Khamis, 1 Disember 2011

Nak beri teguran kat orang, tegur dengan berhemah!!!



Mesti korang tertanya tanyakan kenapa tajuk entry PU macam tuh. Nih PU cakap secara umum la yer, tak nak dituju kepada sesiapa yang berkenaan. Takut terasa hati sentap limeploh jam, mati haku nak pujuk.

Let say la ada somebody yang buat salah. Bila dah buat salah opkos la kita nak tegur kan. So, macam mana cara kita nak tegur??? Takkan orang nak sembur terus macam tuh tanpa memikirkan perasaan orang yang korang nak sound tuh. Perlu ke mengeluarkan ayat ayat yang tajam lagi menyakitkan hati? Cuba korang bayangkan kalau korang kena sound dengan kata kata yang amat tajam dan sinis, Sakitkan hati korang...

Serius PU cakap, dulu masa PU masih muda remaja PU akui kalau PU nak sound orang memang PU takkan pikir perasaan orang tuh. Kalau PU dah sound, memang ayat berbisa la keluar dari mulut PU nih. Tapi, bila umur PU makin meningkat PU berubah ke arah yang lebih baik. Tak mahu dah sound orang tanpa menggunakan akal. PU tahu memamng hati sakit sangat sangat bila kita kena sound dengan kata kata yang kasar. Memang makan dalam menusuk ke hempedu....

Alhamdullillah, sekarang kalau ada yang tak puas hati PU akan cakap selembut yang mungkin agar orang yang kita nak tegur tuh tak sakit hati, marah dan menangis. PU bukan apa la kan, PU bukak topik nih sebab PU ada rasa terkilan dengan sikap "somebody" yang tegur orang lain main hentam kromo jer. Langsung tak fikir tentang perasaan orang yang nak ditegur tuh. Kalau "budak" baru belajar kena la tegur secara berhemah, secara lembut. Betul tak??? Perlu ke keluarkan kata kata yang agak kasar something like "Bodoh, Sombong" atau "......................macam budak darjah 6" Orang yang ditegur tuh pulak pelajar diploma dan sedang buat praktikal. So, tak perlu la tegur menggunakan bahasa ataupun ayat yang kasar. Sebagai orang yang lebih "tua" dan berpengalaman, kena la bersikap tolenrasi dan berhemah bila nak menegur orang. Betul tak kawan kawan?

Sebagai staf yang bekerja kat SINI, PU dah masak sangat dengan sikap sikap ketua yang agak "melampau" nih. PU hanya mampu melihat kesedihan orang yang kena tegur tuh. PU faham apa yang dia rasa.

1 ulasan:

Terima kasih sudi tinggalkan komen.