Berjimba jimba di Hutan Lipur Jeram Toi

Entry yang hampir hampir nak basi. Asyik peram je tak berupdate...huhu...

Ahad lepas PU sekeluarga dan jiran jiran PU pakat pergi Hutan Lipur Jeram Toi. Actually yang buat plan nih jiran sebelah rumah PU. So, memandangkan lama tak mandi air terjun, PU on aje la kan...

Kitorang bertolak lebih kurang 10.30 pagi dan sampai lebih kurang 11.20 pagi. tengok kiri kanan penuh kereta. Ramai jugak yang datang. Tapi tak tahannya port untuk kitorang lepak sikit punya jauh daa....Sekali hamek ngko kaki lenguh lenguh, mula tercungap cungap. badan kurus pun boleh tercungap cungap tak cukup nafas.

Sampai jer port lepak kitorang, kitorang makan sandwic untuk alas perut sebelum mandi. Banyak jugak la PU makan sandwic...PU memang dikenali sebagai seorang yang kuat makan di kalangan officemates. Diorang cakap badan kurus tapi makan banyak...hehehe...PU makan banyak sebab nak cover sampai malam. Malam PU tak makan pun. Minum air saja...

Lepas makan, PU bawak Auni pergi mandi. Aina dah ikut pakcik dia...Sekali celup kaki dalam air..hamek ngko!!!!Sejuk gila...PU tak pernah mandi air terjun sesejuk macam nih..Penyudahnya PU mandi separas pinggang saja. Memang tak tahan sejuk.....


Sempat posing kat kawasan mandi kanak kanak. Tabik spring sama Aina dan Auni walaupun air sejuk gila macam kat Kutub Utara diorang boleh tahan, PU memang dah surrender awal awal.


Tengok la Auni leka main air sampai PU panggil pandang kamera dia buat tak tahu aje...Sabar ajelah...Auni nih kalau dah masuk dalam air tak kira la air terjun ke air laut ke memang leka la dia main air...




Aina lak seronok main gelongsor dengan adik PU yang no.6.....


Pose seksi daripada Auni untuk korang...hehehe




Bukan main seronok Auni mandi air terjun. PU tukang amik gambar. Tak nak mandi dah sebab memang sejuk airnya..Tak tahan...Auni kebal macam abi dia la...huhuhu


Lebih kurang jam 3.15ptg kitorang bertolak balik.....Sebelum balik PU sempat amik gambar dengan Aina dan Auni..



Auni muka ketat sebab baru bangun tidur...Tak cukup tidur la tuh....T_T

Korang nak tahu lepas balik dari Hutan Lipur Jeram Toi nih ada sesuatu yang berlaku kat Auni...Nak tahu apa dia??Tunggu entry seterusnya okeh!!!

Post a Comment

4 Comments

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com