jeng...Blog apakah yang menjadi BLOG PILIHAN Apa Kata Wanita???



















Taraaaaaaaaaaaaaaa.....
Blog Pilihan : IntaNBerliaN (http://ihaveasweetsmile.blogspot.com)


Dan kat bawah video yang sempat PU amik...Sorry sesangat ye IB, kualiti video tak berapa bagus...hihihihi



Jumaat, 18 Mei 2012

Tahu tak apa itu "GOGOK"?

6:33:00 PTG 3 Comments
Haa.....Mesti ada yang tertanya tanya apa itu gogok? Bahasa nih mungkin juga boleh di kategorikan sebagai bahasa pasar....Dan mungkin ada sesetengah tempat tahu apa yang dimaksudkan apa itu gogok.

Kat area kampung PU, kitorang memang sudah biasa menggunakan perkataan gogok nih. Kalau orang luar dengar, mungkin ada yang terpinga pinga dan tertanya tanya...Gogok?Apa tuh?Haa...meh sini rapat rapat, baca entry PU nih...PU nak terangkan kat korang bagi jelas sikit.....


ihsan pakcik google

Korang nampak tak apa yang sedang dilakukan wanita kat gambar di atas nih???Minum air dari botol kan???

Tahu tak korang apa yang dilakukan wanita kat atas nih dinamakan gogok? GOGOK tuh maksudnya minum air dari botol tanpa menuangkan air dalam botol tuh kat dalam cawan...Faham tak maksud PU nih?Ke berbelit belit ayat PU nih korang nak faham...huhu..Apa la PU nih kan...Pendek kata, secara ringkasnya gogok tuh maksudnya minum air dari botol la....

Family PU pantang kalau air dalam botol (yang disejukkan dalam fridge), digogok oleh sesiapa saja manusia yang kehausan...Kalau nak minum air sejuk dalam botol, kena tuang dalam gelas or cawan dulu..Baru minum...Cuba bayangkan kalau banyak mulut yang gogok air tuh???Agak agak korang, korang nak tak minum air dalam botol tuh...hehehe

So, dah jelaskan apa yang dimaksudkan dengan gogok tuh? Lepas nih, kalau korang ada terdengar orang cakap gogok kat area Port Dickson nih, taklah korang terpinga pinga lagi kan...


Yogurt Strawberi Cheese Cake | Gara gara kek nih la jari PU luka

6:12:00 PTG 4 Comments
Entry bergambar aje.....

Nih la cheese cake yang PU buat malam rabu....


Cheese cake yang dibakar menggunakan kaedah steam bath....Kek memang gebu dan soft jer....




Cheese cake yang siap dipotong dan dimasukkan dalam tupperware...Nak bawak pergi office...bagi kawan kawan rasa air tanga PU...

Nota kaki* Tetiba nak try buat Choc Moist Cake, masak cara steam bath...Apa jadi erk???

Khamis, 17 Mei 2012

Ibu jari luka gara gara meng'cheese' cake malam tadi!!!

11:21:00 PG 7 Comments
Malam tadi mood nak buat kek membuak buak...Alang alang bahan bahan nak buat cheese kek ada, PU pun buat..Kira last buat kek untuk minggu nih...Lagipun buat bahan bahan buat kek dah nak habis. Kena top up lagi..

Malam tadi PU buat cheese cake saiz besar...Sebelum nih PU buat cheese cake yang size kecil. Bahan bahan  nak buat cheese cake ada kat entry sebelum nih. Cuma PU tambah satu bahan untuk buat kek kali nih. PU tambah 135g yogurt perisa strawberi....Jadi, kek nih PU bagi nama Yogurt Strawberi Cheese Cake. Pic PU tak dapat nak tempek sebab gambar kat handphone Samsung Champ. hari nih incik hubby guna handphone PU tuh sebab kredit handphone dia dah abis. Disebabkan PU guna bil, maka Samsung Champ PU jadi mangsa incik hubby.

Mukadimah yang sangat panjang...Padahal nak cerita pasal ibu jari luka aje...huhuhu....Ibu jari PU luka gara gara nak buka plastik bungkusan cheese cream. PU guna pisau masa nak buka bungkusan tuh. Jari luka pun bukan disebabkan pisau tapi disebabkan kuku pendek PU nih.....Memang tak sedar pun jari luka, tahu tahu ada darah kat sinki...Dugaan nak buat kek....


Nampak tak luka PU tuh??Serius walaupun luka kecil tapi pedih ooo....Kek punya pasal, jari luka...Tapi takpelah kan, walaupun jari pedih sebab luka tapi rasa berbaloi baloi dengan hasil kek yang dibuat....

Cheese cake tuh PU bawa datang office....Alhamdulillah, kek PU laku macam pisang goreng panas!!!Kawan kawan office cakap sedap....Sangat sangat puas hati....Betul la kata orang, kalau kita masak dengan hati yang ikhlas dan penuh kasih sayang, masakan kita tuh akan jadi sedap.....

Nota kaki* Rasa berbaloi dapat bagi kawan kawan makan cheese cake walaupun jari luka......

Rabu, 16 Mei 2012

Ingatkan Aina ada masalah sembelit rupa rupanya.....ermmmm

3:34:00 PTG 6 Comments
Sebelum nih Aina ada masalah buang air besar..Bila tengok dia pegang perut dan cakap "Ma, kit." PU dah agak mesti dia nak buang air besar, so PU akan cakap "Buang ajelah." Tapi tunggu punya tunggu tak jugak dia buang air besar..PU dah risau, apa lagi terus capai ubat pancut masuk kat punggung dia. Apa lagi Aina meraung la...Raungan dia jangan cakap la...PU tengok pun nak nangis sebab PU tahu betapa sakit dan seksanya bila kena sembelit dan najis kita tuh keras.....nak nak masuk ubat pancut tuh, perut confirm menggelodak sakit...Sungguh memang PU tak sampai hati tengok keadaan Aina masa tuh. Bila najis dia dah keluar, PU lega sangat sangat.

Tapi PU fikir sekali tuh jelah Aina sembelit tapi rupa rupanya berlanjutan sampai seminggu lebih. Bila pegang ubat pancut tuh, Aina akan jerit sambil menggeleng gelengkan kepalanya sambil jerit "Tak nak! Tak nak!".Korang nak tahu cara Aina bagi isyarat bila dia nak buang air besar. Dia akan letak tangan kiri @ tangan kanan dia kat punggung sambil tuh jalan ke hulur ke hilir. So, time tuh PU memang tahu dia memang nak buang air besar. Tapi bila tengok tak juga dia membuang, automatik la Ummi dia fikir najis dia keraskan...

PU yang tak tahu apa apa nih terus buka pampers Aina dan sambil tuh urut urut perut dia..Bila tengok dia teran tuh, Ya ALLAH sayunya hati....PU fikir sampai bila la keadaan Aina nak jadi macam nih....

Tapikan suatu hari tuh, PU terfikir why not PU ajar Aina buang air besar kat toilet untuk memudahkan Aina buang air besar. Rumah PU ada dua jenis toilet...Satu toilet jenis duduk dan satu lagi jenis cangkung. PU ajar Aina guna toilet cangkung, senang dia nak buang memandangkan dia kerap kena sembelit. Bila PU tengok Aina membuang senang pula najis tuh keluar. Selama nih PU fikir Aina kena sembelit, rupa rupanya dia nak belajar membuang dekat toilet. Dah tak nak buang dalam pampers sebab dia geli. Adoiii la...PU nih lambat sangat tangkap maksud Aina...

Kesian Aina, selama nih PU fikir dia sembelit dan najis keras, punya la sesuka hati cucuk punggung dia dengan ubat pancut tuh...Punya la Aina menahan sakit penangan ubat pancut tuh.....Rupa rupanya dia mula nak belajar membuang kat toilet....Ikutkan najis dia bukan keras mana pun, PU jer terover risau...Yelah, anak kan, hati ibu mana tak risau...Sedangkan kita yang dah tua bangka nih kalau kena sembelit dah menangis tahan sakit ini kan pulak budak sekecil Aina tuh....

Selepas kejadian tuh, kalau sakit perut nak membuang Aina akan cakap " Kit." sambil pegang perut dan tunjuk toilet. Maknanya PU tahu la dia membuang.....

Nota kaki* Macam macam cara anak anak kita beritahu kita kalau jadi something kan??



Choc Moist Cake lagi dan lagi......

11:25:00 PG 0 Comments
Entry ringkas!!!

Choc Moist Cake nih PU buat untuk kawan kawan office....Potluck la kiranya....


PU buat topping kat bahagian atas jer....PU guna coklat masakan + coklat Nutella + Butter....Pastu tabur coklat rice warna warni.....




Nota kaki* Jumaat nih buat cheese cake pulak....

Selasa, 15 Mei 2012

Kepala pelakon Yatt melekat pada sejadah

4:22:00 PTG 6 Comments
Subhanallah!!!Sungguh besar kekuasaanMU Ya ALLAH!!!

Renung renungkan...

Pelakon Yatt Hamzah, 32 terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.

"Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat."

Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.

"Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat."

Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.

Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka.
Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.

"Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka."

"Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung."

Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.

Teringat kata kata seseorang....

Pakailah tudung walau terpaksa. Bersolatlah walau terpaksa. Puasalah walau terpaksa...Kerana terpaksa itu akan jadi kebiasaan suatu hari nanti.....

Isnin, 14 Mei 2012

BERAMBU RAMBA DI AEON SEREMBAN 2 PART 2

4:29:00 PTG 4 Comments

Sambungan entry sebelum nih…..PU ada beritahu korang sebelum nih kan tempat WAJIB akan PU singgah kalau pergi AEON Seremban 2. Mana lagi kalau bukan kedai buku POPULAR. Walaupun tak beli satu buku pun, PU tetap akan singgah.
Hasil pusing pusing satu POPULAR, PU grab 4 buah buku…Sebuah novel  hasil nukilan Aireen Erina, Cukup Sekadar Dirimu, dua buah buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab (satu buku PU belikan untuk Cuya) dan sebuah buku lagu kanak kanak untuk Aina dan Auni….

Lepas tuh, destinasi kitorang yang terakhir ialah main boling………………..Dah lama rasanya PU tak main boling, confirm markah tak memberangsangkan…Kitorang main satu game jer…Tuh pun tangan dah mula lenguh. Mana taknya dah lama tak tunjuk skill main boling (macam la terror sangat main boling..hehehe)


Aina leka tengok orang lain main boling....Sampai tak sedar Ummi dia snap gambar...


Gambar Aina lagi....Actually gambar kat boling banyak dalam hp...Nak bluetooth kat lappy nih gak kemalasan sikit..So, update entry hanya bertempekkan pic Aina...Bukti yang memang kitorang main boling..huhu...

Selesai main boling, kitorang apa lagi balik la kan..Takkan nak berkampung kat situ lama lama kan….Malam nanti kitorang nak pergi rumah saudara kat Taman Intan, Batu 9 ada kenduri kahwin…..

Choc Moist Cake istimewa untuk mama

10:46:00 PG 1 Comments
Entry sebelum nih PU cerita pasal first time buat cheese cake kan...Entry nih pulak pasal choc moist cake yang PU baked special for my lovely mama......Malam tadi kek nih dah selamat sampai kat tangan mama.....Hope mama suka kek tuh...Rasa rasanya balik dari kerja nanti nak singgah rumah mama tanya ok ke tak kek tuh...huhuhu...

Nak resipi Choc Moist Cake nih, korang cari kat entry yang PU buat Choc Moist Cheese Cake...Amik aje resipi kek coklat tuh..Yang resipi cheese tuh abaikan aje k....


Yang lubang kat tengah tengah tuh sila abaikan ye...Tuh kesan PU cucuk kek dengan lidi sebab nak pastikan kek dah masak atau belum...


Nih rupa kek Choc Moist yang dah siap di hias...Sila abaikan hiasan kek nih ye...PU hias ikut suka suki hati PU...Potongan buah kiwi pun carca merba tapi kira ok la kan.....Janji PU buat kek nih istimewa untuk mama...

Kualiti gambar tak berapa best sebab guna Samsung Champ....PU still lagi belum godek2 sepenuhnya hp nih tuh yang tak tahu nak setting pic bagi cantik....Janji dapat snap pic kan....

Nota kaki * Pasal resipi Choc Moist nih kalau korang rasa guna 1 cawan susu pekat tuh manis, korang kurangkan jadi setengah cawan....Pokoknya, korang ubah ikut pada selera korang okeh!!!



First time meng'cheese' kek

10:05:00 PG 4 Comments
Semalam kan lepas selesai masak tengahari, PU mulakan operasi dengan membuat kek kek....Mula mula PU buat kek cheese kemudian kek coklat.....

PU nak cerita pasal buat kek cheese dulu...Disebabkan baru nak belajar buat kek cheese nih, PU cuma buat size kecil aje..Nak try menjadi ke tak kan...Alhamdulillah tak sangka menjadi.....

Actually dulu PU nih bukan la terror sangat buat kek2 nih...Memang tak pernah buat la....Masak pun setakat lauk pauk pandai la..Tapi bab bab pastry nih PU rasa PU failed la...Tapi tak sangka lepas dah ada anak dua, pandai juga PU buat kek....Tak sia sia la kan beli oven dan mixer...Selalunya bila PU buat kek, PU akan bagi nenek a.k.a mak, makcik dan pakcik PU rasa.....Bila diorang cakap ok, sedap memang kembang semangkuk la....


Sila abaikan bentuk kek yang tak semenggah tuh ye...Alkisahnya masa letak baking paper tuh PU potong terlebih ukuran...tuh yang jadi senget benget...First time kan...dimaafkan...huhuhu.....


Ha nih la rupa cheese cake yang dah siap di hias....Cheese cake nih kalau makan kan cepat rasa muak, so PU letakkan topping coklat dan buah kiwi supaya rasanya balance....Alhamdulillah, cubaan pertama PU nih mendapat pujian makcik PU yang memang terror bab bab masak memasak nih. Incik hubby PU memang tak makan kek nih....Dia nih agak cerewat bab bab kek nih...Tak kena dengan tekak memang dia tak makan....

So, jom recce resipi kek cheese nih pulak..

Bahan bahan A

150g krim cheese
100 ml susu segar
80g butter 

Semua bahan bahan di atas dimasak degan api yang perlahan hingga sebati. Ketepikan setelah masak sebati.

Bahan bahan B

3 biji putih telur (gred A)
60g gula kastor

Mix putih telur hingga berbuih. Pastu masukkan gula, mix sehingga jadi kaku dan kental (meringue) - Kiranya kalau korang terbalikkan mangkuk tuh, meringue tuh tak jatuh la...maknanya dah ok la tuh...

Bahan bahan C

3 biji kuning telur (gred A)
1sdt esen vanilla
60g tepung gandum
20g tepung jagung

Dalam mangkuk lain masukkan kuning telur...Then, masukkan bahan A yang telah dimasak tadi & esen vanilla...Mix sebati....
Masukkan tepung...Gaul sebati....
Then, masukkan 1/2 meringue...Gaul sebati...
Kemudian masukkan baki meringue dan gaul cara kaup balik sehingga sebati....Masukkan adunan dalam loyang yang telah dilapik baking paper...

Panaskan oven 170 darjah celcius (Macam PU api bawah kekalkan suhu 170, api atas suhu 100 je)...45 minit api bawah...10 minit api atas.....Bakar guna kaedah steam bath yer....

(Suhu tuh kalau korang pandai adjust ikut kesesuaian oven korang...Sebab takut kalau suhu terlalu tinggi kek korang akan hangus)

Jumaat, 11 Mei 2012

Kerana Noor, bayi 10 bulan selamat

11:09:00 PG 1 Comments
Update status terkini susulan rakaman video bayi 10 bulan kena dera ibu kandung....


Video klip seorang ibu mendera anaknya yang berusia 10 bulan yang menjadi topik panas beberapa hari lalu telah mengundang marah banyak pihak bukan sahaja ke atas wanita berkenaan, namun juga terhadap perakam klip itu.
Ramai yang begitu marah mengapa tukang rakam terlepas dan hanya ibu kanak-kanak berkenaan dikenakan hukuman penjara 18 bulan.
Disebabkan simpati terhadap anak kecil terbabit, maka boleh difahami mengapa ramai antara kita yang tersinggung dengan keadaan itu.
Namun, laporan muka hadapan akhbar paling terkenal dan pilihan ramai pembaca di negara ini, Harian Metro memperjelaskan bahawa perakam berkenaan, Noor, 30-an adalah sebenarnya penyelamat kanak-kanak itu, bukannya seorang individu yang suka-suka merakam kejadian.
“Saya rakam semata-mata untuk diserahkan kepada polis kerana sudah tidak tahan lihat bayi itu kerap dikasari ibunya,” katanya seperti dilaporkan akhbar berkenaan hari ini.
Kes penderaan itu berlaku Mei tahun lalu di Petaling Jaya dan ibu kanak-kanak itu telah dipenjara 18 bulan manakala kanak-kanak itu kini selamat dan diletakan di bawah jagaan keluarga angkat.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengesahkan keadaan kanak-kanak berkenaan dan berkata dia kini lebih ceria dan tidak trauma, bertentangan daripada apa yang disebarkan individu tertentu melalui laman sosial Facebook dan Twitter.
Selanjutnya Noor berkata, tujuan dia merakam klip itu adalah sebagai ikhtiar terakhirnya untuk menyelamatkan bayi berkenaan.
“Saya sangat sedih kerana sebelum itu sudah empat kali wanita terbabit yang juga rakan saya memukul bayinya dengan teruk termasuk menghumban ke dinding,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Petaling Jaya.
Noor menjelaskan, ketika kejadian itu, dia berpura-pura memegang telefon bimbit kononnya untuk menghantar sistem pesanan ringkas (SMS), sebaliknya merakam kejadian itu untuk dijadikan bahan bukti kepada pihak polis.
Katanya, ketika itu, dia ada meminta anak perempuannya yang berusia 9 tahun agar mengambil bayi berkenaan, namun anaknya itu juga dipukul wanita berkenaan yang dikenali sebaga Ira.
Melihat keadaan itu kata Noor, selepas hampir lima minit dia menghentikan rakaman dan bergegas mengambil bayi Ira lalu membawanya masuk ke bilik lain sebelum menguncinya dari dalam.
Noor kemudiannya menghubungi seorang rakan dan memintanya membuat laporan polis. Kira-kira satu jam selepas itu, polis tiba di rumahnya dan menahan Ira.
Noor menjelaskan, dia telah berulang kali menasihatkan Ira sebelum kejadian berkenaan agar jangan menjadikan anaknya sebagai tempat untuk melepaskan geram.
Ira dikatakan bertindak ganas akibat tekanan hidup terutama selepas ibunya meninggal dunia tahun lalu.
Selepas Ira ditahan, Noor sendiri telah menjaga kanak-kanak berkenaan selama tiga minggu sebelum diserahkan kepada JKM.
Nampaknya ramai antara kita telah tersilap dan buruk sangka kepada Noor sedangkan kerana dialah kanak-kanak itu selamat.
Sumber : SINI

Rabu, 9 Mei 2012

Wanita ini mempunyai HATI yang teramat JAHAT!!

2:00:00 PTG 5 Comments
Apa perasaan korang bila tengok video nih???Binatang pun tahu sayangkan anak....Di mana letaknya iman dan hati wanita ini...Sanggup perlakukan seorang bayi yang tak mengerti apa apa macam binatang!!! Semoga ALLAH berikan balasan yang setimpalnya kepada wanita yang bernama IRA ini!!!!



Choc Moist Cheese Cake

11:52:00 PG 1 Comments
Semalam PU sempat buat aiskrim goreng nak bagi ofismate sebab semalam dia tengok kat fb PU...huhuhu...Pastu, PU sempat buat kek....Saja try kan..sekali menjadi pulak..Cuma kat bahagian kek tuh PU buat kelainan sikit...


Permukaan kek nih PU tabur dengan gula halus.....


Makan sepotong dua dah kenyang. Alhamdulillah PU dapat respon yang baik daripada kawan kawan....

Meh sini, PU nak share resipi dengan korang....

Bahan bahan A

2 cawan tepung gandum }
1 sdt baking powder      } ketiga tiga bahan ini di ayak
1 sdt bikarbonat soda    }

Bahan bahan B

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula perang
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas
1 cawan air biasa
4 sdb susu tepung

Bahan bahan C

2 biji telur
1 sdt esen vanila

Bahan bahan D (cheese)

250 gram krim cheese
1 cawan gula kastor
1 biji telur
1 sdt esen vanila

Cara cara membuatnya

1. Campurkan kesemua bahan bahan B ke dalam periuk atau kuali dan masak sehingga larut dengan api yang perlahan.
2. Pukul telur dengan whisk (tak payah guna mixer) sehingga berbuih...Pastu masukkan esen vanilla...Pukul lagi hingga sebati.
3. Setelah bahan bahan B telah larut dan masak, campurkan dengan telur yang dipukul tadi..Gaul hingga sebati.
4. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit bahan bahan A yang telah di ayak. Gaul sehingga sebati....Kalau agak agak dah rata, guna mixer. Macam PU, mula mula gaul guna senduk kayu, bila nampak tak rata PU guna mixer....
5. Kemudian masukkan ke dalam loyang 8" yang telah di gris dan dilapikkan dengan baking paper.
6. Kukus selama satu jam atau lebih sehingga masak...
7. Mix krim cheese sehingga lembut dan gebu. Kemudian masukkan gula kastor....Mix lagi..Last sekali, masukkan telur dan esen vanila...Mix lagi sehingga sebati....
8. Adunan cheese tadi boleh la dituangkan ke atas kek kukus yang telah masak.
9. Bakar dengan kadar suhu yang sesuai dengan oven selama 15 minit. Guna temperature atas saja ye...(ni ikut resipi asal) ---> PU ubah sikit suhu dan masa untuk bakar cheese nih sebab ikut pada oven PU. PU bakar dengan suhu 100 darjah celcius dan masak selama 25 minit..

Selasa, 8 Mei 2012

Aiskrim Goreng

11:12:00 PG 8 Comments
Sebagai memenuhi request from kak Fieda kat FB PU, PU nak share resipi aiskrim goreng yang PU buat malam tadi....

Actually, senang jer resipi aiskrim goreng nih......

Sebelum bebel pendek pendek pasal resipi aiskrim goreng nih meh layan dulu pic yang PU snap guna hp Samsung Champ...So, kualiti tak sebagus tab...huhuhu...Sangat sadis di situ....


Rupa bentuk aiskrim goreng sebelum digoreng.....Korang dinasihatkan buat aiskrim goreng waktu malam sebab senang nak goreng esok paginya.....Make sure masa nak buat nih aiskrim tuh betul betul beku ye....


Nih rupa aiskrim goreng yang dah siap digoreng.....Waktu menggoreng tak lama mana pun. Hanya beberapa saat saja.

Okey, proceed to resipi ye....

Bahan bahan

Roti Gardenia (atau apa apa pun jenama roti yang korang suka)
Aiskrim (ikut suka nak perisa apa)
Minyak untuk menggoreng

Cara cara

1. Mula mula korang tekan tekan dibahagian tengah roti.
2. Then, korang letak aiskrim kat tengah tengah roti..Makesure jangan letak banyak sangat aiskrim sebab takut nanti payah korang nak lipat roti tuh nanti..
3. Lipat roti yang telah diisi aiskrim jadi bentuk tiga segi.
4. Pastu korang ambil la gelas ke cawan ke tekap kat roti supaya dapat bentuk macam gambar kat atas.
5. Dah siap pun...

Tips nak buat aiskrim goreng

Makesure masa nak buat tuh, aiskrim korang tuh beku. Kalo korang tekan tekan tengah roti dan rasa lembut lagi, masuk dulu dalam freezer. Bagi aiskrim tuh beku.

Sebelum nak goreng, makesure minyak korang betul betul panas. Then, baru kuarkan aiskrim goreng dari freezer dan terus goreng....Waktu menggoreng tak lama mana pun, beberapa saat je....Dah siap menggoreng semua boleh terus makan...Memang sedap....

Selamat mencuba kawan kawan semua....Aiskrim goreng nih memang best!!!!

Isnin, 7 Mei 2012

BERAMBU RAMBA DI AEON SEREMBAN 2 | PART 1

11:47:00 PG 2 Comments
Entry yang diperam selama seminggu lebih…ini menunjukkan PU seperti busy teramat walaupun tak berapa busy mana pun…Sepatutnya entry nih di publish minggu lepas lagi tapi memandangkan tahap kemalasan yang semakin menjadi jadi maka enrty nih PU peram dulu untuk dijadikan jeruk…hurm…

Okey la nih cerita Jumaat minggu lepas,minggu lagi satu iaitu bersamaan 27hb April 2012….Hari tuh  bagi yang busy bekerja,bertungkus lumus menyiapkan kerja tapi PU sebaliknya pulak. PU start ambil cuti sejak hari Khamis, 26hb April 2012 sehingga 02hb Mei 2012…Saja ambil cuti lama lama nak rest kan badan yang dah sampai tahap keletihan melampau…..

Actually, 26hb tuh PU dan incik hubby ‘ditugaskan’ bawa adik PU yang no.3, Cuya (panggilan manja dia katanya…hahaha) dan adik sepupu PU, Farah temuduga di Institut Kesihatan Umum, Jalan Bangsar……Itu sebabnya PU ambil cuti…Dan hari hari yang seterusnya seperti yang dimaklumkan di atas…Nak rest kan badan….

Huh…Mukadimah punya la panjang walaupun sebenarnya nak cerita pasal hari Jumaat jer…..

……Titik….Noktah………………………Terus cerita hari Jumaat punya kisah…………………………

Hari Jumaat lepas solat Zohor, PU jemput adik dan adik sepupu kat Telok Kemang…PU nak bawak dorang berambu ramba di Aeon Seremban 2. Dorang nih untuk makluman korang semua bukan jenis kaki jalan punya orang…Kalau diajak baru la dorang berjalan…..
So, sampai sampai jerk at Aeon Seremban 2 kitorang terus bawak budak kecil dua orang ih kat tempat mainan kanak kanak yang ada kereta muzik dan permainan game bagai…..Sempat jugak snap sana snap sini gambar budak budak nih……PU pun tak terkecuali okey!!!






Lepas penat melayan karenah Aina dan Auni, kitorang pergi Pizza Hut mengisi perut yang dah mula berdendang keroncong……Alhamdullillah servis kat Pizza Hut sini memang terbaekkk!!!







Perut masing masing pun dah penuh, so, PU terus shopping beli pampers dan susu Aina dan Auni….Pastu, beli dua tiga barang untuk buat apam polkadot……Selesai beli barang, kitorang simpan barang barang kat kereta dulu. Pastu, kitorang menuju ke tempat WAJIB PU akan pergi setiap kali ke Aeon Seremban 2…..Nak tahu apa tempat WAJIB PU tuh….Tunggu entry seterusnya okey!!!!

Sabtu, 5 Mei 2012

Hukum bermesej (SMS)

9:19:00 PTG 3 Comments
Soalan : Apakah hukumnya seorang lelaki dan perempuan bukan mahram bermesej melalui handphone (telefon bimbit). Apakah perbuatan itu halal atau haram?

Jawapan : Sekiranya kandungan mesej antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram itu adalah perkara perkara penting seperti jual beli atau seumpamanya, maka hukumya adalah harus dan wajib disingkatkan setakat yang penting sahaja.

Sekiranya mesej seperti bertanyakan, "Sedang buat apa?" "Awak minat apa?" "Suka warna apa?" atau "Saya suka tengok awak pakai baju ini," maka hukumnya tidak syak lagi adalah haram dalam Islam.

Sumber : Buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa

Nota kai* Syukur sangat sangat sebab dijodohkan dengan buku Ustaz Azhar Idrus nih....Sebelum nih banyak yang PU tak tahu, PU dah pun tahu..InsyaALLAH PU akan share dengan korang permasalahan yang lain...

Apam Polkadot khas untuk adik dan ofis mate

9:01:00 PTG 2 Comments
Hurm...entry yang diperam berhari hai lamanya....

Sebelum nih percubaan pertama PU buat apam polka dot dan corak corak...Alhamdulillah menjadi....Kali nih PU buat lagi...Kali nih buat tiga perisa...Kaler pink inti coklat Nutella, kaler hijau inti blueberry dan kaler kuning inti kacang....

PU buat apam polkadot khas untuk adik PU yang nombor tiga dan ofismate PU......Kali nih PU buat banyak sikit..Ada 48 bijik semuanya...

Untuk resipi apam polkadot leh klik SINI




Untuk ofismate PU..Ada 15 bijik kesemuanya.....


Untuk bekalan adik PU bawak balik ke KL....

Nota kaki* Ada risik risik nak order PU buat apam polkadot.....Tengah dok pikir pikir sebab ada banyak komitmen lain...InsyaALLAH satu hari nanti siapa tahu...Tapi awal awal adik PU dah booking suh apam polkadot untuk majlis nikah dia nanti...Haiyakkkk!!!!