Auni demam panas | Kena amik darah kat hospital

Huarggghhhh!!!!Mengantuknya PU hari nih....Malam tadi memang tak tidur lena. kejap kejap PU bangun. Auni demam panas. Badan dia memang teramat panas kira kalau letak telur atas badan Auni memang masak la telur tuh. Suhu badan pulak 40. So, bila badan tak sihat dia memang nak berkepit dengan PU. PU tekap tuala yang dibasahkan dengan air sejuk kat kepala dia. Memang Auni terjerit la kan buh tuala sejuk kat kepala dia. Dah la sejuk malam tadi sampai ke tulang. Memang PU tak boleh tidur lena la...Kejap kejap bangun. Pastu melayan karenah Aina yang asyik menangis jer...Si Auni nak tidur berkepit yang Aina nak tidur atas badan PU....Terpaksa la layan karenah anak-anak walaupun keadaan PU masa tuh penat + mengantuk....Dah nasib la kan beranak kecil macam nih.

So, pagi nih PU bangun awal awal nak siap siap bawak Auni pergi hospital. Auni memang dah awal awal bangun  sebab badan tak sihat...Nangis nangis dan nangis.....Aina still tidur....So, PU bagi Auni dekat nenek a.k.a mak. Mak Balut Auni dengan tuala kering sebab pagi pagi biasa la kan cuaca sejuk...Pastu mak balut kepala Auni dengan tuala sejuk...Kepala Auni memang panas sangat sangat. Baby bawah 2 tahun kalau kena demam panas memang agak merisaukan takut boleh terkena sawan. Itu yang paling PU takut sekali.

PU kejutkan Aina tidur nak bawak dia mandi sekali dengan PU. Nasib baik Aina senang bangun. Dengar aje PU ajak mandi laju dia bangun. Bila masuk dalam bilik mandi, Aina pulak terjatuh dalam kolam gara gara nak amik gayong. Nasib baik kolam tuh ada air sikit paras paras jari kaki aje (kolam bocor, mandi guna shower jela) kalau tak mahu lemas Aina. PU masa tuh memang tak perasan Aina terjatuh dalam kolam sebab tengah  gantung tuala kat pintu. Sekali dengar Aina menangis. Rupa rupanya dia terjatuh dalam kolam, dah basah lokos. Aihhh, dalam keadaan yang serba tak kena memikirkan Auni yang demam, si kakak pulak jatuh dalam kolam. Nasib baik takde pape..PU pujuk pujuk Aina dah okey la dia....

PU siap sediakan semua barang barang dua beradik dan barang barang PU yang nak bawak ke ofis nanti. Lebih kurang jam 8.00 pagi PU keluar rumah nak jemput Mak Ngah pula. Ajak dia teman PU pergi hospital. Lebih kurang dalam jam 8.30 pagi PU sampai kat hospital. Terus pergi kat bahagian kecemasan (Bukan kritikal)...PU gi kat kaunter dan maklumkan perkara yang sebenar. Pastu, staf kat kaunter mintak PU pergi ke satu bilik untuk amik bacaan suhu Auni dan tekanan dia. Alhamdullillah suhu dia dah turun 38.2...Then, PU  pergi semula kat kaunter amik no giliran. Macam biasa la kan kalau pergi hospital kerajaan memang kena tunggu lama la kan. Hampir 20 minit tunggu baru la dr yang nak check Auni panggil untuk diberi rawatan.

Walaupun lama nak tunggu dr check Auni (sedangkan kat hospital memang orang tak ramai) tapi PU takde la nak marah marah kan sebab layanan dr dan jururawat kat situ bagus bagus. Diorang seboleh bolehnya treat Auni supaya dia ketawa walaupun tak berjaya sebab Auni menangis.....Then, dr amik suhu baru Auni. Suhu dia naik sikit 38.5....Then, dr  brief serba sedikit apa yang staf akan buat dekat Auni. Sab akan dimasukkan ke dalam punggung dia then lap lap Auni dengan air sejuk. Pastu darah Auni kena amik. PU memang dah biasa dengan semua tuh cuz dulu Aina pun pernah demam panas. So, PU dah bersedia.

Tapi, terus terang PU cakap PU gagal kawal emosi bila part kena amik darah tuh. PU menangis sama sama Auni sebab PU tahu rasa sakit masa nak amik darah. Sedangkan kita yang tua nih tak tahan sakit ini kan pulak Auni yang baru enam bulan. Dua dua tangan dia kena amik darah. Kali pertama PU gagah lagi tengok walaupun dah nangis masa tuh tapi kali kedua nak amik darah PU keluar dari bilik rawatan....Tak sanggup rasanya nak tengok. PU hanya dengar suara Auni menjerit nangis kat luar. Masa tuh hanya Tuhan saja yang tahu perasaan PU macam mana.

Lepas settle semua, Auni kena sedut gas sebab nak kurangkan kahak dia. Setahu PU Auni memang tak batuk dan takde kahak tapi dah itu arahan dr PU ikut jer. Yelah, PU nih bukan dr kan....Ikut ajelah...Masa sedut gas tuh, Auni tidur lena atas pangkuan PU. Sayu jer hati tengok Auni dalam keadaan macam tuh. Demi anak PU kuatkan diri hadapi semua nih. Yelah, incik hubby takde. Dia kena bertugas kat Pahang, ada latihan dalam hutan....Kalau dia ada, PU mungkin kuat lagi la.

Setelah selesai semua rawatan, dr amik semula suhu badan Auni. Alhamdullillah suhu badan Auni dah turun jadi 37.5. Alhamdullillah syukur sangat sangat. But dr cakap kalau Auni still demam lagi dan pernafasan dia sesak, PU kena cepat cepat kena bawa dia pergi hospital dan Auni kena tahan wad. Haaaa...bab tuh PU lemah. Seboleh bolehnya memang PU tak nak anak anak PU kena tahan wad....Hopefully takde apa apa jadi kat Auni...



Haaa...hamek ngko..Punya la panjang lebor cerita PU kali nih...Hado PU kisah..blog PU kan...sesuka hati la nak taip panjang mana pun...hahaha...

Nota kaki * Walaupun pun dalam kerisauan teringatkan Auni tapi perangai gila gila haku tetap tak hilang...muahaha

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen.