Sabtu, 26 November 2011

InTrend Disember 2011 | Maya Karin & Fasha Sandha

5:48:00 PTG 2 Comments
Korang dah dapatkan InTrend Disember 2011? PU dah dapatkan semalam. Nampak jer InTrend terus PU sambar. First thing PU beli InTrend cuz nak join contest la kan apa lagi.

Kali nih hadiah hadiah yang ditawarkan InTrend memang best best la. Memang kena join punya. PU belum berkesempatan nak belek page to page InTrend nih. Just tengok sekali imbas jer. Malam nih mungkin berpeluang kot nak baca majalah kesayangan ramai nih.

Apa yang penting InTrend kali nih sangat istimewa buat PU. Nak tahu sebab apa? Ce teka ce teka.
Published with Blogger-droid v1.7.4

LC Special Edition untuk incik hubby

4:47:00 PTG 0 Comments
Dah dua hari rasanya PU tak update blog. Semua sedia maklum kan PU terlibat dengan pertandingan nasyid. So, hari nih baru berkesempatan nak update blog.

Okeh, straight to the point la kan. Korang nampak tak kat atas entry nih, pic motor LC Special Edition kaler biru? Nih pic motor baru incik hubby. PU hadiahkan untuk incik hubby. PU bukan nak menunjuk nunjuk pasal motor nih tapi entry nih sekadar nak berkongsi dan sebagai tanda kenangan. PU kesian dekat incik hubby, motor Honda Wave dia dah rosak tak boleh nak start enjin langsung. PU belikan motor baru nih senang dia ulang alik dari Kem Sg Besi ke rumah. Mula mula ayah PU suruh tolak motor lama buat deposit motor baru tapi PU rasa sayang pulak cuz motor Honda Wave tuh incik hubby dah habis bayar. So, incik hubby cakap tunggu duit ada baru repair motor Honda Wave. Motor tuh wat ronda ronda kat area rumah jer.

Motor LC SE yang PU amik nih jenis klac, PU memang tak pandai bawak motor jenis nih. Kalau motor biasa tuh terror la PU nak tunggang. Masa datang nak amik motor nih pun, PU mintak tolong adik lelaki PU bawak sampai ke rumah. PU lak bawak motor dia..Incik hubby ada gak ajar cara nak tunggang motor jenis klac nih, adik PU pun sama gak tapi memang PU tak reti gak. Motor biasa jela PU pandai pun.

Motor nih incik hubby yang pilih. Dia ada gak mintak pendapat PU nak amik motor apa tapi PU suruh dia pilih ikut taste sendiri. Tanya PU nak amik motor apa, senang je PU pilih amik aje scooter. Nak ke dia bawak motor scooter pergi kerja. Tak maknanya pun. Hehehehe..

Hopefully motor tak meragam macam Honda Wave. Honda Wave tunggu ye aku lenjan ko bile ko dah sihat nanti.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Khamis, 24 November 2011

Pertandingan Nasyid PERKEP 2011

10:50:00 PTG 3 Comments


Sebelum nih PU ada post entry pasal PU kena gantikan tempat somebody dalam nasyid kan. So,today PU nak story mory sikit pasal pertandingan nasyid nih serba sedikit.

Kalau refer pada schedule pertandingan, sepatutnga semalam all contestants kena ada kat Maktab Cheras for sound checking & raptai. PU tak berkesempatan pergi maktab semalam cuz diberi pelepasan datang masa hari pertandingan sahaja. No need stay there 3d 2n. Datin beri pelepasan kat PU cuz ada anak kecil yang still breastfeed lagi. Yang lain semuanya anak dah besar besar & bujang. PU sorang jer yang beranak kecil. So, faham faham ajelah bila ada.baby nih kan. It's so hard for me to leave both of them. Datin memahami & dia tinggalkan pesan hafal lirik lagu. Walaupun PU join last minit atas arahan somebody, komitmen yang diberi kena tinggi. So, dalam masa tak sampai sehari PU dah boleh hafal lirik 2 buah lagu yang dipertandingkan.

PU sampai kat maktab around 9.30am. Sampai sampai je PU pergi jumpa kawan kawan nasyid yang lain sekejap. Then, PU ajak kawan kawan yang conduct group nasyid gi sarap. Actually dorang nih ustaz kat tempat kerja PU.

Lepas sarap,kitorang berlatih menyanyi sampai lebam..hehehe..kitorang stop berlatih tepat jam 1.00pm. So, masing masing sibuk menyiapkan diri,yang mana boleh solat, solat dulu.

Tepat jam 2.10, kitorang sampai ke dewan tempat pertandingan diadakan. Seriau tengok orang ramai walaupun majoriti penonton terdiri daripada wanita wanita jer. Bab bab debaran tuh still ada. Risau gak kalau darah gemuruh datang abis hilang semua lirik yang dihafal. Tapi alhamdullillah nyanyian kitorang berjaya di abiskan dengan jayanya. Sebenarnya, group PU turn yang ke 5. Semuanya ada 20 group yang masuk pertandingan. Actually, sampai malam pertandingan diteruskan but sayang la sangat sangat cuz PU dah balik awal. Jam 4.45pm, lepas group PU buat persembahan, PU balik dengan kawan kawan ustaz tadi.

So,far pertandingan nasyid yang diadakan memang sengit. Baju baju contestants yang lain glamour giler korang, rasa kerdilnya kitorang cuz pakaian kitorang tak la glamour tapi meletup you!!hahaha

But, PU really enjoy join nasyid nih. Dapat 2 helai jubah sponsor dan 2 tudung jenama Nur Kasih lagi. So, takde ruginya join nasyid kast minit kan,kan,kan..

Nak tahu pasal perkembangan terkini keputusan nasyid nih kena tunggu annoucement dulu. Next entry PU nak cerita pasal 2 jubah dan 2 tudung yang di sponsor dan lagu ciptaan diorang.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Selasa, 22 November 2011

Wifi kat tempat kerja buat hal | update blog guna fon jela

9:19:00 PTG 1 Comments
Kalau korang tengok entry entry PU sebelum nih, korang akan perasan PU post entry guna fon. Actually PU lebih suka update blog guna lappy compare dgn fon. X puas la.

Tak tahu la bila wifi nak ok. Banyak benda PU nak share. Nak update nuff & churp churp pun payah. Nak join cgl jauh sekali. Tengok jela, geram geram geram.

Tak lama lagi nak masuk bulan Disember. So far, tak banyak cgl yang PU join. Tapi kan insyaALLAH masuk je tahun baru PU berazam akan join semua cgl yang bersesuaian. Ada rezeki ada la kan.

Jeles tengok kawan kawan menang cgl..Mana tahu lepas nih berpeluang menang hadiah hadiah yang besar dan mahal pulak..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sekian lama tak menyumbangkan suara dalam nasyid

3:49:00 PTG 0 Comments
Hari nih PU agak busy berlatih nasyid untuk PERKEP. Korang jangan salah faham pulak ye. PU bukan ahli PERKEP tapi PU dipilih untuk gantikan tempat orang yang tarik diri last minit. Tapi PU hadir masa hari pertandingan aje, ikutkan PU kena stay tidur kat kl 3 ari 2 malam tapi disebabkan si kecik Auni still breastfeed so, PU diberi kelepasan datang pada ari pertandingan aje.

Saat entry nih ditaip, PU tengah tengok akak akak yang lain berlatih nyanyi cuz dorang tak dapat lagi tempo lagu nasyid. PU & the gang yang muda belia boleh la catch up lagu rancak. Yang kategori veteran nih memang makan masa sikit nak ajar nyanyi.

Tak tahu la apa jadi dengan lagu nasyid nih kalau PU ada.hahaha.. Dah berkurun lama tak menyumbangkan suara dalam lagu. Last terlibat dengan nasyid masa PU tingkatan 4 & 5. Sekarang nih agak agak la kan. Umur pun dah 27 tahun anak dah dua,wayar pun banyak putus, suara pun dah lari dari garisan. Jangan hujan turun masa pertandingan tuh udah ler. Kompom suara PU la punca hujan turun, ahakss ( ",) PU suka, PU suka.

Hopefully segalanya berjalan dengan lancar. Dah lama tak berdiri
kat atas pentas,kompom darah gemuruh datang menyerang.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Perjalanan ke Sunway Pyramid (Part 2)

10:30:00 PG 8 Comments
.......sambungan part 1

Sampai jer kat parking, kitorang bergegas ke lif dan pergi ke tingkat LG...Bila dah sampai tuh, kitorang berpusing pusing cari tempat yang dimaksudkan. PU tanya la ada sorang kakak nih tapi dia tak tahu. PU tanya ada seorang amoi tuh, dia cakap Blue Atrium kat depan lagi. Ha, puas gak la cari, berpusing pusing. Kaki naik lenguh dah. Tambah pulak tangan pun lenguh gara gara dukung Aina. Aina tak nak jalan kaki. So, PU bergilir gilir dengan Farah dukung Aina. Lastly, dapat gak kitorang jumpa tempat yang dicari cari sebab dari jauh dengar lagu InnerShine berkumandang....

Sampai sampai jer PU tanya sorang amoi nih nak winner's contest nak jumpa siapa..Then, dia suruh jer PU enter kat perkarangan pentas tuh. Masa tengah cari penganjur PU terjumpa Nisa Azman, blogger Greennn Inspiration. PU tegur Nisa dulu, dia memang tak perasan PU. PU borak borak kejap dengan dia. then, dia suruh PU jumpa penganjur redeem hadiah.

PU sempat snap pic pic Maya Karin. Seriously, she's beautiful and friendly women. PU suka sangat sangat....Maya Karin sempat gak cium pipi Aina. Huh..untungnya jadi budak kecik....PU pun nak gak kiss Maya Karin tuh...hahaha


Slim kan Maya Karin...Sungguh jeles tengok body dia...huhu~



Aina potong stim la...pose dah ok dia sibuk tengok hadiah yang Ummi dia dapat...

Isnin, 21 November 2011

Hadiah hadiah menang join contest InnerShine

11:36:00 PTG 5 Comments
Nih la hadiah hadiah yang PU dapat daripada InnerShine Club. Excited sangat bila dapat hadiah hadiah nih.

Lebih lebih lagi dapat sekotak InnerShine pati prun tuh. PU dah minum sebotol. Masam giler pati prun nih tapi sedap. Before this memang beli tapi kat luar mahal sangat. Tapi rasanya kalau untuk kesihatan dan kecantikan harganya tak la mahal mana kan.

Bila menang contest kat fb nih kali ke 2, rasa semangat nak join contest berkobar kobar. Lepas nih, nak join contest yang hadiah hadiahnya besar dan mahal pulak. Mana tahu kan rezeki anak anak kan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Perjalanan ke Sunway Pyramid (Part 1)

11:56:00 PG 2 Comments
Seperti yang PU bagitau kat entry sebelum nih, PU menang contest InnerShine. Dengan rasa keterujaan nak jumpa Maya Karin punya pasal PU beranikan diri drive pergi Sunway Pyramid. Terus terang PU belum pernah drive sampai ke sana tau.

Macam biasa pagi Sabtu tuh PU bangun pagi buat sarapan untuk adik adik PU. Ari Jumaat lagi PU dah balik Sendayan, so, bila dengar balik Sendayan adik adik PU nak ikut....Excited nak duk umah kakak dia..hahaha...Lepas tuh, bila dah siap semua PU mandikan anak anak. Auni PU tak bawak, PU tinggalkan kat makngah....Nak jalan jalan pergi Sunway Pyramid bawak Auni?? Giler ngko!!! Kompom satu Sunway Mall tuh dengar suara Auni..Perangai dia agak lain sikit...So, PU buat keputusan bawak Aina, adik PU Arif dan adik adik sepupu Farah dan Alif....

PU bertolak dari rumah jam 11.30 pagi. Singgah PD hantar Auni dan jemput Farah. Then, bermula la perjalanan kitorang ke Sunway Pyramid. Yang kelakarnya, malam sebelum pergi tuh incik hubby dah bagitau ikut Highway Kesas. Yang PU pulak salah paham msg incik hubby, PU pikir incik hubby suh ikut Lekas tapi dia tersalah taip Kesas. Dah tak pasal pasal kena patah balik pergi bandar Seremban ikut Highway Plus.

Perjalanan PU berjalan dengan lancar sampai la Highway Kesas. Incik hubby pesan lepas tol yang ke 2 atau ke 3 ikut signboard Sunway dia sendiri tak sure. PU pun ikut jela arahan dia tuh. Sebelum sampai tol ke 3 PU ada terperasan signboard Sunway Lagoon Resort tapi PUdah terlajak. PU pikir takpela sebab belum sampai tol yang ketiga. Dah sampai tol ketiga bawak keta macam biasa la kan.. Bawak punya bawak PU tengok langsung takde signboard Sunway. PU dah mula cuak dan nak marah sebab jam dah pukul 2.54 petang. PU suruh Farah kol incik hubby tanya dia balik. Sekali nak tahu apa PU dapat tahu?? Incik hubby bagitau kitorang dah terlajak jauh..Apa lagi, PU buat u turn terus pecut laju. PU tengok signboard Bandar Sunway PU ikut jer....Akhirnya sampai la kitorang ke destinasi yang dituju walaupun kitorang sampai jam 3.30 petang.

Dah sampai Sunway nak tahu apa jadi kat kitorang semua???Tunggu entry lepas nih pulak......

Ahad, 20 November 2011

Jumpa Maya Karin @Sunway Pyramid

9:54:00 PTG 3 Comments

Berkesempatan jumpa dengan Maya Karin @ Sunway Pyramid. Alhamdullillah berkat menang contest "Shout Out! Saya sayangkan InnerShine" kat FB.

Nanti PU update entry pasal kemenangan dan perjalanan PU ke Sunway Pyramid. Kena cerita part by part. Panjang giler cerita yang PU nak sharekan,kelakar pun ada. HAHAHA nak jumpa Maya Karin punya pasal.

See korang next entry yer ;-)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Rabu, 16 November 2011

Kerana vacuum Aina menyorok

3:10:00 PTG 4 Comments
Korang nampak tak kepala seorang baby besar kat sebalik sofa tuh? Nak tahu kenapa Aina menyorok kat belakang kusyen sofa tuh? Meh sini rapat rapat PU nak cerita sket.

Ceritanya macam nih. Pagi sebelum PU balik PD, PU kemas rumah. Kemas dapur, kemas ruang tamu dan bilik. Disebabkan banyak habuk dan sampah sampah kecik, PU guna vacuum @ PU panggil doraemon. Bila Aina nampak jer PU pegang vacuum cepat cepat dia berlari naik atas sofa.

PU memang dah tahu Aina mesti akan lari bila nampak PU guna vacuum. Sambil mengvacuumkan habuk habuk kat bawah sofa PU tergelak gelak sebab kelakar tengok gelagat Aina yang duk tinjau tinjau dari belakang kusyen.

Lepas tuh PU acah acah dia dengan vacuum tuh kat arah dia, menangis terjerit jerit si Aina. PU apa lagi tergelak gelak la. Menggeleng geleng kepala PU tengok keletah Aina. Ntah sampai bila Aina akan berani berdepan dengan vacuum nih. Si adik lagi berani daripada si kakak. Aina oh Aina!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Surprise on December

2:06:00 PTG 0 Comments
Hai peeps!!!PU baru balik dari Dengkil, riki riki jalan nak ke tempat kursus anjuran tempat kerja PU....Hari penutup nanti PU diamanhkan datang bawak goodies bag dan hamper buah untuk Dato' Dato'....So far, jalan nak ke sana senang jer..Dengar cakap orang lain macam jauh tapi sebenarnya idak la jauh mana....

Okey, forget pasal nih....Actually PU nak cerita yang PU dapat kejutan dari satu msg yang PU terima dari FB...Bukan menang join contest ke hape tapi something yang PU tak duga....Ermmm...apa erk surprise tuh???PU tak nak cerita skang...PU nak tunggu bulan Disember nih...betul betul confirm baru boleh buat entry pasal tuh. Kang buatnya takde buat malu muka mak jer...Masa tuh mula la nak menyorok kat rumah patplohpat hari patplohpat malam sebab benda yang dihebah hebahkan tuh takde...

Petang nih macam biasa la kan kena buat kerja yang perlu di settlekan.....Kena buat surat, surat dan surat...Ai...bila nak abis mengadap buat surat kan....Walaupun segalanya di hujung jari tapi surat tuh tetap akan "hidup" sampai bila-bila.....

Bila dah settle semua kerja kena lari jap pergi bank nak bank in duit kat incik hubby...Biasa la kan, kerja tentera nih bila ada latihan ke kursus ke memang guna duit....Disebabkan bulan nih terasa macam hari gaji tuh macam jauh lagi terpaksa la incik buat loan kat PU...hahaha...Dah nama pun loan kan so, kena la bayar balik ye dak....

Okeh la...PU ada something important kena buat sekarang. Entry pasal anak anak tak juga berupdate...Hape nak jadi la PU nih kan...Asyik memerap entry jer...Betul betul takde masa la sekarang nih....Tengok CGL kat blog nih berlambak lambak dah tapi terpaksa pandang macam tuh jer. Hati melonjak lonjak nak join CGL tapi apa kan daya...Esok busy gak...Jumaat pun busy gak...InsyaAllah petang Jumaat tak busy boleh la join 2,3 CGL....Agak jealous bila tengok berduyun duyun orang join CGL....

Selasa, 15 November 2011

Double Zinger Burger

2:01:00 PTG 1 Comments
Mesti ada antara korang korang yang dah makan Double Zinger Burger. Iklan pasal burger nih mungkin dah lama keluar televisyen cuma PU agak tak perasan atau bahasa kasarnya ketinggalan zaman...muahaha...


PU nih memang addicted dengan Zinger Burger. Kalau pergi kepci memang PU akan order burger punyela....First first tengok burger nih memang jatuh chenta la...Ada slice nenas, tomato, salad, keju and mayonis...Tapi bila dah beli salad dan tomato takde...So, agak kuciwa kat situ. But still makan burger tuh lagi okeh!!! Takkan tak complete nak buang dalam tong sampah pulak kan....

PU syorkan orang try Double Zinger Burger nih....Memang berbaloi baloi la....Tapi bagi korang korang yang mementingkan imej ataupun penampilan diri, PU syorkan makan burger nih kat rumah. Giler ngko nak makan burger nih kat restoran kepci. Mulut kena bukak luasa luas tau...Tebal giler isi ayamnya...Gabak (rabak) jugak la mulut PU nak makan burger nih. Lenguh semua sendi sendi mult PU nih gara gara nganga luas luas punya pasal. Tapi serius puas hati la walaupun makan tak habis sebab mual.....


Korang tengok gambar burger kat atas nih....Besar kan??Memang akan gabak mulut punya la....Harga burger nih berbaloi la....Kira puas hati walupun hati tak puas sebab takde salad dan tomato...huhuhu


Selasa, 8 November 2011

Resipi : Ikan Goreng Berlada

11:22:00 PG 0 Comments

Korang nampakkan gambar masakan kat atas nih. Nih la dia hasil tangan PU (menuntut dari buku 1 Hari 1 Resipi)..PU dah khatam review buku resipi tuh. So, tak la susah mana pun nak masak nih. Apa yang penting masak kena IKHLAS….Betul tak??
Okeh kali nih PU nak share resipi Ikan Goreng Berlada….Senang jer cara nak masaknya pun….Jom kita tengok bahan bahn yang diperlukan.

Bahan-bahan:
2 ekor ikan selar
1 labu bawang besar (dihiris)
5 biji limau kasturi  ( ambik jusnya sahaja)
Garam
Serbuk kunyit
Minyak (untuk menggoreng dan menumis)
Bahan untuk dikisar dan tumis :
6 biji lada masak
5 biji cili api
3 biji bawang merah
3 biji bawang putih

Cara-cara membuatnya:
1.      Seperti biasa la kan, kena siang ikan dan bersihkan. Kemudian lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dengan garam. Kemudian goreng ikan yang dah disiang tadi yer.
2.        Bila ikan dah masak angkat dan ketepikan. Kemudian tumiskan bahan bahan yang telah dikisar tadi. Agak agak dah garing, masukkan bawang besar, garam (serbuk perasa) dan jus limau kasturi. Kacau bahan bahan tadi sehingga sebati. Bila rasa dah okeh korang boleh angkat kuah berlada tadi dan curahkan atas ikan yang telah di goreng tadi. Siap. Senangkan….(Hasil mungkin berlainan daripada PU)
Selamat mencuba yer kawan kawan. Alhamdullillah incik hubby puji masakan PU nih. Dia kata sedap.. (Kembang semangkuk punggung PU sebab kena puji..hahaha)

Rezeki pagi Jumaat | Menang 3rd GA RossRazif

11:06:00 PG 0 Comments
Sekali lagi PU post entry yang diperap selama 3 hari. Gemar sangat daku nih memerap entry. …huhuhu Okeh! Straight to the point la yer..Macam biasa la kan, pagi pagi datang ofis PU akan check email. After that baru bukak blog, nuffnang dan fb. Masa bukak email tuh, PU dapat komen daripada Ross yang mengucapkan tahniah kat PU cuz menang GA yang di anjurkan Ross. Masa tuh, tersenyum lebar PU baca komen yang Ross tinggalkan untuk PU. Tak lupa juga PU nak ucapkan terima kasih kepada Cempaka Kuning cuz inform Pu pasal kemenangan PU nih. Sekian lama tak menang GA, alhamdullillah adda jugak rezeki PU walaupun PU sekarang nih kurang join GA disebabkan mood kemalasan yang masih melanda diri PU nih. Walaubagaimanapun, PU cuba sedaya upaya join CGL yang sekarang nih berduyun duyun blogger blogger lain anjurkan.


Alhamdullillah, no.67 bertuah kali nih. GA yang pernah di anjurkan oleh Ross sebelum nih, PU ada join gak tapi tuh la kan rezeki tuh belum ada lagi. Tapi, untuk GA kali nih PU benasib baik. Syuku sesangat. Tahniah PU ucapkan kepada pemenang yang lain.
InsyaALLAH PU akan dapat inner plus brooch yang cute. Tuh apa yang PU tahu la masa join ga nih dulu. Bertambah lagi koleksi inner PU….
Untuk keputusan penuh boleh klik SINI

Rabu, 2 November 2011

Diriku di tag lagi

1:33:00 PTG 0 Comments
PU nak jawab soalan soalan yang di tag oleh Fieda nih. Masa bW kat blog Fieda, PU terperasan nama PU pun di tag. So, thanks again yer Fieda.
Sangat sangat bersemangat nak jawab soalan soalan nih…..

1.            Korang duk mana ye..?? Bandar Sri Sendayan, N.Sembilan
2.            Paling suka makanan dan minuman ape..? 
        Char kueh teow + Telur Goyang
        Minuman pulak air yogurt Bliss Strawberi & Orange
3.           Kaler favourite...? Opkos la kaler pink
4.            Kalau gi pasar malam biasanya beli apa..? Char kueh teow la
5.            Time raya biasanya brp pasang baju...? Sepasang jer…Baju tahun tahun
        lepas banyak
6.            Movie melayu yg paling melekat di hati..Takde lagi kot
7.          Pengalaman paling manis..? Incik hubby buat surprise….Dia belikan pizza pastu hulur PU bungkusan hadiah warna hitam & gold…..Sekali tengok ada dua novel Alaf21…Suke sangat masa tuh…Touching sungguh, bergenang air mata..
8.           Suka makan kek dan kuih ape..? Kek coklat basah dan kuih cucur badak
9.           Biasa pagi2 suka sarapan tak...? Kadang2 je
10.         Apa perasaan bila tgk anak2 muda yg seksi dan menggedik tak tentu pasal..? Menyampah tengok nak tegur nanti kita di sound lik..Sabar jela
11.         Prinsip hidup..? Sekali gagal tak bermakna gagal untuk selama lamanya

Selasa, 1 November 2011

Tag from Fieda

11:33:00 PG 2 Comments
Kali nih PU di tag oleh Fieda. Thanks yer Fieda :). Nih kali ketiga PU jawab soalan soalan macam nih. Seronok sebenarnya jawab soalan soalan macam nih.

* tempat yang paling seronok pernah korang pergi?
Pulau Langkawi

*dah mula guna gelaran blogger sejak..
April 2011

*selalu cerita tentang apa di blog?
Anak2, family, info, hiburan, makanan dan apa apa saja yang saya suka share

*senang stress bila..
Kena marah atas kesalahan yang bukan kita yang buat. Orang lain yang buat salah tapi kita kena marah orang yang buat salah tuhtak kena marah pun..Memang stress giler grrrrrrrrr…..

*apa yang paling senang korang buat untuk hilangkan stress?
Drive laju laju dan pasang radio kuat kuat

*tempat yang paling diinginkan untuk birthday party?
Kat pantai

*kenapa pilih tempat tu?
Saja nak menghirup udara pantai…hahaha

*hadiah yang tersayang & the best korang ialah?
Laptop dan novel

*siapa pemberinya?
Opkos la my incik hubby, Mohd Fadeli

*apa yang diinginkan sebenarnya untuk birthday present?
Tak kisah dapat apa pun janji hadiah…
*peramah atau pemarah?
Dulu dua dua. Sekarang peramah number 1 tapi pemarah dah tak sangat kot. Dah boleh control…Kawan kawan yang kenal tahu la saya macam mana..very talkative person.

PU nak tag Amy la....

Tag from IntanBerlian | ANAK

11:14:00 PG 3 Comments
First of all, thanks a lot to IB cuz tagged PU….Alahai nak speak London kunun, lidah tergeliat ada hati nak speak London. Hado haku kesah?? Sampai bile nak improve in English kalau tak mula dari sekarang kan..huhu…PU nih sebenarnya tahu tapi bab nak speaking tuh kureng condifent…eh silap confident…So, nih 2nd time PU di tag untuk jawab soalan soalan yang cepugangsa perak nih..

1. How old were you when your first child was born?
26 years old. Tua tak???huhuhu

2. What month and year was your youngest child born?
Nur Auni Najwa @ adik my 2nd baby sekarang 6 bulan lebih…05hb Nov 2011 nih genap umur dia 7 bulan.

3. How did you feel when you first found out you were pregnant?
Excited and touching touching lagi…Happy sesangat..Sebab setahun saya “kosong”..yelah kahwin bulan Mac 2008…Pregnant bulan April 2009..Bersalin bulan Jan 2010…Ha…tengok how long saya kena tunggu my baby born…

4. Who did you tell first?
Opkos la my incik hubby. Lepas jer buat urine test (masa tuh time Subuh), saya duk sebelah incik hubby gitau die, saya dah buat urine test dan kuar dua line. Rasa macam tak percaya jer. So, lebih kurang 7 pagi saya buat urine test sekali lagi. Alhamdullillah….Baru saya percaya yang saya pregnant.

5. How many pounds/kg did you gain during your first pregnancy
Sebelum pregnant berat badan saya maintain 60kg. Dalam tempoh pregnantkan Aina berat saya 79.1kg (dah cukup bulan tunggu time nak due jer)..Pregnantkan Auni pulak berat badan 73.1kg..Sekarang berat badan 57.1kg…..

6. What did you crave while you were pregnant?
Masa saya pregnantkan Aina, saya mengidam makan daging rusa dan buah koko. Alhamdullillah dapat gak merasa daging rusa dan buah koko. Lepas tuh, time pregnant saya tak suka makan asam tapi suka makan aiskrim Split (luar perisa limau dlm vanilla)…Tiap tiap hari mesti makan aiskrim nih….Sebelum bersalin teringin nak makan kek coklat basah kat satu kedai kek tuh tapi tak kesampaian sampai sekarang..hehehe…
Pregnantkan Auni pulak saya teringin makan ikan pari bakar. Tak banyak sangat mengidam macam pregnantkan Aina dulu.

7. Did you find out the gender of your first child? Why or why not?
Masa saya pregnant, saya dan incik hubby memang tak nak tahu jantina baby cuz nak surprise. Actuallly both of us, tak kisah pun gender baby. Janji baby sihat dan sempurna.

8. Did you have any complications during your pregnancy?
Takde…Alhamdullillah..Setakat muntah tuh biasa la.

9. How much did your first child weight?
2.8kg

10. Was your first child early, late, or on time?
Aina lahir lewat dari tarikh jangkaan. Due date 24 Januari 2010 tapi lahir 27 Januari 2010.

11. What is the most difficult challenge or health issue that any of your children have faced?
Perghh..cerita pasal kesihatan Aina nih memang dugaan sesangat. Masa Aina 9 bulan dia demam panas. Suhu dia 41 darjah. Bayangkan perasaan saya masa tuh. Dah la incik hubby takde, terpaksa la uruskan semua sendiri bawak Aina pergi hospital. Masa tuh mak a.k.a nenek saya temankan. Yang paling tak boleh saya lupa saat MA nak amik darah Aina, saya duk tunggu kat luar tak sanggup rasanya nak tengok. Masa MA amik darah, Aina menangis sambil pandang saya yang duk kat luar. Saya tengok terus saya menangis. Memang tak tahan hati nih tengok anak menangis macam tuh.

12. What's your favorite part of being a mom?
Setiap saat, minit, jam adalah saat saat yang paling bermakna dalam hidup saya melihat anak anak membesar depan mata dengan telatah yang mencuit hati.

13. Do you think it's easier to be a mom or a dad?
Tidak semudah yang di sangka bila dah jadi ibu bapa nih. Besar sebenarnya tanggungjawab kita bila dah jadi ibu bapa nih. Banyak perkara yang perlu kita korbankan untuk anak anak. So, sesiapa yang dah pegang title mak,ayah,ummi,walid,mama,papa dan sebagainya akan tahu apa yang saya maksudkan.

14. What is the best piece of advice you could give to someone who is about to have their first child?
Mesti bersedia dari segi kewangan dan mental. Dan yang paling penting, buat bakal bakal ibu, set dalam otak tuh, nak bagi baby full breast feeding. Seronok sebenarnya bagi anak full BF nih tau. (“,)

15. Did you always think you'd have kids?
Yes…

16. What's been the biggest surprise about motherhood?
Bila pertama kali dengar denyutan jantung baby…masa tuh air mata bergenang. Tak terungkap dengan kata kata perasaan masa tuh.

17. Are there things you miss about life before kids?
Apa erk??? Tak ingat..hahaha

18. How many children do you have?
Two…NUR AINA ZAHIRAH BINTI MOHD FADELI & NUR AUNI NAJWA BINTI MOHD FADELI.

19. Do you plan to have any more children?
Yes, but not now!!! Mungkin 4-5 tahun lagi baru tambah. Saya kalau boleh nak 4 orang. Tapi incik hubby kata selagi tak dapat baby boy,dia nak saya pregnant. That’s mean kalau saya dah ada 4 orang anak dan semuanya perempuan, saya kena pregnant lagi sampai dapat baby boy. Terukkan incik hubby saya??huhuhu

20. Who's the mom that you admire most?
My Mama (“,)

Air tanganku khas untuk incik hubby

8:33:00 PG 1 Comments

Nampak ringkas tapi puas hati sesangat dapat sediakan menu menu nih untuk incik hubby sebelum dia balik bertugas dalam hutan......Banyak banyak menu kat atas nih PU paling suke sambal belacan tuh cuz PU mik resipi nenek a.k.a mak PU...Bahan bahan yang digunakan ada ubah sikit la...Tapi rasanya memang melet0p....

Pasni nak try menu baru tapi kena tunggu incik hubby balik la....Kalau incik hubby takde memang PU tak masak. I makan roti aje tau.....