Bila CINTA lama tak boleh dilupakan.....Masih wujudkah CINTA SEJATI tuh?

Bila cakap tentang CINTA korang semua mesti tahu apa itu CINTA kan? Bila dan di mana korang jatuh CINTA. CINTA nih terlalu universal dan skop pengertiannya luas dan tidak bersempadan.

Korang rasa la kan, zaman sekarang nih masih wujud ke lagi seseorang yang tak boleh lupakan CINTA lama dan susah nak lupakan CINTA lama tuh...Pendek kata CINTA SEJATI la....PU rasa 50-50 kot cinta sejati tuh wujud. Kalau dalam seribu tuh mungkin ada dua atau tiga cinta sejati. Kadang kadang ada jugak di kalangan suami isteri masih belum wujud perasaan cinta nih. PU cakap nih umum tau jangan pulak ada yang terasa pulak.


Actually PU tak berapa percaya masih wujud cinta sejati macam Shah Jehan & Mumtaz, Devdas & Paro bla bla bla...Bagi contoh pun orang Bolly je...hehehe....Dah nama nih yang terpacul keluar dari kepala otak petang petang macam nih kan...Sebagai contoh jela...

But bila jadi depan mata baru PU tahu wujud lagi cinta sejati di zaman moden nih...Korang rasa patut ke cinta sejati tuh wujud dalam hati seseoarng yang telah pun bergelar suami/isteri orang? Perlu ke? PU rasa tak perlu dan tak patut perasaan cinta tuh wujud dalam hati kita bila kita sah jadi hak milik orang lain. Cinta lama tuh kalau bukan ditakdirkan untuk kita, so, buang jauh jauh jadikan sebagai kenangan. Kenapa mesti kita ingat semula cinta tuh sedangkan kita sendiri dah jadi hak milik orang lain yang sah. Betul tak??

PU memang tak faham situasi macam nih. Tapi mungkin ada yang cakap ala PU tuh tau cakap jer pandai, cuba kalau terkena batang hidung sendiri, baru dia tahu..Yes!PU memang pandai cakap sebab benda nih jadi depan mata kepala PU sendiri. Seorang lelaki yang telah berkahwin masih menyayangi dan menyintai kekasih lamanya yang dah jadi isteri orang. Sehingga sekarang dia masih belajar menerima dan menyintai isterinya tapi tak boleh hanya kerana dia menyesali perbuatannya yang tak berani nak mulakan sesuatu yang mungkin akan mengubah hidupnya dan kekasih yang teramat dia cintai. Kerana kewangan yang tidak kukuh, dia tidak berani menyunting kekasih hati yang disayangi. Penyudahnya, dia menyesal tak sudah. Sehingga sekarang dia masih teringat dan merinduit kekasih lama.

PU rasa berdosanya lelaki tuh bila dia masih menyimpan perasaan cinta tuh kat kekasih lama dia. Dia berdosa dengan isteri dia. Tapi bila PU terbaca suatu artikel menyatakan "Suami tidak perlu TAAT kepada isteri tetapi isteri perlu TAAT kepada suami" terus mengubah persepsi PU terhadap lelaki nih. Maknanya tak salah apa yang dia buat tuh tapi macam mana pulak dengan kekasih dia tuh? Dia tahu si lelaki tak boleh lupakan dia tapi takkan dia nak tinggalkan anak suami hanya kerana lelaki tadi. Korang rasa apa yang lelaki tadi tuh rasa CINTA SEJATI ke? Dia setia pada cinta lama. Kalau masih memikirkan kekasih hati yang lama how come dia nak pupuk perasaan cinta kat isteri dia betul tak?

PU tak berapa arif bab bab nih tapi PU cuba nak faham situasi nih. PU takut andai takdir PU terjadi macam nih macam mana PU nak hadapi situasi nih. Nih pendapat PU la kan, PU rasa better kenangan dan cinta lama tuh dijadikan kenangan jer. Bina hidup baru dengan pasangan masing masing. Cuba belajar menyayangi dan menyintai. Apa yang ditentukan kita hanya redha dan pasrah. Jika ada jodoh, adalah kalau takde terima dengan hati terbuka. Tak semua cinta yang kita miliki tuh akan kekal. Cinta pada suami dan anak anak pun hanya pinjaman kan? Cukup masa ia akan kembali kepada yang SATU. Walau seagung mana cinta kita kepada seseorang CINTA kepada ALLAH SWT jua yang kekal abadi.

Nota kaki* InsyaALLAH cinta kpd suami dan anak anak PU akan pertahankan sehingga akhir hayat PU. Biar cinta ini kekal hingga ke syurga. Amin

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen.