Isnin, 26 Mac 2012

Adoiii la kolesterol PU naik sikit sudah!!!


Jumaat lepas PU sehari suntuk tak masuk pejabat sebab PU menghadiri Bengkel Pengukuhan Integriti Keluarga Tema : "Keluarga Berintegriti Bermula di Rumah" di Dewan Majlis Perbandaran Seremban. PU pergi atas "tiket" bawah persatuan Perkep (NCWO)...

Sebelah petangnya kitorang ada discussion secara berkumpulan. Ada 3 kumpulan semuanya. PU group second yang membincangkan tanggungjawab suami isteri. Lepas discussion selesai dan menunggu group lain selesai discussion, PU dan kawan office pergi buat check up kolesterol kat luar dewan yang dilakukan oleh LPPKN (Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara) Seremban. 


Alhamdulillah BMI PU kategori normal..Maknanya ketinggian dan berat badan PU memang sesuai. Cuma agak frust sikit bila check kolesterol. Mula mula tuh PU ingatkan normal sebab ahkak yang check PU nih tulis guna pen biru. Tetiba jer dia tukar pen kaler merah. PU nih kan rabun tak nampak la tulisan kecil yang describe tahap kolesterol normal tuh. Bila dia terangkan baru PU faham yang kolesterol PU naik sikit..Tahap kolesterol yang normal dalam badan ialah 5.12 mmol/L. PU punya kolesterol naik sikit jer iaitu 5.24 mmol/L. Lebih 0.12 mmol/L, naik sikit aje la kan....Macam mana tak naik, lepas makan tengahari terus nak check kolesterol, confirm la naik kan tahap kolesterol tuh. Nak nak makan tengahari yang disediakan Ayam Masak Lemak Cili Padi , faham faham ajelah kan. Lagi lagi PU nih memang peminat tegar kulit ayam...Pantang nampak kulit ayam, confirm i rembat dulu.


Nampak tak angka 5 tuh pen kaler biru??Tuh yang PU maksudkan ahkak tuh silap tulis. Punye excited la PU konon kononnya kolesterol PU normal....tak payah nak perasan la kan...hehehe
Tapi selepas check kolesterol tuh, PU dinasihatkan banyakkan makan buah buahan, sayur sayuran, minum air suam banyak banyak dan jangan makan kulit ayam. T_______T Sangat sedih bila dinasihatkan tak boleh makan kulit ayam.....

Dan hari tuh juga, PU dan kawan office ada berbual dengan salah seorang peserta bengkel yang merupakan makcik nurse yang dah pencen. Dia nasihatkan kalau tak nak ada kencing manis dan darah tinggi, control makan. Maksudnya kita perlu makan banyak masa tengahari sebab perlukan tenaga untuk buat semua kerja. Tetapi jangan amalkan makan malam. Tuh semua punca obesiti, kencing manis dan darah tinggi. Yelah bila makan waktu malam, tak banyak aktiviti yang kita buat, jadi makanan yang kita makan tadi pun tak dapat di proses dengan sempurna. PU dengan kawan office mengangguk kepala jela bila dengar makcik nurse pencen tuh cakap. Apa yang dia cakap memang ada betulnya.

Dia siap puji lagi badan PU maintain. Kembang kuncup seminit dua punggung nih sebab kena puji. PU memang amalkan apa yang makcik nih cakap. Time makan tengahari memang PU pulun banyak gila. Kalau orang lain tengok, memang tak percaya PU makan banyak. Tapi bila malam PU tak makan pun. Kalau lapar pun, PU bancuh air milo atau makan kudapan (biskut or roti). PU memang kene jaga pemakanan sebab keluarga PU memang ada penyakit kencing manis dan darah tinggi....

Kepada kawan kawan kalau nampak PU makan banyak tuh tak payah la korang terkejut beruk ke hape ke..Ada sebab PU makan banyak macam tuh okeh!!!!

2 ulasan:

  1. wow...lama tak jenguk sini..tgk2 umah Pu dah baru la...cantiknyer Pu...mesti Pu pun bersemangat nak berblog kan...

    la..sama la kita pu,fieda ni pun suka sgt kulit ayam nak2 kalau ayam kfc tu..alahai..kdg2 anak plk tegur,kata tak elok la mama mkn kulit ayam..

    BalasPadam
  2. sy kalu bab bmi tu mmg xcukup lah.. kurus kering mengalahkan bini popeye.. adusss.. xtau nak wat camne dah.. ni bila nk buat buku pink nanti.. sure kene marah dgn nurse ni.. adehhhh

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.