Isnin, 19 Disember 2011

Ana Dahlia Queen Control???

Rasanya satu Malaysia dah tahu Chef Riz telah pun selamat melangsungkan perkahwinannya dengan Ana Dahlia si cantik manis. Kalau sesiapa yang masih tak kenal siapa Ana Dahlia tuh, korang dah tengok filem Mantera?
Ana Dahlia tuh heroin filem tuh la....Dah ingat??

Usia perkahwinan dorang nih baru masuk seminggu tapi Ana Dahlia dikatakan mula tunjuk taring...Dia dikatakan  sudah pandai mengawal Chef Riz...Pendek kata Ana Dahlia queen control la...Apakah???


Korang jangan salah faham pulak yer....Nak tahu lebih lanjut baca petikan nih...

KUALA LUMPUR, 18 DISEMBER 2011: Usia perkahwinan mereka baru masuk seminggu, tapi pelakon Ana Dahlia nampaknya sudah pandai mengawal suaminya, Chef Riz yang juga merupakan juri MasterChef Malaysia.
Jangan salah faham, kawal atau control yang dimaksudkan di sini bukanlah queen control sebaliknya Ana Dahlia atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar, 28 sudah mula menguruskan jadual kerjaya suaminya supaya tampak lebih kemas dan tersusun.
Malah ketika portal murai.com.my bertanyakan tentang perancangan jadual kerjaya Chef Riz selepas saja selesai kedua-dua majlis resepsi mereka, kelihatan Ana Dahlia merupakan individu yang lebih arif dengan jadual kerja suaminya itu.
Tidak langsung diberikan kesempatan kepada Chef Riz memberikan penjelasan, sebaliknya Ana Dahlia telah menerangkan dengan lebih terperinci akan jadual suaminya itu kepada beberapa wakil pihak media yang mungkin mahu berkongsi informasi serupa.
Namun, kerana menyedari kebolehan isterinya itu menguruskan jadual kerjanya dengan cekap, Chef Riz sedikitpun tidak berkecil hati, sebaliknya bersyukur kerana akhirnya telah dipertemukan dengan wanita cantik dan berkebolehan itu.
"Memang Ana seorang yang sangat pandai menguruskan jadual kerja saya. Saya tak kisah dan membiarkan dia menguruskan segala urusan kerja dan cuti saya sebab kalau nak harapkan diri saya memang tidak akan terurus.
"Dia akan susun semuanya dengan baik. Malah saya juga sangat kagum dengan kebolehannya menguruskan majlis pernikahan dan persandingan kami di rumah keluarganya di Taiping, Ahad lalu walaupun hanya dua minggu saja lagi masa yang tinggal," katanya tersenyum.
Kedua pasangan ditemui sebaik saja selesai majlis resepsi ala kampung yang telah diadakan di kediaman nenek Chef Riz di Felda Sungai Koyan, Pahang , petang tadi.
Kedua mempelai cukup mempersona dengan persalinan rekaan Syomir Izwa, solekan Kuzie, manakala telah beradu di atas pelaminan indah yang dipenuhi lebih 12 jenis kuntuman bunga segar rekaan Kem dari Kapas Lifestyle.
Sementara itu Ana Dahlia berkata, peranannya sebagai pengurus Chef Riz sudah bermula sejak mereka mengenali satu sama lain lagi dan oleh kerana pengurusan jadual yang baik itu jugalah mereka telah berjaya disatukan dalam jangkamasa yang dirancangkan.
"Sejak pertama kali mengenali Riz lagi, dia telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menguruskan jadual kerjanya. Sehinggalah dia dapat menjadi juri di MasterChef Malaysia, majlis kahwin kami dan nanti bila kami berbulan madu.
"Alhamdulillah berkat perancangan yang ada, Riz selepas ini akan sibuk dengan projeknya bersama Prego, diikuti kontrak barunya di Putrajaya, menguruskan restorannya dan juga waktu bulan madu kami," katanya yang masih perlu menyudahkan penggambaran Meyro Skuad untuk tayangan RTM.
Ditanya perasaan mereka selepas disatukan, Chef Riz berseloroh dan menjawab ianya bagaikan syurga di dunia apatah lagi kini kehidupannya sangat lengkap kerana dapat berkongsi bersama insan tersayang yang sering berada di sisinya.
"Syukur Alhamdulillah, impian saya untuk mendirikan rumah tangga pada tahun ini tercapai. InsyaAllah kalau diizinkan Tuhan, saya mahukan zuriat sekurang-kurangnya empat orang untuk menambah bilangan keluarga saya yang kecil ini," katanya.
Sementara itu menurut Ana Dahlia, meskipun perkahwinannya ini merupakan kali kedua selepas bercerai tujuh tahun lalu, dia bagaimanapun bersyukur kerana dipertemukan dengan Chef Riz dengan harapan dapat kekal hingga ke akhir hayat.
Katanya, pengalaman lalu membuatkan dia lebih kuat dan tabah, apatah lagi dia sudah lama melupakan peristiwa hitam itu dan tidak pernah pula terfikir untuk mengenali mana-mana jejaka sehingga akhirnya dipertemukan dengan Chef Riz.
"Dalam hal ini, saya harus berterima kasih kepada Serina yang telah memperkenalkan saya dengan Riz. Memang pada awalnya saya keberatan untuk mengenalinya kerana saya tahu saya bukanlah datang dari keluarga senang, tapi selepas mengenali hati budi masing-masing, akhirnya hanya takdir saja yang telah menyatukan kami," katanya.

Sumber : Murai


1 ulasan:

  1. alhamdulillah..semoga mereka kekal hingga hujung nyawa..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.