Menu dinner semalam : Ayam Masak Halia Lada Hitam

Bajet semalam dan nak masak untuk berbuka puasa tapi apa kan daya. PU berbuka dengan kuih Tepung Pelita 1st time PU makan tau dan air soya. PU memang dah congak-congak dalam kepala brain nih nak masak apa. Sekali si kecik Auni buat perangai pulak. Menangis dari atas highway PD sampai kat Sendayan. kalo menangis tak menjerit takkpe nih siap vibrato sekali tau. Suara Kieran, Suraya dan Ikhwan tenggelam timbul dek penangan suara Auni. Makanya, berbuka puasa la PU seringkas yang mungkin.

Bila Auni dah tidur, PU mulakan operasi memasak. PU masak Ayam Masak Halia Lada Hitam...Perghhh...PU tak pernah masak makan lauk nih tapi memang selalu dengar la resipi nih. memang tak asing sangat kat telinga PU yang tak capang macam Nabil tuh...hahaha...Untuk pertama kalinya PU nak masak resipi nih. PU ada pembantu kat dapur lagik. Sape lagi kalo bukan anak begau ku itu, si Aina. Pu nak masak dia pun sibuk nak masak...Selagi tak layan karenah dia, selagi tuh la dia merengek kuat sambil tepuk-tepuk kaki panggil "Ma..." Alahai anak, anak. 

PU amik masa tak lama nak masak. Cuma penyediaan bahan-bahan jer yang makan masa. Nak tunggu ayam yang keras berdengkang tuh lembut rendam dalam air la jawabnya apa lagi kan.... Bila ayam dah lembut baru PU mulakan operasi memotong ayam jadi kecik-kecik. dah siap semua bahan-bahan yang diperlukan, PU lebur je semua bahan-bahan tuh kecuali ayam PU masuk kemudian. Lebih kurang 10 minit kira cincai la kan, dah pun siap masakan PU tuh....

So, meh sini rapat-rapat tengok hasilnya. Tak sangka sedap jugak PU masak kan..hahaha...angkat bakul sendiri..Sape lagi nak puji kalo bukan diri sendiri..
Sila skroll bawah laju-laju
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Tadaa!!!!!!!!!!!!!!!




Ayam Masak Halia Lada Hitam hasil air tangan PU. Sedap gak erk sekali sekala makan ayam masak halia nih. Yelah PU nih kan jakun tak pernah makan lauk macam nih..Nih baru terhegeh-hegeh nak buat di kala incik hubby takde kat rumah..hehehehe...

Alhamdullillah percubaan pertama yang berjaya. memang sedap hingga menjilat jari....hahahaha

2 comments:

Terima kasih sudi tinggalkan komen.