Jumaat, 16 Disember 2011

Berjaya Hill

PU ada bagitau korang pasal incik hubby buat plan nak pergi ke suatu tempat masa kitorang on the way balik dari Genting Highland. Actually incik hubby cadang nak gi Cameron Highland tapi memandangkan Cameron Highland tuh jauh, so plan tuh cancel. Last last incik hubby bawak pergi Berjaya Hill.....Walaupun kepala PU dah pening dan tekak mula loya gara gara keadaan jalan yang bengkang bengkok, PU gagahkan diri gak sebab nak pergi Berjaya Hill punya pasal.

Nak masuk tuh kena bayar RM 12.00 untuk dewasa. So, PU dan incik hubby kena bayar RM 24.00 la. Untuk Aina dan Auni foc jer.... Sampai jer Berjaya Hill, PU dan incik hubby ronda ronda dulu. Pastu sampai kat satu tempat bersebelahan dengan sebuah restoran makan. Kitorang nak try luck kitorang kat situ. Incik hubby tukar RM10 dapat 5 token. Mula mula kitorang main baling gelang kat botol. Tapi luck kami takde. Then, incik hubby tukar lagi duit untuk dapatkan token. Kali nih PU cuba nasib main permainan bola pingpong kena masukkan dalam mulut patung clown then, masuk dalam lorong lorong kecik yang ada no 1 hingga 6. Cara pengiraan untuk menang tuh dah memang ada tertera kat depan patung clown. Permainan nih kena tukar 3 token untuk 6 biji bola. 6 biji bola tuh akan masuk ke setiap lorong yang bernombor dan akan dijumlahkan nombor nombor yang kita dapat tuh. 

Yang PU ingat kategori small gift jumlah nombor yang perlu kita dapat 14,15, 28,29..lagi satu nombor PU tak ingat...Kategori medium gift jumlah nombornya 11,12,13 dan yang lain lain PU memang tak ingat. Rugi sangat sangat tak snap pic game yang PU main tuh. PU try 3 kali. Alhamdullilah kali ketiga try ada gak luck PU. PU dapat total 12. So, PU diberi pilihan sama ada nak teddy bear atau caterpillar. Memandangkan rumah PU dah banyak teddy bear, PU pilih patung caterpillar. Seronok sesangat. Finally, luck PU ada jugak kan...


Rasa berbaloi baloi la jugak....Kalau korang nak tahu incik hubby pun ada luck jugak tau. Dia dapat patung angry bird kuning. Nak tahu incik hubby main game apa nanti PU cerita kat entry lain okeh!!!

Lepas puas mencuba nasib PU dan incik hubby bergambar kenangan pulak....Sebenarnya payah gak nak ajak Aina bergambar cuz dia baru bangun tidur. Mood dia agak kurang sikit. Yelah tengah syok syok tidur kena kacau pulak.....


PU dan anak anak bergambar depan perigi yang penuh dengan duit syiling. Orang percaya kalau buang duit syiling sambil make a wish, one find day wish kita tuh akan termakbul. Kita as a Muslim tak boleh percayakan nih semua betul tak???


Pastu, kitorang bergambar dengan kereta kuda yang berwarna warni pulak. Kreatif betul orang cat patung kuda dengan warna warna yang banyak. PU pun tak sekreatif nih....



Sebelum balik, kitorang singgah kat kedai kraftangan nih. Incik hubby yang ajak. Incik hubby decide amik patung Angry Bird dan PU pulak pilih Hello Kitty. Harga satu patung tuh RM 9.90...Kalau dua maknanya RM 19.80. Kitorang diberi dua pilihan sama ada nak cat patung tuh kat situ atau kat rumah. PU pilih cat terus kat situ lagi senang. Leceh nak cat kat rumah. Faham faham ajelah bila dah ada anak kecik kan...


Huhuhu...Patung Angry Bird tertutup dengan watermark PU la...Tak perasan masa nak buh watermark tuh...Sorry....


Dah selesai semua kitorang bergambar untuk kali yang terakhir sebelum balik. Penat memang penat tapi berbaloi la kan bawak anak anak berjalan jalan. 



Last but not least, nih la hasil cat mengecat patung Angry Bird dan Hello Kitty incik hubby dan PU.


Nota kaki * Lepas nih nak update entry pasal incik hubby dapat Angry Bird pulak...

6 ulasan:

  1. bestnya. cantik kan tempat nih. dah lama mengidam nak g, tapi tak tercapai lagi.
    comey jer hello kitty ngan angry bird tu

    BalasPadam
  2. cik jatt : tpt nih memg cntik sesangat.kalo de prob,dtg je kt cni rse teng jer..

    BalasPadam
  3. wah sonoknyer bergumbira ngan famili...;)

    BalasPadam
  4. @Siti Asiah
    memang best....lepas nih nak plan pergi cameron pulak...insyaALLAH

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.