Top 10 Filem Tempatan yang mendapat kutipan tertinggi

2011 dah pun melaburkan tirai enam hari yang lepas. Masing masing dah pasang azam baru dan siap siap buat schedule untuk plan 2012...PU pun tak ketinggalan jugak..hehehe....

Dalam kita seronok seronok sambut tahun baru, PU pulak sibuk nak recap balik 10 filem tempatan kita yang mendapat kutipan tertinggi sepanjang tayangan diadakan. Jom kita review sama sama filem filem tempatan yang mendapat sambutan hangat hangat tahi ayam!!! <---Perlu ke nih??hehehe

Top 10 Filem Tempatan yang mendapat kutipan tertinggi ialah :-

1) KL Gangster (RM 11.74 juta)


Filem garapan Syamsul Yusof betul betul membuka mata ramai bahawa filem tempatan tidak kurang hebatnya. Lihat saja hasil tangan beliau, sebelum ini semuanya menjadi. Syamsul Yusof juga diiktiraf sebagai Pengarah Terbaik dalam filem ini di FFM24.

Filem ini menampilkan barisan pelakon yang hebat hebat seperti Syamsul Yusof, Aaron Aziz, Ady Putra, Zizan Raja Lawak, Sofi Jikan dan ramai lagi....

PU tak nak komen pasal filem nih sebab sampai sekarang PU tak tengok lagi. PU hanya tahu kutipan yang diperolehi jer...hehehe....Sadis betulkan PU nih....Filem paling top nih tak tengok lagi...Biar betul??

2) Ombak Rindu (RM 11.2 juta) - masih ditayangkan


Filem nih dah pun ditayangkan di Astro First dan PU dapat tahu masih ditayangkan lagi sehingga ke hari ini. Filem Ombak Rindu yang diadaptasi dari novel Ombak Rindu karya Fauziah Ashari nih memang best. Sana sini sibuk memperkatakan tentang filem nih. Siapa tak kenal dengan Osman Ali, sentuhan magis beliau membuat ramai mengalirkan air mata.

Apa yang boleh PU katakan tentang filem nih ialah filem nih memang best. Cuma sebagai pembaca novel Ombak Rindu since 2003 PU rasa lagi best baca novel sebab filem Ombak Rindu banyak yang diubah. Kalau ada persamaan pun cuma part Izzah dijual pakcik Taha di kelab, part Izzah kurung diri dalam bilik mandi, part Hariz peluk Wafi yang sedang menangis (dalam novel Izzah nampak dulu, Mila berdiri kat Izzah) dan beberapa lagi part yg ada sama dengan novel. Yelah kan nama pun adaptasi takkan nak tiru bulat bulat pulak...Apa da!!!!Apa apa pun Ombak Rindu memang best!

3) Hantu Bonceng (RM 8.53 juta)


Filem komedi seram hasil sentuhan Ahmad Idham masih menjadi kegemaran penggemar filem. Filem yang mengisahkan seorang mat rempit yang sering dihantui oleh hantu wanita yang sama sama terlibat dalam kemalangan dengannya. 

Hantu bonceng nih memang best jugak la lawak dia. Tapi filem ini juga tak terlepas dari kontroversi gara gara salah faham mengenai salah satu dialog yang dilafazkan Zizan yang dianggap mempermainkan dan mempersendakan agama. 

Anyway, thumb up for Ahmad Idham kerana berjaya menghasilkan filem komedi seram yang best.

4) Kongsi (RM 8.09 juta)


Kongsi arahan Farid Kamil yang diterajui oleh Shaheizy Sam, Bintang Paling Popular. Filem nih bagi PU boleh la....PU bagi 3 1/2 bintang. Walaupun PU bagi 3 1/2 bintang tapi kutipannya mencecah lapan juta jugak kan....

Yang nih PU tak nak komen sangat sebab tengok filem nih pun PU main skip skip je....hehehe

5) Khurafat (RM 8.08 juta)


Sekali lagi filem arahan Syamsul Yusof mendapat perhatian. Sebelum ini beliau menghasilkan filem filem genre aksi...Kali nih beliau tampil kelainan dengan menghasilkan filem bercorak seram....

Menampilkan Syamsul sendiri sebagai teraju utama dan Liyana Jasmay, filem ini berjaya membuatkan jantung penonton gugur ke lantai...hehehe...Sebab PU pun macam tuh jugak. Actually PU nih memang takut nak tengok filem hantu sensorang, so masa tengok nih PU tengok ramai ramai dengan family, baru ada berani sikit. Tuh pun still lagi tutup mata dengan tangan tengok kat celah celah jari...

Serius filem Khurafat nih memang seram dan buat PU terkejut banyak kali. Mula mula PU pikir hantu tuh roh si Sabrina sekali bukan da...Sangkaan PU meleset. Pandai yer Syamsul bermain dengan teka teki nih buat penonton tertanya tanya.

6) Hikayat Merong Mahawangsa (RM 6.5 juta) - Yusry Abdul Halim
7) Nur Kasih The Movie (RM 4.93 juta) - Khabir Bhatia
8) Bini-Biniku Gangster (RM 4.71 juta) - Ismail Bob Hashim
9) Karak (RM 4.28 juta) - Yusry Abdul Halim
10) Alamak Toyol! (RM 3.74 juta) - Ismail Bob Hashim

Sumber : SINI

2 comments:

Terima kasih sudi tinggalkan komen.