Assalamualaikum
Kredit : kawan PU |
Memandangkan sejak dua menjak PU nih memang gila makan Blueberry Cheese Tart, PU sanggup mintak resipi daripada kawan PU yang memang pakar buat kek, roti, biskut, kuih dan macam macam la...Resipi yang memang dia amik daripada tauke buat cheese tart....Serius PU cakap akak nih kalau buat kek ke, kuih ke, roti ke memang sedap.....
So, PU nak share resipi yang kawan PU bagi kat fb PU....
Blueberry Cheestat
Sweet Pastry
Bahan A
200 g mentega
100 g gula aising
1/4 sudu teh esen vanilla
Bahan B
1 biji telur
Bahan C
420 g tepung
1 sudu besar tepung susu
Cara-cara
1. Putar (A) hingga lembut dan tambahkan
(B). Putar lagi hingga gebu.
2. Masukkan (C) dan gaul sehingga sempurna.
* Tat akan bewarna keemasan dan rangup jika dibakar di rak bawah ketuhar (lebih kurang 1/2 inci dari bahagian bawah ketuhar.
Filling
Bahan A
250 g cream cheese
50 g gula 25 g mentega
Bahan B
1 biji telur
Bahan C
25 g whipping kream
Bahan D
20 g tepungBlueberry filling
Cara-cara
1. Tekankan pastri manis ke dalam acuan tat. Tusukkan lubang di kulit pastri dan bakar pada suhu 190 darjah Celcius selama 15 minit atau sehingga kuning perang. Ketepikan.
2. Inti : Pukul (A) sehingga licin dan gebu. Masukkan (B) dan pukul hingga sebati. Tambahkan (C) dan sebatikan hingga sempurna. Campurkan (D) dan ratakan dengan sempurna.
3. Tuangkan inti keju ke dalam kulit pastri yang telah dibakar tadi. Bubuhkan sedikit jem beri biru di permukaan atas dan bentukkan corak olakan.
4. Bakar pada suhu 200 darjah Celcius selama 10-12 minit
4 Comments
alahaiiii... PU ni mmg saje nak goda mak buyung ptg2 ni kan. izan pun sukaaaaa sangat cheese tart nih. tapi kan... tak rajinlah nak buat sendiri. meh antar kat izan meh!
ReplyDeletehehehe....cian die.....
DeleteSorry bkn nak gode izan tp PU tak leh tahan share resipi nih...sedap kan tat nih...huhuhu....
sedapnye..peberet sy ni PU..huhu
ReplyDeleteanto le ke umah sket ea..
Pu..fieda pun tgh giler kue ni jugak..
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com