Isnin, 30 April 2012

Jumlah isteri Nabi Muhammad S.A.W

12:47:00 PTG 5 Comments
PU nak share dengan kawan kawan info yang sangat bagus...Mana la tahu one day nanti anak anak atau saudara mara tanya tentang nih, at least korang boleh jawabkan....

Kesemua wanita yang pernah menjadi ister Nabi Muhammad S.A.W adalah 11 orang iaitu :

1. Khadijah binti Khuwailid
2. Saudah binti Zam'ah
3. A'isyah binti Abu Bakar
4. Hafsah binti Umar
5. Zainab binti Khuzaimah
6. Ummu Salamah
7. Ummu Habibah
8. Juwairiyah binti Harith
9. Maimunah binti Harith
10. Sofiyah binti Huyai
11. Zainab binti Jahsy

Sumber : Buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa

Sabtu, 28 April 2012

Rahsia Surah Al-Kauthsar

10:43:00 PTG 2 Comments
Jom bersama sama baca keistimewaan dan rahsia surah Al-Kauthsar....



Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, InsyaAllah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Lirik Lagu NUMBER ONE FOR ME Maher zain

10:21:00 PTG 0 Comments
I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I’m here for you
For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it’s time for you to rise
For all the things you sacrificed
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Mom I’m all grown up now
I’ts a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday
Mom I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
Oh oh
number one for me
Now I finally understand
That famous line
About the day I’d face in time
Coz now I have a child of mine
Even though I was so bad
I’ve learnt so much from you
Now I’m trying to do it too
Love my kids the way you do
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Mom I’m all grown up now
I’ts a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday
Mom I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
Oh oh
number one for me
There is no one in this world
That can take your place
Oooh I’m sorry for ever taken you for granted
I will use every chance I get
To make you smile
Whenever I’m around you
Now I will to try to love you
Like you love me
Only God knows how much you mean to me
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Mom I’m all grown up now
I’ts a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday
Mom I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday
The number one for me
The number one for me
The number one for me
Oh oh
Number one for me

Rabu, 25 April 2012

HALAL vs HARAM

11:03:00 PG 3 Comments
Halal dan Haram bukan sekadar pada makanan........................


“Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram.” Riwayat Ibnu Majah.

klik untuk tumbesaran yang sihat!!!

Renung renungkan dan selamat beramal!!!

Selasa, 24 April 2012

Semak keputusan MUET | Pendaftaran MUET

3:00:00 PTG 3 Comments
Bagi calon calon MUET yang dah menduduki peperiksaan tersebut pada bulan Mac 2012 , keputusan MUET akan diumumkan pada 26 April 2012. Semakan keputusan boleh dibuat melalui SMS mulai 12:01 pagi, 26 April 2012 dan online jam 9:00 pagi 26 April 2012

SMS:
Taip MUET RESULT (No. K/P) dan hantar ke 15888.

ONLINE:
klik SINI

Kepada sesiapa yang ingin mohon MUET untuk sesi Julai 2012, pendaftaran dilanjutkan sehingga 3 Mei 2012...
Bagi mereka yang belum daftar dan nak daftar untuk sesi Julai 2012 cepat cepat klik SINI dan klik ikon yang dlm kotak pink.


Nak tengok jadual MUET, klik SINI

Nota kaki* PU asyik tertangguh je nak amik MUET...huhu...Sekarang nih baru berpeluang nak amik MUET...Tapi PU tak amik sesi Julai 2012, PU amik sesi November 2012..InsyaALLAH amik dgn officemates......Bile dah ada MUET baru boleh proceed step seterusnya ----> amik IJAZAH...Doakan kejayaan PU ye kawan kawan.....

Kubur HARAM!!!!

2:44:00 PTG 1 Comments
Suspennya tajuk kat atas nih...ada ke kubur haram????erm......jom baca apa yang dimaksudkan dengan kubur haram...


Hakikat yang tak dapat ditolak, pusara ini memang sangat cantik.

Malah teramat-amat cantik.

Tentu ada antara kalian yang terniat nak ada kubur macam ni bila dah K.O nanti.

Tapi mengapa kubur-kubur sebegini dikatakan haram?

Baca artikel di bawah.

Larangan dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam:

Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata,

“Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.”

(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular dikalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka. J

Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga..

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata’ala.

Ali bin Abi Talib radhiyallahu ‘anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi.

Wallahua'lam....

Didikan untuk anak anak

11:46:00 PG 1 Comments
Kali nih PU nak share pulak cara nak didik anak anak dengan cara yang sangat sangat bagus untuk kita praktikkan.....

klik untuk tumbesaran yang sihat ye!!

Isnin, 23 April 2012

8 nutrien terbaik untuk ibu ibu mengandung

2:00:00 PTG 3 Comments
Entry khas untuk para ibu yang mengandung....Sangat sangat jealous bila tengok ramai kawan blogger lain yang pregnant....Rasa macam nak join the club tapi apakan daya, PU ada target untuk mengandung lagi. Kalau boleh biarlah Aina dan Auni besar dulu baru, then baru proceed the next plan hehehe.

As we know, for pregnancy moms kan sangat sangat penting menitikberatkan pengambilan vitamin dan mineral dalam pemakanan harian.....Semakin meningkatkan usia kandungan, semakin meningkat keperluan nutrien atau khasiat pemakanan. Rasanya korang pun tahukan kepentingan nutrien untuk ibu ibu mengandung nih iaitu untuk menjamin kesihatan korang dan anak dalam kandungan...

So, jom kita sama sama baca 8 jenis nutrien yang terbaik untuk ibu ibu mengandung.

1. Protein
    Peranannya sangat besar dalam menghasilkan sel sel darah. Boleh diperoleh daripada daging,ikan, telur dan kekacang.

2. Karbohidrat dan lemak
    Diperlukan untuk membekalkan tenaga pada tubuh setiap hari sekaligus menjadikan tubuh tidak mudah penat.

3. Kalsium
    Amat penting untuk membantu pertumbuhan bayi serta melindungi ibu mengandung daripada risiko osteoporosis. Jika keperluan kalsium tidak mencukupi, kekurangan kalsium itu akan diambil daripada tulang si ibu. Makanan yang banyak mengandungi kalsium ialah sayur sayuran hijau dan kekacang. Kalsium yang paling baik saat ini ialah susu serta produk olahannya. Seperti yang kita semua sedia maklum susu juga mengandungi jumlah vitamin yang tinggi seperti vitamin A, D, B2, B3 serta vitamin C.

4. Zat Besi
    Sangat penting dalam membantu proses menghasilkan sel sel darah merah. Paling utama ialah mencegah timbulnya anemia. Boleh didapati pada sayur sayuran hijau seperti bayam, kangkung, daging dan hati.

5. Asid Folik
    Berdasarkan beberapa penemuan pakar kesihatan, wanita hamil yang kekurangan asid folik besar risikonya mengalami keguguran ataupun kerosakan pada janin. So, natijahnya amat perlu ibu ibu mengandung mengambil asid folik yang diberikan semasa rawatan samada di klinik kesihatan ataupun hospital. Asid folik boleh didapati pada ubi kentang.

6. Vitamin B Kompleks
    Berguna untuk menjaga sistem saraf, otot dan jantung agar berfungsi secara normal. Boleh diperolehi daripada biji bijian, kekacang, sayur sayuran hijau, telur dan produk susu.

7. Vitamin D
    Bermanfaat untuk pertumbuhan dan pembentukan tulang bayi. Sumbernya terdapat pada minyak hati ikan, kuning telur dan susu.

8. Vitamin E
    Amat berguna bagi pembentukan sel darah merah yang sihat. Makan biji bijian seperti gandum, kekacang, minyak sayuran dan sayur sayuran hijau.

Nota kaki * PU masa pregnant mesti skip makan satu pil nih. Baunya nauzubillah memang PU tak tahan. Busuk teramat. Bau aje dah muntah tak henti henti. Agak agak korang dapat agak tak pil apa yang PU maksudkan....Disebabkan 'kebusukan' yang ada pada pil tuh, PU ambil inisiatif lain iaitu menggantikan pil tersebut dengan mengambil makanan yang mengandungi vitamin yang sama dengan kuantiti yang banyak.....

Jumaat, 20 April 2012

Pesan Roh kepada Manusia

11:12:00 PTG 1 Comments
Untuk renungan bersama sama...PU dapat artikel nih dari FB.....Semoga keinsafan terbit dalam diri kita. Sama sama la kita muhasabah diri segala kekurangan yang ada dan perbaiki segala kekurangan agar kita menjadi hamba ALLAH yang sentiasa bersyukur dan beramal soleh kepadaNya.

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu r...oh berkata : “Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut”. Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : “Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh”.

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :”Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh”. Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : “Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya”. Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: “Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku”. “Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku”. “Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku”.

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: “Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku”.
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:

Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:

“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. “Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: “Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.” Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.” Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.” Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu.” Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.

Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.” Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.” Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:”Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.” Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: “Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Apa perlu PU buat?

4:17:00 PTG 4 Comments
Sebelum nih PU ada announce pemenang Auni's 1st Birthday & 4th Anniversary GA yang masih belum hantar details perlu beri secepat mungkin selewat lewatnya HARI INI jam 1200hrs....

Tapi PU dapati masih ada lagi yang gagal beri details kepada PU dan sponsor...
Ermmm...agak agak perlu ke PU cabut undi yang baru.....

Rasa nak muntah duk pikir benda nih....Serba salah la.....



Kenapa kita perlu bunuh cicak??

1:14:00 PTG 7 Comments

Dengar orang sebut cicak pun dah geli geleman nih kan pulak nak bunuh cicak lagi la PU tak sanggup. Bukan sebab kesian tapi sebab memang PU geli...Anak cicak pun PU geli...eeee(saat jari menaip perkataan cicak. badan PU terasa meremang sebab geli)

Rasanya semua orang tahu yang kita boleh bunuh cicak....Tapi kenapa????So, segala persoalan ada di sini...

Dalam kisah penghijrahan orang Islam ke Madinah,Rasulullah S.A.W bersama Saidina Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur untuk melarikan diri dari orang Quraisy yang ingin membunuh baginda.Tahukah semua apakah yang telah menyebabkan orang Quraisy mengesyaki Rasulullah didalam gua itu?
Untuk pengetahuan semua,dikatakan CICAK didalam gua itu telah mengeluarkan bunyi menyebabkan Rasulullah hampir diketahui.Tapi mujur dengan kuasa Allah,sang labah-labah telah membantu Rasulullah dengan membuat sarangnya di pintu gua itu menyebabkan orang Quraisy berpatah balik kerana yakin tiada manusia didalamnya disebabkan sarang labah-labah yang masih berkeadaan cantik itu.
Terdapat juga hadis mengatakan:
1. Riwayat dari Ummu Syarik: “Sesungguhnya Nabi S.A.W menyuruhnya membunuh cicak”.2. Riwayat dari Amir Bin Saad dari ayahnya: “Sesungguhnya Nabi S.A.W menyuruh membunuh cicak dan menamakannya sebagai Fuwaisiqah.”3. Riwayat dari Abi Hurairah dari Nabi S.A.W: “Sesiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan dituliskan baginya 100 kebajikan,dan membunuhnya dengan 2 kali pukulan dituliskan baginya kebajikan kurang dari yang pertama,dan membunuhnya dengan 3 pukulan, kebajikannya kurang dari yang kedua”.
Bukan sahaja itu kisah pengkhianatan CICAK.Terdapat riwayat dari Bukhari yang bersanadkan pada Ummu Syarik bahawa Rasulullah S.A.W. menyuruh untuk membunuh cicak. Baginda berkata: "Binatang itulah yang menyemburkan (api) kepada Ibrahim".
Imam Ahmad mengatakan bahawa Ismail meriwayat kepadanya yang diterima dari Ayyub dari Nafi',beliau berkata bahawa ada seorang perempuan datang kepada Aisyah R.A..Di kediaman beliau,perempuan itu melihat sebilah tombak tergantung.Dia bertanya:" Untuk apakah tombak itu?'.Aisyah R.A. menjawab:"Untuk membunuh cicak". Kemudian beliau mengatakan keterangan yang diterima dari Rasulullah S.A.W: "Ketika Nabi Ibrahim dilemparkan ke dalam api, seluruh binatang melata berusaha memadamkan api di sekitarnya.Hanya cicak yang tidak mahu.Binatang itu malah menyemburkan api kepadanya".
Jadi, jelas disini mengatakan cicak ini sentiasa mengkhianati rasul-Nya.Setelah ia mengkhianati Nabi Ibrahim,ia malah mengkhianati Rasulullah S.A.W..,amatlah wajar kita membunuhnya bukan?
Sumber: Kisah Para Nabi terbitan Nadi Minda Resources(NMR) karya terjemahan Ust.Johari Yaman dari karya asal Qishash Al-Anbiya'(Ibnu Kathir).


So, segala persoalan dah terjawab kan???Tentang sejarah cicak di Gua Thur tuh rasanya semua orang tahu dan pernah dengar cerita tuh kan.....Tak sangka cicak nih jahat kan....Tuh pun ada hati orang nak buat cicakman....hahaha...Tapi cicakman made by KRU nih spesis cicak baik.....Tolong orang.....

Agak agak kan ada tak di kalangan korang yang berani touch touch cicak????PU kalau diberi RM 5 juta sekalipun, jawapan PU tetap TAK NAKKKKKK!!!!!Cicak??!!!Please la.......No touching!!!!hehehe

Khamis, 19 April 2012

Konflik Bajet Isi Rumah

6:27:00 PTG 5 Comments
klik untuk tumbesaran yang sihat

Sebagai perkongsian ilmu bersama sama.....Bukan senang nak pikul tanggungjawab sebagai suami. Jika suami tak mampu nak memberi nafkah kepada isteri, suami perlu minta maaf daripada isteri. Sebab apa??Sebab dah memang jadi tanggungjawab para suami memberi isteri nafkah. Kalau isteri tak redha, siapa nak jawab??Fikir sendiri la kan...

Isteri pulak kalau membelanjakan hartanya kerana ingin membantu suami akan diberi 2 ganjaran pahala..Senang bukan???

Tapi apa yang penting musyawarah antara suami dan isteri amat penting untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Kalau salah seorang tak nak mengalah dan keras hati, maka perstujuan bersama memang takkan berjaya la....So, fikir fikirkanlah.....

Ustaz dan Ustazah ramai kat situ | BAKA tak ada kerja

9:06:00 PG 3 Comments
Time rehat semalam PU pecut balik rumah kejap nak hantar kunci rumah sewa depan rumah PU kat jiran sebelah....On the way nak balik office, PU singgah kedai makan depan bangunan IPK. Kawan kawan office semua bantai lapar dan kirim PU beli makanan. So, PU yang kebetulan memang dah lapar tahap gaban pun ambil order kawan kawan sekali.

Masa tengah tunggu order, datang la seorang perempuan sebaya mak mak Temah lenggang lenggoknya...Dengan mulut bisingnya pot pet pot pet sana sini....

PU pandang jela.....pastu makcik nih park kat sebelah meja PU.Dia pun tanya la PU soalan macam macam lagak ala ala POLIS (nama pun kerja dengan polis kan...)

Makcik : Dari mana dik?
PU : BAKA...
Makcik : Transport??
PU : BAKA...
Makcik : BAKA.....Ramai kan ustaz dan ustazah kat situ.....BAKA bukan ada kerja pun...

PU terkebil kebil pandang makcik yang mulut ala ala  puaka tuh. Sambil menahan hati yang panas membara PU pun jawab dengan nada yang ala ala sopan.....

PU : Ishh...kenapa cakap camtu? Kitorang banyak kerja tau...Stress je duk situ...
Makcik : Yeke banyak kerja? Tengok BAKA pun tak banyak program yang dibuat...

Perghh..mendidih hati nih dengar kata kata yang agak kurang ajar daripada makcik tuh. Dia duk cawangan mana, kitorang nih cawangan mana. Dia tahu ke apa yang kitorang buat kat office nih??Nak tahu kitorang nih busy atau tak, meh datang BAKA tengok apa kerja yang kitorang buat..Cakap ikut sedap mulut je..Dia tak tahu kitorang nih ada yang sampai stress sebab kerja....

Untuk tahun nih aje, berderet deret program anjuran BAKA tengah tunggu masa untuk dilaksanakan. Itu pun dia boleh cakap kitorang kat sini takde kerja dan tak banyak program.Macam mana dia nak tahu program kitorang nih banyak ke tak sebabnya sepanjang program anjuran BAKA tak pernah nampak pun batang hidung makcik tuh terlibat....Nonsense!!!

Aishhh,sabar jela wahai hati....Sangat sedih tau bila orang luar yang tak tahu apa apa pasal kitorang, bercakap bukan berdasarkan fakta tapi auta semata mata...Kerja kat sini memang seronok tapi satu cabaran yang perlu dihadapi kitorang kat sini ialah STRESS....Orang luar apa tahu kan??Tahu pukul canang sana sini cakap tak menggunakan akal fikiran...Sedangkan PU dengar statement kureng asem tuh pun hati dah membara bara inikan pulak ketua a.k.a bos kan? Mesti sedih hati dia bila dengar orang lain cakap bukan bukan...

PU doakan makcik tuh dibukakan pintu hatinya untuk bertaubat dan minta maaf kat kitorang nih....Sedih dan pilunya hati kitorang warga BAKA nih bila dituduh dengan tuduhan yang tidak berasas.....

Rabu, 18 April 2012

Pemenang pemenang sila check no tracking korang nih okeh!!!

3:07:00 PTG 6 Comments
Sekian lama tak update...Rasanya tak la lama mana pun kan....

Okeh la malas nak bebel panjang panjang....Untuk dua orang pemenang nih PU nak minta maaf banyak5000 sebab pemenang lain semua dah selamat dapat hadiah masing masing, PU boleh terlupa nak pos hadiah pemenang2 nih...Mohon maaf banyak sangat2....Kesian kat korang tunggu hadiah nih.....PU dah pos hadiah korang...So check no tracking korang nih okeh!!

1. Jaa - EM 064579772 MY
2. Amna - EM 064579786 MY

So, hadiah pemenang untuk GA PU yang lama tuh dah settle.....

So, kat bawah nih pemenang untuk Auni's 1st Birthday & 4th Anniversary GA

1. Nur Syakila - EM 064579755 MY
2. Fatma Fazira - EM 064579769 My

Nama nama kat atas nih merupakan pemenang shawl vintage from butikpinkku...Lagi seorang pemenang tak bagi details lagi....

So, PU bagi masa sehingga JUMAAT nih jam 12.00 tengahari..If takde apa apa respon daripada pemenang, PU akan cabut undi yang lain....PU tak nak tunggu lama lama dah...Nak cepat settle kan semua hadiah korang....

Untuk pemenang tudung bawal, hadiah korang PU belum terima lagi daripada sponsor..So, harap sabar menanti ye....Sponsor dah inform hadiah korang otw..hehehe

Ahad, 15 April 2012

Majlis Hari Jadi Auni

12:14:00 PG 6 Comments
Sabtu minggu lepas, 07 April...PU sekeluarga buat majlis hari jadi Auni. Just buat yang simple simple...Menu makanan pun teramat ringkas....Bihun goreng, nasi goreng kampung, puding roti, gula gula, jeli sumi, 2 biji kek dan air orange sunquick......Jemputan saudara mara, kawan kawan dan jiran jiran PU. Alhamdulillah masa tuh Auni ada terima hadiah. Thanks kepada jiran tetangga yang berikan Auni hadiah.....

Walaupun majlis teramat la ringkas but PU berpuas hati dan happy. Tapi maybe kurang happy bagi birthday girl sebab masa tuh dia demam...Tapi bagusnya Auni dia tetap beri kerjasama yang sangat baik walaupun mood dia time suam suam kuku kambing......


Acara memotong kek birthday yang pertama....Dibawa khas from Secret Recipe....Suka sangat kek nih sebab ada kekacang..hehehe


Potong kek yang kedua pulak...Kek Tiramisu....Kek nih pun sedap jugak....


PU dengan adik si cik misi.....DIa juga yang "menghasut" PU beli kek Tiramisu tuh...Katanya takut tak cukup nanti...Sekali apa yang dia cakap tuh betul...Masa nih kek mendapat perhatian....


Sempat posing dengan birthday girl yang masam mencuka sebab badan tak sihat....


Setelah penat melayan tetamu...Posing sekejap dalam bilik....


Posing dengan adik PU yang no.3....Cik Misi tadi no.2....Lain lain kan muka adik beradik PU....Tuh baru dua orang aje...Belum tengok muka adik beradik lelaki dan adik perempuan bongsu PU....Kitorang kategori adik beradik 1 Malaysia....Hahahaha....

Nota kaki * Tengah mencongak congak dalam kepala esok nak post entry pasal apa. Sebab esok hari bermalas malasan sedunia..hahaha


Sabtu, 14 April 2012

Apam Polka Dot dan Apam Corak Corak

3:41:00 PTG 8 Comments
Alhamdulillah menjadi jugak buat apam polka dot dan sewaktu dengannya walaupun first time buat...Oven dan mixer dah ada wajiblah kan digunakan sebaik yang mungkin. Actually apam nih PU buat ari Khamis malam Jumaat. PU nak bawak balik Melaka bagi MIL. Memandangkan kitorang sefamily nak balik esok malam, so PU prepare awal awal nak buat apam. 

Sekian lama bertungkus lumus menyiapkan apam apam kecil ku nih..Maka ini hasilnya.....Separuh bagi MIL, separuh sebagai bekalan untuk Aina dan Auni bila diorang dekat rumah makngah nanti..

Hahaha....macam macam corak ade.....Yang kaler pink corak polkadot coklat tuh inti jem blueberry, kaler putih tuh la inti jem strawberi dan kaler coklat inti coklat chips putih.....

Tak sia sia try buat apam polka dot dan corak corak nih..hehehe...Nak resipi???Skroll kat bawah laju2..

Bahan bahan :

275gm tepung gandum
220 gm gula kastor
3 biji telur (fresh from peti asejuk)
150 ml susu cair
3 sudu teh ovalette
3 susu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit pewarna (ikut pada selera korang nak warna apa)

Filling : jem blueberry, jem strawberi, coklat chip etc...ikut suka hati korang la kan...

Cara caranya :

1. Mula mula campurkan tepung gandum, gula kastor dan serbuk penaik. Gaulkan. 
2. Kemudian masukkan telur, susu cair, ovalette dan esen vanilla.Pukul sehingga kembang.
3. Bahagikan adunan kepada tiga warna....
4. Masukkan adunan dalam piping bag (plastik kalo xde piping beg)
5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas. Korang agak agak la masukkan adunan tuh jangan banyak sangat sebab nak isi inti dalamnya. Lebih kurang 2/4.
6. Isikan inti jem yang korang nak. Pastu, picitkan adunan ke atas inti tadi sehingga penuh....Pastu korang buat la corak polka dot kat atas adunan tadi.
7. Dah siap, kukus selama 10-15 minit. Makesure lapik penutup periuk dengan kain. Tujuannya untuk menyerap wap, nanti apam takla berlubang lubang....

Khamis, 12 April 2012

PEMENANG PEMENANG Auni's 1st Birthday & 4th Anniversary GA

2:00:00 PTG 15 Comments
Akhirnya saat yang dinantikan peserta peserta telah muncul..huhu...

Tanpa buang masa PU umumkan mereka yang bertuah mengikut kategori hadiah......

Pemenang pemenangnya adalah......

Shawl Vintage from butikpinkku x 3 pemenang




Pearl Raudhah Hijab from Dura Fashion x 1 pemenang


1 pair of lens from Pretty Lens x 1 pemenang
2 voucher RM10 from Pretty Lens x 2 pemenang
Doodle from Pemilik Rahsia Hati x 1 pemenang

Perfume + Sapu tangan from Mid Vill x 2 pemenang

Patung Bear from My Sweetlife x 1 pemenang


Tudung Bawal from Pupel Liyana Shop x 2 pemenang

Tahniah kepada semua pemenang!!!!......Seperti biasa pemenang perlu hantar details yang lengkap seperti nama, alamat, no.telefon dan email...
PEMENANG DIBERI TEMPOH SEMINGGU DARI TARIKH ENTRY NIH UNTUK TUNTUT HADIAH KORANG...KALAU GAGAL BERBUAT DEMIKIAN PU AKAN CABUT NAMA PEMENANG YANG LAIN PULAK.....
Kepada pemenang shawl from butikpinkku, tudung bawal from Pupel Liyana Shop dan lens & voucher from Pretty Lens hantar details yang lengkap ke email PU nih zahirah.zahrin@gmail.com
Kepada pemenang Pearl Raudhah Hijab from Dura Fashion send details ke order.durafashion@gmail.com Subjek : Pemenang Pearl Raudhah Hijab Auni's 1st Birthday & 4th Anniversary GA by Corat Coret PinkUmmi

Kepada pemenang doodle from Pemilik Rahsia Hati send details ke facebook WM Erlysa..Terus anta mesej ye dengan Subjek : Pemenang doodle Auni's 1st Birthday & 4th Anniversary GA by Corat Coret PinkUmmi
Pemenang perfume + sapu tangan from Mid Vill send details ke midvillss@gmail.com Subjek : Pemenang perfume + sapu tangan Auni's 1st Birthday & 4th Anniversary GA by Corat Coret PinkUmmi. Details yang perlu diberi kepada sponsor :
1) link bukti menang
2) nama
3) alamat
4) no telefon yg bleh di hubungi
5) link blog


Pemenang patung bear send details ke adeline_shahida@hotmail.com atau boleh terus ke blog beliau 
http://shahida-mysweetlife.blogspot.com dan Subjek : Pemenang patung bear Auni's 1st Birthday & 4th Anniversary GA by Corat Coret PinkUmmi...
PEMENANG YANG PERLU SEND DETAILS KEPADA SPONSOR  HADIAH DIWAJIBKAN MAKLUM KPD PU YG KORANG DAH SEND DETAILS KPD SPONSOR DI ENTRY NIH SEBAB SENANG PU NAK KENALPASTI SIAPA YG DAH BERI MAKLUM BALAS UTK MEMUDAHKAN PROSES CABUTAN KALI KEDUA JIKA TIADA RESPON DRP PEMENANG.

Pemenang pemenang yang ada masalah untuk berhubung dengan penganjur boleh usulkan masalah korang kepada PU terus. So, hantar sebarang pertanyaan ke email PU seperti di atas. Tahniah sekali kepada para pemenang. Yang tak berjaya jangan sedih sedih tau, insyaALLAH lain tahun ada rezeki korang pulak..Tahun nih nak rest drp sebarang anjuran GA, contest dan sewaktu dengannya huhuhu......

Senarai nama peserta Auni's 1st Birthday & 4th Anniversary GA | Sila check link korang nombor berapa ye!!

9:39:00 PG 5 Comments
Salam....

First sekali PU nak minta maaf sebab betul betul terlupa nak announce nama pemenang semalam....Memang betul betul lupa. Sorry kepada korang yang duk tertunggu tunggu....

So, before announce nama pemenang pemenang...PU nak korang check link korang dan nombor brape ye...Nama pemenang PU akan annonce jam 1400.....Okeh!!!!Kalau ada apa apa perubahan atau tertinggal nama mintak sangat sangat korang inform PU before jam 1400. PU tak nak nanti timbul masalah pulak nanti...

Senarai nama peserta peserta