Jumaat, 30 Disember 2011

Tentang Dhia & Ombak Rindu

5:30:00 PTG 3 Comments
Semalam sehari suntuk PU tengok drama dan filem air mata....Drama Tentang Dhia dan filem Ombak Rindu...Macam biasa la kan, penonton tak sabar nak tengok ending drama nih. Kat wall FB penuh pasal tentang Dhia. Macam macam status yang ada.


So far, PU bagi 4 1/2 bintang untuk drama nih. Sebab apa nak tahu sebab jalan cerita yang menarik dan pelakon pelakon yang hebat belaka. nak nak PU memang admire giler dengan Adi Putera tuh. So macho okeh!!!

Nape PU tak bagi 5 bintang jer kan senang. Sebab rasanya ramai yang tak puas hati part mak si Zikir tuh. Main bomoh bagai tapi tak dapat apa apa balasan pun. Memang geram sangat sangat. Kalau mak Zikir dapat balasan kompom PU bagi full star tau. Anyway, PU puas hati sebab Rose tak dapat Zikir sepenuhnya. Walaupun dia berjaya nikah dengan Zikir tapi dia tak berjaya jadi milik Zikir. Dhia juga dalam hati Zikir kan...Buktinya dorang meninggal sama sama. Cinta sehidup semati...


Cerita pasal Ombak Rindu pulak....ermmm PU bagi 4 1/2 bintang jugak. Sebab apa??

Actually PU ada novel Ombak Rindu nih since PU study kat UiTM lagi. Kira PU simpan dengan rapi novel tuh hampir 9 tahun lamanya. Novel nih memang PU baca banyak kali la. Tak jemu dan memang best. dan jalan cerita Ombak Rindu nih memang dah ada dalam kepala otak PU. Dari awal sampai habis cerita kat novel.

So, bila tengok filem nih PU harap jalan ceritanya sama la kan but ada diubah certain certain part. Feel sedih tuh tetap ada but rasanya novel punya jalan cerita lagi terbaik. Anyway, tabik spring kat pelakon pelakon Ombak Rindu. Memang lakonan dorang mantap la.

Nota kaki * Minggu depan nak tunggu drama Gemersik Kalbu dengan Bicara Hati kat Astro...kompom gempak!!!

Khamis, 29 Disember 2011

Bila CINTA lama tak boleh dilupakan.....Masih wujudkah CINTA SEJATI tuh?

3:46:00 PTG 0 Comments
Bila cakap tentang CINTA korang semua mesti tahu apa itu CINTA kan? Bila dan di mana korang jatuh CINTA. CINTA nih terlalu universal dan skop pengertiannya luas dan tidak bersempadan.

Korang rasa la kan, zaman sekarang nih masih wujud ke lagi seseorang yang tak boleh lupakan CINTA lama dan susah nak lupakan CINTA lama tuh...Pendek kata CINTA SEJATI la....PU rasa 50-50 kot cinta sejati tuh wujud. Kalau dalam seribu tuh mungkin ada dua atau tiga cinta sejati. Kadang kadang ada jugak di kalangan suami isteri masih belum wujud perasaan cinta nih. PU cakap nih umum tau jangan pulak ada yang terasa pulak.


Actually PU tak berapa percaya masih wujud cinta sejati macam Shah Jehan & Mumtaz, Devdas & Paro bla bla bla...Bagi contoh pun orang Bolly je...hehehe....Dah nama nih yang terpacul keluar dari kepala otak petang petang macam nih kan...Sebagai contoh jela...

But bila jadi depan mata baru PU tahu wujud lagi cinta sejati di zaman moden nih...Korang rasa patut ke cinta sejati tuh wujud dalam hati seseoarng yang telah pun bergelar suami/isteri orang? Perlu ke? PU rasa tak perlu dan tak patut perasaan cinta tuh wujud dalam hati kita bila kita sah jadi hak milik orang lain. Cinta lama tuh kalau bukan ditakdirkan untuk kita, so, buang jauh jauh jadikan sebagai kenangan. Kenapa mesti kita ingat semula cinta tuh sedangkan kita sendiri dah jadi hak milik orang lain yang sah. Betul tak??

PU memang tak faham situasi macam nih. Tapi mungkin ada yang cakap ala PU tuh tau cakap jer pandai, cuba kalau terkena batang hidung sendiri, baru dia tahu..Yes!PU memang pandai cakap sebab benda nih jadi depan mata kepala PU sendiri. Seorang lelaki yang telah berkahwin masih menyayangi dan menyintai kekasih lamanya yang dah jadi isteri orang. Sehingga sekarang dia masih belajar menerima dan menyintai isterinya tapi tak boleh hanya kerana dia menyesali perbuatannya yang tak berani nak mulakan sesuatu yang mungkin akan mengubah hidupnya dan kekasih yang teramat dia cintai. Kerana kewangan yang tidak kukuh, dia tidak berani menyunting kekasih hati yang disayangi. Penyudahnya, dia menyesal tak sudah. Sehingga sekarang dia masih teringat dan merinduit kekasih lama.

PU rasa berdosanya lelaki tuh bila dia masih menyimpan perasaan cinta tuh kat kekasih lama dia. Dia berdosa dengan isteri dia. Tapi bila PU terbaca suatu artikel menyatakan "Suami tidak perlu TAAT kepada isteri tetapi isteri perlu TAAT kepada suami" terus mengubah persepsi PU terhadap lelaki nih. Maknanya tak salah apa yang dia buat tuh tapi macam mana pulak dengan kekasih dia tuh? Dia tahu si lelaki tak boleh lupakan dia tapi takkan dia nak tinggalkan anak suami hanya kerana lelaki tadi. Korang rasa apa yang lelaki tadi tuh rasa CINTA SEJATI ke? Dia setia pada cinta lama. Kalau masih memikirkan kekasih hati yang lama how come dia nak pupuk perasaan cinta kat isteri dia betul tak?

PU tak berapa arif bab bab nih tapi PU cuba nak faham situasi nih. PU takut andai takdir PU terjadi macam nih macam mana PU nak hadapi situasi nih. Nih pendapat PU la kan, PU rasa better kenangan dan cinta lama tuh dijadikan kenangan jer. Bina hidup baru dengan pasangan masing masing. Cuba belajar menyayangi dan menyintai. Apa yang ditentukan kita hanya redha dan pasrah. Jika ada jodoh, adalah kalau takde terima dengan hati terbuka. Tak semua cinta yang kita miliki tuh akan kekal. Cinta pada suami dan anak anak pun hanya pinjaman kan? Cukup masa ia akan kembali kepada yang SATU. Walau seagung mana cinta kita kepada seseorang CINTA kepada ALLAH SWT jua yang kekal abadi.

Nota kaki* InsyaALLAH cinta kpd suami dan anak anak PU akan pertahankan sehingga akhir hayat PU. Biar cinta ini kekal hingga ke syurga. Amin

Rabu, 28 Disember 2011

Beronok ronok @ Pantai Telok Kemang

1:34:00 PTG 2 Comments
Actually nak ke pantai Telok Kemang nih makan masa dua minit jer dari rumah mama PU. Memang dekat sangat sangat la. Ahad lepas PU balik rumah mama sekejap nak jumpa adik PU yang second & third. Dorang balik bercuti Jumaat lepas. So, PU lepak lepak dorang ajak mandi laut petang tuh.

PU memang tak dapat la nak mandi laut atas sebab sebab tertentu. Mama PU pun tak mandi. Aina dan Auni pun mandi jugak. Mula mula PU tak bagi Aina mandi sebab PU tahu Aina memang takut air laut. Sebelum nih pernah jugak bawa dia mandi laut tapi dia menjerit macam orang kena histeria. Tapi petang tuh, Aina nak ikut adik adik PU mandi laut. PU tanya dia "Aina berani ke?". Dia cuma senyum jelah bila PU tanya macam tuh. PU risau jugak tapi bila tengok Aina seronok mandi laut baru PU tersedar yang Aina makin besar dan mungkin makin berani. Tapi dia mandi sekejap je sebab dia tak tahan sejuk...hahaha...

Auni pulak PU bagi dia main pasir. Punya seronok dia main pasir sampai dia makan pasir tuh. Penyudahnya PU terpaksa panggil adik PU bawak Auni mandi sekali. Buakn main seronok Auni main air. Tak macam Aina dulu menangis meraung bagai...Korang tengok la pic pic Auni kat bawah nih...Actually banyak gambar dia dan Aina PU snap tapi kat dalam kamera. Pic pic nih dalam tab, senang jer terus bluetooth ke laptop. Entry nih memang banyak pic Auni...

Masa nih Auni leka main pasir. Mula mula pegang dia, dia meronta ronta nak lepas. Rupa rupanya nak main pasir..





Masa nih Auni leka sangat main air sampaikan PU panggil dia buat derk jer....

Leka betul Auni tengok air laut...Selalu pantang nampak kamera...Kali nih???

Lepas nih, PU mungkin plan nak bawak Aina dan Auni mandi manda kat WaterWaorld tapi tak tahu kat mana lagi. Mudah mudahan apa yang PU plan nih menjadi...

Selasa, 27 Disember 2011

Sekitar Majlis Pertunangan Nur Shafiqah & Razrul

3:30:00 PTG 1 Comments
Ahad lepas di kala orang Kristian sibuk celebrate Krismas, PU sekeluarga sedang bertungkus lumus memastikan majlis pertunangan Nur Shafiqah & Razrul berjalan dengan lancar. Actually Nur Shafiqah nih adik sepupu PU...PU ditugaskan jadi photographer tak bertauliah. Memang takde skill nak snap pic orang nih but PU try the best...

Untuk Ika dan Razrul, kak Mimie ucapkan Selamat Bertunang. Semoga hubungan korang kekal sampai ke anak cucu. Alam pertunangan nih banyak dugaan, so, hadapi dengan tenang dan tabah okeh!!!

PU malas nak taip panjang panjang. Ada kerja tengah menunggu bila nak disiapkan. So, korang enjoy jela beberapa pic yang sempat PU snap sekitar majlis tuh.

Dalam pic nih ada 9 hantaran je kan. Actually ada 11 hantaran..tambah lagi dua last minit..So, 5 dulang berbalas sebelas dulang. Hantaran untuk pihak lelaki...

Senyuman seorang dara yang bakal dipinang..hehehe

Pose cun!!

Jelingan manja daripada bakal pengantin perempuan...manja la sangat hahaha!!

Sesi perbincangan....

Ika dengan bakal MIL nya

Pose bajet cun..hahaha!!!

Aku happy dah bergelar tunangan orang..yiihaa!!!

Pose istimewa...

Ika dengan family tunang tersayang

Ahad, 25 Disember 2011

Bukan sengaja nak mungkir janji tapi........

8:00:00 PG 2 Comments
Kadang kadang sebagai manusia biasa kita takkan lari dari membaut kesilapan. Kita pasti akan berjanji kepada seseorang akan buat itu dan buat ini. Tapi siapa kita untuk menentukan semua itu? Kita sebagai manusia akan berjanji tapi percayalah berapa ramai yang boleh menunaikan janji tepat pada masanya???Kadang kadang memang mudah kita menuturkan janji tapi bila berlaku sesuatu yang tak dapat dielakkan dan terpaksa memungkiri janji apa pilihan yang kita ada....

Sebagai contoh kita janji akan berjumpa seseorang di suatu tempat tapi last minit terpaksa cancel kan sebab ada kerja yang lebih penting perlu diselesaikan. SO, dalam kes macam nih siapa harus dipersalahkan? Diri sendiri ke? Atau kita salahkan masa? Salahkan kerja atau takdir? Siapa kita nak halang sesuatu yang tak dijangka itu berlaku.

Sebagai manusia yang dikurniakan akal dan fikiran, kita tak perlu nak menuding jari atau menuduh seseorang yang berjanji dengan kita sesuka hati. Kita salahkan dia cakap dah janji tapi tak tunaikan. Jangan salahkan orang tuh tanpa usul periksa, bukan niat dia nak mungkir janji. Mungkin ada sebab munasabab yang tak dapat dielakkan yang menyebabkan dia menjadi seorang pemungkir janji. Betul ke perkataan PU tuh?? ermmmm....

Harap kita kena la faham masalah orang yang berjanji dengan kita tuh seadanya. Bukan dia sengaja atau mungkin betul dia tak berkesempatan atau berkemampuan nak tunaikan janji dia. Apa salahnya kita tanya baik baik apa masalah dia sehingga mungkir janji dan beri masa agar dia dapat selesai segala masalah yang mungkin dihadapi. Bila segalanya selesai, insyaALLAH janji janji yang diberikan dulu akan dikotakan...

Macam PU nih, ikutkan ramai penganjur hadiah janji akan pos hadiah secepat mungkin bila PU menang sesuatu GA. Percaya atau tak sampai sekarang masih ada hadiah yang PU tak terima lagi. Ada yang hampir 6  bulan PU tak terima hadiah lagi tau!!Penganjur pun janji nak bagi hadiah secepat mungkin tapi penyudahnya??PU tak marah penganjur tuh dan PU cuba memahami situasi penganjur tuh sendiri. Mungkin dia tak sengaja nak mungkir janji. Mungkin dia ada masalah yang tak dapat dielakkan, lupa dan sebagainya.

Macam PU sendiri pun kadang kadang PU janji nak pos secepat mungkin hadiah hadiah pemenang tapi terpaksa mungkir janji atas sebab munasabab yang tak dapat dielakkan. Tapi akhirnya PU kotakan janji juga pos hadiah hadiah diorang walaupun agak lambat. Ada jugak yang tak bagi feedback langsung sama ada terima hadiah atau tidak...Bila takde feedback daripada korang siapa harus dipersalahkan???Bila jadi macam nih mula la PU dicop mungkir janji..Penganjur pembohong, blogger pembohong..

PU terima saja apa yang orang cakap apa yang orang cerca...PU redha terima tuh semua...Sebab orang mungkin tak faham situasi PU. PU yakin ada di kalangan blogger blogger yang mengalami situasi macam yang PU hadapi. berjanji tapi terpaksa mungkir janji. Bukan kita minta semua tuh berlaku, betul tak??

Nota kaki - Masa entry nih korang baca, PU tengah beronok ronok dengan family kat Johor sebab adik sepupu PU bertunang. Entry nih opkos la auto publish...hehehe

Sabtu, 24 Disember 2011

Memang KAU nih keTURUNan bangsa BIADAP!!!!

12:00:00 PG 7 Comments
Dah la rasa kecewa nih tak habis lagi sekali PU dikejutkan dengan something yang bagi PU memang agak melampaui batas dan menaikkan tahap kemarahan yang meluap luap dalam hati PU nih....PU memang tak boleh nak maafkan perbuatan manusia durjana nih. Memang bangsa manusia BIADAP..Tak menghormati privasi orang langsung!!!!

Korang kenal manusia nih??



Nak tahu tak manusia yang tak berhati perut nih dah buat sesuatu yang bikin hati panas meluap-luap...Profile pic fb PU telah digunakan sewenang-wenangnya tanpa kebenaran. Dia boleh buat wall post tanya pic tuh siapa punya???Yang PU tak faham komen komen yang diterima buat PU rasa agak konfius kat situ...Ada yang mengaku tuh pic dorang..


PU pun bukak link manusia durjana nih...Siasat punya siasat sekali mamat Indon.....Lagi bertambah HANGIN PU dibuatnya. Memang keterlaluan sikap dia nih....Memang BIADAP bila hak milik dicuri sewenang-wenangnya. Wei, KAU dah takde kerja lain ker??Pergi la basuh baju ke, masak ke, tengok tv ke takpun tidur ke..Ni tak???Korang buat kerja tak berfaedah..Dah la korang mencuri hak orang lain tanpa kebenaran lepas tuh sesuka hati leh pos tanya pic siapa.Kepala hotak ko la mamat Indon!!!Memang bangsa KURANG AJAR + BIADAP + SAMPAH MASYA.......Hilang mood PU nak buat kerja bila tengok pic PU dieksploitasi sewenang-wenangnya oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. 

PU rasa fb nih macam tak selamat la pulak bila upload pic banyak banyak..Risau dibuatnya..PU harap kawan kawan kat luar sana berhati hati la dengan pic fb korang....Korang nak tahu lebih lanjut pasal manusia BIADAP nih korang klik SINI.

Ok bye!!!!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Jumaat, 23 Disember 2011

Dapat kalendar 2012 Malaysia International Jewellery Fair

3:11:00 PTG 4 Comments
PU tak tahu pun nama PU naik kat Malaysia International Jewellery Fair...Kalau tak Fadzillah Kamaruddin yang tag PU kat  komen box fb memang PU tak tahu....Alhamdullillah di saat hati PU di siat siat di caril carik halus oleh seseorang yang tak memahami PU, PU dapat berita gembira...Hari nih saja dah dapat 3 kemenangan...


Alhamdullillah....rezeki anak anak PU....Lepas nih nak try ada 3 contest yang tengah duk running nih....nak cuba nasib...Mudah mudahan ada rezeki PU....

Menang TGV Cars 2 Tumblers & Auntie's Anne buy 1 free 1

11:17:00 PG 0 Comments
Kelmarin PU ada inform kat sini PU main game Merry Christmas kat fb dan menang handphone string. Semalam try lagi but no luck. So, hari nih PU try lagi dan alhamdullillah PU dapat dua hadiah. Yang pertama PU main guna nama PU sendiri dan PU dapat nih...

Pastu, PU try guna fb incik hubby. Alhamdullillah ada luck lagi. Kali nih PU dapat nih..

So far, setakat nih PU dah ada 3 kupon untuk redeem hadiah. Esok, PU nak main lagi la. Nak kumpul banayk banyak hadiah sebelum due date. 

Terlupa pulak nak inform PU main game giveaway nih macam mana sebab entry Dapat Handphone String - Merry Christmas Giveaway ada yang tanya main game yang mana. So, PU share kat sini. Korang try la yer mana tahu ada luck korang.

Actually game nih senang saja nak main. Korang akan diberi 4 kotak dan kena pilih salah satu kotak yang ada. Kalau korang bernasib baik, korang akan dapat hadiah klik dekat spinning wheel. kalau tak bernasib baik akan keluar gingerbread. Game nih korang boleh main hari hari. So, takde had limit. PU nak try kumpul hadiah sebanyak mungkin. At least takde la rugi nak ke Suria KLCC semata mata nak redeem hadiah yang tak seberapa. Kalau dapat kumpul banyak hadiah, berbaloi la gak kan pergi jenjalan kat sana bawak hadiah banyak banyak...

Korang nak main game nih??Korang klik fb Suria KLCC dan like. Pastu, korang klik SINI dan ikut aje arahan yang diberikan. Senang aje. Once you start play the game, korang akan rasa seronok...Tak percaya korang try sekarang.

Khamis, 22 Disember 2011

Check Up Aina 1 tahun 11 bulan & Auni bersunat

12:59:00 PTG 2 Comments
Salam peeps!!!

Hari nih PU masuk ofis lambat sebab hari nih PU kena pergi klinik untuk check up Aina dan nak bawak Auni bersunat. Actually, semalam patutnya check up Aina tapi PU tersalah pandang. PU ingatkan 22hb nih, rupa rupanya 21hb...PU catatkan kat diari dan save kat kalendar tab 22hb sekali 21hb...Nasib baik JM tuh kata takpe, janji datang. PU bukan apa, selalunya kalau bab bab check up anak anak nih memang PU alert sikit memang tak pernah miss tapi bila jadi macam tadi, betapa cuainya PU. Incik hubby ikut sekali tapi dia bawak motor, PU pulak drive. Lagipun lepas bawak anak anak pergi klinik dia direct pergi kerja.

Alhamdullillah, Aina takde masalah. Setakat nih dia memang seorang anak yang aktif. Cuma PU risaukan berat badan Aina yang agak ringan bagi PU..Berat Aina tadi 9.5 kg je....Memang berat badan dia naik dari sebelum nih tapi PU tetap risau gak. Aina nih bab makan memang problem sikit. Nak makan ikut mood dia. Kadang kadang PU masak nasi bukan dia nak makan sangat tapi bila PU masak bubur Auni dia makan banyak. So, dari situ PU agak Aina nih malas nak mengunyah. Makan buburkan lembut dan lembik sebab tuh dia suka makan bubur. So, PU masak la bubur banyak banyak. JM pun cakap takpe, janji dia makan. 


Check up Aina tak lama pun lebih kurang 10 minit tak selesai. Lagipun orang tak ramai. Sebab tuh cepat kalau tak lambat jugak nak selesai. Lepas check up Aina, PU bawak Auni pergi klinik swasta pulak. Klinik nihlebih kurang 200 meter je dari klinik tadi. Lepas daftar semua tunggu giliran Auni untuk disunatkan.


Sebelum sunat tuh, doktor check Auni dulu kot kot Auni tak sihat. Tapi Alhamdullillah Auni sihat dan aktif. Sebelum sunat, Auni diberikan ubat untuk kurangkan kesakitan. Sekali nak tahu apa jadi kat Auni. Mula mula masukkan dos ubat kat mulut dia, dia tersedak. PU tepuk tepuk belakang badan dia. Pastu, nak bagi dia baki ubat tuh dia tutup mulut dia rapat sebab tak nak makan ubat. Bila dapat masukkan ubat tuh dalam mulut dia, dia sembur ubat tuh kat tangan pembantu klinik tuh. Doktor dan pembantu tuh tergelak tengok gelagat Auni. Dorang cakap bijaknya dia. Kecik kecik dah pandai tak nak makan ubat sebab pahit. Lepas tuh pembantu tuh tanya berapa umur Auni. PU jawab la 8 bulan. Pembantu tuh cakap baru 8 bulan tapi dah macam budak setahun. Doktor pun mengiyakan sebab dia cakap Auni bijak. Tak sampai 2 minit proses menyunat Auni selesai. Masa proses tuh, Auni menangis. Bila dah selesai terus dia berhenti menangis.

Alhamdullillah semuanya belajar dengan lancar. Lepas selesai semua incik hubby pun bertolak pergi kerja. PU pulak gerak ke rumah makngah hantar Aina dan Auni. PU bersyukur sangat sangat dikurniakan dua orang puteri yang comel dan bijak. Walaupun setiap anak berbeza dari segi sikap dan pembelajaran tapi bagi PU semua tuh kurniaan ALLAH. Setiap anak ada kelebihan dan kekurangan masing masing. Sebagai ibu bapa, tugas kita mendidik mereka menjadi insan yang cemerlang sama ada di dunia mahupun akhirat.

Rabu, 21 Disember 2011

Dapat Handphone String - Merry Christmas Giveaway

1:54:00 PTG 3 Comments
PU start main game nih semalam.....PU join guna 3 nama. Nama PU, incik hubby dan adik PU. Semalam nasib tak menyebelahi PU. Game giveaway nih senang jer. Kita kena klik kat salah satu kotak. Kalau ada luck korang akan menang dan pilihan hadiah pulak korang kena klik kat spinning wheel yang berputar laju. Takde maknanya nak nampak apa hadiahnya. So, PU klik PU dapat handphone string. Tarikh redeem 2 - 20 Januari 2011....

Esok PU nak main lagi. Mana tahu nama incik hubby atau adik PU ada luck...

Selasa, 20 Disember 2011

Berpeluang featured in KL Lifestyle Magazine Isu Jan 2012

12:30:00 PTG 2 Comments
Khamis lepas KL Lifestyle Magazine ada post kat wall yang pihak dorang nak bagi Totalife products..Caranya kita kena bagi resolusi tahun baru 2012. So, lapan resolusi terbaik akan terima hadiah nih. Tapi takde pulak dimaklumkan akan featured in KL Lifestyle Magazine Isu Jan 2012. Semalam PU tengok kat komen box page orang, dorang tinggalkan komen mintak PU hantar gambar kat email dorang.


So, pagi tadi baru PU dapat hantar email kat dorang. Tak sangka pulak berpeluang kali kedua featured in dalam majalah. Alhamdullillah rezeki...Tapi kan PU tak tahu macam mana nak dapatkan majalah nih kat luar. PU baca pun baca online jer...

Lembu punya pasal......

11:11:00 PG 0 Comments
Pagi nih macam biasa la bangun pagi siap siapkan barang anak anak apa yang patut sebelum hantar diorang kat rumah makngah PU....

Alhamdullillah jalan raya tak banyak kereta,so, drive pun seronoknya. Sampai jer simpang rumah makngah PU tuh, PU belok masuk simpang tuh. Masa PU drive, PU tak pakai spec sebab malas. Makanya masa masuk simpang tuh, PU tak nampak sekumpulan lembu kat depan. Dah la simpang ke rumah makngah PU tuh berbukit tinggi. Memang kaum perempuan tak berani nak drive masuk simpang nih. Dah la tinggi, sempit pulak tuh. Muat muat sebiji kereta je.Pastu kiri kanan jalan tuh ada longkang. Kebetulan masa PU kat tengah tengah jalan yang sempit tuh ada motor pun kebetulan dah turun. Jalan tuh betul betul lembu halang sebab haiwan haiwan besar sibuk makan rumput kat area situ...Memang payah nak gerak...PU takut nak redah lembu lembu tuh sebab confirm kena langgar punya. Dah jadi satu kerja nak menjawab dengan tuan punya lembu tuh.

PU dengan baik hati undur kereta ke belakang bagi laluan kat motor tuh. Sekali masa undur kereta tuh, dua tayar kereta PU masuk longkang kat tepi sebelah kiri. Kalo longkang kecik gagah la jugak PU tekan minyak bagi kereta gerak, nih tak. Longkang besar. Pulak tuh longkang tuh tertutup dengan rumput pulak...Mula mula memang PU pikir xde longkang. Bila tayar tersangkut, baru perasan ada longkang. PU try jugak tekan minyak kot kot berjaya keluar dari longkang tuh. Penyudahnya asap yang keluar. PU jadi cuak terus matikan enjin takut jadi apa-apa. Dah la Auni dan Aina ada. Risau dibuatnya. Gear kereta PU langsung tak boleh gerak, dah stuck kat gear reverse.

Last last kereta PU tersadai macam tuh. PU buntu tak tahu nak buat apa. Then, PU buat keputusan kol makngah PU mintak tolong dia panggilkan anak bujang dia datang tolong PU. Adik sepupu PU datang tolong tapi tak jugak gerak. Kebetulan pulak masa tuh, adik ipar makngah PU (adik ipar arwah pakngah) nak pergi kerja dan lalu jalan tuh. So, dia pun datang tolong. PU pulak tekan minyak sekuat hati tapi tak jugak lepas. Aina pulak dah mula menangis dalm kereta sebab takut dengan orang. Dia memang akan menangis kalau tengok orang yang tak dikenali rapat dengannya.

Hampir lima minit jugak kitorang bertungkus lumus keluarkan tayar kereta tuh dari longkang tapi tak boleh jugak. Masa tengah sibuk sibuk nak keluarkan tayar tuh, datang pulak seorang budak lelaki yang nak pergi kerja jugak. Dia pun datang tolong. Kebetulan masa dia datang, ada dua kereta yang masuk jalan yang sama berhentikan kereta dan tolong. 

Mula mula diorang suruh PU reverse ke belakang. Pastu, bila tayar belakang dah naik kat atas jalan, dorang angkat bumper depan kereta dan suruh PU tekan minyak pergi ke depan pulak. Alhamdullillah berjaya jugak kereta PU bergerak. PU apa lagi terus tekan minyak naik jalan bukit tuh. Tak sempat nak ucapkan terima kasih kat orang orang yang tolong sebab kereta memang tak boleh berhenti kat jaln tuh nanti berundur kat belakang.

PU cuma sempat angkat tangan kat adik ipar makngah jer. Pastu, masa PU sudah sampai rumah makngah salah seorang yang tolong PU tuh lalu, PU cuma senyum dan angkat tangan tanda ucapan terima kasih sebab tolong PU. Yang lagi dua orang tuh tak sempat PU nak ucapkan terima kasih. Hanya ALLAH yang dapat membalas jasa baik dorang tuh. PU pun tak lupa ucapkan terima kasih kat adik sepupu PU tuh.

Makngah PU cakap, sabar jela. Ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku. Lagipun makngah PU cakap sebelum nih ada banyak kes kereta dan van tayar masuk longkang. Kira kes PU nih tak tahu yang ke berapa. Macam nih la kan, bila jalan jalan kampung nih sempit dan terhad memang menyusahkan para pemandu la kan....

Apa apa pun PU bersyukur sangat sangat sebab semuanya selamat. Risau jugak kereta rosak ke apa ke...Dah la duit gaji dah terbang melayang ke sana sini...hehehe...

Korang macam mana pulak??Pernah tak jadi macam nih kat korang??

Isnin, 19 Disember 2011

Bowling @ The Store PD

6:00:00 PTG 2 Comments
Sabtu malam lepas PU dan family pergi The Store PD main bowling. Actually plan sebenar pergi tengok Tatoo kat PUSASDA tapi bila fikirkan semula masalah parking, so, plan bertukar. Penyudahnya bakal tunang adik sepupu PU cadang pergi main bowling. 

So, kitorang sepakat pergi main bowling. Kalau orang lain sibuk tengok tatoo, kitorang sibuk main bowling. Serius kitorang customer pertama yang main bowling. Bila dah main 2, 3 kali baru ada customer lain masuk. Semuanya gara gara orang kat PD sibuk pergi PUSASDA....




Diorang di atas nih semua jadi penonton jer...Puas PU ajak makcik makcik dan adik sepupu PU main bowling tapi diorang tak nak sebab diorang tak pandai main bowling. So, malam tuh PU seorang jer bunga yang main bowling. PU group dengan incik hubby. Pakcik PU dan bakal tunang adik sepupu satu group.


Masa nih turn pakcik PU main. Semua jadi penonton huhuhu.....Bila tengok pakcik PU main memang tergelak sakan kitorang.


PU sempat menyelit kat belakang buat peace....


Sempat bergambar dengan Auni. Alhamdullillah malam tuh Auni tak meragam. Macam tahu tahu jer Ummi dan abi dia sibuk main bowling...

 Kitorang habis main bowling jam 10.30 malam. Habis jer game, Auni menangis meraung raung macam tahu tahu aje kitorang dah habis main... Lepas main bowling, kitorang isi perut yang tengah lapar. Anyway, memang PU enjoy la main bowling malam tuh. Game pertama dan kedua, momentum permainan PU ok lagi..Masuk game ketiga momentum permainan tuh dah ke laut. Lenguh dah tangan nih. Tak sempat nak attach pic score bowling...Lupa nak bluetooth masuk dalam laptop...


Gambar gambar nih PU suruh adik sepupu snap sebelum balik. Dalam thumbdrive dan tab PU nih banyak sangat gambar tapi tak bercuci lagi...So, memang gambarPU banyak la sebab adik sepupu yang pegang tab..Tuh pun PU pilih pilih jer gambar nih. Kang masuk semua gambar kang takut ada yang termuntah sampai lebam..hehehe...

Ok la, PU nak attend meeting nih....Bye!!

Ana Dahlia Queen Control???

12:32:00 PTG 1 Comments
Rasanya satu Malaysia dah tahu Chef Riz telah pun selamat melangsungkan perkahwinannya dengan Ana Dahlia si cantik manis. Kalau sesiapa yang masih tak kenal siapa Ana Dahlia tuh, korang dah tengok filem Mantera?
Ana Dahlia tuh heroin filem tuh la....Dah ingat??

Usia perkahwinan dorang nih baru masuk seminggu tapi Ana Dahlia dikatakan mula tunjuk taring...Dia dikatakan  sudah pandai mengawal Chef Riz...Pendek kata Ana Dahlia queen control la...Apakah???


Korang jangan salah faham pulak yer....Nak tahu lebih lanjut baca petikan nih...

KUALA LUMPUR, 18 DISEMBER 2011: Usia perkahwinan mereka baru masuk seminggu, tapi pelakon Ana Dahlia nampaknya sudah pandai mengawal suaminya, Chef Riz yang juga merupakan juri MasterChef Malaysia.
Jangan salah faham, kawal atau control yang dimaksudkan di sini bukanlah queen control sebaliknya Ana Dahlia atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar, 28 sudah mula menguruskan jadual kerjaya suaminya supaya tampak lebih kemas dan tersusun.
Malah ketika portal murai.com.my bertanyakan tentang perancangan jadual kerjaya Chef Riz selepas saja selesai kedua-dua majlis resepsi mereka, kelihatan Ana Dahlia merupakan individu yang lebih arif dengan jadual kerja suaminya itu.
Tidak langsung diberikan kesempatan kepada Chef Riz memberikan penjelasan, sebaliknya Ana Dahlia telah menerangkan dengan lebih terperinci akan jadual suaminya itu kepada beberapa wakil pihak media yang mungkin mahu berkongsi informasi serupa.
Namun, kerana menyedari kebolehan isterinya itu menguruskan jadual kerjanya dengan cekap, Chef Riz sedikitpun tidak berkecil hati, sebaliknya bersyukur kerana akhirnya telah dipertemukan dengan wanita cantik dan berkebolehan itu.
"Memang Ana seorang yang sangat pandai menguruskan jadual kerja saya. Saya tak kisah dan membiarkan dia menguruskan segala urusan kerja dan cuti saya sebab kalau nak harapkan diri saya memang tidak akan terurus.
"Dia akan susun semuanya dengan baik. Malah saya juga sangat kagum dengan kebolehannya menguruskan majlis pernikahan dan persandingan kami di rumah keluarganya di Taiping, Ahad lalu walaupun hanya dua minggu saja lagi masa yang tinggal," katanya tersenyum.
Kedua pasangan ditemui sebaik saja selesai majlis resepsi ala kampung yang telah diadakan di kediaman nenek Chef Riz di Felda Sungai Koyan, Pahang , petang tadi.
Kedua mempelai cukup mempersona dengan persalinan rekaan Syomir Izwa, solekan Kuzie, manakala telah beradu di atas pelaminan indah yang dipenuhi lebih 12 jenis kuntuman bunga segar rekaan Kem dari Kapas Lifestyle.
Sementara itu Ana Dahlia berkata, peranannya sebagai pengurus Chef Riz sudah bermula sejak mereka mengenali satu sama lain lagi dan oleh kerana pengurusan jadual yang baik itu jugalah mereka telah berjaya disatukan dalam jangkamasa yang dirancangkan.
"Sejak pertama kali mengenali Riz lagi, dia telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menguruskan jadual kerjanya. Sehinggalah dia dapat menjadi juri di MasterChef Malaysia, majlis kahwin kami dan nanti bila kami berbulan madu.
"Alhamdulillah berkat perancangan yang ada, Riz selepas ini akan sibuk dengan projeknya bersama Prego, diikuti kontrak barunya di Putrajaya, menguruskan restorannya dan juga waktu bulan madu kami," katanya yang masih perlu menyudahkan penggambaran Meyro Skuad untuk tayangan RTM.
Ditanya perasaan mereka selepas disatukan, Chef Riz berseloroh dan menjawab ianya bagaikan syurga di dunia apatah lagi kini kehidupannya sangat lengkap kerana dapat berkongsi bersama insan tersayang yang sering berada di sisinya.
"Syukur Alhamdulillah, impian saya untuk mendirikan rumah tangga pada tahun ini tercapai. InsyaAllah kalau diizinkan Tuhan, saya mahukan zuriat sekurang-kurangnya empat orang untuk menambah bilangan keluarga saya yang kecil ini," katanya.
Sementara itu menurut Ana Dahlia, meskipun perkahwinannya ini merupakan kali kedua selepas bercerai tujuh tahun lalu, dia bagaimanapun bersyukur kerana dipertemukan dengan Chef Riz dengan harapan dapat kekal hingga ke akhir hayat.
Katanya, pengalaman lalu membuatkan dia lebih kuat dan tabah, apatah lagi dia sudah lama melupakan peristiwa hitam itu dan tidak pernah pula terfikir untuk mengenali mana-mana jejaka sehingga akhirnya dipertemukan dengan Chef Riz.
"Dalam hal ini, saya harus berterima kasih kepada Serina yang telah memperkenalkan saya dengan Riz. Memang pada awalnya saya keberatan untuk mengenalinya kerana saya tahu saya bukanlah datang dari keluarga senang, tapi selepas mengenali hati budi masing-masing, akhirnya hanya takdir saja yang telah menyatukan kami," katanya.

Sumber : Murai


Sabtu, 17 Disember 2011

Best sangat ke blog Hanya Dari Mata???

8:30:00 PG 3 Comments
Salam peeps!!!

Nampak tak tajuk PU kat atas tuh??Nampak kan???Korang kenal dengan pemilik blog Hanya Dari Mata a.k.a Innanie Ariffin.....Ala bila bukak blog dia sana sini ada mahkamah dan kes tuh!!

Best sangat ke blog dia tuh???Meh sini baca apa PU nak "KUTUK" blog dia...Dia nak marah lantak pi la kan...Nih blog PU, PU punya suka la nak taip apa pun. Hado aku kesah kalau dia sentap!!!!


Korang yang mana kenal dengan blogger nih jangan marah atau maki hamun PU pulak....Korang jangan sentap atau terhiris hati terhiris hempedu ke apa...Luahan hati PU nih ikhlas takde nak bikin kontroversi punya la. Jangan pulak korang tak puas hati dengan kutukan PU nih,korang bantai PU kat luar. Tak pasal pasal masuk suratkhabar popular PU jap.

Okeh straight to the point!Macam mana PU boleh kenal dengan blogger Hanya Dari Mata ni? Mula mula PU kenal blogger nih sebab nak join contest yang dianjurkan beliau. Salah satu syaratnya dia minta peserta sertakan sekali tajuk entry beliau yang paling disukai. Mula mula tuh fikir jugak best sangat ke entry ngko sampai suruh sertakan sekali tajuk entry yang best...

Bila bukak one by one entry Innanie Ariffin nih..........(PU shotform panggil IA la yer...Malas nak taip panjang panjang nama ko dik...lenguh tangan ahkak nih ha)...Sorry to say it!!!Sambung balik yer ayat tadi...Bila PU dah baca entry IA nih one by one, hati nih bagai tercarik carik halus sebab bukan rasa sentap ke apa tapi penggunaan ayatnya, keikhlasan IA nih meluahkan apa yang dia rasa tak puas hati atau tak suka, kejujuran dia berkongsi cerita dan ilmu kepada blogger blogger lain buat PU jatuh CHENTA la!!!Memang blog dia nih terbaekkk!!!PU bukan nak bodek ke hape tapi this is the truth...Mula mula PU jadi silent reader gak tapi PU cuba belajar sikit sikit baca entry beliau dan komen......Kalau boleh nak jadi peminat setia dia macam PU minat Datuk Siti Nurhaliza...Boleh IA????

PU suka cara penulisan IA yang berani mati...Kalau dia cakap tak suka, dia cakap tak suka. Takde istilah hipokrit ke hape....Memang entry entry yang dihasilkan ada "HARGA" tersendiri. Tahniah IA....Akak memang suka baca entry entry awak...Kadang kadang rasa diri nih kerdil jika nak dibandingkan dengan IA nih sebab berjaya menghasilkan penulisan yang berkualiti dan meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa pembaca. Agaknya student law nih memang banyak idea yang superb untuk dikongsi dan diluahkan...Nama pun bakal peguam kan???Nih kalau berbahas dengan IA mahu kalah 100 markah ke belakang PU dibuatnya...Budak law fighting dengan bekas budak banking??Giler ngko!!Sah sah PU kalah teruk...Haiyakkkk!!!!

PU gerenti la korang takkan jemu baca entry IA dari awal sampai habis. Kalau sesiapa yang belum follow blog IA nih cepat cepat la follow sebab rugi rasanya kalau korang tak mengikuti perkembangan terkini IA nih..Ceh ceh ceh mengalahkan retis aje IA nih...Ala retis dalam dunia maya pun popular apa...Serius banyak pengajaran dan ilmu yang korang boleh dapat dari blog IA nih. PU sendiri pun masih belajar untuk menghasilkan entry yang superb macam IA. Memang tak digalakkan meniru cara orang lain tapi sesuatu yang baik tak salah kalau kita jadikan pedoman dan contoh kan? That's why la PU adore sangat sangat blog IA. Isi yang mantap, penggunaan bahasa yang mudah difahami membuatkan PU memang tak jemu nak baca. Serius PU cakap, if ada entry yang PU terlepas peluang nak baca, PU akan baca entry IA yang terlepas tuh sekurang kurangnya 5 entry satu hari. Tuh yang buat laptop PU jammed bila bukak blog IA..sorry IA akak gurau jer dear, jangan terasa hati pulak dik. Akak tau awak berhati kental berjiwa batu. Buktinya cukup sekadar baca entry entry awak yang BERANI MATI.

Dan dua pengajaran yang PU dapat dari blog IA nih, yang pertama jangan takut untuk menegakkan fakta dan berani memerangi auta dan keduanya luahkan apa saja rasa ke"tidakpuashati"an terhadap persekitaran sekeliling kita but dengan cara yang betul dan berhemah. So. i will keep both of them as my reminder for the future. Ermmm... Agak agakkan banyak sangat ke PU kutuk IA nih? Rasanya cukup setakat nih kot kang PU lebih lebih pulak ada yang cakap PU kaki mengampu.(tangan kat bahu mata pandang atas) Please la.. Segala KUTUKAN PU nih bernas dan relevan dengan bukti bukti yang ada okeh. Cukup bahan perasa okeh!!
Lepas nih giliran siapa erk blog dia kena terjah dan "kutuk"???Berani PU nak mengutuk blog orang kan??Blog haku nih pun tak semenggah jer...sob sob sob

Nota kaki * entry nih bukan tujuan nak up traffik ke apa atau mengipas owner blog ye...PU ngah bosan tahap gaban nih so, terdetik idea kat kepala otak nak BW & review blog tuh...No need buat segmen la...Buat ikut suka hati...
Published with Blogger-droid v1.7.4

"Saya Ada Bakat Terpendam..hehe"

12:40:00 PG 6 Comments
Wah sayu hati oooo.....PU dah terlepas 3 aktiviti dari blog fiQ'Ra...Takpe aktiviti ke 4 nih PU takkan terlepas pandang or whatever....Okeh jom tengok apa aktiviti ke 4 untuk Geng fiQ'Ra nih....


Nampak banner kat atas nih???Ha inilah dia aktiviti ke 4 yang perlu disahut oleh geng geng fiQ'Ra....Kena cerita pasal bakat terpendam....Aishhh...malu la pulak nak cerita pasal bakat terpendam nih sebab takit kena kutuk tapi bila difikir fikirkan balik ahdo haku kesah korang nak kutuk???hahaha

Okeh sebagai bukti dah jadi Geng fiQ'Ra, kena tempekkan blogger card yang mendapat sentuhan emas berkilau daripada fiQ'Ra sendiri....So, tengok kat bawah nih blogger card PU yang dihasilkan....


Tengok pic PU kat blogger card nih memang tak boleh blah...Bajet cun la konon kononnya....hahaha

Meh sini, PU dah nak start cerita bakat terpendam PU tuh....Korang jangan gelak sudah la yer.....Nak tahu apa bakat terpendam PU???Jeng jeng......

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Jadi jurumekap tak bertauliah
hehehe!!!

Korang jangan tak tahu, PU nih ada bakat dalam bidang mekap memekap nih tau. Untuk pertama kalinya PU tunjuk bakat mekap muka kawan PU yang paling tinggi kat gambar bawah nih. PU berani mekap muka sendiri jer, muka orang memang tak berani. Tapi disebabkan PU terpaksa juga mekapkan dia nak tak nak PU mekapkan jela. MAsa nih kitorang terlibat dengan nasyid. PU tak berani nak mekapkan orang sebab takut hasil mekap tuh tak semenggah aje. Setakat conteng conteng muka sendiri berani la PU kan....Alhamdullillah respon yang diterima daripada kawan kepada kawan PU nih positif. Ramai puji muka dia nampak lain dan cantik. Kembang semangkuk PU...huhu...





Ramai yang puji muka kawan PU nampak lain sangat sangat dalam gambar gambar kat atas nih.....Sentuhan tak berapa ajaib PU berjaya mengubah muka dia.


Komen komen nih sebahagian feedback yang kawan PU dapat...Yang lain malas PU nak cari...Bila orang puji dia cantik secara tak langsungnya PU jugak kembang semangkuk sebab yang tukang mekapkan dia siapa la gi kalau bukan PU...hehehe





Dua gambar kat atas nih PU mekap nipis saja tak mekap tebal sangat..Kalau sesiapa nak PU mekapkan untuk bertunang dialu-alukan...Tapi PU syorkan jangan la amik PU..cari yang dah berpengalaman. Kang haku mekap muka korang ntah apa apa jadi kang..hahaha

Okeh setakat ini saja persembahan PU. Hope korang yang membaca entry nih puas hati. Kalau tak puas hati buat buat puas hati gak...

p/s * Sesiapa nak join di alu-alukan tapi tak boleh guna blog contest yer. Yang penting korang ada blogger card. Kalau takde, cepat cepat join Geng fiQ'Ra nih... Tak rugi mana pun join.

Jumaat, 16 Disember 2011

Pertemuan 4 mata dengan blogger blogger

9:15:00 PG 5 Comments
Salam Jumaat!!

Pepagi Jumaat nih tetiba PU terfikir satu idea. Tapi tak tahu la kot kot idea PU boleh ditetima ataupun takkan. PU rasakan why not kita yang blogger blogger nih buat satu event antara blogger blogger. Yelah kita berhubung pun di alam maya je kan. Tak salah kalu kita buat pertemuan 4 mata sesama kita.

PU tahu ada antara blogger yang bekerja dan study. So.agak payah jugak la kan kita nak buat event yang macam nih. Nak nak ada yang tinggal jauh nun utara,selatan dan timur.

Tapi why not kita cuba buat event nih. Mesti seronokkan bila dah berkumpul sesama sendiri. Rasa rasanya ada tak yang setuju dengan idea PU nih. Kalau ada angkat tangan dan kaki.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Berjaya Hill

6:00:00 PG 6 Comments
PU ada bagitau korang pasal incik hubby buat plan nak pergi ke suatu tempat masa kitorang on the way balik dari Genting Highland. Actually incik hubby cadang nak gi Cameron Highland tapi memandangkan Cameron Highland tuh jauh, so plan tuh cancel. Last last incik hubby bawak pergi Berjaya Hill.....Walaupun kepala PU dah pening dan tekak mula loya gara gara keadaan jalan yang bengkang bengkok, PU gagahkan diri gak sebab nak pergi Berjaya Hill punya pasal.

Nak masuk tuh kena bayar RM 12.00 untuk dewasa. So, PU dan incik hubby kena bayar RM 24.00 la. Untuk Aina dan Auni foc jer.... Sampai jer Berjaya Hill, PU dan incik hubby ronda ronda dulu. Pastu sampai kat satu tempat bersebelahan dengan sebuah restoran makan. Kitorang nak try luck kitorang kat situ. Incik hubby tukar RM10 dapat 5 token. Mula mula kitorang main baling gelang kat botol. Tapi luck kami takde. Then, incik hubby tukar lagi duit untuk dapatkan token. Kali nih PU cuba nasib main permainan bola pingpong kena masukkan dalam mulut patung clown then, masuk dalam lorong lorong kecik yang ada no 1 hingga 6. Cara pengiraan untuk menang tuh dah memang ada tertera kat depan patung clown. Permainan nih kena tukar 3 token untuk 6 biji bola. 6 biji bola tuh akan masuk ke setiap lorong yang bernombor dan akan dijumlahkan nombor nombor yang kita dapat tuh. 

Yang PU ingat kategori small gift jumlah nombor yang perlu kita dapat 14,15, 28,29..lagi satu nombor PU tak ingat...Kategori medium gift jumlah nombornya 11,12,13 dan yang lain lain PU memang tak ingat. Rugi sangat sangat tak snap pic game yang PU main tuh. PU try 3 kali. Alhamdullilah kali ketiga try ada gak luck PU. PU dapat total 12. So, PU diberi pilihan sama ada nak teddy bear atau caterpillar. Memandangkan rumah PU dah banyak teddy bear, PU pilih patung caterpillar. Seronok sesangat. Finally, luck PU ada jugak kan...


Rasa berbaloi baloi la jugak....Kalau korang nak tahu incik hubby pun ada luck jugak tau. Dia dapat patung angry bird kuning. Nak tahu incik hubby main game apa nanti PU cerita kat entry lain okeh!!!

Lepas puas mencuba nasib PU dan incik hubby bergambar kenangan pulak....Sebenarnya payah gak nak ajak Aina bergambar cuz dia baru bangun tidur. Mood dia agak kurang sikit. Yelah tengah syok syok tidur kena kacau pulak.....


PU dan anak anak bergambar depan perigi yang penuh dengan duit syiling. Orang percaya kalau buang duit syiling sambil make a wish, one find day wish kita tuh akan termakbul. Kita as a Muslim tak boleh percayakan nih semua betul tak???


Pastu, kitorang bergambar dengan kereta kuda yang berwarna warni pulak. Kreatif betul orang cat patung kuda dengan warna warna yang banyak. PU pun tak sekreatif nih....



Sebelum balik, kitorang singgah kat kedai kraftangan nih. Incik hubby yang ajak. Incik hubby decide amik patung Angry Bird dan PU pulak pilih Hello Kitty. Harga satu patung tuh RM 9.90...Kalau dua maknanya RM 19.80. Kitorang diberi dua pilihan sama ada nak cat patung tuh kat situ atau kat rumah. PU pilih cat terus kat situ lagi senang. Leceh nak cat kat rumah. Faham faham ajelah bila dah ada anak kecik kan...


Huhuhu...Patung Angry Bird tertutup dengan watermark PU la...Tak perasan masa nak buh watermark tuh...Sorry....


Dah selesai semua kitorang bergambar untuk kali yang terakhir sebelum balik. Penat memang penat tapi berbaloi la kan bawak anak anak berjalan jalan. 



Last but not least, nih la hasil cat mengecat patung Angry Bird dan Hello Kitty incik hubby dan PU.


Nota kaki * Lepas nih nak update entry pasal incik hubby dapat Angry Bird pulak...