Kejamnya kamu wahai budak!!!Sanggup kelar anakmu hingga mati!!

BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.

Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.

Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.

Wahai budak yang pendek akal!!

Apa salah bayi itu?? Kejamnya kamu!!Zalimnyanya kamu!! Tergamak kamu membunuh bayi kamu yang tidak berdosa hanya kerana marahkan kekasih kamu itu...Tidak adakah rasa belas kasihan kamu pada tangisan bayi yang tidak berdosa itu? Dah la kamu buat dosa sebelum ini, kali ini kamu tambah dosa kamu itu dengan membunuh anak kamu yang tidak berdosa....

Tidak terfikirkah kamu azab yang bakal kamu terima di akhirat kelak??? Tidak terdetikkah di hati kamu, bahawa ALLAH amat murka dengan perbuatan kamu itu?? Nauzubillah....

Wahai budak yang kejam!!!

Sungguh hati ini sedih melihat keadaan bayi kamu itu. Jika benar kamu teramat marah dengan kekasihmu yang tidak bertanggungjawab itu kenapa perlu lepaskan amarah bernafsu syaitan kamu itu kepada bayi yang tidak berdosa?? Tidak terfikirkah kamu binatang pun tahu sayangkan anak. Malunya ibu bapa kamu mempunyai anak seperti ini. Seorang pembunuh yang kejam...

Tidakkah kamu sayu mendengar tangisan bayi yang baru hendak bernafas dan mengenal dunia itu? Bayi itu tidak bersalah...Yang bersalah adalah kamu dan kekasihmu itu....Tunggu saja hari pembalasanmu di akhirat kelak wahai manusia pembunuh....

Sungguh tak terbayang oleh aku betapa kejamnya kamu...Teramat kejam...Tahu tak kamu berapa ramai pasangan yang sudah lama berumahtangga dan tidak dikurniakan anak??Dan betapa hati mereka melonjak lonjak inginkan anak. Kamu yang senang dapat anak ini dengan sewenang wenangnya membunuh anak kamu. Memang hati tersentap, tersiat pilu membaca tentang perbuatan kamu. Ku ulang sekali lagi, bayi itu tidak bersalah......

Tahukah kamu anak anak  yang meninggalkan ibu bapanya pada usia yang kecil akan di tempatkan di syurga?? Anak anak kecil ini akan menanti ibu bapa mereka di pintu syurga dengan senyuman yang manis dengan wajah yang amat bersih dan comel. Namun, aku tak dapat membayangkan apakah kamu akan mendapat keistimewaan ini. Hati ini tertanya tanya adakah bayi kamu akan tunggu kamu di syurga??Hanya ALLAH Maha Mengetahui segalanya.

Wahai budak yang berhati binatang

Terima kasih atas perbuatan tidak berperikemanusiaan kamu itu. Terima kasih kerana menambah golongan zalim dan kejam di dunia ini. TERIMA KASIH BANYAK BANYAK!!!! Biar la ALLAH saja membalas perbuatanmu itu...

Sekian.

Nota kaki * - Saat entry ini di tulis bergenang air mata ini...Mari la sama sama kita mendoakan agar roh bayi itu tenang aman dan damai di sana. Syurga juga tempat bayi itu yang abadi......

Mari la sama sama kita mendoakan agar roh bayi itu tenang aman dan damai di sana. Syurga juga tempat bayi itu yang abadi......

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen.