Tentang Dhia & Ombak Rindu

Semalam sehari suntuk PU tengok drama dan filem air mata....Drama Tentang Dhia dan filem Ombak Rindu...Macam biasa la kan, penonton tak sabar nak tengok ending drama nih. Kat wall FB penuh pasal tentang Dhia. Macam macam status yang ada.


So far, PU bagi 4 1/2 bintang untuk drama nih. Sebab apa nak tahu sebab jalan cerita yang menarik dan pelakon pelakon yang hebat belaka. nak nak PU memang admire giler dengan Adi Putera tuh. So macho okeh!!!

Nape PU tak bagi 5 bintang jer kan senang. Sebab rasanya ramai yang tak puas hati part mak si Zikir tuh. Main bomoh bagai tapi tak dapat apa apa balasan pun. Memang geram sangat sangat. Kalau mak Zikir dapat balasan kompom PU bagi full star tau. Anyway, PU puas hati sebab Rose tak dapat Zikir sepenuhnya. Walaupun dia berjaya nikah dengan Zikir tapi dia tak berjaya jadi milik Zikir. Dhia juga dalam hati Zikir kan...Buktinya dorang meninggal sama sama. Cinta sehidup semati...


Cerita pasal Ombak Rindu pulak....ermmm PU bagi 4 1/2 bintang jugak. Sebab apa??

Actually PU ada novel Ombak Rindu nih since PU study kat UiTM lagi. Kira PU simpan dengan rapi novel tuh hampir 9 tahun lamanya. Novel nih memang PU baca banyak kali la. Tak jemu dan memang best. dan jalan cerita Ombak Rindu nih memang dah ada dalam kepala otak PU. Dari awal sampai habis cerita kat novel.

So, bila tengok filem nih PU harap jalan ceritanya sama la kan but ada diubah certain certain part. Feel sedih tuh tetap ada but rasanya novel punya jalan cerita lagi terbaik. Anyway, tabik spring kat pelakon pelakon Ombak Rindu. Memang lakonan dorang mantap la.

Nota kaki * Minggu depan nak tunggu drama Gemersik Kalbu dengan Bicara Hati kat Astro...kompom gempak!!!

3 comments:

  1. betul2 tu PU geram kat part mak mertua Dhia tu xkena apa2 pun....

    ending diluar jangkaan

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.