Sabtu, 30 Julai 2011

Giveaway : Happy Birthday Ayah!

3:00:00 PG 39 Comments
Salam peeps!!!

PU taip entry laju-laju yer....
Malas nak taip panjang2 memandangkan kondisi PU yang kurang stabil sekarang nih. Selsema + batuk = demam. 
PU nak buat giveaway sempena birthday ayah PU yang ke-54 tak lama lagi. PU nak cari 3 orang pemenang bertuah.
So, tak moh cakap banyak ce tengok syarat2 GA nih.

  • Follow blog INI dan INI
  • Copy paste header blog PU kat atas dan tempek kat entry uols. Backlink skali ok.
  • Tajuk entry mesti "Giveaway : Happy Birthday Ayah!"
  • Tag 3 orang kawan (nak tag lebih pun takpe)
  • PU nak uols teka tarikh lahir ayah PU..(hint : 19 Julai - 30 Julai)
  • Tarikh Tutup : 29 Julai 2011 @ 12.00 tengahari.
  • Dah siap tinggalkan link kat entry nih SAHAJA. 

Peserta2 yang teka dengan tepat akan di senarai pendekkan pada 29 Julai 2011 pukul 2.00 petang. PU akan cabut undi secara manual. Tak guna tuk random yer.

Gud Luck (^-^)

p/s* Kepada pemenang2 yang join CGL yang PU anjurkan, hadiah2 uols PU akan pos secara berperingkat. List nama yang PU dah pos hadiah, PU akan tempek kat side bar kat blog CGL PU. Nanti uols check kat sanun yer..Hope sabar menanti..

Jumaat, 29 Julai 2011

Pencarian follower ke 200 dan 221 berakhir!!

3:05:00 PTG 4 Comments
Alhamdullillah hari ke hari follower PU bertambah. Semua nih berkat usaha PU join segmen abg Ben dan Luna Lanun. PU tak sempat nak terjah blog-blog yang dah follow PU. Ada yang PU sempat balas kunjungan diorang. InsyaALLAH, PU akan usaha untuk terjah blog-blog yang follow PU tuh.

Before dis PU ada post entry tentang pencarian follower ke 200 dan ke 221 kan??Alhamdullillah PU jumpa sape orang yang bertuah. Thanks yer follow PU. Pu dah follow uols back.

Follower PU yang ke 200 ialah II Zaty II

klik untuk terus terjah blog II Zaty II

PU dah terjah blog II Zaty II. Cik punye blog nih school lagi upenyer. Blog dia nice & sweet jer. Nak loading pun tak berat. Tak caya jom terjah blog Zaty. Kat bawah nih header adik Zaty.



Follower PU yang ke 221 pulak dikenali sebagai Annie Yusof. Nak tahu kenapa PU sibuk sangat cari follower ke 221?? Sebab 221 tuh tarikh bufday incik hubby PU. 22hb 1...Kalo follower ke 200 tuh biasa la kan...Pu dah pun terjah blog Annie dan PU agak Annie nih still baru lagi dalam dunia blogging cuz follower dia tak ramai lagi. Blog Annie pun nice jer...

klik untuk terjah terus ke blog Annie

Ha nih pulak header cik adik manis nih


Nice kan..Ha....apa lagi jom terjah kedua-dua blog cik adik manis nih. Tak rugi kalo terjah. Boleh tambah follower dan kenalan..Betul tak??

Sebagai menghargai diorang berdua nih PU akan letak diorang kat Lucky Follower Bloglist..Special edition tau!!!Hehehehe...

Pemenang Giveaway : Happy Birthday Ayah!

2:12:00 PTG 4 Comments
Jeng..jeng..jeng..tibalah saat yang dinantikan. PU akan umumkan nama 2 orang pemenang yang bertuah cuz berjaya meneka dengan tepat birthday ayah PU.
Klik header PU kat bawah untuk tengok sape yang bertuah tuh...

PEMENANG BERTUAH PERTAMA

PEMENANG BERTUAH KEDUA

Tahniah kepada pemenang. Sila hantar details nama, alamat dan no.fon ke zahirah.zahrin@gmail.com. Subjek email tuh "Pemenang GA HBA". Hantar selewat-lewatnya hari Isnin yer :)

Kepada yang tak berjaya jangan kecik ati k. InsyaALLAH ada rezeki lebih PU buat GA lagi okey...

Giveaway : Happy Birthday Ayah! dengan rasminya ditutup!

12:43:00 PTG 0 Comments
Alhamdullillah tamat sudah GA yang PU buat sempena birthday ayah PU yang ke-54. Terima kasih kepada yang sudi menjoinkan diri.

Macam yang pernah PU umumkan sebelum nih PU akan senarai pendekkan nama peserta yang menjawab dengan tepat jam 2.00 petang nih. Nampaknya PU tak payah susah payah senarai kan peserta yang jawab dengan tepat dan buat cabutan bertuah cuz seramai 38 peserta yang join hanya dua orang yang menjawab dengan tepat. So, nantikan keputusannya jam 2.00 petang nih.

Siapakah yang bertuah tu??TUNGGU............

Harimau kecundang

11:59:00 PG 0 Comments

KEHADIRAN kira-kira 90,000 penyokong gagal membangkitkan semangat Harimau Malaya untuk memadamkan kelebihan dua gol Singapura pada aksi timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.
Skuad kendalian ketua jurulatih negara, Datuk K Rajagobal sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 sekali gus membolehkan negara jiran itu mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia dengan agregat 6-4.

Ketiadaan kapten negara, Mohd Safiq Rahim yang dilayangkan kad merah jelas memberi kesan kepada jentera tengah skuad negara apabila penggantinya, Ismail Faruqi Ashari gagal mencorakkan sebarang gerakan berbahaya untuk barisan depan negara diketuai Mohd Safee Sali yang dilantik sebagai kapten malam semalam.

Malah Ismail Faruqi dilihat gagal bergandingan dengan baik bersama Amar Rohidan untuk menguasai bahagian tengah membolehkan lawan bebas mengatur serangan ke kubu negara yang dikawal Khairul Fahmi Che Mat dan keadaan bertambah parah apabila tonggak pertahanan tengah berpengalaman, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak dikeluarkan pada minit ke-22 kerana kecederaan.

Harimau Malaya seharusnya berterima kasih kepada penjaga gol Kelantan itu apabila menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya lawan terutamanya percubaan jarak dekat Qiu Li pada minit ke-10 serta sepakan percuma Mohamad Shaiful Esah Nain pada minit ke-38.

Skuad negara juga sebenarnya mempunyai peluang awal untuk membuka jaringan namun rembatan lemah S Kunanlan dalam kotak penalti pada minit keempat berjaya diselamatkan penjaga gol lawan, Mohamad Izwan Mahbud. Walaupun menyedari kepincangan dalam skuadnya pada babak pertama, Rajagobal masih menaruh kepercayaan kepada kesebelasan pemain yang sama di awal babak kedua sekali gus meyaksikan Aleksandar Duric dan rakan-rakan terus menguasai permainan.


Gol semangat yang ditunggu akhirnya tiba menerusi rembatan penyerang Pelita Jaya, Mohd Safee Sali pada minit ke-57 untuk merapatkan kedudukan 5-4 secara agregat selepas Singapura mencatatkan kemenangan 5-3 di Stadium Jalan Besar, Sabtu lalu.

Namun gol yang membakar api perjuangan pemain negara itu segera dipadamkan Singapura pada minit ke-72 apabila Shi Jiayi akhirnya berjaya menewaskan Khairul Fahmi untuk menyamakan kedudukan.

Khamis, 28 Julai 2011

Auni ku sayang

1:33:00 PTG 0 Comments
Hahaha...memang takdo kojo, ini la PU buek time rehat macam nih....PU nak post pic Auni pulak...Tengok puas2 sampai uols tertido..









BEN ASHAARI CARI BLOG ..CEPAT !

12:43:00 PTG 3 Comments
klik banner kalo mau join

Again and again. PU join segmen abg Ben lagik. Kali nih abg Ben nak cari 200 blog-blog yang sanggup diterjah dan diredah untuk abg Ben jadikan panduan buat soalan. Tanpa membuang time, PU join ini segmen.
Abg Ben mintak tulis apa aje kat entry nih..Ermm...PU nak tulis pasal hape erk???

PU nak buat pasal game yang sedang ngetop sekarang nih. Hape lagi pasal Angry Birds yang duk fight dengan pigs and monkeys la....PU nak tahu la kan sama ada game ini menguji minda dan tahap kesabaran kita atau melalaikan...


Ada yang cakap game nih bagus. Menguji minda kita untuk berfikir dan memasang strategi untuk hapuskan pigs dengan monkeys yang seronok duk gelakkan kita bila kita gagal. Tapi ada gak kata melalaikan sampaikan tak ingat nak buat kerja-kerja lain yang lebih penting. Tapi yang melalaikan tuh jugak yang orang duk kejar dan main. Salah seorangnya PU la...hahaha.Tapi PU mengaku PU jenis tak sabar...Dah banyak kali nak bunuh pigs kat stage 21 tapi tak gak lepas2. So, penyudah PU quit jer, habes cerita. Daripada PU sakit hati caci maki bagai lebih baik tutup terus..hahaha.....

So, pendapat uols macam mana??Angry Birds nih melalaikan atau tidak?? Ce jawab ce jawab...

So, sape-sape nak join segmen abg Ben nih join cecepat cuz 3 petang nih dah tutup. banyak citer tak mau join cepat. Lebih kul 3 petang tak di layan...hahaha

Khairul Fahmi Curang???

12:23:00 PTG 0 Comments
Dua tiga hari nih memang agak kecoh sikit dengan kisah Penjaga Gol Negara dan blogger jejariruncing. Maap yer PU post cerita diorang kat blog angin sepoi-sepoi bahasa PU nih bukan tujuan nak up kan trafik ke hape tapi PU nak gak share cerita nih.

Memang PU ada baca kisah diorang nih tapi jadi silent reader jela kan. Tapi PU tak sangka lak hubungan diorang jadi macam nih. Dan tak sangka pulak Khairul Fahmi boleh berubah sekelip mata. Rasanya baru aje diorang bertunang. tup tup jadi macam nih pulak. Apa kes?? Bila jejariruncing titipkan doa buat tunangnya tuh PU rasa sedih gak la..Sebab doa tuh jugak yang PU akan amalkan kalau jadi something antara PU dengan incik hubby dulu. Alhamdullillah hubungan we ols masih utuh hingga ke hari ini.

Apa yang PU tak sangka bila baca wall post FB blogger jejariruncing, Elia marahkan Khairul Fahmi sebab tinggikan suara dekat mak Elia. Haishh...nih dah lebih..Apa kes dengan si Khairul Fahmi nih tinggikan suara kat mak Elia pulak. Takkan dah lupa daratan kot. Jangan meninggi diri der...Hidup kita nih umpama roda tau, kekadang kita kat atas kekadang kita kat bawah. Masa kita tengah ngetop memang orang akan sanjung tapi bila kita jatuh merudum, pikir sendiri la apa kita akan dapat.


Credit to Abang Nara

Katanya Khairul Fahmi berubah kerana seorang perempuan bernama Dahlia Teck. Apakah? Mentang-mentang dah glamour ada pulak nak rapat tanpa pedulikan status orang tuh yer. Apa nak jadi dengan dunia sekarang nih. Dunia oh dunia!




Gambar-gambar yang didakwa Dahlia Teck punca hubungan Khairul Fahmi dan blogger jejariruncing retak...Tak dapat dibuktikan kesahihan 100% hanya diorang jer yang tahu.

Kepada blogger Elia, anggap ajelah apa yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin ada sebab ALLAH uji kita dengan dugaan yang macam nih. Tabah hadapi ujian dan dugaanNya. Sama-sama la kita doakan agar hubungan mereka akan kembali pulih seperti dulu. Semoga ALLAH bukakkan pintu hati Khairul Fahmi supaya kembali ke pangkal road!

Semalam 27 Julai 2011, Aina genap 1 tahun 6 bulan

10:58:00 PG 0 Comments
Alhamdullillah pejam celik pejam celik dah setahun 6 bulan anak sulung PU, Aina. Semalam tinggalkan Auni dekat makngah, PU terus bawak Aina gi check up. Dalam hati nih risau sebenarnya, maklum la kan dah lama tak bawak Aina gi klinik check up. Bila dah setahun 6 bulan kena check up dan cucuk sekali. PU risau bukan apa, Aina nih memang lasak takut berat badan tak naik dan menangis tak henti-henti bila kena cucuk.

Lama gak la PU duk melangu kat klinik desa tuh. Nak tunggu turn memang lama la. PU dapat nombor 20. Orang memang tak ramai tapi tunggu orang lain check up lama la jadinya kan. 

Tiba turn Aina lak check up. Mula-mula kena timbang berat. Ya ALLAH punya payah PU suh Aina berdiri kat penimbang berat badan tuh. Dia menangis lak. Dia pikir PU nak tinggalkan dia. Puas pujuk akhirnya dapat gak bacaan berat badan Aina. Apa yang PU takutkan jadi jugak akhirnya. Frust PU tengok berat badan Aina. 8.4 kg jer...Kalau ikut perkiraan memang naik la tapi tengok pada carta dekat buku pink dia tuh memang frust la. Graf berat badan Aina turun sampai kat bahagian kuning tuh. Frust la PU jadinya kan. PU pelik nape berat badan dia tak naik sedangkan Aina nih pemakan orangnya. Sepuluh kali orang makan sepuluh kali Aina makan. Memang Aina makan tak henti-henti. PU tengok pun takut. Takut perut dia yang buncit tuh melet0p..muahahaha...bengong tak statement PU nih..

Pas dah abis check up dan sesi soal jawab PU tunggu 5 minit untuk cucuk Aina pulak..Dup..Dap..Dup..Dap.. Berdebar-debar gak la PU cuz lama Aina tak kena cucuk. Mana la tahu kot-kot dia meraung bergema satu klinik tuh. Dulu kalau kena cucuk Aina menangis bila jarum dicucuk kat peha dia, bila tarik keluar terus dia senyap. Sekarang memang PU tak tahu macam mana, yelah dulu dia kecik lagi sekarang dah besar, dah boleh  berpikir. Tapi apa yang PU takutkan tuh tak berlaku. Memang Aina menangis tapi PU pujuk Aina cakap kat dia "Tak mau nangis Anje. Anak Ummi nih kan kuat. Malu la dengan Abi kalau nangis. Anak askar kena kuatkan." Bila PU cakap macam tu terus Aina diam. 

Dah selesai semua lega hati PU. Sebelum hantar Aina kat rumah makngah, PU bawak Aina pergi kedai runcit dulu belikan dia biskut, keropok dengan air Solivite..Kena bribe Aina, kalau tak mahu dia nak ikut PU gi kerja nanti..hehehe..Dan bermula episod PU drift kat highway nak gi kerja pulak...

Nak jer haku sepak dan sepak diorang nih!!!!

9:52:00 PG 0 Comments
Salam peeps!!!

Macam biasalah pagi2 PU akan check email, bukak blog dan dalam masa yang sama bukak FB gak. Sekali bila check kat wall post FB PU ada minatang yang bikin gua panas beb pepagi bute nih!!! Seronok sangat ke tayang duit yang KAUORANG dapat tuh kat orang lain?? Apa faedah yang KAUORANG dapat buat macam tuh? Hape?? Hengat den nih mato duitan ko? Promo macam-macam nak tarik minat buat duit..eeeee tolong la sikit pun gua tak layan..Cukup cukup la nak tayang duit tuh..Tolong la jangan semakkan wall FB haku dengan iklan low class KAUORANG tuh. Ce guna cara lain nak tarik minat orang. Tapi yang pasti orang tuh bukan PU okey...Sikit pun PU tak kesah dan akan hamek tahu.


PU naik meluat dan menyampah dengan iklan-iklan macam nih yang dok suka tayang duit kat orang lain. Hello...tak semua orang mata $$$ tau!! Dan tak semua orang akan terpengaruh dengan semua tuh. Nak jer PU sepak dan sepak orang yang tag PU nih. Hangen jer..Tuh yang kekadang malas nak online FB...

Agak2 uols la kan apa yang patut PU buat???PU dah penat asyik remove dan bagi warning but still jugak jadik..

Rabu, 27 Julai 2011

Shawl murah untuk dijual! (update)

5:00:00 PTG 0 Comments
Salam peeps!!!
Macam yang PU janjikan semalam PU nak upload shawl murah untuk dijual.
So, kat bawah nih semua shawl yang PU jual dengan harga RM13 tak termasuk postage yer.

Harga setiap shawl = RM 13
Postage = RM 6 ( untuk belian shawl 2 helai ke atas )

Segala pembayaran boleh dibuat di akaun Maybank, No.Akaun : 105047114027 (Mimi Azirah binti Kamaruzzaman)
Sila hantar bukti pembayaran ke email nih zahirah.zahrin@gmail.com