Doakan adik Dania Emelda Aqasha sembuh | Diagnose Leukimia Cycle 3

Salam peeps!!!!

Merutun pilu hati PU saat membaca entry one of da blogger yang minta jasa baik kawan-kawan blogger mendoakan kesihatan puterinya Dania Emelda Aqasha yang diagnose Leukimia cycle 3. Sungguh-sungguh hati PU sedih dan di saat entry nih di taip, PU hanya mampu menahan sebak di dada. Air mata memang bergenang dah nih...Duk bertakung jer kat tubir mata nih....Bila baca entry Leen nih terus kepala brain PU nih menerawang kat anak-anak PU. Sepatutnya PU bersyukur kerana ALLAH mengurniakan kesihatan yang baik kepada anak-anak PU. Sedangkan diorang demam biasa PU dah duk risau inikan pulak menghidap penyakit kronik.

PU sedih la baca entry Leen...Saat mata PU nih tertancap pada gambar-gambar Dania, hati PU tersiat2 halus. Seorang anak yang comel dan keletah sedang menanggung kesakitan. PU yang tua bangka nih pun tak tahan kesakitan inikan pulak anak kecil seperti Dania.


Terakhir Leen update entry semalam...Dania kritikal........Ya ALLAH..

PU amik sikit petikan drp blog Leen.....

salam wahai rakan2 alammaya ku......
ingat x lagi dgn puteriku, Dania Emelda Aqasha?? dy dalam keadaan tak stabil skrg...saya sempat meluangkan masa seketika ini, untuk menulis hanya untuk meminta jasabaik rakan dan taulan, samaada kenal saya atau pun hanya kenal di alam siber ini.....utk sama2 mendoakan kesejahteraan puteriku ini......

she's diagnose leukimia pd 12 feb 2011, dan skrg dah cycle yang ke 3...sepatut nye hanya mengambil masa lagi 3 minggu shj untuk menghabiskan cycle ini....dan selepas itu..masuklah maintanance di mana pu3 ku ini hanya sebulan sekali shj mendapatkan rawatan....

tapi, sesungguhnya Tuhan itu maha Penyayang....Dia menduga kami sekeluarga dgn ujian yang amat berat utk kami tempuhi......

9hb Ogos, last ASPA (injection Kimo)...dy mendapat diarrhoea..dan dia amat2 kuat untuk tempuhi semua itu....

11hb Ogos dia dimasukkan ke HSI selepas menjalani kemo....utk menjalani rawatan diarrhoea..

12hb Ogos alhamdulillah dibenarkan balik kerana dah xde buang2 air lagi.....

14hb Ogos selepas pulang ke muar pd jumaat tu, dy buang2 air kembali....dan minta dimasukkan ke hospital kerana xtahan dgn sakit perut. kami bawa dia ke HPSF Muar, sbab pd kami diarrhoea mungkin boleh ok setelah 2-3 hari dpt rawatan....

18hb Ogos, kami rasa, kami perlu bawa dy ke HSI..perlu!!! dan tetibe tekanan darahnya merundum jatuh...yang menyebabkan pihak HPSF tidak membenarkan kami mmbawanya ke hsi selagi darahnya xstabil...

Untuk cerita selanjutnya klik SINI

Korang tengokla pic2 adik Dania nih. Pilu hati PU tengok.....




 

Korang korang marilah kita sama sama berdoa agar adik Dania Emelda Aqasha sihat seperti sediakala. Kalau korang nak mengikuti perkembangan adik Dania Emelda Aqasha, korang terjah blog leen Kau dan Aku

1 comments:

  1. salam, baru dapat khabar yang anak kecil dah menyahut seruan ilahi... al fatihah..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.