Isnin, 24 Disember 2012

Cheezy 7 pops Chicken Chop

8:45:00 PTG 25 Comments

Tengahari tadi saya, officemate dan kawan dia keluar makan tengahari kat Senawang. Officemate saya belanja makan pizza….
Disebabkan dia suruh saya order, so order jelah apa yang saya belum try. Tapi saya mintak pendapat kawan officemate saya juga. Ekin namanya. Lepas tanya ekin, saya decided pilih Cheezy 7 Pops chicken Chop yang set untuk 4 orang makan.
TYak moh cakap banyak kawan kawan tengok ajelah gambar gambar kat bawah nih ye….

Air Mountain Dew....


Sup cendawan


Nih saya dah lupa apa nama benda lah nih...Isi dalam ayam dan cendawan cicah dengan mayonis...



Cheezy 7 Pops Chicken Chop..Nyum nyum...

:: 6 PESANAN BUAT ISTERI ::

8:30:00 PG 22 Comments

1. Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena
duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita
meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman
Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh
yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak
mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium
Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya
tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.
Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur,
makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari
syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air
masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan
kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah
di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk
solat dia sendiri.



Rabu, 12 Disember 2012

Barah Otak

5:00:00 PTG 10 Comments
Satu hari Pak Pandir mengalami sakit kepala yang amat sangat. Lalu dia pun pergi ke pekan untuk berjumpa dengan doktor.

Doktor: Serba salah saya hendak memberitahu Pak Pandir nie..tapi saya mesti beritahu Pak Pandir bahawa Pak Pandir telah menghidapi Barah Otak. 

Pak Pandir: Yaaaaaahoooooo!!! (melompat kegirangan)

Doktor: Pak Pandir fahamkan maksud saya? (kebingungan)

Pak Pandir: Tentu sekali saya faham, apa doktor fikir saya bodoh sangat ke?

Doktor: Habis tu..kenapa gembira sangat?

Pak Pandir: Sebelum ini isteri saya Mak Andir selalu marah saya dengan mengatakan saya "takde otak". Dengan berita baik ini ia telah membuktikan bahawa saya sebenarnya mempunyai otak.

Tutorial : Pop Up Window

1:37:00 PTG 15 Comments
Hari nih saya nak bagi tutorial untuk kawan kawan yang masih tak tahu kebaikan menggunakan pop window comment nih....

Sebelum saya bagi tutorial nih, saya tengok masih ada blogger yang guna kotak komen jenis embedded dan full page....Actually, saya lebih suka pop-up window sebab bagi saya pop-up window nih lebih mesra alam dan memudahkan orang lain untuk tinggalkan komen...Ada sesetengah blog bila nak komen kena tunggu page loading sekali lagi baru boleh komen....Kalau line tenet laju takpelah kan..Kalau lambat memang saya tak dapat nak tinggalkan komen...Terus aje saya keluar tapi kalau guna pop-up window nih mudah..tak payah tunggu blog loading lagi sekali kan....kalau nak bace entry yang lain pun senang aje....

Jom belajar cara nak buat kotak komen jadi pop-up window yang lebih mesra alam....

1. Kawan kawan pergi Dashboard
2. Pastu klik Settings
3. Klik Posts and comments. Nanti akan keluar macam gambar kat bawah nih..



4. Pastu kat Comment location tuh (anak panah), korang klik kat button bentuk segitiga tuh lepas tuh pilih pop-up window...
5. Save settings...Selesai

Nanti bila orang nak komen akan keluar pop-up window....Macam kawan kawan nak komen kat blog saya, akan keluar pop-up window kat sebelah kiri kan? (^_^)

Selamat mencuba ye kawan kawan :)

Nota kaki* Entry ke 4

Ahad, 9 Disember 2012

Sakit itu penghapus dosa kecil

2:30:00 PTG 19 Comments
Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya (Hadis riwayat Bukhari dan Musl
im)

Jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pula mudah berburuk sangka kepada Allah. Pandanglah kesakitan atau musibah itu sebagai nikmat dari Allah membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda... ♥






♥ Konsep 7P untuk Suami ♥

12:30:00 PTG 13 Comments

1. Perhatian : Beri Perhatian kepada Isteri dan Anak Sepenuhnya.
2. Puji: Beri Pujian sepatutnya kepada Isteri dan Anak
3. Peluk Selalu: Peluk Isteri dan Anak kalau tak tahu berkata.
4. Pujuk Sentiasa: Pujuk jangan suruh untuk dapatkan sesuatu.
5. Penghargaan: Memberikan Hadiah dan penghargaan jika perlu
6. Periksa: Sentiasa Periksa untuk Tahu apa sebabnya bukan main tu

duh ajer.
7. Perhiaskan Diri: Keluarga yg bahagia harus mempunyai kecantikan luar dan dalam yg akan membanggakan keluarga anda dan rumah anda. Wallahuallam, cuma harus tahu akan kenyataan yang berbunyi

"Sedangkan Lidah Selalu Tergigit , Inikan pula Suami Isteri".
Jadi ultimately setiap keluarga harus mempunyai toleransi dan sentiasa sudi maaf memaafkan antara satu dengan lain.

7 Tips Keluarga Bahagia - Ust.Siti Nor Bahyah

8:00:00 PG 4 Comments
1. PUJI – Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu
sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. PELUK – Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk
memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana
pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. PENGHARGAAN – Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. PERHATIAN – Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian
boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. PERSEFAHAMAN – Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan
memahami kerjaya masing-masing.

6. PERGAULAN – Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan
masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. PERCUTIAN – Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan
pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

Sabtu, 8 Disember 2012

Tips Imam Syafie 4 Perkara Untuk Sihat

10:00:00 PG 13 Comments
Empat perkara menguatkan badan..
1. makan daging.
2. memakai haruman.
3. kerap mandi.
4. berpakaian dari kapas.

Empat perkara melemahkan badan..
1. banyak berkelamin (bersetubuh).
2. selalu cemas.
3. banyak minum air ketika makan.
4. banyak makan bahan yang masam.

Empat perkara menajamkan mata.
1. duduk mengadap kiblat.
2. bercelak sebelum tidur.
3. memandang yang hijau.
4. berpakaian bersih.

Empat perkara merosakkan mata..
1. memandang najis.
2. melihat orang dibunuh.
3. melihat kemaluan,
4. membelakangi kiblat.

Empat perkara menajamkan fikiran..
1. tidak banyak berbual kosong.
2. rajin bersugi (gosok gigi).
3. bercakap dengan orang soleh.
4. bergaul dengan para ulama.

Khasiat Jambu Batu

8:30:00 PG 13 Comments
ENTRY AUTO PUBLISH

Assalamualaikum....

Saya nak share dengan kawan kawan khasiat buah jambu batu....Saya memang suka makan jambu. Makan cicah dengan asam..Perghhh terbaik....



Jambu batu adalah buah yang paling berkhasiat bagi membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh manusia.
Ia juga efektif menurunkan paras kolesterol dalam darah manusia dan amat bagus sekiranya dimakan setiap hari.Jambu batu tergolong dalam kumpulan makanan berfungsi yang banyak mendatangkan manfaat kepada kesihatan manusia.Bagaimanapun, pengambilan buah jambu batu perlu dibuat dalam jumlah yang mencukupi bagi memastikan khasiatnya berupaya memberi tindak balas kepada tubuh secara berkesan.Kita digalakkan supaya mengambil jambu batu sebanyak 400 gram sehari iaitu sebiji setengah selama empat minggu utk mendapat kesan yg baik.Ia perlu dimakan bersama kulit-kulitnya sekali kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi.Selain dimakan begitu sahaja buah jambu batu juga boleh dibuat jus tetapi cara penyediaannya perlu asli iaitu tidak ada gula di dalamnya.Jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan.Bagi mereka yang menghadapi masalah paras kolesterol tinggi dalam darah, jambu batu boleh mengurangkan kolesterol iaitu 18.8 peratus dalam masa seminggu tetapi pesakit mestilah mengambil buah jambu batu setiap hari bagi memastikan keberkesanannya.Jambu batu juga  boleh membantu memperbaiki tekstur kulit anda dan mengelakkan masalah kulit dan kesannya lebih baik dr krim-krim kecantikan boleh lakukan.

Jambu batu dipercayai mempuyai sumber vitamin C yang tinggi didalam bentuk asid askorbik.Secara perbandingan kandungan asid askorbiknya jauh lebih tinggi daripada buah-buahan yang lain. Ia mengandungi 3 hingga 6 kali lebih banyak vitamin C berbanding dengan buah oren, 10 - 30 kali lebih banyak berbanding dengan pisang, dan kira-kira 10 kali lebih banyak berbanding dengan buah betik. Suatu kultivar yang diperkenalkan dan ditanam di Malaysia iaitu Donrom tanpa biji, dilaporkan mempuyai kandungan vitamin C nya 100 - 300 I.U. bersamaan dengan jumlah kandungan dalam 27 biji epal. Julat nilai asid askorbik yang dilaporkan ialah 10-1160 mg per 100g buah. Kebanyakan asid askorbik tertumpu di dalam kulit dan mesokarpa luar, mencapai nilai maksimum didalam buah hijau yang matang sepenuhnya dan merosot apabila buah ranum. Kultivar isi merah jambu dilaporkan mengandungi jumlah asid askorbik yang lebih tinggi berbanding isi bewarna putih. Walau bagaimanapun, sesetengah saintis mendapati jumlahnya berbeza mengikut varieti dan kawasan. Selain daripada kandungan vitamin C yang tinggi, jambu batu juga didapati mengandungi kandungan vitamin A yang agak banyak. Kultivar isi merah jambu dilaporkan mempuyai paras kandungan yang lebih tinggi (3.1 mg/100 g) berbanding kultivar isi putih. Jambu batu juga mempuyai sedikit vitamin B-tiamina (B1), riboflavin (B2), asid nikotinik dan asid pantotenik. Contohnya ialah kultivar isi merah mempuyai 0.17 mg/100g asid pantotenik dan 0.05 mg/100 g amina.
Jambu batu juga didapati mengandungi jumlah fosforus dan Kalsium yang sederhana dan juga sedikit besi, kalium dan natrium.

Buah jambu batu mengandungi 74-87% kelembapan, 13-26% bahan kering, 0.5-1% abu, 0.4-0.7% lemak mentah dan 0.8-1.5% protein mentah. Keasidan dan pH mesokarpa yang telah dilaporkan berbeza, masing-masing dari 0.33 hingga 0.99% sama ada kultivar isi merah atau isi putih. Berdasarkan kepada komposisi biokimia yang terdapat pada jambu batu ini, ia merupakan salah satu buah yang begitu berkhasiat kepada semua lapisan masyarakat. Kandungan vitamin C nya yang tinggi sesuai dimakan oleh semua golongan kerana pengambilan jambu batu secara harian mampu mengekalkan vitamin C di dalam badan manusia. Zat besi dan Kalsium yang sederhana juga sesuai di ambil khususnya golongan tua dan kanak-kanak untuk tujuan tumbesaran tulang yang baik dan proses memperbaiki sel-sel tulang yang rosak atau rapuh. Jambu batu adalah salah satu buah tempatan yang begitu berkhasiat berbanding dengan buah-buahan yang lain.

Jumaat, 7 Disember 2012

Kelebihan Berselawat ke atas Nabi pada Hari Jumaat

1:30:00 PTG 15 Comments
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Sesungguhnya hari yang paling afdhal bagi kamu adalah hari Jumaat. Pada hari tersebut Adam diciptakan dan dimatikan, pada hari tersebut

 juga sangkakala ditiup, dan pada hari itu juga terjadi kematian (seluruh manusia). Dengan sebab itu, banyakkanlah berselawat ke atasku pada hari tersebut (Jumaat) kerana selawat kamu ke atasku diperlihatkan kepadaku.”

Kemudian seorang sahabat bertanya:

“Wahai Rasulullah, bagaimana mungkin selawat kami diperlihatkan kepadamu, sedangkan engkau telah menjadi tulang-belulang?”

Maka Rasulullah bersabda:

“Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla benar-benar telah mengharamkan kepada bumi memakan jasad para Nabi.” (Hadis Riwayat Ahmad, 26/84, no. 16162. Dinilai sahih oleh al-Albani dan Syu'aib al-Arnauth)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Banyakkanlah berselawat ke atasku di setiap hari Jumaat kerana selawat umatku diperlihatkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Maka sesiapa yang paling banyak selawatnya ke atasku, dialah yang paling dekat kedudukannya denganku.” (Hadis Riwayat al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, 3/249, no. 5791. Syu’abul Iman, 3/110, no. 3032. Dinilai hasan lighairihi oleh al-Albani)

Sabtu, 1 Disember 2012

Hukum 'upload' gambar kahwin secara umum

12:00:00 PTG 13 Comments

Bagi mereka yang mahukan penjelasan yang jelas tentang isu muat turut gambar di laman sosial di bawah ini pencerahannya :
Menurut hukum Islam, perkahwinan sememangnya wajar dihebohkan dan digalakkan untuk menganjurkan majlis kenduri kendara. Selain menyambut hari bahagia, ia juga sebagai iklan kepada masayarakat berkenaan perkahwinan yang dibuat bagi mengelak salah tanggapan terhadap pasangan di kemudian hari. Hukum kenduri kahwin dan menghebahkannya ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda:
أولم ولو بشاة
“Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing.”
Pun begitu, diakui bahawa hari ini susah semakin merebak trend menggunakan khidmat jurugambar professional atau separa professional untuk aktiviti bergambar sebagai kenangan perlu diteliti hukumnya.
Ringkasnya begini:-
1. Hukum bergambar secara umum : ia adalah harus dan tertakluk kepada jenis gamabr yang diambil. Demikian fatwa majoriti ulama kontemporari termasuk Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi.
2. Bergambar selepas bernikah
Ia bergantung kepada beberapa keadaan seperti berikut :-
a-  Pakaian yang dipakai oleh pihak pengantin : Sekiranya pakaiannya mendedahkan aurat secara jelas atau sipi-sipi terdedah. Penggambaran itu adalah DIHARAMKAN jika diambil oleh jurugambar bukan mahram kedua-dua pengantin. Jika diambil oleh mahram kedua-duanya, maka tidaklah mengapa dengan syarat gambar yang dipetik tidak disiarkan kepada awam sama ada di flicker, facebook, youtube, blog atau lainnya. Ia hanya untuk kenangan peribadi sahaja.
Berhias (tabarruj) dengan menampakkan aurat dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah
وَلا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الأُولَى
Bermaksud: Dan janganlah kamu bersolek(berhias) seperti mana wanita jahiliyah berhias.”Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu.” (Al-Ahzab: 33)
b-  Pakaian menutup aurat namun dengan aksi peluk memeluk, cium mencium dan lain-lain aksi yang agak boleh mengghairahkan: Ia juga haram sekiranya jurugambar bukan mahram khususnya bagi pengantin wanita.
c- Pakaian menutup aurat dengan sempurna cuma bersolek dan berhias menarik dengan jurugambar asing atau bukan mahram. Dalam konteks ini, saya berpandangan, hukumnya adalah DIBENARKAN dengan syarat tiada aksi intim ditayangkan di hadapan jurugambar. Gambar juga DIBENARKAN untuk disebarkan kepada rakan taulan secara berpatutan  sekadar member maklum perkahwinan telah dilangsungkan.
Adapun, jika timbul perasaan riya’, berbangga dengan pakaian yang dipakai dan majlis yang dianjurkan, itu merupakan dosa berasingan yang dilakukan oleh pasangan. Itu tidaklah menjadikan seluruh majlis dan aktiviti bergambar itu sebagai haram. Ia dianggap sebagai haram lighairihi jika berlaku.
Justeru, jika ada pasangan yang merasakan persiapan dan pakaian mereka terlalu mahal dan secara logiknya akan mengundang perasaan cemburu berlebihan di kalangan awam yang melihat, sebaiknya gambar yang terpapar diminimakan dari sebarang hebahan awam bagi menjaga hati sendiri dan orang lain yang akan melihat.
1. Bergambar sebelum bernikah (pre-wedding)
Ia juga bergantung kepada keadaan seperti berikut :-
a. Pakaian menutup aurat dengan sempurna dan pasangan diambil gambar mereka TANPA bersentuh atau TANPA lain-lain aksi yang boleh mengghairahkan seperti berbaring, berpelukan, berpegangan tangan atau lain-lain aksi yang khas untuk suami isteri yang sah sahaja. Dalam keadaan sebegini hukumnya di antara MAKRUH dan HARAM kerana dibimbangi nafsu masing-masing sukar dikawal apabila berada secara berdekatan, lalu ia boleh sahaja termasuk di dalam kategori “mendekati zina”. Justeru, ia sangat elok untuk dijauhi kerana keperluannya amat kurang dan hampir tidak diperlukan malah boleh jatuh di dalam kes pembaziran. Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau”.(Surah al-Isra’ 26)
Imam al-Jurjani mengatakan bahawa al-Israf ialah mengeluarkan harta lebih daripada perkara yang diperlukan.Manakala al-Tabzir pula ialah mengeluarkan harta bukan kepada perkara yang diperlukan (perkara maksiat).
b. Pakaian tidak menutup aurat atau dengan aksi bak suami isteri : Ia adalah HARAM tanpa sebarang keraguan lagi. Ini juga fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia yang mana petikan beritanya berbunyi :
Foto pra-perkahwinan pasangan pengantin baru Islam yang merakamkan aksi intim sebelum majlis akad nikah, dikategorikan sebagai budaya haram di sisi Islam.
Kelaziman bakal pengantin beragama Islam merakamkan foto secara intim termasuk berpelukan dan berbaring di atas katil sebelum sah bergelar suami isteri daripada segi hukum adalah bertentangan dengan ajaran Islam.
Sehubungan itu, Institut Kebudayaan Melayu Jambi mengeluarkan kenyataan bahawa budaya berkenaan harus dicegah seiring dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) berhubung isu yang sama.
Menurut pengerusi bahagian kajian dan pembangunan institut berkenaan, Djunaidi T. Noer, amalan merakamkan foto pra-perkahwinan bukanlah budaya masyarakat Jambi dan tersasar daripada hukum Syariah.
“Kami menyeru agar semua pasangan yang bertunang dan pengantin beragama Islam supaya tidak merakamkan foto pra-perkahwinan seperti berpeluk, berbaring antara satu sama lain di katil dan sebagainya. Ia merupakan haram,” tegas Djunaidi seperti dilaporkan akhbar The Jakarta Post, hari ini.
UPAH JURUGAMBAR
Mankala upah jurugambar semuanya tertakluk kepada hukum yang disebut di atas tadi, Jelasnya ia menjadi HARAM jika gambar intim lagi mesra pasangan dalam keadaan pre-wedding.
Boleh pula menjadi halal lagi DIBENARKAN jika jurugambar adalah mahram pengantin perempuan khususnya.
Juga upahnya menjadi HARAM jika pengantin tidak menutup aurat, dan dibantu untuk memetik gambar mereka dan dihias menggunakan teknik fotografi yang canggih bagi mencantikan hasilan foto. Semua itu dikira bersubahat dalam perkara dosa dan maksiat yang ditegah oleh Allah SWT. Pendapatan sedemikian adalah TIDAK BERSIH lagi haram.
Boleh menjadi HARUS walau jurugambar bukan mahram tapi gambar diambil selepas pernikahan dan menutup aurat dengan sempurna serta tiada aksi yang boleh kebiasaan boleh merangsang nafsu biasa lelaki.
Sekian
Dr Zaharuddin Abd Rahman

Sumber : www.zaharuddin.net

Jumaat, 30 November 2012

Berjimba jimba @ Putrajaya di waktu malam

1:36:00 PTG 21 Comments
Lepas makan makan dekat Restoran Half Moon, kitorang jenjalan kejap kat Putrajaya....Macam orang jakun lagak saya nih..Macam tak pernah pergi Putrajaya kan....Sempat jugaklah snap bebarapa gambar kat Putrajaya time malam.....














Kagum sangat tengok binaan yang dihiasi dengan lampu lampu yang awesome...Saya paling kagum bila tengok masjid2 dan jmabtan berwarna warni.....Teringin nak bawak Aina dan Auni datang sini tapi tak tahulah bila....Incik hubby memanjang sibuk...Tapi takpelah, saya dah mula mencongak congak masa sesuai nak bawak anak anak berjalan.....InsyaALLAH satu hari nanti diorang akan sampai kat sini jugak...

Makan makan @ Restoran Half Moon

11:54:00 PG 29 Comments
Assalamualaikum....

Alhamdulillah dah settle kursus. Hari nih buat kerja sambil melawat rumah kawan kawan sampai lebam...huhuhu....

Oklah nak cerita pasal makan makan pagi Jummat nih....Malam Rabu lepas, officemate saya yang sama sama kursus dengan saya ajak keluar mkan Nasi Arab. Kitorang pergi berenam, 3 lelaki 3 perempuan....Kawan saya nih dah biasa makan dekat restoran nasi arab nih, dia memang syorkan kalau nak makan nasi arab, datang kat restoran nih memang terbaik....Restoran tuh namanya Restoran Half Moon yang terletak kat Serdang...




Antara menu yang disediakan kat restoran Half Moon nih....


Muka tuan tanah kedaung kena ada jugak walaupun muka tak semenggah...hahaha...Keluar dengan orang muka sememeh takpe, keluar dengan suami takpe cantik cantik...


Makanan yang saya order..Kawan kawan yang lain pun sama order yang nih...Yang nih Royal Chicken harga RM12.00...Memang sedap....


Kasi zoom dekat sikit....Yogurt masam yang atas dia ada minyak zaitun nih tak kena dengan tekak saya. So, saya bagi officemate saya habiskan yogurt nih...Nasi pun banyak, jenuh nak habiskan sampai mengah saya dibuatnya.


Mango Milk ????? Saya terlupa pulak nama air nih yang akhir tuh..Adoilah nampak benar dah tua...hahaha...Air nih sedap tau kawan kawan...Terbaik...


Yang nih kawan saya punya....Bread + Deep Fried Meat kot namanya...Pun tak sure...Harga roti RM2 dan harga daging nih saya terlupa sudah..huhuhu...

Roti nih seelok eloknya makan time panas panas. Kalau makan time sejuk dah tak sedap sebab dah keras...


Yang nih pulak Chicken Kebab...Officemate a.k.a tukang belanja punya order...Sedap tau..Yang kuning tuh isi ayam yang diperap dengan kunyit dan bahan bahan yang sewaktu dengannya...


Yang nih pulak air Mint Tea. Seelok eloknya minum sebelum kita makan tapi disebabkan saya nih dah lapar saya bedal dulu. Perut dah penuh baru minum air teh nih. Lepas minum perut yang tegang rasa lega sikit...Air teh nih kena minum panas panas sebelum makan sebab untuk bagi perut kita kembang. So, lepas tuh baru boleh makan banyak banyak.

Secara keseluruhannya, puas hatilah makan kat sini. Rasanya lain daripada yang lain. Memang terbaik...Thanks to officemate sebab sudi belanja makan malam tuh...Syukur syukur rezeki....

Khamis, 29 November 2012

8 Tanggungjawab Suami kepada Isteri

1:00:00 PTG 20 Comments
8 Tanggungjawab suami kepada isteri adalah: 


1. Mengadakan walimah

Walimah atau kenduri kahwin adalah untuk menghebahkan perkahwinan kepada umum, agar tak timbul fitnah. Rasulullah memerintahkan agar dibuat kenduri perkahwinan walaupun hanya dengan seekor kambing.

2. Berakhlak baik dengan isteri

Walaupun isteri wajib dengar cakap suami tetapi bukan bermakna suami boleh memberi perintah secara sesuka hati. Rasulullah memerintahkan agar isteri digauli dengan lemah lembut, dan suami hendaklah hormat isterinya. Jika berlaku sebarang kesalahan, tegur dengan lembut, bincang sama-sama. Jangan aibkan isteri atau memarahi secara membuta tuli.

3. Meraikan isteri

Suami tunjukkan rasa gembira bila bersama isterinya. Layan isteri baik-baik. Tidak perlu bagi kemewahan, cukuplah dengan kata-kata yang baik, perbuatan yang baik.

4. Cemburu, tetapi jangan cemburu buta

Cemburu adalah sifat yang dikehendaki dalam perhubungan, dan salah satu ciri-ciri pasangan yang baik adalah berperasaan cemburu. Tetapi cemburu biarlah bertempat. Jangan sampai terlalu cemburu hingga menimbulkan prasangka.
Sifat cemburu seorang suami hendaklah ditunjukkan dengan menjaga dan melindungi isterinya, memerintahkan isterinya berpakaian elok-elok dan menutup aurat, serta melarang isteri ke tempat-tempat maksiat.

5. Sederhana dalam memberi nafkah

Maksudnya tidak terlalu kedekut dan tidak terlalu boros. Berpada-padalah. Tidak salah belikan pakaian cantik bila isteri minta, tetapi biarlah mengikut lunas-lunas syarak dan janganlah membazir kerana membazir itu amalan syaitan.

6. Menggauli isteri dengan sebaik-baik adab

Menggauli di sini maksudnya hubungan suami isteri mestilah mengikut adab. Kekerapan hubungan seks juga harus dijaga, sebagaimana saranan Rasulullah, selang 4 hari sekali adalah yang paling sederhana.

7. Tidak membuka rahsia suami-isteri

Rasulullah bersabda bahawa satu perbuatan yang sangat tercela ialah lelaki yang menyebarkan rahsia hubungan bersama isterinya kepada orang lain. Hubungan suami-isteri adalah rahsia peribadi kehidupan rumahtangga yang perlu dipelihara dan juga melibatkan soal maruah. Rahsia dan keaiban isteri adalah tanggungjawab suami untuk menjaganya.

8. Setia

Semua pasangan perlukan kesetiaan. Ini amat penting untuk menjaga keharmonian rumahtangga sehingga ke akhir hayat. Hubungan yang jujur dan ikhlas amat disukai oleh Allah.

[ Tentang saya ] Fakta 6 - Hantu telur!

8:00:00 PG 19 Comments
ENTRY AUTO PUBLISH

Assalamualaikum....

Cerita tentang saya lagi.....Disebabkan entry nih auto publish dan idea nak buat entry tuh kureng, so, saya buat entry tentang diri saya.

Untuk pengetahuan kawan kawan, mama dan mak a.k.a nenek saya gelar saya hantu telur. Sebabnya saya nih memang suka sangat makan telur. Hari hari masak lauk telur pun takpe. Saya suka, saya suka....Cuma saya tak suka kalau telur tuh diubah suai sampai rasanya hilangnya...Ala saya bagi contoh senang lah...Telur tuh dibuat telur pindang...Saya memang tak boleh makan telur macam nih. Masaklah apa jenis lauk yang bertemakan telur memang saya akan makan tapi bukan telur pindang....


Macam macam kan kita boleh masak dengan telur nih....Masak sambal, kicap, lemak cili api, telur bungkus dan macam macam lagi....Telur asin pun saya jugak....

Tak tahulah kenapa saya suka makan telur memang sejak dulu lagi...Dekat rumah WAJIB ada telur kalau takde tak sah...Tapi saya cuba belajar kurangkan makan telur nih sebab kalau hari hari makan telur pun tak elok sangat kan kolesterol tinggi....Tapi apa apa pun saya tak kisah lah orang gelar saya hantu telur ke, petelur tegar ke apa ke janji ada saya kisah...Sungguh kurang asam kan...

Rabu, 28 November 2012

[ Tentang saya ] Fakta 5 - Saya pernah dipukau....

8:00:00 PG 17 Comments
ENTRY AUTO PUBLISH

Assalamualaikum....

Tentang saya lagi...huhu..Mesti bosan kan...Ahhhh saya tak kira saya nak cerita jugak....

Mengimbau zaman saya jadi budak U dulu. Kejadian berlaku masa saya dan bestfriend cuti semester. Tak silap saya masa nih kitorang berumur 19 tahun....Kitorang jenjalan kat Seremban Parade. Masa tengah window shopping, datanglah seorang mamat asbestos nih. Pakaian memang dah kemas gila. Dia tegur kitorang time tuh. Dia tanya adik nih student ke? Kitorang pun ya kan ajelah kan. 

Lepas tuh mamat asbestos nih bagitahulah yang syarikat dia kerja tuh tengah cari partimer student untuk siapkan kertas kerja akaun. So, kiranya hasil kerja tuh berbayar. Mamat asbestos nih nak offer dekat kitorang kerja tuh. Kitorang nih masa tuh tak fikir panjang dan time tuh fikir memang nak cari duit lebih kan. so,kitorang pun setuju nak dengar pejelasan daripada mamat asbestos nih.

Mamat asbestos nih ajak discuss dekat McD. Kitorang pilih meja yang agak tersorok sikit. Mula mula mamat asbestos nih tanya macam macam lah...Belajar kat mana? Ambik course apa? Dah sem berapa? Lepas tuh bincang pasal kertas kerja akaun yang kitorang kena buatlah kononnya lah kan...Lepas tuh, dia mintak handphone saya. Time tuh saya guna Nokia 3315 aje pun. Baru aje sebulan beli. Time tuh kan Nokia 3310 dan 3315 nih popular. Kira handphone bernilai lah time tuh kan. Mamat tadi nak pinjam call bos dia kononnya. Tapi dia mintak saya keluarkan sim kad saya dan guna sim kad dia aje. Saya tanya handphone mana? Dia jawab handphone dia rosak, masuk air masa dia nak ambik air sembahyang. Saya tak fikir panjang bukak sim kad dan tengok aje dia masuk sim kad dalam handphone saya. Dia dail nombor dan dengarlah dia cakap dengan bos dia. Masa tuh, kitorang tak rasa dia tipu sebab memang dia bincang pasal kertas kerja tuh depan kitorang. Tapi, saya tetap perhatikan handphone saya yang kat dia.....Sayang tuh baru sebulan beli...

Nak dijadikan cerita, dia cakap nak belanja kitorang makan. Dia bagi saya RM50.00 dan dia suruh order apa yang saya dan bestfriend nak makan. Bila dapat duit tuh, terus kitorang tak ingat apa ikut aje arahan dia suruh order makanan. Masa tuh langsung saya tak fikir handphone saya kat dia tuh dah. Duk fikir nak order apa kan...Masa tengah beratur kira kira lima minit lah sebab orang ramai. Saya macam tersedar. Saya terus tanya bestfriend saya, "Eh, yang handphone aku mana?" Time tuh, terus kitorang teringat mamat asbestos tuh. Sekali tengok dekat meja kitorang duduk tadi mamat tuh takde....

Hah, apa lagi. Time tuh dah tak fikir nak order McD bagai. Menggagau kitorang cari mamat asbestos tuh. Kitorang tanya kat sorang minah yang jaga kaunter pertanyaan kat Seremban Parade tuh ada tak perasan mamat asbestos tuh lalu kat situ. Kitorang siap bagi details rupa bentuk mamat asbestos + penyangak tuh. Dia cakap memang tak nampak. Dia tanya apa yang dah jadi? Saya cerita dari A-Z...Dia pun inform kawan kawan dia tapi jawapan diorang menghampakan saya. Diorang cakap lepas nih kena berhati hati sebab sebelum nih memang berlaku kes yang sama kat situ. Orang kena pukau tak sedar apa berlaku....


Sungguh saya rindu sangat sangat kat handphone saya nih. Handphone pertama yang saya beli....First time saya kena pukau. Sebelum nih, saya susah nak percaya dengan orang luar yang tak dikenali.

Sejak kejadian tuh, saya memang lebih berhati hati lah. Saya anggap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Mungkin rezeki saya nak merasa guna handphone setakat tuh aje....

Selasa, 27 November 2012

[ Tentang saya ] Fakta 4 - Drive kereta laju laju

8:00:00 PG 18 Comments
ENTRY AUTO PUBLISH

Assalamualaikum.....

Hari nih sambung fakta tentang saya siri keempat pulak..Huhuhu...Macam drama berepisod pulak kan.....Fakta 4 tentang saya yang kawan kawan perlu tahu........

Dulu kan masa baru baru belajar drive kereta, saya takut takut lagi nak drive. Kalau drive menggigil lah kepala lutut nih nak tekan klac dan brek.....Itu dulu....

Tapi sekarang nih, sejak dah terror drive bukan main lagi saya nih. Dah macam drifter aje, drive kereta tak hengat dunia. Terus teranglah saya cakap ye, saya akan drive kereta laju laju bila lambat nak ke sesuatu tempat. Contohnya kalau lambat nak pergi kerja. Confirm drive laju gila. Paling laju saya drive 180km/j...See...Gila tak gila saya nih...

Kalau ada saudara mara yang ternampak saya kat highway drive kereta laju, memang jadi buah mulut lah...Bila sampai ke pengetahuan family saya, yang panggil kuat membebel nenek a.k.a mak lah....Saya just tersengih sambil jawab " Suami borek, isteri rintik "..hahaha..

Saya nih memang suka drive laju laju. Tapi atas highway la, kalau jalan biasa tuh taklah laju, 80km/j je..Paling perlahan saya drive 20km/j tuh pun time hujan...

Sekarang saya tak drive laju laju lagi sejak berlaku beberapa kejadian di muka akhbar. Timbul keinsafan kat dalam diri. Bila saya rasa laju, saya akan lepaskan pedal minyak....Back to normal. Satu lagi yang menyedarkan saya supaya drive perlahan nih bila saya terfikirkan anak anak. Apa akan jadi kat diorang kalau berlaku sesuatu kepada saya....

So, kesimpulannya saya memang suka drive laju laju tapi dulu. Sekarang saya drive biasa biasa aje...

Jumaat, 23 November 2012

Tutorial : Tempek gambar kat entry ( Print Screen)

12:04:00 PTG 15 Comments
Assalamualaikum...

Semalam ada request daripada salah seorang blogger intanfirdaus247 tanya saya macam mana tempek gambar dalam entry tutorial saya semalam. Untuk pengetahuan intanfirdaus247, gambar dalam entry tuh akak guna kaedah print screen dan tempek dalam entry. Akak ajar awak step by step ye....Sebagai contoh akak ajar cara nak ambik header dekat blog akak.


Nih blog akak yang bahagian atas. Let say lah, intanfirdaus247 nak amik header akak saja. Yang lain tak mau.

1. Mula mula intan cari simbol 'fn' dekat keyboard dan 'insert prt sc'. Pastu tekan kedua dua nya secara serentak.
2. Lepas tuh, klik 'Start' (anak panah pink)  dan akan keluar kotak di sebelah kiri. Klik  'Paint' macam gambar kat bawah nih. (yang akak highlightkan dgn kotak pink)


3.  Lepas tuh, klik Paste kat bahagian atas sebelah kiri macam dalam gambar.


4. Bila dah klik Paste, akan keluar blog yang di print screen tadi.


5. Lepas tuh, cara nak amik header tuh, klik Crop. Dah klik Crop, cari satu kotak kecik tepi gambar tadi lepas tuh adjust ikut size yang kita nak. Lepas tuh, leh juga klik Rotate untuk adjust gambar tuh.

6. Bila dah selesai adjust, klik simbol Disket atau Save gambar yang di crop tadi.


Nih lah hasil gambar yang di crop tadi. Just tinggal header aje kan. So, kalau nak tempek dalam entry blog buat macam biasa. Klik kat simbol insert image lepas tuh klik pilih fail/choose file. Nanti intan carilah pic yang di crop tadi dalam fail yang intan save. So, dah siap. Gambar yang di print screen ada dalam entry.

Khamis, 22 November 2012

Tutorial : Top Commenters

2:49:00 PTG 28 Comments
Disebabkan saya berjaya buat scroll box untuk top commenters, ada kawan kawan yang request buat tutor tuh. So share kat sini lah ye....

1. Mula mula korang klik SINI
2. Lepas tuh akan korang akan nampak page macam form kat bawah nih

3. Pastu korang ikut step by step...Macam gambar kat bawah nih..Saya dah siap bubuh anak panah dan nombor sekali..Buat ikut turutan...


a) Mula mula sekali kalau korang nak tukar Widget title tuh tukarlah..Kalau tak pun boleh...
b) Masukkan link blog korang ye kat Enter your blog's URL
c) Isikan tempoh masa yang korang nak...Setahun ke sebulan ke....
d) Masukkan jumlah commenters yang korang nak..Saya bubuh 10...
e) Tick kedua dua kotak yang saya tunjukkan dengan anak panah nombor 5 tuh dimana author blog dan pengomen Anon tidak termasuk sekali.
f) Kalau korang ada lagi blog yang korang tak nak masuk dalam list top commenter nih just klik Add Commenter Name..Kalau takde proceed step seterusnya...
g) Dah settle semua klik Add this widget to your blog.
h) Lepas tuh akan keluar Add Page Element. Dekat bahagian nih korang klik saja Add widget.

DAH SIAP.....SELAMAT MENCUBA!!

Rabu, 14 November 2012

Makan makan @ Pizza Hut Seremban Parade

10:00:00 PG 16 Comments
ENTRY AUTO PUBLISH

Cerita hari Jumaat lepas....Time nih saya sakit perut lagi tapi kurang sikitlah...Bila sakit perut dan perut kosong tuh tekak pun mula lah jadi jahat kan. Macam macam saya demand nak makan tau. Siap kirim kat oofficemates belikan Zinger Double Down yang set tuh. Sekali saya kecewa tak dapat makan sebab kepci takde air...aptb...

Disebabkan hari Jumaat waktu rehat panjang, officemate saya ajak pergi makan Pizza. Saya on ajelah kan....Lagipun dah lama tak makan Pizza...Sakitlah nak menyungkal kepci je kan.....Tukar selera pulak...


Same drink wif my officemate ~ Milo Ice


First time try makan nih...Seafood Lasagna...Masa makan nih melepur mulut saya tau..Ingatkan dah suam suam kuku sekali makan hamek ngko!!!Panas gila...bayangkanlah bila makanan panas dalam mulut lepas tuh mulut dah melepur takkan korang nak keluarkan balik depan orang kan? SO annoying kan? Tapi seafood lasagna nih memang superb!!


Cheesy Pizza yang kitorang pilih..Regular size....Memang sedap...

Walaupun hajat hati nak makan Zinger Double Down tapi makan pizza pun okey jugaklah kan....Nak tunaikan permintaan officemate yang terhengen nak makan....

Nota kaki* Walaupun hari nih hari bekerja, saya tetap cuti. Hari Jumaat baru start kerja balik....Mood cuti cuti Malaysia...