Genting Highland Part 1

Salam peeps!!!

Sebelum nih PU ada post entry yang PU sekeluarga berjimba-jimba kat Genting Highland kan?? Okeh, entry nih PU akan cerita aktiviti kitorang kat sana. kalau dah bercuti cuti nih mesti banyak yang nak dikongsikan..So kena post entry part by part la jawabnya.

Actually, incik hubby plan nak bertolak dari rumah awal pagi lebih kurang jam 6.00 pagi.Tapi, masing masing mengantuk jam lebih kurang 8.00 pagi kitorang bertolak ke Genting. Alhamdullillah perjalanan berjalan dengan lancar. 

Lepas parking kereta terus kitorang jalan pergi ke Taman Tema...Aina paling teruja sekali bila dapat berjalan....



Sampai jer terus beli tiket. Masuk jer dalam Taman Tema kitorang ronda ronda dulu. Nak survey survey mainan mana yang kitorang nak main. Ramai jugak orang yang beratur. Ikutkan hati semua PU nak cuba dan main tapi memandangkan PU nih ada masalah cepat pening dan muntah, so, PU tengok tengok dulu mana yang PU boleh main. Tak boleh main terjah jer kang tak pasal pasal muntah lak....So, mula mula kitorang bergambar kat depan bas merah nih...Terasa macam kat London pulak...




PU nak bergambar kat pondok telefon kat sebelah bas nih tapi ada orang duk bergayut la pulak. So, kitorang sambung semula ronda ronda tuh. Then, PU dan incik hubby sempat gak ronda ronda naik kereta antik yang agak bising bunyinya. Ramai gak yang tunggu turn nak naik. 

Kitorang duk rehat jap kat gerai makan yang ada kat situ. PU cuma nak air jer. Tekak memang haus sangat sangat. Aina pulak leka tengok Flying Coaster...


Tengok la Aina sampai menganga mulut dia tengok Flying Coaster tuh. Dari awal sampai nak balik dia memang jakun tengok mainan nih..

Kaki PU dah naik lenguh lenguh pulak....Mana taknya pakai kasut wedges...Kasut sarung PU tapak dah haus tuh yang PU pakai wedges jer...Lepas nih kena standby kasut sarung banyak banyak la...Kat pertengahan jalan jumpa la clown gugurl yang buat belon macam macam bentuk tuh. Auni dia buatkan bentuk loli pop, Aina pulak dia buatkan bentuk kucing.



Aina paling seronok bila dapat berjalan kat Taman Tema nih. Penat gak nak mengejar dia. Auni biasa la kan tidur....Lepas tuh Aina sibuk tunjuk itu ini...Seronok Aina tengok mainan kat situ.....Then, kitorang naik Astro Fighter lak....Disebabkan incik hubby last minit nak join (mula-mula dia cakap tak nak naik) so, sempat snap pic macam nih je la....


Aina dengan gaya poyonye....Tak sabar la tuh nak tunggu Astro Fighter nih gerak...

Okeh la sambung kemudian yer.....
Published with Blogger-droid v1.7.4

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen.