Ustaz dan Ustazah ramai kat situ | BAKA tak ada kerja

Time rehat semalam PU pecut balik rumah kejap nak hantar kunci rumah sewa depan rumah PU kat jiran sebelah....On the way nak balik office, PU singgah kedai makan depan bangunan IPK. Kawan kawan office semua bantai lapar dan kirim PU beli makanan. So, PU yang kebetulan memang dah lapar tahap gaban pun ambil order kawan kawan sekali.

Masa tengah tunggu order, datang la seorang perempuan sebaya mak mak Temah lenggang lenggoknya...Dengan mulut bisingnya pot pet pot pet sana sini....

PU pandang jela.....pastu makcik nih park kat sebelah meja PU.Dia pun tanya la PU soalan macam macam lagak ala ala POLIS (nama pun kerja dengan polis kan...)

Makcik : Dari mana dik?
PU : BAKA...
Makcik : Transport??
PU : BAKA...
Makcik : BAKA.....Ramai kan ustaz dan ustazah kat situ.....BAKA bukan ada kerja pun...

PU terkebil kebil pandang makcik yang mulut ala ala  puaka tuh. Sambil menahan hati yang panas membara PU pun jawab dengan nada yang ala ala sopan.....

PU : Ishh...kenapa cakap camtu? Kitorang banyak kerja tau...Stress je duk situ...
Makcik : Yeke banyak kerja? Tengok BAKA pun tak banyak program yang dibuat...

Perghh..mendidih hati nih dengar kata kata yang agak kurang ajar daripada makcik tuh. Dia duk cawangan mana, kitorang nih cawangan mana. Dia tahu ke apa yang kitorang buat kat office nih??Nak tahu kitorang nih busy atau tak, meh datang BAKA tengok apa kerja yang kitorang buat..Cakap ikut sedap mulut je..Dia tak tahu kitorang nih ada yang sampai stress sebab kerja....

Untuk tahun nih aje, berderet deret program anjuran BAKA tengah tunggu masa untuk dilaksanakan. Itu pun dia boleh cakap kitorang kat sini takde kerja dan tak banyak program.Macam mana dia nak tahu program kitorang nih banyak ke tak sebabnya sepanjang program anjuran BAKA tak pernah nampak pun batang hidung makcik tuh terlibat....Nonsense!!!

Aishhh,sabar jela wahai hati....Sangat sedih tau bila orang luar yang tak tahu apa apa pasal kitorang, bercakap bukan berdasarkan fakta tapi auta semata mata...Kerja kat sini memang seronok tapi satu cabaran yang perlu dihadapi kitorang kat sini ialah STRESS....Orang luar apa tahu kan??Tahu pukul canang sana sini cakap tak menggunakan akal fikiran...Sedangkan PU dengar statement kureng asem tuh pun hati dah membara bara inikan pulak ketua a.k.a bos kan? Mesti sedih hati dia bila dengar orang lain cakap bukan bukan...

PU doakan makcik tuh dibukakan pintu hatinya untuk bertaubat dan minta maaf kat kitorang nih....Sedih dan pilunya hati kitorang warga BAKA nih bila dituduh dengan tuduhan yang tidak berasas.....

3 comments:

Terima kasih sudi tinggalkan komen.