Semalam berbuka makan Fried Rice with Chicken Chop.....Serius sedap | First time makan

Entry sebelum nih merangkap semalam punya entry PU bagitau korang PU nak beli baju raya anak-anak PU kan. So, semalam incik hubby suruh PU ajak my aunt + my cousin sekali. Incik hubby berhajat nak belanja adik sepupu PU tuh. Sian anak yatim...So, incik hubby kira bersedekah la kan bila dah dapat bonus tuh. So, kitorang pergi Giant ajela..Malas nak singgah sahur kat tempat lain.

Shopping punya shopping tak perasan nak dekat waktu berbuka. Tengok jam dah pukul 7.16 petang. Hape lagi dengan segala kuasa veto yang ada kat tangan incik hubby sesuke hati dia drive lelaju nak sampai ke destinasi untuk berbuka iaituuu....................Sate Kajang Hj Samuri. Ala, dokek yo. Dokek Batu 4 Port Dickson. Incik hubby order sate ayam 50 cucuk. Memang dia nak sangat makan sate. PU takmo walaupun hakikatnya PU de gak tumpang dua kaki. Benda sedap takkan nak tengok aje kan. Mana boleh...

PU punya menu berbuka Fried Rice with Chicken Chop. Makngah PU order Mee Kari (Special)....Kira puas hati PU order dua makanan nih..Memang berbaloi-baloi....Sedap wei..First time makan makanan macam nih sedap pulak...ngeeeeee:D tapi sorry la korang PU terlupa nak snap gambar-gambar makanan yang kitorang order. Dah makan separuh baru teringat nak sanp gambar...huhuhu...Tu tandanya memang kebulur giler sampaikan nak snap gambar pun tak dan. Sebelum berbuka bukan main lagi berangan nak snap gambar nak upload kat blog...Tapi haram takde....Lain kali la yer PU snap gambar Fried Rice tuh...InsyaALLAH de masa of cos kaki PU nih akan sampai kat tempat yang di waktu yang lain hari yang lain...(^-^)

Lepas dah berbuka cecepat la balik kan takkan nak makan berjam-jam kat kedai makan pulak. Takkan tak reti-reti nak balik rumah....hehehe....

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen.