Brush More Smile More | Sweet tak smile Aina??


Since Aina dah ada gigi penuh, PU ajar dia brush teeth dia yang ala ala comel tuh....Kadang kadang bila dia senyum, PU geram jer tengok sebab senyuman dia lebar sampai boleh nampak gigi geraham yang belakang sekali. Tapi untuk gambar nih dia senyum tak berapa lebar sebabnya PU paksa dia buat itu buat ini.....

So, sebagai ibu bapa amat penting untuk kita pastikan anak anak kita diberi didikan yang bagus. Sebagai contohnya kita ajar anak kita gosok gigi. Mula mula nak ajar Aina gosok gigi memang agak payah. Dia akan ketap bibir dia ketat ketat....Pastu, menjerit jerit tak nak gosok gigi. Tapi bila PU selalu desak dia gosok gigi baru dia nak. Kadang kadang bila PU terlupa nak brush teeth dia yang ala ala comel lote tuh dia akan cakap
"Ma.....Tu.." sambil muncungkan bibir dia tunjuk berus dan ubat gigi dia....Alhamdulillah, PU dikurniakan anak yang bijak. Bila PU lupa, dia ingatkan PU.....

Selain daripada tuh, PU juga ajar Aina basuh tangan dia setiap kali makan apa saja bentuk makanan atau pegang something yang kotor. PU memang akan standby sabun pencuci tangan kat tepi sinki. Bila Aina tengok PU selalu basuh tangan guna sabun tuh, dia pun nak sekali. Siap gosok gosok kedua tangan dengan sabun pastu basuh. Memang PU terapkan anak anak jaga kebersihan diri. Nak nak sekarang nih Virus Rokta  semakin menular di kalangan kita tanpa kita sedari. Virus nih merebak melalui sentuhan dan air....Nanti PU share dengan korang dengan lebih lanjut pasal Virus Rokta nih...Rasanya korang pun ada yang tahu jugakkan..

Dari semasa ke semasa PU akan ajar anak anak dengan something new yang bagus untuk diorang. Sebagai menghargai senyuman sweet Aina, PU choose gambar Aina kat atas join contest Brush More Smile More....PU nak mintak tolong kawan kawan yang budiman vote Aina.....segala jasa baik korang hanya ALLAH saja mampu membalasnya.....

Korang cuma perlu klik link nih https://apps.facebook.com/oralbsmilemore_my/entry.php?id=996 dan klik kotak vote yang ada kat bawah gambar Aina tuh. Itu saja..Kalau korang nak join pun boleh, klik SINI

Kepada yang dah vote tuh terima kasih bebanyak yer...Jasa korang akan PU kenang :)

1 comments:

  1. god luck aina. auntie dah vote. hihi
    a'a betoi tu pu. mcm alisha, sy start ajar cuci gigi dia sejak dia mula2 tumbuh gigi. si aluisha ni pulak mg jenis yg suka gosok gigi. senang lah saya.hihi

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.