Sabtu, 26 November 2011

LC Special Edition untuk incik hubby

Dah dua hari rasanya PU tak update blog. Semua sedia maklum kan PU terlibat dengan pertandingan nasyid. So, hari nih baru berkesempatan nak update blog.

Okeh, straight to the point la kan. Korang nampak tak kat atas entry nih, pic motor LC Special Edition kaler biru? Nih pic motor baru incik hubby. PU hadiahkan untuk incik hubby. PU bukan nak menunjuk nunjuk pasal motor nih tapi entry nih sekadar nak berkongsi dan sebagai tanda kenangan. PU kesian dekat incik hubby, motor Honda Wave dia dah rosak tak boleh nak start enjin langsung. PU belikan motor baru nih senang dia ulang alik dari Kem Sg Besi ke rumah. Mula mula ayah PU suruh tolak motor lama buat deposit motor baru tapi PU rasa sayang pulak cuz motor Honda Wave tuh incik hubby dah habis bayar. So, incik hubby cakap tunggu duit ada baru repair motor Honda Wave. Motor tuh wat ronda ronda kat area rumah jer.

Motor LC SE yang PU amik nih jenis klac, PU memang tak pandai bawak motor jenis nih. Kalau motor biasa tuh terror la PU nak tunggang. Masa datang nak amik motor nih pun, PU mintak tolong adik lelaki PU bawak sampai ke rumah. PU lak bawak motor dia..Incik hubby ada gak ajar cara nak tunggang motor jenis klac nih, adik PU pun sama gak tapi memang PU tak reti gak. Motor biasa jela PU pandai pun.

Motor nih incik hubby yang pilih. Dia ada gak mintak pendapat PU nak amik motor apa tapi PU suruh dia pilih ikut taste sendiri. Tanya PU nak amik motor apa, senang je PU pilih amik aje scooter. Nak ke dia bawak motor scooter pergi kerja. Tak maknanya pun. Hehehehe..

Hopefully motor tak meragam macam Honda Wave. Honda Wave tunggu ye aku lenjan ko bile ko dah sihat nanti.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen.