Jumaat, 6 Januari 2012

Izreen Azminda kini tunangan orang

Korang dah tengok muka tunang Izreen Azminda? Boleh tahan jugak la tunang si Izreen tuh....Walaupun si Johan tuh lagi hensem..hahaha...Meh baca sikit artikel pasal pertunangan dorang...



KUALA LUMPUR, 3 JAN 2012: Biarpun dilanda kontroversi sebelum bertunang, pelakon drama Tentang Dhia, Izreen Azminda Aznam, memilih jurukamera bebas, Muhd Riza Baharudin sebagai tunangannya.

Majlis pertunangan tersebut selamat diadakan semalam di Pusat Aktiviti, Pejabat Daerah Kota Setar, Kedah.

Meskipun dihujani pelbagai kisah kurang enak mengenai tunangannya itu, kata Izreen, kepercayaan adalah teras untuknya memilih lelaki tersebut.

"Saya tidak mahu mengambil kira segala kisah mengenai dia yang dikecohkan sebelum ini. Apa yang penting kepercayaan harus ada dalam setiap perhubungan.

"Saya harapkan hubungan ini akan berkekalan sehingga bila-bila dan enggan lagi diselubungi kontroversi. Saya mahu membuka buku baru untuk tahun baru ini," katanya mengulas mengenai pertunangannya itu.

Pada majlis tersebut pelakon berusia 27 tahun itu, mengayakan persalinan baju kurung moden berwarna merah jambu menerima sebentuk cincin emas putih bertatah berlian daripada tunangannya.

Pada majlis yang berlangsung penuh adat itu, pihak lelaki turut menyerahkan lima dulang hantaran iaitu sirih junjung, telekung, cincin, gula-gua dan kek dan pihak perempuan membalas tujuh dulang iaitu sirih junjung, sejadah, buku perkahwinan, coklat, bunga, buah dan kek.

Upacara menyarungkan cincin disempurnakan oleh ibu Muhd. Riza, Zainon Baba sambil disaksikan oleh ahli keluarga kedua-dua pihak.

Memilih wang hantaran RM 19,001 dan mas kahwin RM999, pasangan berkenaan memilih untuk disatukan selepas Hari Raya Aidilfitri kelak.


sumber : murai

1 ulasan:

Terima kasih sudi tinggalkan komen.