Semalam 27 Julai 2011, Aina genap 1 tahun 6 bulan

Alhamdullillah pejam celik pejam celik dah setahun 6 bulan anak sulung PU, Aina. Semalam tinggalkan Auni dekat makngah, PU terus bawak Aina gi check up. Dalam hati nih risau sebenarnya, maklum la kan dah lama tak bawak Aina gi klinik check up. Bila dah setahun 6 bulan kena check up dan cucuk sekali. PU risau bukan apa, Aina nih memang lasak takut berat badan tak naik dan menangis tak henti-henti bila kena cucuk.

Lama gak la PU duk melangu kat klinik desa tuh. Nak tunggu turn memang lama la. PU dapat nombor 20. Orang memang tak ramai tapi tunggu orang lain check up lama la jadinya kan. 

Tiba turn Aina lak check up. Mula-mula kena timbang berat. Ya ALLAH punya payah PU suh Aina berdiri kat penimbang berat badan tuh. Dia menangis lak. Dia pikir PU nak tinggalkan dia. Puas pujuk akhirnya dapat gak bacaan berat badan Aina. Apa yang PU takutkan jadi jugak akhirnya. Frust PU tengok berat badan Aina. 8.4 kg jer...Kalau ikut perkiraan memang naik la tapi tengok pada carta dekat buku pink dia tuh memang frust la. Graf berat badan Aina turun sampai kat bahagian kuning tuh. Frust la PU jadinya kan. PU pelik nape berat badan dia tak naik sedangkan Aina nih pemakan orangnya. Sepuluh kali orang makan sepuluh kali Aina makan. Memang Aina makan tak henti-henti. PU tengok pun takut. Takut perut dia yang buncit tuh melet0p..muahahaha...bengong tak statement PU nih..

Pas dah abis check up dan sesi soal jawab PU tunggu 5 minit untuk cucuk Aina pulak..Dup..Dap..Dup..Dap.. Berdebar-debar gak la PU cuz lama Aina tak kena cucuk. Mana la tahu kot-kot dia meraung bergema satu klinik tuh. Dulu kalau kena cucuk Aina menangis bila jarum dicucuk kat peha dia, bila tarik keluar terus dia senyap. Sekarang memang PU tak tahu macam mana, yelah dulu dia kecik lagi sekarang dah besar, dah boleh  berpikir. Tapi apa yang PU takutkan tuh tak berlaku. Memang Aina menangis tapi PU pujuk Aina cakap kat dia "Tak mau nangis Anje. Anak Ummi nih kan kuat. Malu la dengan Abi kalau nangis. Anak askar kena kuatkan." Bila PU cakap macam tu terus Aina diam. 

Dah selesai semua lega hati PU. Sebelum hantar Aina kat rumah makngah, PU bawak Aina pergi kedai runcit dulu belikan dia biskut, keropok dengan air Solivite..Kena bribe Aina, kalau tak mahu dia nak ikut PU gi kerja nanti..hehehe..Dan bermula episod PU drift kat highway nak gi kerja pulak...

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen.