Selasa, 31 Januari 2012

Mega Giveaway : Trios' Birthday

11:59:00 PTG 26 Comments
Entry nih dilekat dengan gam gajah...Untuk entry baru sila skroll kat bawah yer...

Salam peeps!!

Kali nih PU anjurkan GA sulung untuk 2012. Actually PU nak start GA nih next week tapi atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan PU terpaksa bukak GA nih lebih awal. PU anjurkan GA nih sempena birthday PU, incik hubby dan Aina yang akan menjengah kitorang tak lama lagi...

Jom baca syarat-syarat GA nih:-

  1. Copy paste header blog PU kat atas dan linkkan sekali.
  2. Like page fb PU 
  3. Follow blog personal dan contest PU.
  4. Buat entry bertajuk "Mega Giveaway : Trio's Birthday"
  5. Jawab tiga soalan nih....
          5.1 Berikan tarikh lahir PU, incik hubby dan Aina. (entry Apr - Jun 2011)
          5.2 Nyatakan negeri kelahiran PU, incik hubby dan Aina (negeri kelahiran kitorang jiran sebelah menyebelah aje)  
          5.3 Kek pilihan PU untuk celebrate birthday kitorang bertiga...Korang diberi dua peluang utk   meneka (Secret Recipe)  
               
     6.  Berikut adalah senarai hadiah daripada sponsor..Korang WAJIB Follow blog dan Like page  sponsor sponsor hadiah. Korang juga DIWAJIBKAN letak senarai sponsor sponsor di bloglist korang. (Syarat-syarat yang tidak lengkap akan TERBATAL)
          
       
       
          1 pic vector x 1 pemenang by AZHAFIZAH
          Edit blog x 1 pemenang by MISS RAHSIA HATI
          Keychain & Pen dari New Zealand x 1 pemenang by NIDA
         

          Sehelai baju kurung (size 36) x 1 pemenang by MAGNIFIQUE BONBONS (fb) 
          & MAGNIFIQUE BONBONS (blog)

           Hadiah daripada PU sendiri :  Diari Muslimah 2012 x 2 pemenang
                                                           Top Up RM 5 x 3 pemenang (maxis,celcom)
                                                           Sehelai tudung plain x 1 pemenang
                                                           Eau De Toilette Windscape for her x 1 pemenang

                                                     
          Penambahan hadiah daripada sponsor

          Pyjamas (Pink) x 1 pemenang by GEROBOK KECIL KU
          Sehelai Shawl dan Inner by BUTIK fiQ'Ra (fb) & BUTIK fiQ'Ra (blog)


    7.   Tag 3 orang kawan korang dan makesure dorang tahu. Untuk referral tertinggi ada hadiah misteri untuk   korang. Apa hadiahnya surprise!!! 
    8.   Dah lengkap semua syarat syarat korang tinggalkan link kat komen box entry nih okeh.

          Tempoh GA : 03 Januari 2012 hingga 31 Januari 2012


UPDATE!!!!


04/01/2012 - Ada yang masih tercari cari bezday incik hubby, negeri kelahiran PU n incik hubby kan???Rasanya kalo ada yg rajin godek godek blog PU nih akan jumpa entry PU n incik hubby orang mana. Kalo tak jumpa gak PU bagi hint kat korang jela yer...

Nota kaki*  Hadiah akan diupdate dari semasa ke semasa yer bergantung kepada sponsor....Kepada sesiapa yang nak sponsor pm PU kat email nih zahirah.zahrin@gmail.com

Isi Buah Durian Berwarna Merah

3:50:00 PTG 5 Comments

sumber : My Networks

Korang pernah tak makan durian yang isi warna merah??? Selalu kita makan durian isi warna kuning atau putih kekuningan kan???Masa baca artikel nih PU terkejut. Subhanallah besar sungguh kuasa ALLAH...

Biasanya kita akan mendapati isi buah durian bewarna kuning atau putih kekuningan, tetapi pernahkah kita melihat isi durian yang bewarna merah menyala bak saga?
Ini bukan satu kejadian yang aneh. Pokok Durian Merah adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama saintifik durian merah ialah Durio graveolens Becc.
Di Sabah durian ini juga dikenali sebagai Durian Dalit. Rasa durian merah ini tidak sama dengan durian yang biasa dan rasanya lebih lemak. Juga terdapat dalam warna kekuningan, keorenan dan merah jambu juga ada.
Masyarakat Dayak Kenyah memanggilnya sebagai durian daun, mungkin disebabkan lebar daun durian merah ni hampir selebar telapak tangan orang dewasa.

Blueberry Cheese Tart

3:28:00 PTG 4 Comments


Memandangkan  sejak dua menjak PU nih memang gila makan Blueberry Cheese Tart, PU sanggup mintak resipi daripada kawan PU yang memang pakar buat kek, roti, biskut, kuih dan macam macam la...Resipi yang memang dia amik daripada tauke buat cheese tart....Serius PU cakap akak nih kalau buat kek ke, kuih ke, roti ke memang sedap.....

So, PU nak share resipi yang kawan PU bagi kat fb PU....

Blueberry Cheestat

Sweet Pastry
Bahan A
200 g mentega
100 g gula aising
1/4 sudu teh esen vanilla

Bahan B
1 biji telur

Bahan C
420 g tepung
1 sudu besar tepung susu

Cara-cara
1. Putar (A) hingga lembut dan tambahkan
(B). Putar lagi hingga gebu.
2. Masukkan (C) dan gaul sehingga sempurna.

* Tat akan bewarna keemasan dan rangup jika dibakar di rak bawah ketuhar (lebih kurang 1/2 inci dari bahagian bawah ketuhar.

Filling
Bahan A
250 g cream cheese
50 g gula 25 g mentega

Bahan B
1 biji telur

Bahan C
25 g whipping kream

Bahan D
20 g tepungBlueberry filling

Cara-cara
1. Tekankan pastri manis ke dalam acuan tat. Tusukkan lubang di kulit pastri dan bakar pada suhu 190 darjah Celcius selama 15 minit atau sehingga kuning perang. Ketepikan.
2. Inti : Pukul (A) sehingga licin dan gebu. Masukkan (B) dan pukul hingga sebati. Tambahkan (C) dan sebatikan hingga sempurna. Campurkan (D) dan ratakan dengan sempurna.
3. Tuangkan inti keju ke dalam kulit pastri yang telah dibakar tadi. Bubuhkan sedikit jem beri biru di permukaan atas dan bentukkan corak olakan.
4. Bakar pada suhu 200 darjah Celcius selama 10-12 minit

Niat hati memang nak follow blog kamu tapi tak jadi nak folow la sebab...........................

1:09:00 PTG 7 Comments
*google*

Memang sudah menjadi adat di kalangan blogger blogger akan follow mefollow setiap blog yang disinggah....Bagi yang suka membaca entry akan terus baca entry baru follow. Ada juga jenis yang suka BW dan follow tanpa baca entry terlebih dahulu....(PU pun kadang kadang buat macam tuh jugak..hehehe)

Semalam macam biasa la kan time time bosan PU BW la kat blog blog yang wajib PU singgah dan tak pernah singgah. Memang sudah menjadi kebiasaan PU, kalau singgah satu satu blog tuh PU akan baca entry dan follow. Terpulang la dekat owner blog tuh nak follow blog PU ke tak...PU tak kisah....

Semalam masa tengah follow mefollow blog blog pilihan hati (cewahhh....) ada satu blog nih memang PU nak follow. But sebelum follow WAJIB baca entry entry dia la kan....Lepas baca latest entry baca pulak entry yang lain....1 minit, 2 minit, 3 minit...terus PU close jer blog "si dia"...PU tak jadi nak follow....Nak tahu sebab PU tak nak follow....Meh meh dengar luahan hati PU nih..

Macam mana PU nak follow kalau entry nya banyak cerita pasal boyfriend dia....Ya ALLAH..Kalau gambar posing sana posing sini dengan suami tuh memang tak kisah nih belum lagi jadi suami sibuk nak tempek gambar boyfriend bagai....Kalau setakat satu dua entry tuh takpe la jugak nih banyak sangat entry pasal boyfriend dia yang diagung-agung sangatkan tuh...

Adik oi...Awak sekolah pun belum habis lagi. Daripada awak agung agungkan boyfriend (belum matang lagi tuh) ada faedah dan berkatnya awak agungkan mak ayah awak yang membesarkan awak dari lahir sampai awak besar. Nak agungkan sangat noyfriend tuh buat apa. belum tentu dia akan jadi boyfriend awak kan? So....

Confirm la kan awak akan cakap " Suka hati aku la kan...Blog aku...Aku punya suka la nak tulis apa pun...". Ya, memang itu blog awak, awak ada hak nak tulis apa pun tapi cuba fikir sikit persepsi orang lain yang baca blog awak tuh. Ada yang suka ada yang meluat. Cuba la share atau cerita pasal awak pergi makan angin ke, pengalaman yang baru berlaku kat sekolah atau kat rumah ke...Sedap sikit biji mata orang baca..Nih tak..Asyik asyik boyfriend, boyfriend....Aishhh...memang agak meluat!!!!Daripada PU bertambah dosa, ngomel bukan bukan jalan terbaik keluar terus dari blog tuh...Tak payah follow pun takpe...tak rugi apa apa pun....

Terpulang la kalau nak terima teguran atau pun tidak kan...Tak paksa...Nak terima, terima dengan tangan dan hati yang terbuka...Tak nak terima, wa tak kisah beb!!!

Nota kaki* Tak kisah follower tak ramai. Yang penting bukan terdiri dr kalangan macam kat atas nih...

Senarai peserta peserta Mega Giveaway : Trios' Birthday

11:40:00 PG 4 Comments
Kepada peserta peserta yang dah join tolong semak link korang ye. Kot kot PU terlepas pandang tertinggal link korang tolong inform PU ye....





http://jaajahatga.blogspot.com/2012/01/mega-giveaway-trios-birthday.html
http://joelwithcontestsandgiveaways.blogspot.com/2012/01/mega-giveaway-trios-birthday.html
http://alongnidar.blogspot.com/2012/01/mega-giveaway-trios-birthday.html
http://akubencihacker.blogspot.com/2012/01/mega-giveaway-trios-birthday.html
http://ehemsz.blogspot.com/2012/01/mega-giveaway-trios-birthday.html
http://intanberliangacontest.blogspot.com/2012/01/mega-giveaway-trios-birthday.html
http://eventsbybloggers.blogspot.com/2012/01/mega-giveaway-trios-birthday.html
http://greennnpanda88contest.blogspot.com/2012/01/mega-giveaway-trios-birthday.html
http://misslivelovelaugh.blogspot.com/2012/01/mega-giveaway-trios-birthday.html
http://loveblogcontest.blogspot.com/2012/01/mega-giveaway-trios-birthday.html
http://mrsbullat.blogspot.com/2012/01/mega-giveaway-trios-birthday.html
http://atiezie82.blogspot.com/2012/01/mega-giveaway-trios-birthday.html
http://elialaily.blogspot.com/2012/01/mega-giveaway-trios-birthday.html
http://hairulizacontestga.blogspot.com/2012/01/mega-giveaway-trios-birthday.html

Yang belum join lagi cepat cepat join okeh...Hari nih last.... 

Syukur menang promosi LISA/Palmolive

10:26:00 PG 3 Comments
Syukur ada rezeki menang promo kat majalah LISA. PU memang tak perasan pun ada mesej kat tab nih. Balik rumah je buat apa yang patut....Lepas dah duduk rehat tuh PU check tab la kot kot ada mesej masuk. Selalunya PU check mesej daripada incik hubby jer....

Memang ada mesej masuk tapi bukan daripada incik hubby tau tapi daripada majalah LISA yang PU menang promosi LISA/Palmolive. Syukur sangat sangat. Patutlah dari pagi semalam tapak tangan PU gatal gatal. ingatkan nak terima duit rupa rupanya nak terima hadiah. Setakat nih ada 3 hadiah PU kena collect...Maknanya incik hubby la jadi mangsa kena amik semua hadiah hadiah tuh.


Nih la produk Palmolive yang akan PU terima nanti yang bernilai RM100...PU memang tak guna produk nih...Kitorang guna LUX mungkin PU akan let go kat sesiapa yang nak....


Kemenangan bulan Jan : 8
Kemenangan 2012 : 8

Isnin, 30 Januari 2012

Aina dan Lappy Hijaunya

1:49:00 PTG 3 Comments
Kalau Ummi dia ada lappy, anaknya pun mesti ada jugak...Actually lappy Aina nih PU beli since tahun lepas. Masa tuh, PU nak mengadap lappy pun tak boleh sebab confirm Aina akan kacau punya. So, bila ada rezeki lebih PU belikan Aina lappy. Sepatutnya since tahun lepas PU cerita pasal lappy Aina nih tapi tahun nih baru terhegeh hegeh nak buat entry..hehehe...

PU bukan apa..Sejak PU guna tab Aina dah mula abaikan lappy dia. Sebelum nih bukan main lagi ke hulur hilir dia bawak lappy. Rasa membazir aje bile belikan lappy tapi tak guna kan. PU fikir Aina memang tak nak lappy tuh lagi dah. Tup tup malam tadi PU tengah leka layan fb kat tab, PU dengar bunyi orang tengah main game. Rupa rupanya, Aina leka main game kat lappy dia..huhuhu...PU terlupa pulak lappy Aina tuh selain belajar words, music, numbers ada games jugak...Punya la kusyuk dia main. PU pun senyap senyap snap pic dia. Sekali dia terperasan PU amik pic dia sebab ada flash pulak....


Ha...tuh la lappy kesayangan Aina Green + Blue kaler lagi...Sekarang nih PU tengah mencongak congak nak beli gajet andorid untuk Aina & Auni...Dapat yang murah murah pun jadi la...Tak sanggup rasanya tengok Aina & Auni bergaduh rebutkan tab PU..Yelah masing masing nak tunjuk kehebatan main Angry Bird dan Smurf's Village....Suara PU nih dah macam tarzan ala ala sopan asyik marahkan dua beradik nih sebab berebutkan tab PU...PU sampai dah garu kepala tak tahu nak buat apa. Bila si kakak main, si adik datang terus rampas bila PU marah suruh main sama sama dengan kakak, si adik boleh jap "aaahhhhhhhhhhhhh"....Macam tuh jugak bila si adik main si kakak datang rampas terus bawa lari naik atas sofa. Si adik tak dapat naik sofa bantai menangis...Aduh..memang pening kepala PU nih memikirkan perangai dua beradik nih la...

Nota kaki * PU akan berusaha dan terus berusaha join contest yang hadiahnya ada iPad atau tab...Mana la tahu rezeki anak anak tak payah dorang berebut rebut nak main game lagi...

Jumaat, 27 Januari 2012

Selamat Hari Lahir yang ke 2 tahun NUR AINA ZAHIRAH

11:54:00 PG 3 Comments
Hari nih genaplah dua tahun umur anak dara sulung PU, Aina. Alhamdulillah ALLAH beri kesempatan kat PU tengok Aina membesar depan mata.


Syukur, Aina membesar dengan sempurna dan sihat. Semakin lama semakin terserlah kegarangan dan kenakalan dia. Kalau PU marah dia confirm dia akan pukul PU....Kelakar pun ada gak..Kecik kecik dah pandai pukul Ummi dia...Nakal tak payah cakap la...Kadang kadang hilang sabar PU dibuatnya tapi bila fikir semula itu memang salah satu proses pembesaran dia, sabar aje la kan....

Istimewanya Aina nih dia cepat dan mudah belajar dari apa yang kita buat. Contohnya kalau PU masak dia pun sibuk snak masak jugak. Kena dukung dia sambil tuh tangan sibuk pegang sudip kacau lauk yang dimasak...Pastu, kalau pakai mekap dia suka tengok...Lepas tuh, harap maklum la mekap PU jadi mangsa kat muka dia...Habis lipstick dicalit kat bibir. Kalau PU guna lipbalm sibuk panggil "Ma" sambil tunjuk bibir dia...Nak pakai jugak anak dara sorang nih..

Aina juga faham dengan arahan PU atau abi dia. Kalau kita suruh buang samaph dia tahu nak buang dekat mana. Kalau kita suruh kemas permainan yang bersepah pun dia tahu cuma kalau datang penyakit "M" dia tuh cakap patploh ribu kali suruh buat tuh buat nih jangan harap la dia nak buat. 

Cuma sekarang nih PU sedang berusaha mengajar Aina rajin bercakap dan sebut perkataan perkataan yang senang. PU nak mula ajar Aina buang air kecil dan besar tanpa pakai lampin pakai buang. At least boleh jugak jimatkan kos perbelanjaan....Macam macam PU buat nak bagi Aina meringankan mulut dia menyebut perkataan yang mudah sebab Aina nih memang terkenal dengan mulut beratnya tuh. Dia lebih suka guna bahasa isyarat dari bercakap.

Pu nih bebel panjang panjang pun bukan Aina tahu baca kan. Tapi takpe semua nih jadi kenangan untuk dia bila dia dah besar nanti. Baru dia tahu karenah dia macam mana masa kecik..hehehe

Ucapan untuk Aina : Selamat Hari Lahir ke 2 tahun sayang. Ummi doakan anak ummi nih akan jadi insan yang solehah dan berguna pada bangsa, agama dan negara...(Ceh ceh ceh ucapan tak boleh blah). Semoga Aina dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan diberkati ALLAH SWT. Patuh dengan ajaran agama dan taat kpd ummi dan abi. InsyaALLAH ummi dan abi akan berusaha dan berkorban apa saja untuk memberi didikan agama dan ilmu yang sempurna untuk Aina. 
Semoga ALLAH sentiasa melindungi Aina dari kealpaan dunia. Ya ALLAH jauhkan la anakku dari segala godaan dan hasutan syaitan, jin dan iblis...Teguhkan imannya, kuatkan cintanya padaMU ya ALLAH...Amin.

Nota kaki * Belum dapat idea lagi nak belikan Aina apa...Pening juga nak cari hadiah untuk dia...

Khamis, 26 Januari 2012

Tetap setia dengan Nestle Bliss Low Fat Yogurt Drink

11:45:00 PG 2 Comments
Confirm la korang kat luar sana pernah dengar, tengok, beli dan minum Nestle Bliss Low Fat Yogurt Drink kan? Nak tahu sejarah macam mana PU boleh terjatuh cinta dengan minuman nih?

Tak silap PU, PU start minuman nih penghujung tahun 2009.  Sebelum nih PU memang tak pernah pandang pun minuman nih sebab PU dok pikir yogurt tuh masam, so PU tak berminat la nak beli. Segalanya bermula bila adik adik PU Dian dan Suria memang suka sangat dengan minuman nih. Dorang yang paksa PU try minum air nih. Dorang cakap memang elok untuk usus kita. Mula mula PU tak nak tapi bila try best pulak. Perisa yang PU try tuh perisa strawberry...Memang sedap. Sejak dari hari tuh PU jadi "peminum" yang setia la...Every month mesti grab banyak banyak...Selalunya PU beli perisa Strawberry dan Orange...



Sebab sebab PU setia dengan minuman nih ialah :-

a) Rasanya yang "besh" - Sesiapa yang minum Bliss nih memang tahu la kenapa PU cakap besh....Sekali minum memang tak puas...Mesti nak minum lagi dan lagi dan lagi.

b) Baik untuk usus - Macam PU nih ada masalah sikit dengan usus. Kalau orang lain buang air besar tiap tiap hari. PU pulak 2 hari sekali. Kadang kadang samapi seminggu. Tuh yang jadi sembelit dan kepala selalu sakit.  Minum air banyak pun macam tuh jugak. So, sejak minum Bliss nih alhamdulillah...Nampak perubahan yang ketara. Kalau agak agak sehari tak membuang hajat, PU cepat cepat minum Bliss...Pastu faham faham jela kan....That why la kenapa PU falling in love dengan Bliss nih...

c) Harga yang berpatutan - Bagi peminat setia macam PU nih harga tak menjadi masalah. Bagi PU harga minuman nih memang berpatutan...Tapi ada sesetengah kedai runcit nih suka suka hati letak harga mahal mahal. Ada tuh cecah sampai RM5 sebotol...Padahal harga yang selalu PU beli RM4++ je...Tuh baru botol yang besar, kalau yang kecil tuh, patut ke letak harga yang tinggi jugak?? Memang tak patut kan...

d) Gift yang awesome - Ha...kalau korang yang suka minum Bliss nih mesti tahu kan dalam sebulan tuh ada je gift baru dari Nestle Bliss nih....Tupperware, bekas air, cawan dll...Tapi kalau nak gift free nih kena ikut syarat yang ditetapkan la...Selalunya ada tertulis kat tag yang diletakkan dekat dekat kepala botol...


Antara gift yang PU dapat bila Bliss. Actually ada lagi tapi snap mana yang sempat...Tupperware tuh yang latest gift PU dapat. Beli 3 botol Bliss dapat tupperware nih....

So, conclusion entry PU nih walaupun ada minuman yogurt lain yang sedap atau lebih murah, PU tetap setia dengan Bliss Low Fat Yogurt Drink nih....Tak mau dah yang lain!! (macam pernah dengar jer ayat nih tapi di mana yer??)

Shawl Chiffon 3 Layer dah sampai tadi!!!

11:11:00 PG 2 Comments
Baru jap tadi PU post entry pasal menang contest SHARE & WIN butikpinkku...Tak sangka pulak hadiahnya dah sampai tadi. Pagi tadi check email owner Butikpinkku inform pasal no. tracking parcel yang dipos semalam...PU target esok baru terima tak sangka lak hari nih dah dapat...


Nih la shawl yang PU dapat..Boleh PU pakai dengan baju kurung yang dibuat khas untuk Admin jer...Memang sepadan sangat shawl nih dengan baju kurung tuh........Fara siap bagi kad bisnes dan belakang kad tuh ada kalendar 2012....

Dapat Shawl Chiffon 3 Layer from Butikpinkku

9:36:00 PG 0 Comments
Sekarang nih kat fb popular dengan contest SHARE & WIN....Cara nak join memang senang. Mula mula memang kena LIKE dulu page penganjur kalau belum LIKE la kan...PAstu share aje apa yang penganjur nak...Senang jer kan....

PU baru je menceburkan diri dalam contest share & win nih since hujung hujung tahun lepas. So, setakat nih PU dah menang 5 kali hasil join contest kat fb. Semalam PU terlupa nak update pasal kemenangan share & win by butikpinkku. PU dapat tahu result ahad lepas...Masa tuh tengah bosan PU online fb jap guna tab...Pastu tengok Fadzillah Kamaruddin tag PU wish tahniah. Sekali PU check, PU menang share & win butikpinkku....PU akan terima Shawl Chiffon 3 Layer....Cantik cantik shawl nih...PU pun rambang mata nak pilih yang mana satu...Kali nih PU tak pilih warna pink sebab dalam almari banyak sangat shawl kaler pink....Nanti jemu pulak asyik bergaya dengan warna yang sama jer kan...So, PU pilih kaler Rosewood....


Alhamdullillah tak sangka pulak PU menang. Syukur sangat sangat. Selalunya kalau butikpinkku buat contest memang payah sikit nak menang sebab sambutan memang menggalakkan. Tapi bila dah terpilih PU bersyukur sangat sangat. Bertambah lagi koleksi shawl PU....

Kemenangan bulan Januari : 7
Kemenangan 2012 : 7


Akhirnya penantian berakhir walaupun agak terkilan sikit

9:14:00 PG 2 Comments

Salam peeps!!!


Semalam PU terima lagi hadiah hasil kemenangan ga. Actually GA nih PU join since last year tp bru skang terima hadiahnya sebab ada beberapa sebab munasabab yang berlaku. PU cuba memahami keadaan penganjur la kan. Takkan nak marah pulak. InsyaALLAH, ada rezeki tak ke mana kan.


Cuma PU terkilan sikit bila terima hadiah nih. Hadiah yang sepatutnya PU terima ialah sehelai shawl dan kerongsang tp apa yg PU terima hanya 3 kerongsang yang comel jugak. Walaupun terkilan PU tetap terima jugak hadiah nih. PU cuba fikir positif, mungkin shawl yg sepatutnya PU terima tuh digantikan dengan kerongsang. TRY to be positive. Dah itu rezeki PU kan. Terima dengan redha jela.


Mungkin ada yg tertanya tanya siapa penganjur GA tuh kan tapi PU rasa bettet PU rahsiakan siapa orangnya. Yang bertambah terkilan, PU diminta bayar duit pos sebanyak RM5. Tapi semalam PU terima hadiah nih hanya dr pos biasa dengan harga setem yang????? Sebenarnya PU tertanya tanya jugak what for penganjur tuh suruh kita bank in duit pos kalau kita terima hadiah hanya dr pos biasa.


Apa apa pun,PU hanya mampu zip rapat rapat mulut nih. Tak nak panjangkan cerita. PU akan maklumkan secara baik kpd penganjur hadiah yang sekian lama PU tunggu dah selamat sampai walaupun hadiah yang PU terima tuh INDAH KHABAR DARI RUPA.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Rabu, 25 Januari 2012

Hadiah menang GA yang dah sampai

4:26:00 PTG 6 Comments
Hari nih ada lagi hadiah yang PU dapat tapi tak dan nak snap pic. So, PU post entry pasal hadiah yang PU terima Khamis lepas...

 Inner dan kerongsang dari 3rd GA RossRazif

2  Voucher Pancake House RM25 - KL Lifestyle

Yang nih pulak PU request sample dari LipIce...Tersangat la cute LipIce yang PU dapat. Geram je tengok...

Nota kaki * PU nak let go la voucher Pancake tuh...Kena redeem kat Mid Valley...PU tak berkesempatan nak jejak kat sana lagi...Ada sesiapa yang nak???

Selamat Hari Lahir buat suami tercinta pada 22 Januari yang lepas

1:11:00 PTG 0 Comments
Entry yang hampir hampir basi kot sebab dah lepas 3 hari  baru nak post entry pasal birthday incik hubby. Al maklum ajelah CNY kan....PU nak cuti jugak kan.....So, blog nih bersawang dalam beberapa hari nih sebab tahap kemalasan nak update blog agak tinggi...

Apa yang istimewa sambutan birthday incik hubby kali nih ialah nothing!!!Cuma ucapan daripada PU saja. Takde hadiah atau celebrate bagai. Nak tahu sebab apa? Sebab dari kitorang berkawan sehingga la berkahwin, kitorang memang suka wish daripada bagi hadiah. Bab bab nak bagi hadiah nih anytime kitorang bagi. Bagi PU ucapan tuh lebih bermakna sebab itu tandanya dia ingat tarikh istimewa kita. Tuh yang PU dan incik hubby buat. Nak nak dia orang pertama yang wish, mesti bangga kan...So, PU pun jadi orang pertama yang wish kat incik hubby. Tak mau orang lain wish kat dia dulu.

Ucapan untuk incik hubby : Selamat Hari Lahir yang ke 26. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu. Ayg doa hidup kita sekeluarga dirahmati dan diberkati olehNYA sentiasa. Semoga abg dikurniakan kudrat yang sihat untuk mencari rezeki yang halal untuk kita sekeluarga. Semoga kehidupan abg sentiasa dilindungi dan diberkati ALLAH S.W.T. Doa ayg semoga kasih sayang dan cinta antara kita suami isteri dan anak anak kekal hingga ke syurga. Amin...

Ucapan untuk MIL (Birthday MIL sama ngan incik hubby) : Semoga mak dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik. Terima kasih kerana sudi bermenantukan saya...(Walaupun MIL tak pernah online tenet tetap nak wish jugak..huhu)

Nota kaki ku yang panjang * Jumaat nih birthday Aina pulak...Tak tahu nak bagi hadiah apa...Nak belikan mainan dah banyak sangat kat rumah tuh....Lappy, teddy bear, buku, puzzle etc...PU rasa nak bagi baju tapi tengok dulu la macam mana...Kek pulak mungkin PU nak beli Coklat Indulge kot....nak beli cheese kek pulak incik hubby memang tak makan sebarang jenis cheese....

Lucky Draw Cocoaphilia Malaysia

12:33:00 PTG 4 Comments
Pagi nih masa PU sibuk sibuk online fb, PU tengok kat notifications Cute Mum tag PU..Wish tahniah...PU pun klik kat notifications tuh...Sekali tengok PU salah seorang pemenang lucky draw untuk Cocoaphilia Malaysia...Nih merupakan kali ke 6 PU menang contest kat FB...Syukur...Thanks to Cute Mum cuz tag PU...


Kemenangan bulan Januari : 6
Kemenangan 2012 : 6

Khamis, 19 Januari 2012

Menang Totalife produk @ KL Lifestyle Magazine

8:00:00 PG 0 Comments
PU ada join post New Year Resolution 2012 kat KL Lifestyle Magazine. Jumaat lepas PU terima email daripada KL Lifestyle Magazine inform PU menang Totalife produk. Pihak dorang memilih lapan resolution dan akan memenangi produk Totalife dan berpeluang muncul dalam majalah nih untuk keluaran Januari 2012...Until now, PU still looking for this magazine tapi tak jumpa lagi....Tapi takpe esok PU nak gi KL, PU try cari majalah nih...



Kemenangan bulan Januari : 5
Kemenangan 2012 : 5

Rabu, 18 Januari 2012

SUAMI ISTERI Paling Bahagia Melayari Cinta & Mengharungi Masa | Aku Pilih Dia

2:24:00 PTG 1 Comments
Sebelum nih PU ada share pasal buku baru Aina dan Auni semalam...Hari nih PU nak story pasal buku untuk PU pulak. Takkan untuk anak anak jer kan, Ummi dia pun nak jugak. Buku dengan PU memang tak dapat dipisahkan..hehehe.....

Masa pusing pusing mencari buku untuk Aina dan Auni, PU berkenan satu buku nih dan novel alaf21. Novel novel yang PU beli selalunya dari Alaf21 dan Kaki Novel...

Nak tahu buku dan novel apa PU beli....Ala tengok tajuk kat atas tuh dah boleh teka apa buku dan novelnya kan...Tapi suke hati PU la kan nak pos gambarnya..Ada jugak yang tak tahu rupa buku dan novel yang PU beli tuh....

1.....2............3...................................Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa......


Nih la buku dan novel yang PU beli tuh....Novel tuh still berbalut dengan plastik lagi. Belum rasmi lagi tapi buku Suami Isteri Paling Bahagia Melayari Cinta & Mengharungi Masa tuh PU dah baca suku....Belum khatam lagi. So far, buku nih memang bagus la...Untuk memperbaiki mana yang kurang dalam diri agar hubungan suami isteri kekal ke akhir hayat....

Banyak lagi yang PU tak tahu dan tahu ada dalam buku nih. PU memang seorang yang giler buku..Pendek kata "Ulat Buku" la...Incik hubby memang dah tahu perangai PU nih. SO, sikap yang ada pada PU nih PU cuba nak terapkan dalam diri Aina dan Auni....Hopefully semuanya berjalan dengan lancar...

Novel Aku Pilih Dia tuh Pu tak baca lagi sinopsis yang ada kat belakang novel tuh. Pu nampak jer terus grab..Actually banyak novel baru yang PU dah ketinggalan terlalu jauh...Banyak sangat PU nak kejar...Kalo average satu novel RM 21.00 kalau sepuluh dah berapa?????cer kira...Tak kopak duit haku!!!

Nota kaki - Sok & Jumaat PU cuti..Nak jenjalan makan angin .....weeeeeeee

Selasa, 17 Januari 2012

Bacalah Anakku | Read Easy Phonics

2:36:00 PTG 2 Comments
Semalam satu hari suntuk PU tak update entry. Makanya, graf PU turun merundum...hehehe...PU nak share dengan korang apa yang PU belikan untuk Aina dan Auni semalam kat MPH...PU rasa nih memang sangat sangat sesuai dan berfaedah untuk dorang.


Tadaaa.....Nih la benda yang PU belikan....Buku Bacalah Anakku dan Easy Read Phonics..Memang buku nih ada faedahnya. Kalau anak anak kita yang tengah membesar elok sangat ajar dorang guna buku buku nih. Siap ada cd tau cara sebutan huruf huruf dengan betul. Sangat sangat bagus untuk ajar anak anak yang baru nak belajar bercakap. macam Aina dah pandai sebut beberapa perkataan tapi PU dia belajar dengan lagi. kalau boleh bercakap dengan cara yang betul.

PU tak rasa rugi pun beli buku buku nih. Harganya boleh tahan la tak terlalu mahal tak terlalu murah. Semua orang mampu beli....

Nota kaki* pasni nak update entry pasal buku untuk PU pulak..apa agaknya buku tuh erk???

Jumaat, 13 Januari 2012

Pashmina 2 Layer drp SimplyStyle Collections dan kerongsang dr HappyQlasik dah sampai!!

1:18:00 PTG 3 Comments
Semalam PU post entry pasal dah terima FM bergambar hadiah menang join GA tahun lepas. Semalam Pu dapat dua hadiah sekaligus. PU dapat hadiah Pashmina 2 Layer dan kerongsang...Pashmina tuh dari SimplyStyle Collections...Cuma share pic jer..PU share banyak jugak la tak sangka lak PU menang kategori Lucky Draw..Untuk kategori Sharer terbanyak PU tak kenal siapa pemenangnya. HappyQlasik pun kena share jugak. Alhamdullillah ada rezeki PU menang contest share kat fb...


Bertambah lagi koleksi shawl PU dan kerongsang...Dah penuh almari kat rumah PU tuh. Incik hubby memang dah tahu dah kalau nampak PU bawak balik shawl dan tudung, maknanya hadiah join CGL la tuh...

Happy Birthday to ME!!!

11:16:00 PG 7 Comments
Alhamdullillah...
Hari ini PU masih diberi peluang bernafas di bumi ALLAH ini. PU masih diberi kesempatan bersama sama incik hubby dan anak anak untuk terus menghirup udara segar mengecapi nikmat hidup ini.

Syukur, bertambah setahun lagi umur PU dan itu menunjukkan bertambah lagi la tanggungjawab PU sebagai isteri dan Ummi kepada incik hubby dan anak anak. Semakin hari semakin bertambah cabaran hidup ini. Terserah kepada diri kita sendiri nak hadapinya bagaimana. Redha atau sebaliknya.

Syukur kepada ALLAH di atas nikmat yang diberikan kepada PU. Walaupun adakalanya PU mempersoalkan kenapa PU diuji dan di duga but PU cepat tersedar. Ya ALLAH!!Betapa alpanya PU. PU diuji kerana ALLAH menyayangi PU. Dia ingin PU dekat denganNYA.

Semoga ALLAH memberkati hidup PU sekeluarga. Murahkan rezeki dan panjangkan umur kami sekeluarga. AMINNNN...

Untuk target tahun nih, PU ngah simpan duit nak beli something yang berguna untuk PU. Boleh digunakan anytime....Bila barang PU nak nih dah ada boleh la PU tunjuk skill kat incik hubby & anak anak..hehehe...Hopefully apa yang PU nak kan nih akan tercapai tahun nih gak...

Birthday PU kali nih, PU tak mengharapkan hadiah yang mahal atau berjenama. Cukup sekadar ucapan yang lahir dari hati yang ikhlas. PU sendiri tak mengharap incik hubby bagi hadiah cukup sekadar dia mengingati birthday PU. Bagi PU takde hadiah yang paling mahal dan berharga melainkan kasih sayang incik hubby dan anak anak. Diorang la harta PU dunia akhirat...

Tapi kalau orang bagi hadiah PU amik jer..hehehe...Siapa tak nak hadiah kan...Semua orang nak...
Wish PU all the best for this year ye kawan kawan...

amik dari Google...

"HAPPY BIRTHDAY TO ME, HAPPY BIRTHDAY TO ME, HAPPY BIRTHDAY HAPPY BIRTHDAY, HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!!"

Khamis, 12 Januari 2012

Bawak Aina dan Auni kat playground area rumah

5:16:00 PTG 2 Comments
Haduyai PU nih...suka sangat memerap entry berhari-hari. Hari nih baru teringat nak update entry pasal bawak Aina dan Auni pergi playground. Incik hubby yang ajak pergi. Nak harapkan PU takde la...

Kitorang pergi naik motor jer...Lagipun playground tuh kat area Nusari Bayu 2. Rumah PU kat Nusari Bayu 1. Yang paling seronok Aina la. Semua mainan yang ada kat situ dia nak try. Auni pulak muka ketat jer. Langsung tak menunjukkan tanda tanda happy sebab dapat main katt playground. Sabar jela.

PU sempat snap pic Aina main gelongsor jer. Mainan yang lain perlukan perhatian takut terjatuh nanti...Walaupun dah ada adik, AIna nih manja sikit, kalah Auni...




Auni, PU just letak dia kat bahagian yang ada ABC. Biar dia kenal dengan huruf huruf nih...Lebih lebih lagi Auni dah pandai sebut nak, atete, mama,baba.....Pendek kata Auni very talkative...Menangis pun mulut pot pet pot pet, tengah main pun dia pot pet pot pet..Incik hubby cakap ikut perangai PU kuat pot pet pot pet..hehehe....



Auni dengan rambut terpacaknya. Ramai yang sangka Auni anak lelaki PU...Sebab raut muka dia yang macam baby boy..Tengok rambut cukup ler..hehehe

Lebih kurang 30 minit ada kat playground, kitorang balik. Lagipun cuaca panas sangat...Tak tahan...hehehe

Nota kaki* Khamis dan Jumaat depan PU cuti..Nak bawak anak anak kat satu tempat yang dorang boleh belajar mengenal sesuatu....Rasa rasa korang tahu tak kat mana PU nak bawak dorang??

Tresor Midnight Rose Contest

3:50:00 PTG 2 Comments
Korang korang yang mana giler contest cepat cepat join contest yang dianjurkan Lancome Malaysia. Hadiahnya of course la Tresor Midnight Rose.

PU dah join....Korang tunggu apa lagi? Kepada yang nak join kena baca dulu terms and conditions. Tak susah mana pun. Contest nih dibuka 09 Januari sehingga 28 Januari 2012. Soalan yang diberikan berdasarkan 3 video yang diberikan.  

Video 1 : berakhir pada 15 Januari
Video 2 : berakhir pada 22 Januari
Video 3 : berakhir pada 29 Januari

Seramai 5 orang pemenang dipilih secara rawak yang memberikan jawapan tepat berdasarkan pada setiap video yang ditayangkan..Cara nak cari jawapan morang kena fokus dengan teliti sebab video yang ditayangkan laju jugak la.....Kena betul betul fokus ala ala aksi tenung macam nak makan orang tuh...


Korang nak join kan? Klik link nih http://on.fb.me/yXCAeZ untuk baca T&C dan Tresor Midnight Rose.
Good luck semua :)

UPDATE : Penambahan syarat2 penyertaan dan sponsor hadiah untuk Mega Giveaway : Trios' Birthday

1:05:00 PTG 3 Comments
Salam peeps!!!

Kepada yang dah join Mega Giveway : Trios' Birthday PU mintak kerjasama korang tengok semula syarat-syarat yang PU tetapkan dan like page & follow blog sponsor sponsor hadiah...

Hari nih PU dapat lagi sponsor dari Butik fiQ'Ra....So, secara otomatiknya ada penambahan syarat kat situ. PU pun dah kasi hint kat peserta peserta kat sebelah soalan yang PU utarakan. Hopefully korang tak susah nak cari okeh....

Kepada yang dah join jangan lupa klik SINI untuk tengok penambahan syarat2 dan sponsor. Yang belum join lagi, cepat cepat la join...Tinggal 20 hari aje lagi sebelum GA nih ditutup.

Nota kaki * Sedang gigih mencari sponsor untuk Mega Giveaway nih.

Hadiah FM Foto dah sampai semalam!

11:45:00 PG 4 Comments
Semalam memang Pu takde mood nak update blog. So, ari nih penyakit malas dah takde. PU nak update hadiah GA yang PU baru dapat semalam. Actually GA nih PU join tahun lepas, semalam baru dapat. Ada masalah teknikal. But PU dah diinformkan terlebih awal pasal kelewatan hadiah nih. PU tak kisah janji sampai kat tangan.

Nih la FM foto yang PU dapat tuh. PU buh gambar Aina dan Auni....

Sangat suke :))

Selasa, 10 Januari 2012

Sampel percuma dari LIbresse Malaysia

2:15:00 PTG 2 Comments
Salam peeps!!!

Petang semalam macam biasa busy kan. Takde mood pulak nak update entry..Cuma update entry pasal kemenangan Pu kat fb dan majalah jer...idea tuh banyak datang mencurah curah nak cerita itu cerita ini tapi ntah kenapa malas benar nak menaip. Semalam update entry kemenangan pun macam nak tak nak jer..Hehehe....

Petang semalam PU dah terima sampel percuma dari Libresse. PU memang ada isi form request sampel Libresse. PU tergerak hati nak try sebab saudara mara PU majoriti guna Libresse. Diorang cakap memang bagus Libresse nih pakai pun tak bocor. Buat la kerja lasak macam mana pun, tidur la gaya kuak lentang pun memang takkan bocor. Actually, before this PU guna Kotex dan Bio Sanitary (Pad Herba). Bila orang cakap Libresse nih bagus nak jugak try kan.

Mula mula PU ingatkan sampel yang akan PU dapat tuh sekeping jer sekali dapat banyak gila. Macam macam jenis pad Libresse yang PU dapat. memang berbaloi baloi. Barang free katakan..hehehe...


Ha ni rupa bungkusan yang PU terima petang semalam. PU pun tak sangka dapat sampel tuh secepat nih. Thanks Libresse...


Nih pulak sampel sampel yang PU dapat. Semua jenis ada. Siap ada surat lagi dari pihak Libresse...Ermmm apakah hatiku akan beralih arah???Jawapannya tanya sama hati...hehehe...

Korang nak sampel percuma dari Libresse??Klik SINI

Pemenang Vote pic PU untuk Best Mum's Badge Dumex Mama Club | Shell Citibank Giveaway

1:43:00 PTG 4 Comments
Seperti yang dijanjikan PU akan umumkan nama pemenang hari nih. Dan macam yang PU bagitahu sebelum nih ada perubahan dalam keputusan nih. Memandangkan hanya 10 orang saja yang join so, PU kena ubah keputusan untuk hadiah. Kalau ramai yang join hadiah untuk pemenang seperti minyak wangi, top up dan buku resipi akan dikekalkan...So, disebabkan hanya 10 orang saja yang join PU hanya pilih 3 saja pemenang untuk shawl bunga...Hadiah hadiah yang lain PU akan gunakan untuk GA yang lain mungkin PU akan topup hadiah hadiah nih kat Mega Giveaway yang sedang dijalankan... Harap korang berpuashati...

Sekarang tiba la masa untuk mengumumkan pemenang pemenang. Kepada yang takde rezeki boleh cuba lain kali.....

Tiga orang pemenang shawl bunga ialah :-





1. Syima
2. IntaNBerliaN
3. Fieda

Tahniah kepada pemenang pemenang. Sila email details nama, alamat, no.telefon ke zahirah.zahrin@gmail.com. InsyaALLAH by next week hadiah korang akan dipos sebab PU bercuti so, ada masa nak uruskan pengeposan hadiah hadiah....

Kepada yang tak berjaya, jangan bersedih. Apa akaa korang join giveaway yang PU anjurkan sekarang nih. Nak join klik SINI

Isnin, 9 Januari 2012

Laptop Compaq RM 800 | Harga boleh runding lagi

1:59:00 PTG 1 Comments
Tak pasal pasal hari nih PU jadi promoter pulak.Just short entry only...Iklan sekejap yer...Ada sesiapa yang berminat nak beli laptop Compaq...Still in good condition...Baru beli setahun setengah....Harga RM800 tapi boleh nego lagi...

Ada sesiapa yang berminat boleh pm PU yer kat zahirah.zahrin@gmail.com....

Ihsan uncle google...

Rupa bentuk laptop tuh Pu tak tahu macam mana. incik hubby jer yang tahu. Dia mintak tolong PU promo kan...



Menang Cosmo Nov 2011 Issue dan SHARE fb SimplyStyle Collections

12:10:00 PTG 4 Comments
Alhamdullillah...Ari Jumaat lepas, Cute Mum ada tanya PU ada menang kat Cosmo ke? PU terkejut jugak bila Cute Mum tanya tuh sebab PU memang tak beli Cosmo bulan Januari lagi.Pastu Cute Mum confirmkan semula sama ada nama penuh PU Mimi Azirah. PU jawab a'ah...So, dengan hati yang melonjak lonjak tak sabar petang tuh, balik kerja PU beli  Cosmo terus check nama pemenang pemenang. Alhamdullillah PU menang produk L'Oreal Professional. Ini kali kedua PU menang kat Cosmo. Tapi sorry la terlupa nak snap pic...

Then, Sabtu lepas kawan Pu msg bagitahu PU menang lucky draw kat fb SimplyStyle Collections. Hujung minggu memang PU tak online. Payah nak online sekarang sebab Aina dan Auni dah semakin terror dengan gadjet gadjet canggih nih. Bila PU main game kat tab, diorang pun sibuk nak main. Bila PU bukak laptop, Auni tak main tab terus kacau PU main laptop. Makanya, PU malas nak online....Tunggu la kalau ada mood nak online balik, PU onlina la...

Alhamdullillah, PU menang lucky draw page SimplyStyle Collections. Nih kali ketiga PU menang kat fb...Syukur sangat.


Kemenangan bulan Januari : 3 & 4
Kemenangan 2012 : 4

Ahad, 8 Januari 2012

Keputusan pemenang Vote pic PU untuk Best Mum's Badge Dumex Mama Club | Shell Citibank Giveaway

10:00:00 PG 3 Comments
Firstly, PU nak ucapkan terima kasih banyak banyak kepada yang sudi vote PU dlm contest nih. Keduanya, PU nak mintak maaf banyak banyak kepada peserta peserta sebab PU terlupa nak umumkan pemenang. Nasib baik ada seseorang yang alert tanya PU bila nak umumkan pemenang.

Actually, PU belum berkesempatan nak buat cabutan nama pemenang. This week nih memang agak busy....InsyaALLAH, PU akan buat cabutan nama Selasa, 10/01/2012. So. korang korang stay tune je la ye...Mungkin ada perubahan dari segi hadiah sebab hanya 10 orang saja yang join....Harap korang sabar tunggu keputusannya okeh!!


Abaikan header kat atas nih...Saja nak tempek..hehehe

Sabtu, 7 Januari 2012

Top 10 Filem Tempatan yang mendapat kutipan tertinggi

10:00:00 PG 2 Comments
2011 dah pun melaburkan tirai enam hari yang lepas. Masing masing dah pasang azam baru dan siap siap buat schedule untuk plan 2012...PU pun tak ketinggalan jugak..hehehe....

Dalam kita seronok seronok sambut tahun baru, PU pulak sibuk nak recap balik 10 filem tempatan kita yang mendapat kutipan tertinggi sepanjang tayangan diadakan. Jom kita review sama sama filem filem tempatan yang mendapat sambutan hangat hangat tahi ayam!!! <---Perlu ke nih??hehehe

Top 10 Filem Tempatan yang mendapat kutipan tertinggi ialah :-

1) KL Gangster (RM 11.74 juta)


Filem garapan Syamsul Yusof betul betul membuka mata ramai bahawa filem tempatan tidak kurang hebatnya. Lihat saja hasil tangan beliau, sebelum ini semuanya menjadi. Syamsul Yusof juga diiktiraf sebagai Pengarah Terbaik dalam filem ini di FFM24.

Filem ini menampilkan barisan pelakon yang hebat hebat seperti Syamsul Yusof, Aaron Aziz, Ady Putra, Zizan Raja Lawak, Sofi Jikan dan ramai lagi....

PU tak nak komen pasal filem nih sebab sampai sekarang PU tak tengok lagi. PU hanya tahu kutipan yang diperolehi jer...hehehe....Sadis betulkan PU nih....Filem paling top nih tak tengok lagi...Biar betul??

2) Ombak Rindu (RM 11.2 juta) - masih ditayangkan


Filem nih dah pun ditayangkan di Astro First dan PU dapat tahu masih ditayangkan lagi sehingga ke hari ini. Filem Ombak Rindu yang diadaptasi dari novel Ombak Rindu karya Fauziah Ashari nih memang best. Sana sini sibuk memperkatakan tentang filem nih. Siapa tak kenal dengan Osman Ali, sentuhan magis beliau membuat ramai mengalirkan air mata.

Apa yang boleh PU katakan tentang filem nih ialah filem nih memang best. Cuma sebagai pembaca novel Ombak Rindu since 2003 PU rasa lagi best baca novel sebab filem Ombak Rindu banyak yang diubah. Kalau ada persamaan pun cuma part Izzah dijual pakcik Taha di kelab, part Izzah kurung diri dalam bilik mandi, part Hariz peluk Wafi yang sedang menangis (dalam novel Izzah nampak dulu, Mila berdiri kat Izzah) dan beberapa lagi part yg ada sama dengan novel. Yelah kan nama pun adaptasi takkan nak tiru bulat bulat pulak...Apa da!!!!Apa apa pun Ombak Rindu memang best!

3) Hantu Bonceng (RM 8.53 juta)


Filem komedi seram hasil sentuhan Ahmad Idham masih menjadi kegemaran penggemar filem. Filem yang mengisahkan seorang mat rempit yang sering dihantui oleh hantu wanita yang sama sama terlibat dalam kemalangan dengannya. 

Hantu bonceng nih memang best jugak la lawak dia. Tapi filem ini juga tak terlepas dari kontroversi gara gara salah faham mengenai salah satu dialog yang dilafazkan Zizan yang dianggap mempermainkan dan mempersendakan agama. 

Anyway, thumb up for Ahmad Idham kerana berjaya menghasilkan filem komedi seram yang best.

4) Kongsi (RM 8.09 juta)


Kongsi arahan Farid Kamil yang diterajui oleh Shaheizy Sam, Bintang Paling Popular. Filem nih bagi PU boleh la....PU bagi 3 1/2 bintang. Walaupun PU bagi 3 1/2 bintang tapi kutipannya mencecah lapan juta jugak kan....

Yang nih PU tak nak komen sangat sebab tengok filem nih pun PU main skip skip je....hehehe

5) Khurafat (RM 8.08 juta)


Sekali lagi filem arahan Syamsul Yusof mendapat perhatian. Sebelum ini beliau menghasilkan filem filem genre aksi...Kali nih beliau tampil kelainan dengan menghasilkan filem bercorak seram....

Menampilkan Syamsul sendiri sebagai teraju utama dan Liyana Jasmay, filem ini berjaya membuatkan jantung penonton gugur ke lantai...hehehe...Sebab PU pun macam tuh jugak. Actually PU nih memang takut nak tengok filem hantu sensorang, so masa tengok nih PU tengok ramai ramai dengan family, baru ada berani sikit. Tuh pun still lagi tutup mata dengan tangan tengok kat celah celah jari...

Serius filem Khurafat nih memang seram dan buat PU terkejut banyak kali. Mula mula PU pikir hantu tuh roh si Sabrina sekali bukan da...Sangkaan PU meleset. Pandai yer Syamsul bermain dengan teka teki nih buat penonton tertanya tanya.

6) Hikayat Merong Mahawangsa (RM 6.5 juta) - Yusry Abdul Halim
7) Nur Kasih The Movie (RM 4.93 juta) - Khabir Bhatia
8) Bini-Biniku Gangster (RM 4.71 juta) - Ismail Bob Hashim
9) Karak (RM 4.28 juta) - Yusry Abdul Halim
10) Alamak Toyol! (RM 3.74 juta) - Ismail Bob Hashim

Sumber : SINI

Jumaat, 6 Januari 2012

Izreen Azminda kini tunangan orang

1:04:00 PTG 1 Comments
Korang dah tengok muka tunang Izreen Azminda? Boleh tahan jugak la tunang si Izreen tuh....Walaupun si Johan tuh lagi hensem..hahaha...Meh baca sikit artikel pasal pertunangan dorang...



KUALA LUMPUR, 3 JAN 2012: Biarpun dilanda kontroversi sebelum bertunang, pelakon drama Tentang Dhia, Izreen Azminda Aznam, memilih jurukamera bebas, Muhd Riza Baharudin sebagai tunangannya.

Majlis pertunangan tersebut selamat diadakan semalam di Pusat Aktiviti, Pejabat Daerah Kota Setar, Kedah.

Meskipun dihujani pelbagai kisah kurang enak mengenai tunangannya itu, kata Izreen, kepercayaan adalah teras untuknya memilih lelaki tersebut.

"Saya tidak mahu mengambil kira segala kisah mengenai dia yang dikecohkan sebelum ini. Apa yang penting kepercayaan harus ada dalam setiap perhubungan.

"Saya harapkan hubungan ini akan berkekalan sehingga bila-bila dan enggan lagi diselubungi kontroversi. Saya mahu membuka buku baru untuk tahun baru ini," katanya mengulas mengenai pertunangannya itu.

Pada majlis tersebut pelakon berusia 27 tahun itu, mengayakan persalinan baju kurung moden berwarna merah jambu menerima sebentuk cincin emas putih bertatah berlian daripada tunangannya.

Pada majlis yang berlangsung penuh adat itu, pihak lelaki turut menyerahkan lima dulang hantaran iaitu sirih junjung, telekung, cincin, gula-gua dan kek dan pihak perempuan membalas tujuh dulang iaitu sirih junjung, sejadah, buku perkahwinan, coklat, bunga, buah dan kek.

Upacara menyarungkan cincin disempurnakan oleh ibu Muhd. Riza, Zainon Baba sambil disaksikan oleh ahli keluarga kedua-dua pihak.

Memilih wang hantaran RM 19,001 dan mas kahwin RM999, pasangan berkenaan memilih untuk disatukan selepas Hari Raya Aidilfitri kelak.


sumber : murai

Khamis, 5 Januari 2012

Nurul Syuhada Tembam Nampak APAM

3:01:00 PTG 1 Comments
Hahaha...Tergelak besar sambil berguling guling namplohlima kali atas lantai tengok keywords yang orang dok cari nih. Apa la kerja dorang nih...Takde benda lain nak cari "APAM" orang jugak korang nak google yer....Aisshhhh.....


Rabu, 4 Januari 2012

Menang SHARE gambar kat fb Happy Qlasik

4:31:00 PTG 3 Comments
Semalam tengah bosan bosan PU join ga kat fb nih. Just share pic yang penganjur suruh....PU pun buat la ikut syarat syarat yang ditetapkan....Pemenang akan diumumkan hari nih tapi PU terlupa sebab banyak sangat kerja kena settle kan. One of my officemate still in c0ti coti Malaysia so, kerja dia PU kena buat la kan. Hari nih memang online fb dan blog tapi tak berkesempatan langsung nak tengok latest news....

Lepas dah settle semua kerja, jam 4.30 petang baru berkesempatan nak update dan check fb & blog. Ngah sibuk sibuk FBW (facebook walking) PU terbaca status fb Happy Qlasik umumkan pemenang. Alhamdullillah PU terpilih sebagai salah seorang pemenang Happy Qlasik. PU pun tak pasti hadiah yang bakal PU terima nanti. Kira nih sebagai hadiah birthday PU...suke suke suke...


Kemenangan bulan Januari : 2
Kemenangan 2012 : 2

Selasa, 3 Januari 2012

Vote pic PU untuk Best Mum's Badge Dumex Mama Club | Shell Citibank Giveaway

11:59:00 PTG 12 Comments
Salam peeps!!!!

PU nih serba salah pulak....Sebelum nih PU ada beritahu tak nak buat GA sehingga bulan Januari 2012 kan???Nampaknya PU kena juga buat. Tapi nih mini GA bukan GA ke contest ke yang besar besar erk...Just simple jer mini GA nih....

Syarat-syaratnya:

1. Follow blog INI
3. Klik Gallery dan kemudian klik bagde On-the-GO mum
4. Cari Mimi Azirah dan vote...
5. Selesai

Tak perlu buat entry just tinggalkan inform id blog & id fb korang kat comment entry nih okeh!!!!
Korang nak vote guna fb lain pun boleh...Vote la sebanyak yang korang nak...

Hadiah hadiahnya :

Shawl Floral seperti gambar diatas x 3

Eau De Toilette Windscape x 1

Top Up RM 10 (Maxis, Celcom, Digi) x 2
Top Up RM 5 (Maxis, Celcom, Digi) x 6

Hadiah tambahan :
Buku 1 Hari 1 Resipi x 3

Semuanya ada 15 orang pemenang. Hadiah tambahan akan di update dari semasa ke semasa.....

Tarikh Tutup : 31 Disember 2011 03 Januari 2012

Nota kaki * 3 orang pemenang sebelum nih, hadiah korang dah ada &  hadiah korang PU akan pos selewat lewatnya 23/12/2011 okeh!!!(^_*)