Rabu, 28 Disember 2011

Beronok ronok @ Pantai Telok Kemang

Actually nak ke pantai Telok Kemang nih makan masa dua minit jer dari rumah mama PU. Memang dekat sangat sangat la. Ahad lepas PU balik rumah mama sekejap nak jumpa adik PU yang second & third. Dorang balik bercuti Jumaat lepas. So, PU lepak lepak dorang ajak mandi laut petang tuh.

PU memang tak dapat la nak mandi laut atas sebab sebab tertentu. Mama PU pun tak mandi. Aina dan Auni pun mandi jugak. Mula mula PU tak bagi Aina mandi sebab PU tahu Aina memang takut air laut. Sebelum nih pernah jugak bawa dia mandi laut tapi dia menjerit macam orang kena histeria. Tapi petang tuh, Aina nak ikut adik adik PU mandi laut. PU tanya dia "Aina berani ke?". Dia cuma senyum jelah bila PU tanya macam tuh. PU risau jugak tapi bila tengok Aina seronok mandi laut baru PU tersedar yang Aina makin besar dan mungkin makin berani. Tapi dia mandi sekejap je sebab dia tak tahan sejuk...hahaha...

Auni pulak PU bagi dia main pasir. Punya seronok dia main pasir sampai dia makan pasir tuh. Penyudahnya PU terpaksa panggil adik PU bawak Auni mandi sekali. Buakn main seronok Auni main air. Tak macam Aina dulu menangis meraung bagai...Korang tengok la pic pic Auni kat bawah nih...Actually banyak gambar dia dan Aina PU snap tapi kat dalam kamera. Pic pic nih dalam tab, senang jer terus bluetooth ke laptop. Entry nih memang banyak pic Auni...

Masa nih Auni leka main pasir. Mula mula pegang dia, dia meronta ronta nak lepas. Rupa rupanya nak main pasir..





Masa nih Auni leka sangat main air sampaikan PU panggil dia buat derk jer....

Leka betul Auni tengok air laut...Selalu pantang nampak kamera...Kali nih???

Lepas nih, PU mungkin plan nak bawak Aina dan Auni mandi manda kat WaterWaorld tapi tak tahu kat mana lagi. Mudah mudahan apa yang PU plan nih menjadi...

2 ulasan:

Terima kasih sudi tinggalkan komen.