Sekian lama tak menyumbangkan suara dalam nasyid

Hari nih PU agak busy berlatih nasyid untuk PERKEP. Korang jangan salah faham pulak ye. PU bukan ahli PERKEP tapi PU dipilih untuk gantikan tempat orang yang tarik diri last minit. Tapi PU hadir masa hari pertandingan aje, ikutkan PU kena stay tidur kat kl 3 ari 2 malam tapi disebabkan si kecik Auni still breastfeed so, PU diberi kelepasan datang pada ari pertandingan aje.

Saat entry nih ditaip, PU tengah tengok akak akak yang lain berlatih nyanyi cuz dorang tak dapat lagi tempo lagu nasyid. PU & the gang yang muda belia boleh la catch up lagu rancak. Yang kategori veteran nih memang makan masa sikit nak ajar nyanyi.

Tak tahu la apa jadi dengan lagu nasyid nih kalau PU ada.hahaha.. Dah berkurun lama tak menyumbangkan suara dalam lagu. Last terlibat dengan nasyid masa PU tingkatan 4 & 5. Sekarang nih agak agak la kan. Umur pun dah 27 tahun anak dah dua,wayar pun banyak putus, suara pun dah lari dari garisan. Jangan hujan turun masa pertandingan tuh udah ler. Kompom suara PU la punca hujan turun, ahakss ( ",) PU suka, PU suka.

Hopefully segalanya berjalan dengan lancar. Dah lama tak berdiri
kat atas pentas,kompom darah gemuruh datang menyerang.
Published with Blogger-droid v1.7.4

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen.