Check Up Aina 1 tahun 7 bulan @ KD Telok Kemang

Salam peeps!!

Hari nih PU masuk ofis lambat. Bukan suke suke nak datang lambat okeh tapi memang ada appointment. Kena bawak Aina check up kat klinik. 

Kali nih PU tak risau sangat la Aina nak kena cucuk ke hape ke cuz dia memang dah kena cucuk pun. Kira nih check up untuk tahu perkembangan tumbesaran Aina. Ok ke tak....

Actually PU risau kan berat badan Aina cuz masa check up 1 tahun 6 bulan, berat Aina turun kat garaf kuning tuh. Sampaikan akak misi tanya PU tak bagi anak makan ke??Hade ke patut PU tak bagi anak makan??Macam macam PU sumbat kat mulut Aina tapi tak mahu dia. Sampaikan PU sanggup perhabis duit beli Vitamin C dengan Scott Emulsion nak bagi selera makan Aina bertambah. Kalau orang tengok Aina memang tak percaya anak PU tuh dah setahun lebih cuz memang halus jer......

Masa check up tadi, bersyukur la sesangat cuz berat Aina naik. Dari 8.4 kg naik ke 9.0 kg. Ok la tuh kan daripada tak naik langsung. Ada jugak la perubahan lepas PU sumbat dengan Vitamin C & Scott Emulsion.
Lepas nih kepala otak duk memikiaq nak buat cara apa pulak bagi Aina lagi bertambah selera nak makan.

Kawan kawan ada tak petua or cara cara lain nak bagi anak berselera untuk makan???

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen.