8 nutrien terbaik untuk ibu ibu mengandung

Entry khas untuk para ibu yang mengandung....Sangat sangat jealous bila tengok ramai kawan blogger lain yang pregnant....Rasa macam nak join the club tapi apakan daya, PU ada target untuk mengandung lagi. Kalau boleh biarlah Aina dan Auni besar dulu baru, then baru proceed the next plan hehehe.

As we know, for pregnancy moms kan sangat sangat penting menitikberatkan pengambilan vitamin dan mineral dalam pemakanan harian.....Semakin meningkatkan usia kandungan, semakin meningkat keperluan nutrien atau khasiat pemakanan. Rasanya korang pun tahukan kepentingan nutrien untuk ibu ibu mengandung nih iaitu untuk menjamin kesihatan korang dan anak dalam kandungan...

So, jom kita sama sama baca 8 jenis nutrien yang terbaik untuk ibu ibu mengandung.

1. Protein
    Peranannya sangat besar dalam menghasilkan sel sel darah. Boleh diperoleh daripada daging,ikan, telur dan kekacang.

2. Karbohidrat dan lemak
    Diperlukan untuk membekalkan tenaga pada tubuh setiap hari sekaligus menjadikan tubuh tidak mudah penat.

3. Kalsium
    Amat penting untuk membantu pertumbuhan bayi serta melindungi ibu mengandung daripada risiko osteoporosis. Jika keperluan kalsium tidak mencukupi, kekurangan kalsium itu akan diambil daripada tulang si ibu. Makanan yang banyak mengandungi kalsium ialah sayur sayuran hijau dan kekacang. Kalsium yang paling baik saat ini ialah susu serta produk olahannya. Seperti yang kita semua sedia maklum susu juga mengandungi jumlah vitamin yang tinggi seperti vitamin A, D, B2, B3 serta vitamin C.

4. Zat Besi
    Sangat penting dalam membantu proses menghasilkan sel sel darah merah. Paling utama ialah mencegah timbulnya anemia. Boleh didapati pada sayur sayuran hijau seperti bayam, kangkung, daging dan hati.

5. Asid Folik
    Berdasarkan beberapa penemuan pakar kesihatan, wanita hamil yang kekurangan asid folik besar risikonya mengalami keguguran ataupun kerosakan pada janin. So, natijahnya amat perlu ibu ibu mengandung mengambil asid folik yang diberikan semasa rawatan samada di klinik kesihatan ataupun hospital. Asid folik boleh didapati pada ubi kentang.

6. Vitamin B Kompleks
    Berguna untuk menjaga sistem saraf, otot dan jantung agar berfungsi secara normal. Boleh diperolehi daripada biji bijian, kekacang, sayur sayuran hijau, telur dan produk susu.

7. Vitamin D
    Bermanfaat untuk pertumbuhan dan pembentukan tulang bayi. Sumbernya terdapat pada minyak hati ikan, kuning telur dan susu.

8. Vitamin E
    Amat berguna bagi pembentukan sel darah merah yang sihat. Makan biji bijian seperti gandum, kekacang, minyak sayuran dan sayur sayuran hijau.

Nota kaki * PU masa pregnant mesti skip makan satu pil nih. Baunya nauzubillah memang PU tak tahan. Busuk teramat. Bau aje dah muntah tak henti henti. Agak agak korang dapat agak tak pil apa yang PU maksudkan....Disebabkan 'kebusukan' yang ada pada pil tuh, PU ambil inisiatif lain iaitu menggantikan pil tersebut dengan mengambil makanan yang mengandungi vitamin yang sama dengan kuantiti yang banyak.....

Post a Comment

3 Comments

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com