Layak ke pegang title kaunselor kalau gagal kawal emosi??

Salam peeps!!!

Kali nih PU nak kongsi dengan korang korang pasal tajuk kat atas. PU harap mana mana kaunselor yang terbaca entry PU nih jangan cepat sentap okeh!!!PU tak tuju kan semua kaunselor tapi PU sekadar memberi pandangan memandangkan kat ofis PU nih ada kaunselor yang kami rasa tak layak digelar kaunselor.

PU nak tanya korang korang layak ke somebody yang berjawatan kaunselor jadi kaunselor if can't accept any opinion and can't control his/her emotion.Then, rahsia klien didedahkan kepada orang orang tertentu. Lebih tepat lagi mengumpat hal klien kat kawan kawan terdekat....Layak ke jadi kaunselor kalau macm nih kawan kawan? 

PU bukan apa la kan, sebab ada la orang orang kaunselor kat ofis PU nih yang bersikap seperti yang PU describe kat atas nun. Bukan PU saja berpendapat macam tuh kawan kawan ofis yang lain pun cakap macam tuh gak. Rasanya kalau tak boleh simpan rahsia klien, tak boleh kawal emosi dan tak boleh terima pandangan atau teguran orang lain yang lebih lama bekerja atau yang pangkat rendah, PU rasa duk rumah lagi bagus. PU bukan hape la kan, jangan pikir diri tuh Pen. Pegawai Psikologi atau ketua bla bla bla.....tak LAYAK terima pandangan orang lain yang berpangkat rendah atau tak boleh terima pandangan kawan kawan. No!!! Salah okeh..Kalau dah buat salah of course kena tegur rite??? 

Hello, sedar diri sikit kawan kawan kat ofis nih semua berpelajaran tinggi sama macam awak. Ada seorang pegawai agama ada master lagi tapi low profile jer..Lagi pulak jawatan yang disandang pegawai agama nih tak SELAYAKnya untuk seseorang yang ada master but dia cakap tuh semua rezeki dan bersyukur seadanya. Memang low profile ini orang tak macam awak yang bangga sangat dengan gred 4+ tuh. Nak ingat kan sekali lagi kat sini kami kat ofis nih semuanya berpendidikan tinggi yer cuma dah rezeki dapat jawatan nih kami redha seadanya janji kami bekerja. So, jangan pandang kami nih sebelah mata saja tau atau rasa kami nih tak layak menegur segala kesalahan awak tuh yer..

Ish ish ish emosi terlebih pulak PU nih. Bukan hape la kan, PU tak faham la dengan sikap kaunselor macam nih. Layak ke jadi kaunselor kalau macam nih la sikap diorang??? Terlalu memandang rendah kami yang berpangkat rendah sedangkan kami berpelajaran macam diorang jugak....PU nak cakap je kat orang tuh tolong pergi berdiri depan cermin tuh tanya diri sendiri sempurna sangatkah aku nih sampai tak boleh terima pandangan orang lain???

Kaunselor nih suka tegur atau lebih senang PU cakap pertikaikan kerja orang lain tapi bila kena diri sendiri kena buat kerja atau tugasan, kelam kabut pulak. Lagi pulak tugasan yang dibuat memang TAK PERNAH lengkap hamek ngko aku siap highlight lagik perkataan tak pernah tuh.... So, mahu bandingkan lagi ke cara kami bekerja yang tak sempurna nih bak kata awak dengan cara kerja awak yang sempurna tuh. Fikir fikirkan la ye sayang....

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen.