Isnin, 18 Julai 2011

PU tukar profesion jadi Pengawas Peperiksaan

Salam peeps!!!

Sihat tak semua???Ari nih PU kurang sihat dari semalam asyik bersin. Hari nih selsema lak...Nak buat apa pun tak selesa tapi PU gagahkan diri  buat kerja dan update blog. X mo blog PU nih sepi tanpa entry.

Hari Sabtu dan Ahad PU rehat drp blog. Nak rehatkan diri. Uols tau kan baru-baru nih SPA ada buat Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Pegawai Tadbir Gred M41. PU bukan salah seorang calon M41 tuh tapi PU jadi pengawas peperiksaan. PU nak cari pengalaman baru dan merasa jadi pengawas peperiksaan.

Seronok jadi pengawas nih. Tugas PU macam biasa je la kan. Edar kertas kedatangan, jawapan dan soalan. Then, kena check satu2 kad pengenalan diorang dengan borang yang diorang lengkapkan tuh. Pastu, kena kutip semua borang kehadiran dan OMR calon-calon. Then, ronda-ronda satu dewan. Stat dari pukul 9.00 pagi sampai kul 3.30 petang. Kaki PU nih, macam nak tercabut rasanya. 

Soalan-soalan untuk calon-calon M41 pun boleh tahan gak susahnya. Tapi PU rasa soalan bab kira-kira tuh senang. Tuh pun ramai yan g tak boleh jawab dan ada gak tak sempat jawab. kesian gak kan tapi nak buat macam mana. PU doakan semua calon-calon tuh lulus jela. Kebanyakan calon-calon nih pangkat adik-adik PU jer. Ada gak yang tua drp PU tapi tak ramai pun. Majoriti umur 21-25 tahun.

So, pengalaman pertama jadi Pengawas Peperiksaan nih memang seronok. InsyaALLAH ada rezeki PU nak jadi Pengawas Peperiksaan lagi. Leh cuci2 mata..muahaha...

1 ulasan:

  1. Cik Ayu amik exam nih.. umo nak masuk 30 da ni. da kali ke5 mencuba.. bila ntah nak berhasil

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.