Jom belajar buat Pizza

Dua hari lepas kat ofis PU ada buat LDP atau penuhnya Latihan Dalam Perkhidmatan. Kitorang belajar cara nak buat pizza. Rasanya makan pizza buatan sendiri lagi best. Yang paling penting kualiti pizza tuh memang terjamin bersih dan halalnya....

So, PU nak kongsi resipi pizza yang PU belajar secara beramai-ramai daripada ofismate nih dengan korang....So, check it out...

Bahan2 untuk ROTI

Tepung Gandum (1 kg) - boleh dapat 5 set pizza tau
Yis 1 paket (mauripan)
Butter 2 sudu penuh
Susu tepung
Bread Improver
Shotening (Lemak sayur)
Air

Cara2nya :

Campurkan susu tepung dengan air dan tapis.
Kemudian rendam yis selama 5 minit
Campurkan butter dengan susu
Masukkan tepung gandum dan bread improver sebnayak 3 sudu
Kemudian masukkan shotening 2 sudu dan yis.
Adunkan semua bahan bahan tadi. Tambahkan air (jika perlu) sedikit demi sedikit


Doh akan menjadi jika doh tidak melekat pada tangan dan besen @ mangkuk semasa kita menguli
Biarkan adunan doh selama 45 minit dan panaskan oven 150-170 darjah celcius selama 10-15 minit
Setelah 45 minit masukkan doh tadi ke dalam pan pizza dan rata ratakan...Bakar selama 10-15 minit.

Bahan2 untuk LAUK PIZZA

1 biji bawang besar
3/4 biji bawang putih (ditumbuk)
Sos Tomato
Sos Cili
Sos Spagetti Cendawan Kimball
Garam
Gula
Udang @ Sosej @ Ayam (bergantung pada kehendak korang okeh!)

Cara2nya:

panaskan kuali dan masukkan minyak.
Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
Masukkan udang @ ayam terlebih dahulu (jika ada)..Kalau takde, korang proceed ke step seterusnya yer..
Masukkan sos tomato dan cili.
Kemudian masukkan garam dan gula (sesedap rasa korang yer)
Akhir sekali masukkan sos spagetti cendawan dan akhir sekali masukkan sosej.

Sekarang step yang terakhir ialah cara menyediakan lauk di atas pizza

Bahan2 untuk hiasan atas pizza

Sos cili
mayonis
Tomato Cili Benggala 
Cheeze Mozarella
Parmesan
Oregano

Cara2nya:

Sapukan roti pizza yang telah dibakar tadi dengan sos cili. Kemudian sapu pula mayonis.
Letakkan tomato yang dihiris dan tabur kan cili benggala yang telah dipotong dadu.
Kemudian letakkan lauk yang dimasak tadi. Letakkan Cheeze Mozarella.
Akhir sekali taburkan parmesan dan oregano.
Panaskan dalam oven lebih kurang 10-15 minit...
Siap...sedia untuk dihidang

Nota kaki * Cara korang nak hias pizza tuh terpulang pada hak korang la yer nak hias bagai macam mana pun...Tekak korang jer pun yang makan kan???

So, korang dah salin resipi nak buat pizza kan??Sekarang korang enjoy tengok pizza buatan kitorang kat bawah nih...nampak berselra tak???



Serius korang PU cakap pizza nih lagi sedap tau!!! Tak percaya cuba ar kat rumah...Pasti terbaekkkk (thumb up)

2 comments:

  1. mba saya bisa blajar ga??saya pernah bikin tapi roti nya tu jdi keras,,
    bahan2 roti nya beda.
    kalau saya,,
    terigu 1 kg
    air 550 mili.
    telor satu biji.
    olip oil 2 sendok teh makan.
    ragi instan 1 sendok makan.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.