Khamis, 22 Mac 2012

Cinta Untuk Emelda ~ Slot Akasia TV3 adaptasi novel Kasih Antara Kita


Wah wah sekarang nih banyak betul drama kat tv adaptasi dari novel novel yang laris kat pasaran...Kebanyakan adaptasi dari novel terbitan Alaf 21. Bermula filem Lagenda Budak Setan yang di adaptasi daripada novel hasil karya Ahadiat Akashah, PU tengok sekarang nih dah jadi trend drama drama atau filem tempatan yang ada merupakan adaptasi daripada novel. Ombak Rindu, Nora Elena, Bicara Hati, Atas Nama Cinta dan Gemersik Kalbu antara novel novel penulis terkenal yang di adaptasi. Tak lama lagi drama Atas Nama Cinta akan tamat dan bermula episod baru drama yang di adaptasi daripada novel Kasih Antara Kita yang diberi tajuk Cinta Untuk Emelda.....

Pelakon utama bagi drama Cinta Untuk Emelda nih tak silap PU Fizo Omar dan Almy Nadia....Teruja sangat nak tengok Almy berlakon drama nih sebab PU memang minat dengan Almy. Sweet dan comel kan dia, hehehe...Karya Aleeya Aneesa tak kurang hebatnya. Hasil nukilan beliau PU minat jugak....Jom baca sinopsis Kasih Antara Kita @ Cinta Untuk Emelda....


Emelda sama sekali tidak menduga begini lipatan takdir yang dijanjikan untuknya. Namun dia tetap pasrah dan reda dengan setiap ujian yang datang. Yakin... Sesukar mana pun perjalanan hidup, masih ada keindahan dan kemanisan yang akan dikecapi.

Lantaran itu, dia rela bila melihat derita yang ditanggung oleh si kakak. Jika inilah yang dinamakan pengorbanan, dia tahu dia telah melakukan pengorbanan yang tidak ternilai harganya. Masa depan dan harga diri! Namun, apa pilihan yang dia ada?

“Tapi... dalam hidup ini tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apa lagi bila melibatkan perasaan orang lain.”

Akur dengan kata-kata itulah, Emelda akhirnya rela memperjudikan nasib bersama Aril Fatah. Meskipun saat memandang wajah itu tidak ubah seperti melihat kertas putih. Tapi demi Atiea dan Dania, dia tetap mencuba sedaya yang boleh. Walaupun dia tahu, bila kebenaran terbongkar, dia yang akan karam sendiri!

“Benarkah perkahwinan tanpa cinta itu teguhnya seperti sebuah istana pasir? Diusik ombak, pasti akan goyang. Apatah lagi jika gelombang yang tiada taranya.”

Lantas hati kecil Emelda bertanya, “Inikah balasan atas pengorbanan yang kulakukan selama bertahun-tahun ini?”

Sedangkan dalam waktu yang sama, Aril Fatah leka memikirkan kata-kata tulus Hakimi yang lebih kepada cabaran. “Kalau benar sayang, berusahalah untuk mendapatkan cintanya!”

Sumber : Alaf 21

6 ulasan:

  1. rsa mcm penah baca novel nie.. xingat dah..

    BalasPadam
  2. sy mmg selalu layan cite slot akasia.. sbb semua best2.. hihii

    BalasPadam
  3. Best novel ni,nangis sy baca.Tapi,yg kin sakit hati novel tu uda hilang.Sy mang suka sangat baca novel Aleya Aneesa

    BalasPadam
  4. blog pu dh mkin cntik n mkin ringan... lg senang nk loading :-)

    tp apa kata kalu pu buat kotak komen jnis pop up, lg senang sy nk singgh komen.. hihiii

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  6. [url=http://fdaapproved.co.uk/products/viagra-professional.htm][img]http://onlinemedistore.com/11.jpg[/img][/url]
    oakdell pharmacy san antonio http://fdaapproved.co.uk/products/zocor.htm what is a pharmacy perpetual inventory [url=http://fdaapproved.co.uk/products/cytoxan.htm]cooks pharmacy dallas pa[/url]
    valeo pharmacy http://fdaapproved.co.uk/products/prinivil.htm lists of pharmacy benefit managers [url=http://fdaapproved.co.uk/products/cok-n--energy-and-sensory-enhancer-.htm]cok n energy and sensory enhancer [/url]
    treasure coast pharmacy http://fdaapproved.co.uk/products/prandin.htm ferris state pharmacy [url=http://fdaapproved.co.uk/products/imitrex.htm]canadian pharmacy seroquel[/url]
    century pharmacy ny http://fdaapproved.co.uk/categories/arthritis.htm cherokee pharmacy independance kentucky [url=http://fdaapproved.co.uk/products/coumadin.htm]coumadin[/url]

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.