Aina si tukang urut

Dah lama PU nak update entry pasal Aina nih tapi asyik tak berkesempatan sebab atas kesihatan yang tak mengizinkan dan jadual kerja yang padat bulan lepas....Bila broadband kembali berkhidmat semula baru terhegeh hegeh nak update entry pasal Aina....

Nak tahu kenapa PU panggil Aina si tukang urut???Serius korang PU nak beritahu yang Aina memang ada bakat mengurut...Daripada siapa Aina belajar mengurut?? Nenek PU la a.k.a moyang Aina. Actually, nenek (mak) PU memang tukang urut. Urut orang bersalin, badan lenguh lenguh dan sebagainya la. So, bila PU datang menziarah mak dan kebetulan ada orang datang nak mengurut, Aina akan duduk mengadap mak PU yang mengurut orang sampai selesai.

Lepas tuh apa lagi opkos la Aina akan buat praktikal hasil pembelajaran tak rasmi dia tuh kan. Habis semua orang dia nak urut. Nak test power la kononnya kan....Tapi bagi PU tangan kecil budak berusia 2 tahun macam Aina tuh tak rasa apa pun.

Mungkin ALLAH nak uji PU dan belajar menghargai kepandaian dan kebolehan yang ada pada Aina. Rabu lepas PU singgah POPULAR ( tak sah kalau tak singgah ). Puas tawaf satu POPULAR, PU amik buku untuk Aina & Auni. Then, PU pergi pulak kat bahagian novel. Punya la leka tengok novel novel yang ada sampai PU terlanggar salah satu novel yang ada. Apa lagi jatuh atas kaki la jawabnya. Sakitnya hanya ALLAH saja yang tahu.

Keesokannya, kaki PU bengkak. PU minta la tolong Aina urut kaki PU yang bengkak tuh. Sekali tangan budak kecik nih urut..umangggg aiii...Gila punya sakit. Bila Aina urut memang terasa betul jari jemari dia. Memang sama macam mak PU urut orang. Menjerit jerit jugak la PU bila Aina urut. PU cakap "sakit..." Aina pandang PU pastu cakap "Ma...kit.." sambil anggukkan kepala.


Tengok la Aina menggunakan ibu jari tangan dia untuk mengurut bahagian kaki PU yang sakit. Tuh yang terasa sakit sangat.


Masa nih Aina tunjuk kat PU luka yang ada kat kaki PU.


Teknik urutan = Orang pro yang mengurut


Ya ALLAH, betapa beruntungnya PU dapat anak macam Aina. Walaupun dia memang jenis beart mulut nak bercakap tapi ALLAH berikan nikmat yang lain. Dia berikan kebolehan yang PU boleh banggakan. Dalam usia yang setahun jagung Aina pandai mengurut orang!!PU sendiri tak pandai mengurut...Sungguh PU terharu.....

Alhamdulillah berkat urutan jari jemari dan tangan yang penuh berbisa tuh, kaki PU dah elok...Lepas nih boleh la PU menggunakan khidmat tangan berkuasa Aina tuh lagi..hehehe

5 comments:

  1. Ada bakat mengurut orang bersalin nanti....

    BalasPadam
  2. untung la ummi n papa dia.. kalo sakit2 badan..dh ada tukang urut comel lak tu

    BalasPadam
  3. senang hati maknya.
    aina, urut leklok yer. :)

    BalasPadam
  4. wah bagusnya aina ni.. kalau mcm ni snaglah pu.. teror tu aina.. kkecik2 dh pandai urut...

    p/s : thanks.. shawl tu sy dah dpt :-)

    BalasPadam
  5. syok nya ada tukang urut...ni kalu umi mintak service ni brp nak charge ekekekeeke

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.