Normal @ tidak najis anak anda??

Salam peeps!!

Hari nih Pu nak share info yang PU baca drp majalah Nur....Hopefully entry P nih leh dikongsi bersama2 dengan uols yang bergelar ibu & bakal2 ibu....

Erm...bila PU baca artikel nih baru PU tau faktor2 yang mempengaruhi warna najis anak kita...PU kadang-kadang riso gak warna najis Aina & Auni bertukar2 warna...

So, jom kita review sama2 pasal normal atau pun tak najis anak kita...

Sebagai ibu, mama, ummi, mummy, emak dan etc kita semua perlu tahu tentang faktor yang menentukan sama ada kekerapan, warna dan ketekalan najis itu normal atau tidak.

Apa yang normal bergantung kepada usia bayi, sama ada dia menyusu badan atau diberikan susu formula dan sama ada dia sudah memulakan makanan pejal. Najis bayi akan sentiasa berubah dari semasa ke semasa dia membesar dari masa bayi baru lahir hingga ke akhir tahun pertama usianya dan dalam masa itu kita akan lebih faham tentang apa yang normal tentangnya.

Bayi yang menyusu badan

Bayi yang menyusu badan tanpa memulakan makanan pejal akan membuang air besar lebih kurang 4 kali sehari.
Namun, membuang air besar sekali dlm 3 hari juga dianggap normal. So, kita tak perlu risau berapa kerap bayi kita membuang air besar selagi najis bayi lembut dan mudah keluar.

Bayi yang menyusu susu formula

Adalah normal untuk bayi yang menyusu susu formula membuang air besar setiap hari untuk mengelakkan sembelit.
JIka tak, kemungkinan anak kita akan mengalami kesukaran untuk hari2 berikutnya kerana najis yang berada lama dalam usus akan keras dan sukar dikeluarkan sehingga membawa kepada sembelit.
Najis bayi yang normal akan berwarna kuning pucat atau coklat kekuningan dan sisa susu formula akan menjadikannya kelihatan lebih besar dan terbentuk berbanding bayi yang menyusu badan. Ini kerana susu formula tidak dapat dicernakan sepenuhnya seperti susu badan.

Tidak normal bila berlaku sembelit

Simptom seperti terpaksa meneran sehingga muka bertukar menjadi merah cerah menimbulkan ketidakselesaan kpd bayi kita. Akibat najis yang keras membuatkan bayi berasa sakit abdomen dan senak perut sehingga menangis.

Najis hijau

Situasi yang perlu diberi perhatian kerana besar kemungkinan bayi mendapat terlalu banyak laktosa tetapi tidak mendapat susu yang lemak yang boleh mengenyangkan. Mungkin disebabkan terlebih penyusuan atau kurang penyusuan atau ia adalah tanda awal bahawa bayi kita mempunyai kuman dalam perut.

Calitan darah

Ada sesetengah kes, najis bayi mengandungi darah semasa membuang air besar boleh menyebabkan fisur dubur. Elok sekiranya kita mendapatkan pemeriksaan doktor utk memastikan ini sebab sebenar dan bukan sebab-sebab yang lain.

Penyelesaian

Berjumpa doktor jika situasi ini berlaku dan mungkin doktor mensihatkan kita supaya meningkatkan jumlah cecair dan serat dalam diet bagi kes sembelit. kes lain pula, doktor mungkin akan menyarankan ubat-ubat yang sesuai dan mengubah pola pemakanan anak-anak kita.

Post a Comment

3 Comments

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com