Suntikan Kolagen

Hai peeps!!!

Kali nih PU nak share sket pasal suntikan kolagen. Nape erk tetiba jer PU citer pasal suntikan kolagen nih. Tadi PU online FB sekejap, pastu terbaca post kat wall FB member ofis PU pasal suntikan kolagen. Ermmmm suntikan kolagen!! Amat popular di kalangan artis tempatan atau barat. Sekarang nih pun we ols tahu sendiri la kan sama artis tuh mengambil suntikan atau tak. Dari raut wajah seseorang tuh kita boleh tahu. betul tak?

Sebelum nih, kita dengar pelbagai alternatif yang ada untuk memiliki kulit yang cantik seperti suntikan kolagen, botox, suntikan vitamin C dan sebagainya. Salah satunya ialah suntikan kolagen di mana suntikan ini untuk menghasilkan protein bagi membantu pertumbuhan serta mengaktifkan penjanaan semula sel badan baru.

Kesan yang akan kita lihat bila menggunakan suntikan kolagen ialah wajah akan kelihatan semulajadi selepas dua atau tiga kali rawatan dan hasilnya akan nampak lebih baik selepas enam minggu.

Ermmm...PU rasa tak perlu la kita nak ambik suntikan kolagen bagai cuz takde faedah pun semua nih. Memang kulit muka kita akan nampak cantik, tegang dan mulus tapi pernah tak kita fikir kesan buruknya.

Setiap orang ada kecantikan tersendiri, tak perlu la nak ubah kecantikan kita yang di anugerahkan ALLAH.

PU rasa banyak cara lain yang boleh kita praktikkan untuk nampak cantik. Tak perlu la nak suntik-suntik nih. Kita boleh amalkan dari segi pemakanan, senaman dan mungkin ada sesetengah orang tak sedar sebenarnya air wuduk tuh juga salah satu cara membuatkan muka kita kelihatan awet muda. Itu yang sebaik-baiknya. Betul tak??

Click here to get 1 Million Guaranteed Real Visitors, FREE!
Claim Your 1 Million Guaranteed Real Visitors!
Get 1 Million Hits, FREE!
Send me 1 Million Free Visitors!

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen.