Kenapa kita perlu bunuh cicak??


Dengar orang sebut cicak pun dah geli geleman nih kan pulak nak bunuh cicak lagi la PU tak sanggup. Bukan sebab kesian tapi sebab memang PU geli...Anak cicak pun PU geli...eeee(saat jari menaip perkataan cicak. badan PU terasa meremang sebab geli)

Rasanya semua orang tahu yang kita boleh bunuh cicak....Tapi kenapa????So, segala persoalan ada di sini...

Dalam kisah penghijrahan orang Islam ke Madinah,Rasulullah S.A.W bersama Saidina Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur untuk melarikan diri dari orang Quraisy yang ingin membunuh baginda.Tahukah semua apakah yang telah menyebabkan orang Quraisy mengesyaki Rasulullah didalam gua itu?
Untuk pengetahuan semua,dikatakan CICAK didalam gua itu telah mengeluarkan bunyi menyebabkan Rasulullah hampir diketahui.Tapi mujur dengan kuasa Allah,sang labah-labah telah membantu Rasulullah dengan membuat sarangnya di pintu gua itu menyebabkan orang Quraisy berpatah balik kerana yakin tiada manusia didalamnya disebabkan sarang labah-labah yang masih berkeadaan cantik itu.
Terdapat juga hadis mengatakan:
1. Riwayat dari Ummu Syarik: “Sesungguhnya Nabi S.A.W menyuruhnya membunuh cicak”.2. Riwayat dari Amir Bin Saad dari ayahnya: “Sesungguhnya Nabi S.A.W menyuruh membunuh cicak dan menamakannya sebagai Fuwaisiqah.”3. Riwayat dari Abi Hurairah dari Nabi S.A.W: “Sesiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan dituliskan baginya 100 kebajikan,dan membunuhnya dengan 2 kali pukulan dituliskan baginya kebajikan kurang dari yang pertama,dan membunuhnya dengan 3 pukulan, kebajikannya kurang dari yang kedua”.
Bukan sahaja itu kisah pengkhianatan CICAK.Terdapat riwayat dari Bukhari yang bersanadkan pada Ummu Syarik bahawa Rasulullah S.A.W. menyuruh untuk membunuh cicak. Baginda berkata: "Binatang itulah yang menyemburkan (api) kepada Ibrahim".
Imam Ahmad mengatakan bahawa Ismail meriwayat kepadanya yang diterima dari Ayyub dari Nafi',beliau berkata bahawa ada seorang perempuan datang kepada Aisyah R.A..Di kediaman beliau,perempuan itu melihat sebilah tombak tergantung.Dia bertanya:" Untuk apakah tombak itu?'.Aisyah R.A. menjawab:"Untuk membunuh cicak". Kemudian beliau mengatakan keterangan yang diterima dari Rasulullah S.A.W: "Ketika Nabi Ibrahim dilemparkan ke dalam api, seluruh binatang melata berusaha memadamkan api di sekitarnya.Hanya cicak yang tidak mahu.Binatang itu malah menyemburkan api kepadanya".
Jadi, jelas disini mengatakan cicak ini sentiasa mengkhianati rasul-Nya.Setelah ia mengkhianati Nabi Ibrahim,ia malah mengkhianati Rasulullah S.A.W..,amatlah wajar kita membunuhnya bukan?
Sumber: Kisah Para Nabi terbitan Nadi Minda Resources(NMR) karya terjemahan Ust.Johari Yaman dari karya asal Qishash Al-Anbiya'(Ibnu Kathir).


So, segala persoalan dah terjawab kan???Tentang sejarah cicak di Gua Thur tuh rasanya semua orang tahu dan pernah dengar cerita tuh kan.....Tak sangka cicak nih jahat kan....Tuh pun ada hati orang nak buat cicakman....hahaha...Tapi cicakman made by KRU nih spesis cicak baik.....Tolong orang.....

Agak agak kan ada tak di kalangan korang yang berani touch touch cicak????PU kalau diberi RM 5 juta sekalipun, jawapan PU tetap TAK NAKKKKKK!!!!!Cicak??!!!Please la.......No touching!!!!hehehe

7 comments:

  1. hehe... tula pasal.. cmner nk bunuh.. nk sentuh pun geli..eeee....

    BalasPadam
  2. tgk pun geli..patut la mmg patut pun kena bunuh cicak..

    BalasPadam
  3. Saya suka tangkap cicak lepas tu bunuh..Seronok pulak rasenye..Maybe sbb saya x takut cicak tapi takut dengan ulat gonggok

    BalasPadam
  4. Saya penah pegang cicak , lembut . Tapi geli ahh jugak , ahaha :_)

    BalasPadam
  5. a'aa betoi tu.. cicak ni mmg jahat.. nenek sy pnh gtau suh bunuh cicak zamn kecik2 dulu.. kalu bunuh dpt pahala... tp dulu berani pulak bunuh.. skrg dah besar.... huhuuu...

    BalasPadam
  6. Salam , harap maaf sgt2 atas kelewatan menghantar details . Saya lambat tahu tentang kemenangan ini . Harap sudi terima emel saya sebagai pemenang . Saya baru hantar , syustory@yahoo.com . Terima kasih atas kesudian PU.

    BalasPadam
  7. dulu2 masa kecil,main lastik lipas dgn sepupu2.tpi heran,cicak xmati pun

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.