Selasa, 31 Januari 2012

Isi Buah Durian Berwarna Merah


sumber : My Networks

Korang pernah tak makan durian yang isi warna merah??? Selalu kita makan durian isi warna kuning atau putih kekuningan kan???Masa baca artikel nih PU terkejut. Subhanallah besar sungguh kuasa ALLAH...

Biasanya kita akan mendapati isi buah durian bewarna kuning atau putih kekuningan, tetapi pernahkah kita melihat isi durian yang bewarna merah menyala bak saga?
Ini bukan satu kejadian yang aneh. Pokok Durian Merah adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama saintifik durian merah ialah Durio graveolens Becc.
Di Sabah durian ini juga dikenali sebagai Durian Dalit. Rasa durian merah ini tidak sama dengan durian yang biasa dan rasanya lebih lemak. Juga terdapat dalam warna kekuningan, keorenan dan merah jambu juga ada.
Masyarakat Dayak Kenyah memanggilnya sebagai durian daun, mungkin disebabkan lebar daun durian merah ni hampir selebar telapak tangan orang dewasa.

5 ulasan:

  1. hari tu pun pernah ternampak sorang kakak blogger di sabah buat entry pasal durian merah ni... tapi mcm takut nak cuba makan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuh la....PU nih lagi la tak prnh dnga n makan pun...First time PU tengok nih....

      Padam
  2. mmg tak pernah tgk..takut plk nk mkn..

    BalasPadam
  3. hehe . durian merah nh rasa dia tawar . tpi kalau bt tempoyak sedap jgk . mmg buah nh just ada kat sabah dan srawak . tuh pun susah nk dpt . wait musim lh jgk

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.