Shopping moping @ Giant Bdr Kinrara | American Fried Rice

Entry kali nih tak la basi okeh!!!!Walau kejadian nih berlaku empat hari yang lalu tapi still laku dan hot di pasaran yer....

Meh sini rapat rapat PU nak cerita kisah di hari raya keempat. Setelah selesai beraya di Melaka, maka raya ketiga selepas Maghrib PU sekeluarga bertolak balik ke PD. Before that, incik hubby daku dah kol Cik Lan daku tanya mak a.k.a nenek ada atau tak kar rumah. Sekali Cik Lan PU cakap mak kat Puchong sudah ikut satu satunya anak lelaki mak balik la...Ghope2nye diorang memang plan nak beraya kat Puchong. Bila dengar Cik Lan daku bagitau begitu, incik hubby bagi cadangan tak payah balik rumah terus gi Puchong tido rumah busu. Maka, bermula la perjalanan kitorang ke Puchong.

Hari raya keempat tuh PU, incik hubby, mak, busu n busu Ct pergi Giant Bdr Kinrara...Kalau dah pergi Giant dah tentu la nak beli barang barang dapur kan. PU tak terkecuali la....

Sampai sampai kat Giant kitorang tak shopping dulu..Kitorang pergi makan dulu sebab busu PU dah kebuluran. So, sebelum memulakan operasi cekup mencekup secara besar besaran kitorang mulakan operasi menyerbu food court. Incik hubby makan rojak buah dan air blackcurrant. Air PU awal awal incik hubby orderkan. Maka, airnya sama la macam air incik hubby minum bezanya air PU tak berais. Maklum ajelah menyusukan anak cannot touch touch ice u know...

PU lak order nasi goreng. Mula mula tuh berpinar pinar bijik mata PU nih nak pilih menu yang mana satu...PU memang suka mencuba menu baru. Pilih punya pilih last last PU pilih menu yang memang susah nak dapat kat area PD atau Seremban setakat nih la....

Nih deyh santapan PU..American Fried Rice...Sepatutnya ada timun dan sos kat atas kentang guring tuh tapi PU takmo..So, macam nih la ghupenye....

Tengok pic nih macam biasa kan...Tapi rasa nasi goreng nih memang terbaek dari ladang.....Nak nak telur mata tuh memang feberet PU...Kuning telur yang cair meleleh leleh kat atas nasi goreng...perghhhhh sedap gua cakap sama lu. Incik hubby rasa nasi goreng Pu sikit, dia pun puji sedap. Kat nasi goreng tuh tukang masak tuh buh lobak, kacang panjang dan hot dog as main ingredients la....Tapi serius memang sedap...

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen.