Auni oh Auni




Ce korang tengok pic pic Auni nih. Agak tak semenggah anak dara daku nih. Dah pandai main jelir jelir lidah. Jangan salahkan daku yang mengandungkan dia yer. Hahahaha..

Alhamdullillah,pejam celik pejam celik dah nak masuk 5 bulan dah Auni. Rasa cepat masa berlalu. Auni pun dah pandai buat macam macam. Yang ketara sekali Auni dah mula membebel bahasa baby. Hanya Aina yg tau kot apa yang adik dia bebel bebel. PU kompom memang tak paham walaupun anak dah dua. Incik hubby cakap, Auni kuat membebel macam Ummi dia. Baran pun ikut Ummi dia jugak. See, PU gak yang kena.

Apa apa ajela, janji anak anak PU membesar dengan sihat dan kuat (*_^). PU harap dapat didik diorang dengan didikan agama yang secukupnya. InsyaALLAH..

Published with Blogger-droid v1.7.4

1 comments:

Terima kasih sudi tinggalkan komen.