Isnin, 31 Oktober 2011

Bila "penyakit" wanita datang menyerang

9:52:00 PG 16 Comments
Ya ALLAH!!! Sakitnya hanya ALLAH tahu....

Sekian lama "penyakit" nih tak menghantui hidup PU, akhirnya "dia" kembali menyerang semalam. Bila dah lama tak menyerang, sakitnya nauzubillah. Mood PU hari nih opkos la akan bertukar tukar disebabkan perubahan hormon nih...

So, far setakat nih mood i okeh lagik. Still under control tapi tak tahu la kan kot kot ada yang bermulut puaka, perangai macam ntah hape hape yang boleh mengundang kemarahan PU, memang kena la. Silap haribulan la kan kalau nak cari pasal dengan PU. But...hopefully takde hape hape yang menyakitkan hati berlaku hari nih....

Disebabkan mood bola sepak masih meyelubungi PU yang memang tengah happy sesangat nih, so, mood PU kira okeh la hari nih. Jangan ada yang "jahat" tukar mood PU tuh dah la. Memang akan PU fire ala ala otromen.

Nota kaki - PU happy weiii....N9 menanh..Hobin Jang Hobin!!!!

Sabtu, 29 Oktober 2011

Dapat mug luv luv lagik!!!

12:00:00 PTG 5 Comments
Hohoho...Memang entry ini dah lama PU peram buat pekasam. Boleh dikatakan kategori basi gak la entry PU nih. Nawaitu nak post entry tuh ada lama dah tapi tak berkesempatan nak post entry pasal nih. Nak kata busy nampak sangat pembongak kan? Tengok blog ada jer entry baru ber'update lagik...Kalau cakap takde masa nak post entry ni memang tak boleh pakai.

Yelah yelah...PU terus terang jela kan..PU agak lambat update entry pasal ni sebab asyik terlupa nak snap pic. Nak gak PU nak menunjuk nunjuk hadiah yang PU dapat daripada Adieyza. Sebelum PU membebel bebel panajng lebar apa kata korang tengok dulu pic mug luv luv yang PU dapat nih.



Korang nak tahu PU dapat hadiah nih sebab apa? Sebab PU jadi follower blog Adieyza yang ke 300....Bertuah rasanya badan. Masa PU follow blog Adieyza nih memang tak fikir langsung dapat special gift ke hape sebab memang jadi perkara wajib PU bila singgah blog lain PU akan follow *melainkan PU belek satu blog tak jumpa butang follower atau link yang ditinggalkan kat shoutbox tuh bohong belaka. 

Masa dapat hadiah nih punya la PU gumbira melompat lompat sebab Adieyza macam tau tau aje PU memang suka kumpul mug selain daripada FM la kan....Thanks Adieyza for the cute mug. Suka mug nih sesangat. Nak guna pun rasa sayang. Dok tergantung jer kat kabinet dapur PU tuh..hehehe....


Jumaat, 28 Oktober 2011

Alhamdullillah...blogger sinarraudah.com sudah sembuh & kembali

2:27:00 PTG 3 Comments
Sebelum nih PU ada buat entry pasal blogger Amy kat entri NI dan NI. Masa nih hanya ALLAH saja yang tahu betapa sedihnya hati PU bila dapat tahu berita kematian Amy. Hati nih tertanya tanya jugak la betul ke tak kan...PU bukan apa. PU akui blog sinarraudah.com nih memang selalu PU bukak kalau ada apa apa entry terkini daripada Amy. Kadang kadang PU akan tinggalkan komen kadang kadang PU jez jadi silent reader jelah. So, bila terima berita kematian Amy nih amat amat mengejutkan....

Namun segala khabar angin itu hanya dongengan semata mata. Memang agak melampau si Anon yang bermulut puaka tuh. Tergamak hati dia buat Amy macam tuh. Apa dia tak terfikir ke segala yang dia buat tuh mendatangkan dosa? Menyebarkan sesuatu yang tidak benar? Orang jenis macam nih bagi makan racun aje..

Namun apa daya kita sebagai manusia biasa. Hanya ALLAH saja yang dapat membalas perbuatannya itu. Haku kasi gabak sikit ayat nih bagi cik Anon tuh sedar, kalau tak sedar gak tak tahu dah nak cakap apa. Sedar banyak banyak yer wahai cik Anon!! Dunia ini hanya pinjaman saja. Sampai bila awak nak jadi manusia pendusta yang suka membuat huru hara? Ngko suka eh tengok orang bersedih?? Apa jenis manusia la ko nih...Heran aku cik Anon oii...

Namun, ALLAH itu Maha Berkuasa, Maha Mengetahui segala-galanya. Syukur ke hadrat Ilahi akhirnya Amy yang di gembar gemburkan kematiannya telah sembuh. Kini beliau kembali beraksi di dunia blog....Korang boleh baca entri terbaru beliau kat SINI...

Amy pun ada tinggalkan komen beliau kat fb PU macam kat bawah nih

klik untuk tumbesaran yang sihat yer

Alhamdullillah happy sangat bila dapat tahu Amy dah sembuh. Semoga Amy tabah menempuh dugaan yang mendatang.

Khamis, 27 Oktober 2011

SEGMEN | Lyssa Faizureen Ajak Kenali Blogger . Jom Serbu !!

1:16:00 PTG 15 Comments
klik banner untuk join

Kali nih PU join Segmen daripada Cik Lyssa yang kiut miut nih

Cerita mengenai latar belakang

PU seorang isteri dan ummi kepada dua baby gugurl yang comei. Orang selalu cakap PU sombong sebab dorang hanya tengok dari luaran saja. Kenal dulu baru tahu PU macam mana okeh!!!I'm a happy go lucky and talkactive person....Anak jati Negeri Sembilan yer...

Kenapa korang buat blog??

Sebab apa erk PU buat blog??Erm actually buat blog nih saja suka suka nak isi masa lapang. Pastu nak update blog ikut mood jer dulu. But now!!PU dah serius dalam dunia blogging nih. Seronok sesangat. Nak nak dapat kenal ramai kawan kawan yang sporting, kiut miut dan baik baik belaka walaupun hanya dalam 
alam maya. Seronok dapt tukar pendapat dengan dorang nih.

Siapa orang yang telah menarik anda untuk menceburkan diri dalam dunia blog?

Of course la schoolmate PU, Fatie @ Tiemc...Suka tengok blog dia yang nice and comel comel jer...Thanks to her cuz banyak ajar PU tentang selok belok blog nih...

Dats all okeh!!!

Tarikh Tutup ini segmen : 27 Okt 2011 @ 4.00 petang

1 Hari 1 Resipi

12:32:00 PTG 7 Comments
Salam peeps!!!

Korang sihat tak?? Dengan musim hujan yang tak berhenti henti opkos la mesti ada antara korang korang yang demam kan...Termasuk la dengan tukang taip entry ni ha....Since yesterday PU demam. Nak kemas rumah pun tak larat. Nasib baik incik hubby ada tolong kemas rumah sikit sikit walaupun tak sekemas biasa..Jadi la kan daripada tak kemas langsung. Dalam keadaan yang tak berapa sihat tuh PU gagahkan diri jugak masak untuk lunch. Kebulur tahap gaban lak incik hubby PU nanti...hehehe

Bercakap pasal memasak nih, nak cerita sikit la yang berkaitan dengan masak memasak nih. Dulu memang PU tak suka memasak. PU jadi tukang makan. Bab masak memasak memang malas. Tuh sebab 2nd sis PU lebih terror memasak daripada kakak dia yang agak hampeh nih...Serius masa zaman bujang dulu PU tak suka memasak nih. Tapi sejak berkahwin, PU belajar sikit sikit pasal memasak. PU belajar memasak hanya tengok dan lihat cara cara sis, mama, mak dan makcik makcik PU masak. Dari situ minat memasak terbit dalam diri. Rasa rugi giler sebab tak belajar memasak dari dulu kalau tak kompom PU lebih patplohpat kali ganda terror memasak daripada sis PU...Terror la sangat haku nak kejar ke'terror'an adik haku tuh!!!

So, bagi sesiapa yang mula nak berjinak jinak merpati belajar memasak, meh sini PU nak promote sikit satu buku kat korang...Nak tahu buku apa??Skroll bawah lelaju okeh!!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Hah!!!Nih buku yang PU maksudkan tuh. 1 Hari 1 Resipi daripada Chef Hanielliza. Terus terang PU cakap, buku nih memang menyediakan koleksi koleksi menu yang mabeles dan mudah disediakan. PU dah riki riki menu menu dalam buku resipi nih. Memang PU akan buat jugak. Tak guna la beli kalau tak cuba dan buat resipi resipi dalam buku nih kan. Membazir duit jer....

Memandangkan sebelum nih PU ada inform takkan anjurkan CGL sehingga Disember tahun nih, jadi PU  bermurah hati nak bagi sebuah buku 1 Hari 1 Resipi nih kat sesiapa yang first tinggalkan komen kat entry nih. Nih bukan kategori CGL yer....Saja suka suka nak bagi....Nak gak share dengan korang kan. So, nih kira kategori siapa cepat dia dapat la...

Nota kaki * Kepala tengah pening mencari buku pemenang pemenang nih ha "Sekebun Bunga Cinta" & "165 Resipi Kek & Biskut Raya"...Takde kat kedai mahu kena order by mail...Yang berkenaan harap sabar menanti yer...

Selasa, 25 Oktober 2011

Jom Join Kempen Tingkatkan Jumlah Followers

9:59:00 PG 17 Comments
klik banner untuk join kempen nih

Hahhhh.korang korang kat luar sana tuh. Berminat nak tambah followers korang tak??Kompom minat punye kan??? Jom la join kempen yang dianjurkan blogger Azim Razak. Actually bagus kempen seperti nih diwujudkan bagi menambah followers di samping mengeratkan silaturrahim sesama blogger. Selain tuh, kita boleh bertukar pendapat sesama kita kan??Siapa lagi nak support blogger blogger kat Malaysia kalau bukan kita sendiri kan....So, jangan buang masa atau fikir panjang sama ada nak join atau tak kempen nih. Kalau tak nak join takpe terpulang la kat korang tapi PU rasa teramat rugi kalau tak nak join kempen nih..hehehe...

Tempoh masa kempen nih ialah 23 Okt hingga 29 Okt 2011 jam 12.00 tengah malam

Nuffnang Asia-Pasific Blog Awards 2011

9:26:00 PG 0 Comments
Berita baik untuk blogger blogger kat luar sana. Nuffnang akan menganjurkan Asia-Pasific Blog Awards 2011 pada 16 Disember 2011. Seramai 500 blogger dan jemputan akan merasa pengalaman di karpet merah dan suasana dinner dan hiburan yang pasti memukau.


Untuk maklumat lanjut tentang event nih klik awards.nuffnang.com

Menang jemputan ke majlis yang superb nih

So, ada sesiapa yang berminat nak join event nih tak???Kalau ada, apa lagi jom join simple blogging contest yang dianjurkan. Mana tahu rezeki berpihak kat korang dan menang jemputan ke majlis besar besaran nih...Untuk maklumat lanjut tentang contest nih korang klik SINI.

Then, korang berpeluang pilih blogger favourite korang mengikut kategori kategori yang ditawarkan...Antara kategori kategori yang dipertandingkan ialah :-

Blogger of the Year (not open for nominations)
Hidden Gem
Best Original Blog Design
Best Entertainment Blog
Best Food Blog
Best Travel Blog
Best Fashion Blog
Best Photography Blog
Best Geek Blog
Best Parenting Blog

Jom cepat cepat klik SINI pilih blogger favourite korang.....

Isnin, 24 Oktober 2011

Berita Terkini : Blogger sinarraudah.com masih berNAFAS di bumi ALLAH ini | Terima kasih wahai penyebar fitnah

5:02:00 PTG 4 Comments
Dalam keadaan yang tak keruan PU post entry mengenai pemergian blogger sinarraudah.com sebentar tadi...PU post kat wall fb sekali. Alhamdullillah PU dah dapat feed back dan berita yang sebenar...Memang mengejutkan!!!

Untuk pengetahuan blogger blogger semua owner blog sinarraudah.com masih lagi bernafas di muka bumi ini...Beliau dalam keadaan stabil sekarang ini. Terima kasih wahai penyebar fitnah. Kerana kamu, berita ini telah tersebar. Kerana kamu kami rakan rakan sinarraudah.com turut bersedih. Please la berita kematian ini tak boleh di buat main-main...

untuk berita lanjut mengenai Amy, klik SINI

nota kaki * Tahukah kamu betapa besarnya dosa kamu wahai penyebar fitnah???

Betul ke blogger sinarraudah.com sudah kembali ke rahmahtullah??

4:41:00 PTG 8 Comments
Berita ini betul betul buat PU terkejut???
PU one of da follower and reader blog sinarraudah.com. Bila baca berita nih PU terkejut. PU ada gak survey survey kat blog lain....PU survey kat blog SINI nak tahu lebih lanjut tentang khabar sedih nih....
Maaf yer tuan blog PU kopipasta shoutmix....


Shoutmix kat bawah nih pulak PU kopipasta daripada blog sinarraudhah.com


Then, laju laju PU bukak fb Amy tengok kat wall dia....Sekali PU nampak wall post nih kat fb Amy


Kalau betul la apa yang dikhabarkan nih, PU sedih sesangat. Lepas nih tak dapat dah baca entry beliau yang kadang kala buat PU tersenyum dan ketawa......

Sama sama kita doakan semoga roh arwah di tempatkan bersama sama golongan yang beriman...Al-Fatihah

Download Filem dan telemovie

11:42:00 PG 0 Comments
Alhamdullillah hadiah yang PU pos Jumaat yang lepas kepada pemenang pemenang CGL dah ada yang sampai. Syukran Jazilan.....

Hari nih PU agak kebosanan cuz tak tahu nak buat apa..Kerja dah siap...Kena tunggu awal awal bulan memang terhegeh hegeh la berduyun duyun anta claim....

Untuk mengisi masa kebosanan PU, PU download beberapa filem dan telemovie thru YouTube Downloader....Antara filem dan telemovie yang PU download seperti kat bawah nih :-

  1. Libas
  2. Real Steel
  3. 321 Cinta
  4. Ungunya Cinta

Try cari The Smurf pulak...Tapi tak jumpa setakat nih...Ada sesiapa yang tahu kat mana download full movie The Smurf???

Jumaat, 21 Oktober 2011

PinkUmmi setahun yang lalu

4:48:00 PTG 3 Comments
Saat entry nih korang baca, kemungkinan masa nih PU tengah beronok-ronok dengan ofismate lama PU. Al maklum aje la kan auto publish entry..hahaha.. Baru baru nih PU dapat jemputan bezday parti anak ofismate lama PU. So, dah alang alang rumah PU dekat dengan rumah ofismate tuh, PU sedaya upaya menghadirkan diri.....InsyaALLAH on Monday PU akn buat entry khas pasal bezday party nih....

Okeh kita lupa kan pasal hal kat atas nih....PU nak korang bukak luas luas mata korang tengok 2 pic kat bawah nih setahun yang lalu. Masa nih PU agak berisi gak la.....Memang dah banyak m0l0t m0l0t tegur PU agak berisi. So, disebabkan keberisian itu, lepas lahirkan Auni PU sedaya upaya menguruskan badan nih. Alhamdullillah, PU berjaya menurunkan berat badan. Tapi bila dah kurus ada kawan kawan cakap PU tak elok sangat kurus cuz pipi nampak cengkung..haiyakkk....Cengkuk la pulak..Takkan cengkung dah macam tengkorak hidup kan...

Yang lagi bestnya bila adik PU yang 2nd tegur PU anak beranak tak cukup makan ke???Adusss...macam kena hempap dik batu yang teramat amat besar..Rasa nak lempang laju laju aje pipi dia pun ada gak tapi apakan daya..PU jez gelak jela bila dia cakap macam tuh...Mana taknya dia terkejut tengok PU, incik hubby dan Aina yang kurus...Haaaa.......kurus la sangat kan....

Watever la, janji PU berjaya turunkan berat badan...Tapi yang tak syoknya bila baju baju yang PU beli dan tempah time keberisian dulu, nampak macam besar dan longgar pulak....Ahhh...hado haku kesah..janji incik hubby tak kisah...

Dulu ber3 sekarang ???? Masa nih incik hubby, PU dan Aina memang nampak berisi sesangat....

PU dengan adik PU yang 3rd..Sama tak muka kitorang???

Ha....dah tengok 2 gambar PU kat atas nih???Berisi kan.....Sape setuju angkat kaki tangan korang...

Korang tengok pulak pic sekarang PU, incik hubby dan Aina....




Nampak kan perbezaan PU setahun yang lalu dengan sekarang nih????

Jam Tangan baru PU

2:42:00 PTG 1 Comments
Entry nih bukan nak menunjuk nunjuk ke hape jez nak share dengan korang akhirnya PU berjaya memiliki jam tangan setelah sekian lama tidak berjam tangan. Bukan PU tak minat pakai jam tangan tapi disebabkan jam tangan PU yang agak berjenama hadiah daripada tempat kerja lama hilang entah ke mana, PU macam malas dah nak guna jam tangan. kalau nak guna one day nanti pun PU beli yang below RM100...Serik guna jam tangan mahal mahal bila hilang memang galat giler tuh...

As korang tahu la kan PU nih dealer Avon, so, of kos la Avon ada jual jam tangan kan. Macam macam jenis and pattern jam tangan Avon...Akhirnya, saat saat yang dinantikan tiba gak. PU berkenan dekat one of da Avon Watch Collections.....Salah satu sebab PU berkenan of kos la murah..2nd lak sebab jam tangan nih memang sweet sesangat nak nak tali jam tangan nih warna warna kegemaran PU. Bila PU dah rasmi pakai, kawan kawan yang dok tengok berkenan..hehehe..memang cantik....

Jam tangan boleh didapati di katalog Kempen 19. Kalau korang berkenan cecepat la dapatkan jam tangan nih cuz kempen nih akan berakhir hingga 31 Oktober nih...

Percuma tali jam tangan lagi tuh....Pink pink kaler..ouchh!!!

terletak cantik kat tangan haku...hehehe....Sungguh tak boleh blah...

Jom belajar buat Pizza

1:42:00 PTG 2 Comments
Dua hari lepas kat ofis PU ada buat LDP atau penuhnya Latihan Dalam Perkhidmatan. Kitorang belajar cara nak buat pizza. Rasanya makan pizza buatan sendiri lagi best. Yang paling penting kualiti pizza tuh memang terjamin bersih dan halalnya....

So, PU nak kongsi resipi pizza yang PU belajar secara beramai-ramai daripada ofismate nih dengan korang....So, check it out...

Bahan2 untuk ROTI

Tepung Gandum (1 kg) - boleh dapat 5 set pizza tau
Yis 1 paket (mauripan)
Butter 2 sudu penuh
Susu tepung
Bread Improver
Shotening (Lemak sayur)
Air

Cara2nya :

Campurkan susu tepung dengan air dan tapis.
Kemudian rendam yis selama 5 minit
Campurkan butter dengan susu
Masukkan tepung gandum dan bread improver sebnayak 3 sudu
Kemudian masukkan shotening 2 sudu dan yis.
Adunkan semua bahan bahan tadi. Tambahkan air (jika perlu) sedikit demi sedikit


Doh akan menjadi jika doh tidak melekat pada tangan dan besen @ mangkuk semasa kita menguli
Biarkan adunan doh selama 45 minit dan panaskan oven 150-170 darjah celcius selama 10-15 minit
Setelah 45 minit masukkan doh tadi ke dalam pan pizza dan rata ratakan...Bakar selama 10-15 minit.

Bahan2 untuk LAUK PIZZA

1 biji bawang besar
3/4 biji bawang putih (ditumbuk)
Sos Tomato
Sos Cili
Sos Spagetti Cendawan Kimball
Garam
Gula
Udang @ Sosej @ Ayam (bergantung pada kehendak korang okeh!)

Cara2nya:

panaskan kuali dan masukkan minyak.
Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
Masukkan udang @ ayam terlebih dahulu (jika ada)..Kalau takde, korang proceed ke step seterusnya yer..
Masukkan sos tomato dan cili.
Kemudian masukkan garam dan gula (sesedap rasa korang yer)
Akhir sekali masukkan sos spagetti cendawan dan akhir sekali masukkan sosej.

Sekarang step yang terakhir ialah cara menyediakan lauk di atas pizza

Bahan2 untuk hiasan atas pizza

Sos cili
mayonis
Tomato Cili Benggala 
Cheeze Mozarella
Parmesan
Oregano

Cara2nya:

Sapukan roti pizza yang telah dibakar tadi dengan sos cili. Kemudian sapu pula mayonis.
Letakkan tomato yang dihiris dan tabur kan cili benggala yang telah dipotong dadu.
Kemudian letakkan lauk yang dimasak tadi. Letakkan Cheeze Mozarella.
Akhir sekali taburkan parmesan dan oregano.
Panaskan dalam oven lebih kurang 10-15 minit...
Siap...sedia untuk dihidang

Nota kaki * Cara korang nak hias pizza tuh terpulang pada hak korang la yer nak hias bagai macam mana pun...Tekak korang jer pun yang makan kan???

So, korang dah salin resipi nak buat pizza kan??Sekarang korang enjoy tengok pizza buatan kitorang kat bawah nih...nampak berselra tak???



Serius korang PU cakap pizza nih lagi sedap tau!!! Tak percaya cuba ar kat rumah...Pasti terbaekkkk (thumb up)

Pemenang CGL PinkUmmi | No.tracking Pos Laju

11:52:00 PG 1 Comments
Salam peeps!!!

Nama nama kat bawah nih sila take note no. tracking Pos Laju korang yer.....Korang boleh check kat SINI...

  1. Nisa Basid (Cik Misi) - EM 062149642 MY
  2. Rafidah (Fieda) - EM 062149673 MY
  3. Noor Aini - EM 062149625 MY
  4. Cempaka Kuning - EM 062149885 MY
  5. Nur Syahida - EM 062149639 MY
  6. Golden Rose - EM 062149660 MY
  7. Izzaty Hedry - EM 062149656 MY
  8. Wan Nuremyra - EM 062149611 MY
  9. Tiefazatie - EM 062149687 MY
InsyaALLAH...kalu tak esok mungkin ISnin nih sampai la yer...Sorry yer PU pos lambat...dah sampai nanti inform yer....

Khamis, 20 Oktober 2011

Kejamnya kamu wahai budak!!!Sanggup kelar anakmu hingga mati!!

1:18:00 PTG 0 Comments
BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.

Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.

Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.

Wahai budak yang pendek akal!!

Apa salah bayi itu?? Kejamnya kamu!!Zalimnyanya kamu!! Tergamak kamu membunuh bayi kamu yang tidak berdosa hanya kerana marahkan kekasih kamu itu...Tidak adakah rasa belas kasihan kamu pada tangisan bayi yang tidak berdosa itu? Dah la kamu buat dosa sebelum ini, kali ini kamu tambah dosa kamu itu dengan membunuh anak kamu yang tidak berdosa....

Tidak terfikirkah kamu azab yang bakal kamu terima di akhirat kelak??? Tidak terdetikkah di hati kamu, bahawa ALLAH amat murka dengan perbuatan kamu itu?? Nauzubillah....

Wahai budak yang kejam!!!

Sungguh hati ini sedih melihat keadaan bayi kamu itu. Jika benar kamu teramat marah dengan kekasihmu yang tidak bertanggungjawab itu kenapa perlu lepaskan amarah bernafsu syaitan kamu itu kepada bayi yang tidak berdosa?? Tidak terfikirkah kamu binatang pun tahu sayangkan anak. Malunya ibu bapa kamu mempunyai anak seperti ini. Seorang pembunuh yang kejam...

Tidakkah kamu sayu mendengar tangisan bayi yang baru hendak bernafas dan mengenal dunia itu? Bayi itu tidak bersalah...Yang bersalah adalah kamu dan kekasihmu itu....Tunggu saja hari pembalasanmu di akhirat kelak wahai manusia pembunuh....

Sungguh tak terbayang oleh aku betapa kejamnya kamu...Teramat kejam...Tahu tak kamu berapa ramai pasangan yang sudah lama berumahtangga dan tidak dikurniakan anak??Dan betapa hati mereka melonjak lonjak inginkan anak. Kamu yang senang dapat anak ini dengan sewenang wenangnya membunuh anak kamu. Memang hati tersentap, tersiat pilu membaca tentang perbuatan kamu. Ku ulang sekali lagi, bayi itu tidak bersalah......

Tahukah kamu anak anak  yang meninggalkan ibu bapanya pada usia yang kecil akan di tempatkan di syurga?? Anak anak kecil ini akan menanti ibu bapa mereka di pintu syurga dengan senyuman yang manis dengan wajah yang amat bersih dan comel. Namun, aku tak dapat membayangkan apakah kamu akan mendapat keistimewaan ini. Hati ini tertanya tanya adakah bayi kamu akan tunggu kamu di syurga??Hanya ALLAH Maha Mengetahui segalanya.

Wahai budak yang berhati binatang

Terima kasih atas perbuatan tidak berperikemanusiaan kamu itu. Terima kasih kerana menambah golongan zalim dan kejam di dunia ini. TERIMA KASIH BANYAK BANYAK!!!! Biar la ALLAH saja membalas perbuatanmu itu...

Sekian.

Nota kaki * - Saat entry ini di tulis bergenang air mata ini...Mari la sama sama kita mendoakan agar roh bayi itu tenang aman dan damai di sana. Syurga juga tempat bayi itu yang abadi......

Mari la sama sama kita mendoakan agar roh bayi itu tenang aman dan damai di sana. Syurga juga tempat bayi itu yang abadi......

Isnin, 17 Oktober 2011

Berdua Bersatu | Forteen

11:59:00 PTG 1 Comments

Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu
Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu
Seringkaliku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu
Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu
Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu





Sinopsis dan Trailer Aku Bukan Tomboy

6:00:00 PTG 1 Comments

Kehadiran farisa atau Eisha dalam hidup Harry dan Burn benar-benar mengubah pendirian dua jejaka terhadap gadis yang berpewatakan lelaki. Kali pertama melihat Farisa di sebalik topeng lelaki, mereka mula jatuh hati dengan gadis itu. Bermula dari zaman persekolahan yang penuh dengan dugaan kerana sering diganggu oleh beberapa orang pelajar 'pengkid' antaranya Bell dan Sam.

Tekanan disekolah yang dialami Farisa mendorongnya untuk mentransformasikan dirinya sebagai seorang yang berpesonaliti agresif dan kasar. Di sebalik penampilan bagai seorang lelaki, Farisa masih mempunyai naluri sebagai seorang gadis sejati. Perwatakan sebegini berterusan hingga ke alam pekerjaan sebagai penghantar pizza. Plot cerita bermula apabila Farisa dikejutkan dengan kemunculan dua jejaka , Harry dan Burn yang berhasrat menjalinkan hubungan istimewa dengannya. Satu dilema yang menuntut pertimbangan yang penuh cabaran.

Harry, seorang salesman jalanan yang terlebih dahulu menjalinkan hubungan mesra dengan Farisa merasa tergugat apabila Burn muncul sebagai rival yang mencetuskan perebutan. Dalam masa yang sama Farisa berdepan dengan konflik perbezaan darjat dan kedudukan Burn sebagai Eksekutif Junior di syarikat bapanya yang menyukarkan hubungan mereka. Di samping itu, Farisa secara kebetulan bertemu semula dengan Bell dan Sam (pengkid) yang turut berebut untuk menjadikannya sebagai pasangan mereka. Konflik cinta tiga segi yang berbeza senario telah mewarnai catatan kehidupan Farisa, si gadis tomboy. Persoalan adakah pengorbanan yang dituntut dalam dilema percintaa Farisa? 

Sumber : SinemaMalaysia


Bila suami panggil si isteri GILA

1:44:00 PTG 1 Comments
PU nak tanya la para isteri kat luar sana tuh...Sentap tak hati korang bila suami korang panggil korang GILA??? PU kompom korang akan tarik muka patblas selama pat ploh pat hari sebab memang tersangat sangat sentap la bila suami mengeluarkan perkataan yang amat amat mengguris hati, jiwa dan raga korang kan....


Isteri mana yang suka bila suami panggil kita GILA kan.....Kalau ada yang jenis cepat sentap + merajuk kompom lari lari anak menangis atas katil tekup muka kat bantal sebab rasa terhina bila dipanggil macam tuh. Mesti korang tertanya tanya kan apa salah korang sampai suami korang tergamak cakap macam tuh???

PU rasa memang sangat sangat tak patut bila suami panggil isteri GILA. Karang kalau melawan berdosa pulak kan...Yelah syurga bawah tapak kaki suami tapi bila suami cakap macam tuh siapa yang nak tolong pertahankan kita. Takkan kita nak tampar pipi suami kita pulak kan???

Nape pulak PU bukak topik nih kan?? Tetiba jer...Nak tahu sebab apa? Sebab incik hubby PU berani panggil PU gila....Haa..sentap tak korang?? Terkezut beruk tak baca pengakuan berani mati PU nih....Serius apa yang PU cakap nih. Memang apa yang PU taip nih memang kejadian yang benar benar berlaku.....Incik hubby panggil PU G.I.L.A....


Mesti korang tertanya tanya kan kenapa incik hubby panggil PU gila???? Semuanya sebab nih : -
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Haa...ini merupakan game yang boleh di dapati dalam handphone Android yang semestinya ada Market. Cara nak main game memang syiokkk ooo.....Baling mata pancing macam baling yang real punya walaupun PU memang takde pengalaman memancing. So, bila dah baling mata pancing kena wait la ikan ikan makan umpan tuh...Ha, bila ikan dah kena umpan akan berkelip kelip la mata kail kat bahagian atas ataupun bervibrato la tangan kita...Hah..masa tuh kena la goncang goncangkan tab nih sampar bar yang merah bertukar kaler hijau dan dalam masa yang sama kena pusing pusing tali pancing sampai la ikan yang kita dapat tangkap tuh menunjukkan dirinya.....

Kepada sesiapa yang ada Samsung Galaxy Tab, Galaxy S dan sewaktu dengannya mesti tahu la cara nak mainnya kan...Masa tuh, memang boleh tengok macam macam aksi si pemain tuh. Sebab tuh la incik hubby PU panggil PU gila sebab bila PU main game nih kompom incik hubby ketawa terbahak bahak tengok gelagat isteri nih main game pancing macam orang tak berapa betul...

Tapi ada PU kisah dipanggil PU GILA???Nan hado...Sebab penyakit GILA bini dia nih dah berjangkit kat incik hubby pulak..Hahaha...tuh la panggil den nih gilo layi.....

Dapat hadiah menang GA | Terima hadiah daripada officemate

1:15:00 PTG 1 Comments
Salam peeps!!!!

Kali nih PU nak update pasal hadiah kemenangan CGL yang PU dah terima.......Minggu lepas PU terima hadiah hasil kemenangan GA yang dianjurkan oleh Cempaka Kuning dan Shikin Sayang....Gambar hadiah daripada Cempaka Kuning PU ada snap tapi hadiah daripada Shikin Sayang tak sempat nak snap. Lagipun masa nak snap pic hadiah tuh kat rumah baru PU teringat hadiahnya tertinggal kat rumah..hehehe...

T-shirt Melaka daripada Cempaka Kuning....Warna t-shirt nih ialah maroon bukannya hitam seperti gambar di atas (maaf yer kualiti gambar tak berapa bagus...huhuhu)

Hadiah daripada Shikin Sayang lak PU dapat note book dan pen diimport khas daripada London.


Then, before this PU ada hebah hebahkan pasal kemenangan GA daripada MVogue kat SINI. Alhamdullillah hadiahnya dah selamat sampai pagi tadi...



So, nice kan purse nih...PU tak tahu lagi nka buat apa dengan purse. Either nak guna or hadiahkan untuk mama PU. Kebetulan birthday mama PU 6 Oktober lepas, PU tak dapat nak bagi hadiah jez wish jer...huhuhu sadis sungguh....

Pagi tadi punya cerita jugak nih...PU tengah leka buat kerja, tetiba officemate PU datang dan hulurkan FM Sabah dan gelang mutiara...PU terkezut jugak la tetiba jer bagi PU. Rupa rupanya PU terlupa officemate nih bercuti kat Sabah. So, memang dah jadi kewajiban bagi beliau beli souvenier untuk kawan kawan ofis yang lain. Tapi PU mendapat keistimewaan sikit....PU dapat extra souvenier la...Apa lagi kalau bukan FM. Officemate nih tahu PU memang pengumpul tegar FM, so setiap kali mana mana dia pergi mesti dia akan belikan PU FM...hehehe..Before this, PU dah FM dari China dan Taiwan daripada officemate PU nih....

FM Kenyalang yang memang cute

Dapat jer gelang nih terus rasmi dekat tangan daku yang agak bertulang..huhuhu


Nota kaki * - hadiah korang PU pos Jumaat nih. Muktamad...Cuma Nur Afirah & Alia Syuhada saja PU pos next week.....

**- Sape sape yang layak terima lip gloss or lip balm untuk GA Like & Semua Layak Dapat Hadiah tuh ada lagi ke yang tak dapat hadiah??Tak dapat hape hape feedback pun drp korang??terima or tak??? T_T

Jumaat, 14 Oktober 2011

Lirik Lagu I Do | Colbie Caillat

1:43:00 PTG 0 Comments
Salam peeps!!!

Kali nih PU tempek pulak lirik lagu I Do nyanyian Colbie Caillat....Nih atas permintaan officemate yang memang minat giler lagu nih.....So, hope korang enjoy nyanyi lagu nih. Siapa siapa yang nak belajar bahasa Inggeris ha....elok sangat la hafal lirik lagu nih...At least boleh bantu korang belajar bahasa Inggeris serba sedikit kan kan...

It’s always been about me myself and I
If all relationships were nothing but a waste of time
I never wanted to be anybody’s other half
I was happy to say that our love wouldn’t last
That was the only way I knew to that you
You make we wanna say
I do, I do, I do, do do do do do do doo
Yeah, I do, I do, I do, do do do do do do doo
Cause every time before we spend like
Maybe yes and maybe no
I can live without it, I can let it go
Ooh, I did, I get myself into
You make we wanna say I do, I do, I do, I do, I do, I do,
Tell me is it only me
Do you feel the same?
You know me well enough to know that I’m not playing games
I promise I won’t turn around and I won’t let you down
You can trust and never feel it now
Baby there’s nothing, there’s nothing we can’t get through
So can we say
I do, I do, I do, do do do do do do doo
Oh baby, I do, I do, I do, do do do do do do doo
Cause every time before we spend like
Maybe yes and maybe no
I won’t live without it, I won’t let it go
Wooh Can I get myself into
You make we wanna say
Me a family, a house a family
Ooh, can we be a family?
And when I’m old and sit next to you
And when we remember when we said
I do, I do, I do, do do do do do do doo
Oh baby, I do, I do, I do, do do do do do do doo
Cause every time before we spend like
Maybe yes and maybe no
I won’t live without it, I won’t let it go
Just look at what we got ourselves into
You make we wanna say I do, I do, I do, I do, I do, I do,
Love you

Khamis, 13 Oktober 2011

Tips untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik dan gebu

5:10:00 PTG 1 Comments
Ha...kali nih PU nak kongsi tips kat korang cara untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik dan gebu....PU tahu ramai kat luar sana yang nak sangat sangat memiliki kulit wajah yang cantik dan gebu....

So, berlumba lumba korang kat luar tuh berlumba lumba la cari produk produk kecantikan. Yang kulit muka gelap macam Beyonce nak cerah macam Angelina Jolie bagai.

Tapi PU rasa petua atau tips PU rasanya memang mujarab dan memberi kesan yang positif sampai bila bila....Tak percaya korang try la tips PU nih kompom korang akan berterima kasih kat PU.

Tips untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik dan gebu macam kat bawah nih ialah :-

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Bila nak bergambar atau berposing bagai depan kamera atau hp korang, cepat cepat lari lari anak cari cahaya matahari. Pastu sebelum amik gambar makesure korang mengadap cahaya matahari. Bila dah snap korang akan dapat gambar yang sungguh ouchh!!!Awesome gitu...Tapi kalau nak nampak kulit muka lagi cantik korang edit gambar korang guna hp yang ada perisian yang canggih manggih....Contohnya bla..bla..bla..SO, hasilnya amat memberangsangkan....hahaha....

Amacam ok tak tips PU nih..Hope korang cuba tips nih kat rumah...Adios....

Nota kaki * Jangan mare...hehehe

Auni demam panas | Kena amik darah kat hospital

3:10:00 PTG 0 Comments
Huarggghhhh!!!!Mengantuknya PU hari nih....Malam tadi memang tak tidur lena. kejap kejap PU bangun. Auni demam panas. Badan dia memang teramat panas kira kalau letak telur atas badan Auni memang masak la telur tuh. Suhu badan pulak 40. So, bila badan tak sihat dia memang nak berkepit dengan PU. PU tekap tuala yang dibasahkan dengan air sejuk kat kepala dia. Memang Auni terjerit la kan buh tuala sejuk kat kepala dia. Dah la sejuk malam tadi sampai ke tulang. Memang PU tak boleh tidur lena la...Kejap kejap bangun. Pastu melayan karenah Aina yang asyik menangis jer...Si Auni nak tidur berkepit yang Aina nak tidur atas badan PU....Terpaksa la layan karenah anak-anak walaupun keadaan PU masa tuh penat + mengantuk....Dah nasib la kan beranak kecil macam nih.

So, pagi nih PU bangun awal awal nak siap siap bawak Auni pergi hospital. Auni memang dah awal awal bangun  sebab badan tak sihat...Nangis nangis dan nangis.....Aina still tidur....So, PU bagi Auni dekat nenek a.k.a mak. Mak Balut Auni dengan tuala kering sebab pagi pagi biasa la kan cuaca sejuk...Pastu mak balut kepala Auni dengan tuala sejuk...Kepala Auni memang panas sangat sangat. Baby bawah 2 tahun kalau kena demam panas memang agak merisaukan takut boleh terkena sawan. Itu yang paling PU takut sekali.

PU kejutkan Aina tidur nak bawak dia mandi sekali dengan PU. Nasib baik Aina senang bangun. Dengar aje PU ajak mandi laju dia bangun. Bila masuk dalam bilik mandi, Aina pulak terjatuh dalam kolam gara gara nak amik gayong. Nasib baik kolam tuh ada air sikit paras paras jari kaki aje (kolam bocor, mandi guna shower jela) kalau tak mahu lemas Aina. PU masa tuh memang tak perasan Aina terjatuh dalam kolam sebab tengah  gantung tuala kat pintu. Sekali dengar Aina menangis. Rupa rupanya dia terjatuh dalam kolam, dah basah lokos. Aihhh, dalam keadaan yang serba tak kena memikirkan Auni yang demam, si kakak pulak jatuh dalam kolam. Nasib baik takde pape..PU pujuk pujuk Aina dah okey la dia....

PU siap sediakan semua barang barang dua beradik dan barang barang PU yang nak bawak ke ofis nanti. Lebih kurang jam 8.00 pagi PU keluar rumah nak jemput Mak Ngah pula. Ajak dia teman PU pergi hospital. Lebih kurang dalam jam 8.30 pagi PU sampai kat hospital. Terus pergi kat bahagian kecemasan (Bukan kritikal)...PU gi kat kaunter dan maklumkan perkara yang sebenar. Pastu, staf kat kaunter mintak PU pergi ke satu bilik untuk amik bacaan suhu Auni dan tekanan dia. Alhamdullillah suhu dia dah turun 38.2...Then, PU  pergi semula kat kaunter amik no giliran. Macam biasa la kan kalau pergi hospital kerajaan memang kena tunggu lama la kan. Hampir 20 minit tunggu baru la dr yang nak check Auni panggil untuk diberi rawatan.

Walaupun lama nak tunggu dr check Auni (sedangkan kat hospital memang orang tak ramai) tapi PU takde la nak marah marah kan sebab layanan dr dan jururawat kat situ bagus bagus. Diorang seboleh bolehnya treat Auni supaya dia ketawa walaupun tak berjaya sebab Auni menangis.....Then, dr amik suhu baru Auni. Suhu dia naik sikit 38.5....Then, dr  brief serba sedikit apa yang staf akan buat dekat Auni. Sab akan dimasukkan ke dalam punggung dia then lap lap Auni dengan air sejuk. Pastu darah Auni kena amik. PU memang dah biasa dengan semua tuh cuz dulu Aina pun pernah demam panas. So, PU dah bersedia.

Tapi, terus terang PU cakap PU gagal kawal emosi bila part kena amik darah tuh. PU menangis sama sama Auni sebab PU tahu rasa sakit masa nak amik darah. Sedangkan kita yang tua nih tak tahan sakit ini kan pulak Auni yang baru enam bulan. Dua dua tangan dia kena amik darah. Kali pertama PU gagah lagi tengok walaupun dah nangis masa tuh tapi kali kedua nak amik darah PU keluar dari bilik rawatan....Tak sanggup rasanya nak tengok. PU hanya dengar suara Auni menjerit nangis kat luar. Masa tuh hanya Tuhan saja yang tahu perasaan PU macam mana.

Lepas settle semua, Auni kena sedut gas sebab nak kurangkan kahak dia. Setahu PU Auni memang tak batuk dan takde kahak tapi dah itu arahan dr PU ikut jer. Yelah, PU nih bukan dr kan....Ikut ajelah...Masa sedut gas tuh, Auni tidur lena atas pangkuan PU. Sayu jer hati tengok Auni dalam keadaan macam tuh. Demi anak PU kuatkan diri hadapi semua nih. Yelah, incik hubby takde. Dia kena bertugas kat Pahang, ada latihan dalam hutan....Kalau dia ada, PU mungkin kuat lagi la.

Setelah selesai semua rawatan, dr amik semula suhu badan Auni. Alhamdullillah suhu badan Auni dah turun jadi 37.5. Alhamdullillah syukur sangat sangat. But dr cakap kalau Auni still demam lagi dan pernafasan dia sesak, PU kena cepat cepat kena bawa dia pergi hospital dan Auni kena tahan wad. Haaaa...bab tuh PU lemah. Seboleh bolehnya memang PU tak nak anak anak PU kena tahan wad....Hopefully takde apa apa jadi kat Auni...



Haaa...hamek ngko..Punya la panjang lebor cerita PU kali nih...Hado PU kisah..blog PU kan...sesuka hati la nak taip panjang mana pun...hahaha...

Nota kaki * Walaupun pun dalam kerisauan teringatkan Auni tapi perangai gila gila haku tetap tak hilang...muahaha

Rabu, 12 Oktober 2011

Segmen : Aku cuma seorang blogger

5:13:00 PTG 6 Comments
klik banner untuk join segmen abg Ben

Kenapa korang korang patut masuk blog PinkUmmi???Sebab sebab sebab PU blogger macam korang korang gak kan..haha...Jangan marah ha..Gurau aje....Ok ok kita serius...Actually korang korang patut masuk blog PU nih sebab blog PU selain berkongsi cerita pasal PU dan family tercinta, PU ada jugak share cerita tentang artis artis, tips, review filem dan novel dan jugak info yang PU dapat dari pembacaan PU di majalah dan internet. Selain tuh kan, PU jugak suka share lirik dan video lagu terkini kat blog cikai PU nih...Keistimewaan blog PU nih ialah kerana tuan punya blog nih la....Happy go lucky dan PUi nih peramah tau....yeker???(Mata kat atas tgn kat bahu..hehehe) 

Blog yang selalu bagi semangat kat PU untuk terus berblog nih pulak...erm..malu aih nak bagitau tapi takpela kan, PU bagitau jugak la. Kira dalam berblog nih PU ada idola PU sendiri. Kira teringin la gak nak jadi retis macam blogger nih...Layak ke???Giler glamer betul PU nih kan kan kan...Ok la takmo cerita banyak kaorang korang klik aje kat SINI..tengok sendiri la kan siapa idola PU tuh....PU memang jatuh hati dengan blog beliau dan buat PU tak berputus asa aktif dalam berblogging...

Sekian saja pembentangan PU untuk hari ini....

Patah Seribu

1:56:00 PTG 1 Comments
Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku
Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu
oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi
Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan
Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi
Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku

Pergilah....




Korang enjoy la yer dengar lagu Shila Hamzah nih....