Adoii!!!Auni ada hobi baru | Suka picit picit baki air susu kat atas tilam toto

Sekarang Auni dah masuk 11 bulan. Bulan depan Auni genap setahun. InsyaALLAH jika takde aral melintang PU nak buat jamuan sempena menyambut ulang tahun Auni yang pertama....Dalam kepala otak nih macam macam PU dah plan. Tinggal nak laksanakan aje....Mudah mudahan semuanya berjalan dengan lancar.

Bercerita pasal Auni nih, sekarang Auni dah ada hobi baru yang membuatkan PU tak berhenti membebel. Bayangkan la PU dah penat balik dari bekerja. Bila tengok anak anak buat something yang memang agak melampau, PU memang akan naik angin.

Anak dara PU nih hobi baru dia, dia suka picit air susu yang dalam botol kat atas tilam toto. Biasa la kekadang kakak dia minum, ada saki baki susu sikit dalam botol. Dia apa lagi nampak je terus main renjis renjis dipilis kat atas tilam toto. Dah tilam tu tempat kita tidur dia boleh buat macam tuh lagi. Mula mula dulu boleh jugak PU sabar. Lama lama PU diamkan naik lemak la pulak kan...Ada sekali tuh, PU bagi pengajaran PU pukul sikit tangan Auni. Ingatkan dia serik, rupanya tak serik langsung. Lagi menjadi jadi pulak dia.

Memandangkan Auni macam tuh, PU ambil inisiatif letak segala botol yang berisi air kat atas meja. Kalau tak, penuh la lantai, tilam toto dengan air susu. Sabar aje la kan bila anak anak makin membesar dan makin nakal. Nak marah sebarangan pun tak boleh. Budak budak sekarang makin bijak. PU pun dah start balik beli majalah Pa&Ma sebab nak tahu secara details perkembangan Aina dan Auni. Dah lama PU stop beli majalah Pa&Ma. Last beli masa peknen kan Auni. So, sekarang PU kena mula beli balik sebab nak cari inisiatif lain supaya PU dapat ajar Aina dan Auni dengan lebih baik.

Baru tahu pengorbanan mama PU membesarkan kami tujuh beradik dengan pelbagai ragam dan karenah. Nih baru dua orang, PU dah mengeluh penat dan penat kat incik hubby. Belum tambah lagi anak ketiga, keempat bla bla bla....Bila tengok kawan kawan blogger yang lain pregnant, teringin jugak nak join the club...Tapi bila fikirkan balik, PU tangguhkan dulu 4,5 tahun lagi. Yang dua orang nih pun dah buat PU pening kepala nak layan.

Nota kaki * InsyaALLAH, 4,5 tahun lagi nak usaha dapatkan anak laki laki pulak......(Mudah mudahan dimakbulkan Tuhan)

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen.