Lembu punya pasal......

Pagi nih macam biasa la bangun pagi siap siapkan barang anak anak apa yang patut sebelum hantar diorang kat rumah makngah PU....

Alhamdullillah jalan raya tak banyak kereta,so, drive pun seronoknya. Sampai jer simpang rumah makngah PU tuh, PU belok masuk simpang tuh. Masa PU drive, PU tak pakai spec sebab malas. Makanya masa masuk simpang tuh, PU tak nampak sekumpulan lembu kat depan. Dah la simpang ke rumah makngah PU tuh berbukit tinggi. Memang kaum perempuan tak berani nak drive masuk simpang nih. Dah la tinggi, sempit pulak tuh. Muat muat sebiji kereta je.Pastu kiri kanan jalan tuh ada longkang. Kebetulan masa PU kat tengah tengah jalan yang sempit tuh ada motor pun kebetulan dah turun. Jalan tuh betul betul lembu halang sebab haiwan haiwan besar sibuk makan rumput kat area situ...Memang payah nak gerak...PU takut nak redah lembu lembu tuh sebab confirm kena langgar punya. Dah jadi satu kerja nak menjawab dengan tuan punya lembu tuh.

PU dengan baik hati undur kereta ke belakang bagi laluan kat motor tuh. Sekali masa undur kereta tuh, dua tayar kereta PU masuk longkang kat tepi sebelah kiri. Kalo longkang kecik gagah la jugak PU tekan minyak bagi kereta gerak, nih tak. Longkang besar. Pulak tuh longkang tuh tertutup dengan rumput pulak...Mula mula memang PU pikir xde longkang. Bila tayar tersangkut, baru perasan ada longkang. PU try jugak tekan minyak kot kot berjaya keluar dari longkang tuh. Penyudahnya asap yang keluar. PU jadi cuak terus matikan enjin takut jadi apa-apa. Dah la Auni dan Aina ada. Risau dibuatnya. Gear kereta PU langsung tak boleh gerak, dah stuck kat gear reverse.

Last last kereta PU tersadai macam tuh. PU buntu tak tahu nak buat apa. Then, PU buat keputusan kol makngah PU mintak tolong dia panggilkan anak bujang dia datang tolong PU. Adik sepupu PU datang tolong tapi tak jugak gerak. Kebetulan pulak masa tuh, adik ipar makngah PU (adik ipar arwah pakngah) nak pergi kerja dan lalu jalan tuh. So, dia pun datang tolong. PU pulak tekan minyak sekuat hati tapi tak jugak lepas. Aina pulak dah mula menangis dalm kereta sebab takut dengan orang. Dia memang akan menangis kalau tengok orang yang tak dikenali rapat dengannya.

Hampir lima minit jugak kitorang bertungkus lumus keluarkan tayar kereta tuh dari longkang tapi tak boleh jugak. Masa tengah sibuk sibuk nak keluarkan tayar tuh, datang pulak seorang budak lelaki yang nak pergi kerja jugak. Dia pun datang tolong. Kebetulan masa dia datang, ada dua kereta yang masuk jalan yang sama berhentikan kereta dan tolong. 

Mula mula diorang suruh PU reverse ke belakang. Pastu, bila tayar belakang dah naik kat atas jalan, dorang angkat bumper depan kereta dan suruh PU tekan minyak pergi ke depan pulak. Alhamdullillah berjaya jugak kereta PU bergerak. PU apa lagi terus tekan minyak naik jalan bukit tuh. Tak sempat nak ucapkan terima kasih kat orang orang yang tolong sebab kereta memang tak boleh berhenti kat jaln tuh nanti berundur kat belakang.

PU cuma sempat angkat tangan kat adik ipar makngah jer. Pastu, masa PU sudah sampai rumah makngah salah seorang yang tolong PU tuh lalu, PU cuma senyum dan angkat tangan tanda ucapan terima kasih sebab tolong PU. Yang lagi dua orang tuh tak sempat PU nak ucapkan terima kasih. Hanya ALLAH yang dapat membalas jasa baik dorang tuh. PU pun tak lupa ucapkan terima kasih kat adik sepupu PU tuh.

Makngah PU cakap, sabar jela. Ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku. Lagipun makngah PU cakap sebelum nih ada banyak kes kereta dan van tayar masuk longkang. Kira kes PU nih tak tahu yang ke berapa. Macam nih la kan, bila jalan jalan kampung nih sempit dan terhad memang menyusahkan para pemandu la kan....

Apa apa pun PU bersyukur sangat sangat sebab semuanya selamat. Risau jugak kereta rosak ke apa ke...Dah la duit gaji dah terbang melayang ke sana sini...hehehe...

Korang macam mana pulak??Pernah tak jadi macam nih kat korang??

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen.