Niat hati memang nak follow blog kamu tapi tak jadi nak folow la sebab...........................

*google*

Memang sudah menjadi adat di kalangan blogger blogger akan follow mefollow setiap blog yang disinggah....Bagi yang suka membaca entry akan terus baca entry baru follow. Ada juga jenis yang suka BW dan follow tanpa baca entry terlebih dahulu....(PU pun kadang kadang buat macam tuh jugak..hehehe)

Semalam macam biasa la kan time time bosan PU BW la kat blog blog yang wajib PU singgah dan tak pernah singgah. Memang sudah menjadi kebiasaan PU, kalau singgah satu satu blog tuh PU akan baca entry dan follow. Terpulang la dekat owner blog tuh nak follow blog PU ke tak...PU tak kisah....

Semalam masa tengah follow mefollow blog blog pilihan hati (cewahhh....) ada satu blog nih memang PU nak follow. But sebelum follow WAJIB baca entry entry dia la kan....Lepas baca latest entry baca pulak entry yang lain....1 minit, 2 minit, 3 minit...terus PU close jer blog "si dia"...PU tak jadi nak follow....Nak tahu sebab PU tak nak follow....Meh meh dengar luahan hati PU nih..

Macam mana PU nak follow kalau entry nya banyak cerita pasal boyfriend dia....Ya ALLAH..Kalau gambar posing sana posing sini dengan suami tuh memang tak kisah nih belum lagi jadi suami sibuk nak tempek gambar boyfriend bagai....Kalau setakat satu dua entry tuh takpe la jugak nih banyak sangat entry pasal boyfriend dia yang diagung-agung sangatkan tuh...

Adik oi...Awak sekolah pun belum habis lagi. Daripada awak agung agungkan boyfriend (belum matang lagi tuh) ada faedah dan berkatnya awak agungkan mak ayah awak yang membesarkan awak dari lahir sampai awak besar. Nak agungkan sangat noyfriend tuh buat apa. belum tentu dia akan jadi boyfriend awak kan? So....

Confirm la kan awak akan cakap " Suka hati aku la kan...Blog aku...Aku punya suka la nak tulis apa pun...". Ya, memang itu blog awak, awak ada hak nak tulis apa pun tapi cuba fikir sikit persepsi orang lain yang baca blog awak tuh. Ada yang suka ada yang meluat. Cuba la share atau cerita pasal awak pergi makan angin ke, pengalaman yang baru berlaku kat sekolah atau kat rumah ke...Sedap sikit biji mata orang baca..Nih tak..Asyik asyik boyfriend, boyfriend....Aishhh...memang agak meluat!!!!Daripada PU bertambah dosa, ngomel bukan bukan jalan terbaik keluar terus dari blog tuh...Tak payah follow pun takpe...tak rugi apa apa pun....

Terpulang la kalau nak terima teguran atau pun tidak kan...Tak paksa...Nak terima, terima dengan tangan dan hati yang terbuka...Tak nak terima, wa tak kisah beb!!!

Nota kaki* Tak kisah follower tak ramai. Yang penting bukan terdiri dr kalangan macam kat atas nih...

7 comments:

  1. a'aa pnh jugak jumpa blog camgitu sblm ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tuh la kan...trus mood ke laut bce entry mcm tuh

      Padam
  2. budak2 skolah zaman skang..
    hehe..
    hye pink ummi..
    1st time jengah ni..
    salam perkenalan..

    BalasPadam
  3. BEBUDAK BARU NAK NAIK. kan ditegur meradang pulak. tapi kan budak2 sekrang masih sek rendah dah ada blog maju betul

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.